Khamis, 9 Jun 2016

REPLAY 2003 - Part 4




"Ya Allah, Lin. What happen with both of you Lin...Wafi?? Wafi kamu ingat hal ni perkara main-main ke? No wonder, you asking me to come back urgently? Wafi this is not fair to Azlin.... Wafi. Hal lama tentang ayah tu lupakanlah. Ibu pun sudah tiada, dendam apa lagi Wafi? Please la, be matured", hal menjadi rumit kerana kenyataan Wafi berbeza dengan aku pada pihak JAINJ. Nak atau tidak aku perlu membayar denda kerana bersabit khalwat.

Tiba-tiba dari jauh kelihatan Pakcik Alias dan mak tergesa-gesa menuju ke arah kami. Pakcik Alias merupakan rakan baik mak sejak kecil lagi. Walaupun sudah dimamah usia, darah kacukan Pakcik Alias membuatkan dia makin kacak dari usianya kini. Lembut sahaja wajahnya mengukir senyuman pada aku kemudian pandangan beralih pada Wafi.

"Kenapa Wafi buat ayah macam ni. Kamu berdendam dengan ayah sampai Azlin jadi mangsa kenapa?", lembut sahaja Pakcik Alias bertutur bukan seperti Wafi yang bongkak.

"Ayah fikir lah, ayah dengan mak Azlin pun selalu juga berkhalwat, apa salahnya Wafi buat dengan Azlin juga? Sekarang macam mana? Messed up family? Wafi berkhalwat dengan adik tirinya? HAHAHA............", belum sempat aku menampar Wafi tapi Pakcik Alias dulu tangankannya.

"Azlin bukan perempuan murahan kau cakap macam tu. Pernah kau tanya ayah tentang mak Azlin before this? Yang kau tahu, mengamuk dan maki ayah. Blame me about arwah ibu. She's gone because of me? Am I fault? Bukan sebab kehendak Tuhan dia pergi? Oh my Wafi, you've been 28 years old and not matured at all", Wafi merengus menahan marah pada ayahnya.

"Makcik tak pernah pun kahwin dengan ayah kamu Wafi. Ya Allah, kenapa kamu marahkan sangat ayah kamu ni?", mak pun menyampuk sambil menangis-nangis.

"Kalau macam tu Wafi tetap akan kahwin dengan Azlin lagipun kami dah berzina beberapa kali Tuan Haji", gesa Wafi pada saksi perbalahan keluarga kami.

"Ya Allah demi Allah Tuan, saya tak pernah bersama dia dan apatah lagi berzina dengannya", kering air mata hendak menangis lagi.

"Maafkan saya Cik, tapi kami dapat beberapa bukti rakaman CCTV dan beberapa gambar", pitam bila orang-orang JAINJ mengeluarkan beberapa gambar dan beserta pendrive. Aku tak tahu betapa jijiknya perangai Wafi sehingga dia boleh terfikir dengan bukti bodoh ni. Rakaman CCTV pada bilik solat muslimat. Seingat aku malam itu aku stay up untuk siapkan kerja. Itu bukan pertama kali aku bermalam di pejabat. Ada suatu malam yang aku teringat aku mimpi Wafi menegur aku seperti zaman kami disekolah. Malangnya itu bukan mimpi, aku juga tidak pernah sedar kehadiran Wafi tidur disisi. Perlakuan dia menghadap aku dan beberapa kali menyentuh wajah dan badan. Respon seperti aku merelakan perlakuan tersebut membuatkan bukti fitnah itu lebih jelas.

"Saya rasa Cik Azlin tidak patut menipu dengan menggunakan nama Allah. Berdosa Cik. Saya sarankan pernikahan ini dilangsungkan", orang JAINJ ini seperti dirasuah oleh Wafi.


********************************************


12 tahun yang lalu. Sejak setahun diceraikan oleh Alias, ibunya menjadi tidak keruan. Serta merta berhenti kerja dan hanya berkurung di dalam bilik. Mogok laparnya sehingga beberapa kali ditahan di wad. Puas Wafi dan Roslina memujuk agar ayahnya melawat ibu namun ayahnya hanya tahu mungkiri janji.

Hingga nafas terakhirnya, Alias masih berkeras untuk berjumpa jandanya. Wafi kini menjadi seorang pendendam. Wafilah tempat ibunya melepaskan amarah. Ibunya sering meracau, memukul Wafi kerana teringatkan Wafi seperti ayahnya. Pernah sekali, Roslina pulang dari rumah melihat Wafi terbaring dengan bermandi darah. Rupanya ibu naik minyak dan mengelar-ngelar tubuh Wafi.

"Wafi akan balas dendam pada ayah!!", itu ayat yang sering diulang oleh Wafi. Setahun selepas itu, ibunya menghadap ilahi disebabkan kekurangan nutrisi yang drastik. Betapa kecewa ibunya ditinggalkan oleh Alias begitu. Alias sempat membawa mertuanya berjumpa jandanya untuk kali terakhir. Selang beberapa bulan, atuk dan neneknya pula disambut Ilahi. Dugaan bertalu-talu pada keluarga Wafi, satu per satu pergi. Namun begitu Wafi berkeras untuk tidak tinggal bersama ayahnya. Roslina pula terpaksa ulang alik ke Malaysia atas urusan kerjanya. Maka Wafi sahaja bersendirian di negara asing.

Tahun demi tahun berlalu dengan pantas kini Wafi sudah tamat belajar dan Roslina berhajat untuk pulang ke tanah air untuk uruskan syarikat bersama suaminya. Kebetulan suatu hari, Wafi terjumpa gambar Azlin bersama Roslina.

"Wafi kenal dia kak? Kami dulu sempat la bercinta masa Wafi sekolah di sini dulu. Nama dia Azlin kan. Akak janji jangan beritahu dia, Wafi nak surprise dia. Biar Wafi jadi take over position akak. Baru dia terkejut", begitulah permintaan Wafi berulang kali sehingga Roslina rimas. Mati-mati Roslina mempercayainya. Setelah melihat keadaan Wafi yang bersungguh-sungguh untuk berjumpa Azlin semula, Roslina membuat keputusan agar adiknya mengambil alih jawatannya dan Roslina kembali ke UK untuk menyambung pengajian.

Tiap-tiap hari nama Azlin disebut dan sehinggalah Wafi menyatakan hasratnya untuk bertunang dengan Azlin. Roslina dengan perasaan gembira kelam-kabut pulang ke Malaysia. Tak sangka hanya beberapa bulan  Azlin bertemu dengan Wafi mereka sudah bersetuju untuk mengikat pertalian. Dia juga amat gembira gadis terpilih itu adalah Azlin. Tiga tahun dia mengenali Azlin dan dia cukup sayangkan Azlin. Memang menjadi harapannya melihat Azlin berkahwin.

Lain pula yang terjadi kini. Dia melihat Azlin sugul dengan bengkak wajahnya kerana menangis tanpa henti. Mereka terpaksa dinikahkan setelah atas rundingan pihak JAINJ berkenaan. Lafaz nikah lancar dituturkan oleh Wafi. Megahnya, bangga dengan dendamnya terbalas. Alias kelu, hilang kata setelah melihat video berkenaan. Penat Alias untuk tenangkan mak Azlin yang meracau. Seperti drama, masing-masing kelu tanpa kata. Nak dihalang, bukti di tangan pihak berkuasa.

Roslina tak pernah menyangka adiknya akan bersikap seperti orang gila sebegini. Dia juga tak pernah menghidu perbuatan pelik adiknya itu. Kejadian perbalahan di balai menunjukkan seolah-olah Wafi dirasuk. Dia betul-betul menjadi orang lain dengan tuturnya yang keji, maki hamun dan ayat-ayat kotor dilemparkan pada Azlin dan ayahnya Alias. Seumur hidup Roslina ini kali pertama melihat adiknya bertindak begitu agresif.

Dia juga menyangkakan ayahnya sudah berkahwin dengan mak Azlin dan memang tujuannya menjadikan Azlin sebagai mangsa keadaan. Dia berbuat begitu untuk hancurkan rumah tangga ayahnya kini, namun sangkaan mereka meleset. Ayahnya tidak berkahwin dengan sesiapa pun selepas bercerai dengan ibunya. Dia sendiri tidak tahu punca ibu ayahnya berpisah. Hancur luluh hati ibu Azlin apabila Wafi melafazkan akad nikah tanpa rasa bersalah. Tak dapat gambarkan bagaimana kehidupan Azlin selepas ini.

REPLAY 2003 - Part 3




Hari ini Selasa dan aku masih tidak ke pejabat. Semalam aku sudah beritahu HR aku ambil cuti kecemasan. Rasanya nak berhenti kerja sahaja aku tak sanggup hadap muka Wafi lagi. Malu semua ada. Bila fikirkan kenapa aku marahkan sangat dengan Wafi sampaikan aku ungkit kisah lama? Sekali lagi aku menelek nombor telefon Wafi yang diberi 13 tahun lalu. Agaknya, nombor ini sudah berpindah milik. Perasaan pelik bercampur baur, kenapa aku sebak sangat dia tidak respon pada semua masej aku dulu? Kenapa aku perlu rasa terkilan, menyesal semua ada. Mungkin dia lelaki pertama yang berkawan dengan aku. Aku sukakan dia ke?? 

Tidak lama kemudian Puan Ros telefon.

"Lin, what happen? Why gaduh dengan Wafi", tanpa beri salam, terus menerus tanya tentang hal kelmarin. Aku terkedu. Sah Wafi report pada kakak dia. 

"No Boss, don't worry lah, salah faham saja. Nothing much la boss", mengelak dari ter ter cerita hal lama. Aku pun tak percaya dengan diri sendiri. Tup tap terlepas cakap nanti. Baik aku diamkan aja. 

"Lin, I akan balik KL this Thursday sekejap ...family matter. Boleh ambil saya di KLIA?". Perbualan aku dan Puan Ros hanya lebih kepada kerja. Mungkin dia tahu aku tidak selesa bercerita tentang Wafi.

Malam itu, aku hanya masak di rumah. Tiada mood untuk keluar makan. Esok aku perlu ke pejabat juga. Tiba-tiba telefon berdering tertera nombor Wafi 13 tahun lalu. Ya Allah, baru tadi aku telek nombor ni ........

"Hello.......... Azlin. Wafi ni", berderau darah seru kepala dengan tiba-tiba terasa seram sejuk. Wafi masih menggunakan nombor ini. 

"Hello...... Azlin. Ini Azlin kan? Keluar, I depan rumah", gila. Dia memang stalker. Macam mana dia tahu rumah aku? Cepat aku mencapai tudung lalu keluar. 

"Macam mana kau tahu ni rumah aku?", aku masih menahan amarah kelmarin, takut juga nada tinggi aku mengganggu jiran-jiran disini. Lama juga Wafi memandang kosong lalu dia menolak pintu dan selamba masuk ke dalam rumah.

"Wafi, better kau keluar. Please keluar aku tak nak kena tangkap! Keluar!!", ternyata aku sedang bercakap dengan orang gila. Wafi terus duduk di sofa dan menunggu respon aku untuk berbincang. Tiada pilihan. Aku masuk dan membiarkan pintu terbuka. Macam-macam aku fikir sekarang. Mata aku tertacap pada kayu besbol belakang pintu. Apa-apa berlaku aku akan capai kayu besbol itu dahulu.

"You rasa I tak ingat kisah kita 13 tahun lepas? I tak pernah lupa Azlin. Sampai sekarang I menyampah tengok muka you", Wafi terus memaling pandangan pada gambar keluarga yang bergantung di dinding. Berkerut wajahnya. Tak memasal.....

"Azlin, I rasa mungkin you tak tahu", akhirnya Wafi bersuara. Dia mencampakkan bungkusan surat ke kaki aku. 

"Terkejut? Kenal tak siapa tu? Tu bapak I. Bapa kandung. Dia tinggalkan kami demi mak you. So perlu ke I explain hal 13 tahun lalu?" aku terkedu. Automatik aku jadi blur.

"Pakcik Alias? Mak aku tak pernah pula berkahwin dengan sesiapa apatah lagi dengan Pakcik Alias. Aku tak faham apa kena mengena aku dalam hal ni?".

****************************************************

12 tahun lalu.......... Tahun 2004

"Atuk mana ayah? Kenapa Wafi kena pergi UK sendiri? Siapa nak jaga atuk nenek kalau Wafi pergi. Kenapa perlu tergesa-gesa? Wafi tak mahu balik UK!!", hanya Tuhan sahaja tahu kenapa Wafi berat hati untuk ke UK. Dalam hatinya sudah ada Azlin. Hanya Azlin. 

"Ayah kamu buat hal, kaki perempuan. Sekarang dia dah lari ikut perempuan mana tah. Aku tak tahu la hal kamu satu famili ni. Kalau dulu mak kau gilakan sangat ayah kau, sekarang padan muka dia ayah kau buat hal. Ayah tahu kenapa dia sibuk sangat nak balik KL. Dari dulu atuk memang tak restu perkahwinan mak kau!! Sebab ni la... atuk tahu akan wujud perkara sebegini. Kamu je buta, ingat ayah kamu tu baik sangat?" Wafi tahu atuknya dari dulu lagi agak dingin dengan ayahnya. Wafi sendiri tidak menahu hal konflik ayah dan ibunya. Jika benar kata atuk, mungkin dia perlukan penjelasan dari ayah sendiri. Dia percaya ayahnya bukan sebegitu.

Malam itu, ibu Wafi pula menelefon memujuk agar dia kembali ke UK.

"No Wafi, listen to me. By hook by crook you need to be here with me... or else you'll never meet me again. If you are looking to stay with your father... go ahead but I swear you'll never see me again. This could be our last talk Wafi. See you in Friday".

Kak Ros juga menelefon Wafi. 

"Aah Wafi, Actually, ibu tahu ayah ada perempuan lain. Isu ni berbangkit bila ayah nak bercerai dengan ibu tak lama selepas ayah dan Wafi stay KL. Then, ibu siasat dia memang ada skandal. But I don't even know who she is yet? I think its better you back here first then discuss with ibu. Okay sayang, we'll see in Friday ok", perbualan itu didengari oleh atuk. Dia berang sekali lagi. Habis segala makian pada ayah terluah sekali lagi.

"Atuk akan pergi sekolah esok beritahu cikgu yang kamu akan pulang ke UK", hampir gugur jantung Wafi. Begitu serius sehinggakan dia terpaksa berhenti sekolah. 

Keesokannya, seperti biasa tepat pukul 7 pagi sampai sahaja di kelas dia melihat Azlin sedang mengemas kelas. Semua kerusi di atas, disapunya debu-debu dengan pantas. Menyedari kehadiran Wafi, Azlin tersenyum.

"Pagi Wafi........ sekejap ye. Awak duduk dulu, keluarkan soalan semalam. Saya plan hari ini kita ke pekan untuk beli buku math baru. Saya cek buku Lina jenama ABADI soalannya not bad. Yang paling best, dia bagi beberapa cara untuk satu soalan....bla ...bla...blaa....", melihat wajah Azlin dan bebelan serius tentang pelajaran cukup membuatkan Wafi bahagia. Dia hanya tersenyum dan merenung memerhatikan tingkah laku Azlin.

"Wafi, awak mamai lagi ye? Semalam tidur pukul berapa. Awak kene ikut jadual saya beri, tidur secukupnya....bla...blaa...blaa", sekali lagi Wafi masih ralit merenung Azlin.

"Wafi!!", terkejut Wafi tersentak dengan jeritan Azlin.

"Azlin..... awak cantik, bijak, baik....", lancar sahaja kata-kata keluar dari mulut Wafi menyebabkan Azlin terkedu.

"Azlin.... saya minta maaf semua salah saya. Saya tak pernah ada kawan baik macam awak. Minta halal ilmu awak semua. Terima kasih sebab awak result saya okay, awak tahu kan ayah saya macam mana? Ermmm saya nak beritahu awak yang saya terpaksa pindah ke UK bulan hadapan. Ayah saya terpaksa kerja di sana semula", Wafi tipu, tak tahu hal ayahnya sahih atau tidak tapi dia takut jika kecoh satu sekolah tentang ayahnya.

"Ha!!!!!!!!!! bulan depan maknanya minggu ni last! Kenapa tiba-tiba?", Azlin menutup buku dan menghadap Wafi. Riak mukanya memberi beribu makna. Wafi bertanya-tanya di dalam hati. Adakah Azlin juga rasakan perasaan yang sama denganya?

Seharian, Azlin berdiam diri. Azlin tidak lagi memaksanya menyiapkan buku latihan. Tidak lama kemudian, Azlin keluar dari kelas. Wafi tahu Azlin ke mana, di tempat rahsianya. Wafi mengekori Azlin. Dia melihat Azlin menuju ke pankin dan terus baring. Lama juga Wafi memerhatikan Azlin. Kenapa Azlin yang dilihat kini seperti Azlin 6 bulan lepas. Berseorangan.

Sehingga habis waktu sekolah, Azlin masih mendiamkan diri. Macam-macam tanggapan Wafi rasa.
Kenapa Azlin begitu? Perlahan dia bungkuskan hadiah untuk Azlin. Dia mahu Azlin tahu perasaannya. Malam itu juga Wafi ke sekolah dan meletakan bungkusan hadiah di atas meja Azlin.

Pulang dari sekolah, Wafi masih rasa gelisah. Tanpa berfikir panjang dia terus keluar rumah dan menuju ke rumah Azlin.

"Aku perlu luahkan semua. Azlin............. aku sukakan kau!!!!", berulang ayat itu dizikirkan sebelum sampai ke rumah Azlin. Sampai sahaja di halaman rumah Azlin. Jelas dia kedengaran gelak tawa dari luar. Tiba-tiba Wafi mengecam suara yang kuar berborak itu. Terus Wafi mengjenguk melalui tingkap rumah Azlin.

"Pakcik.... tidur rumah kami ke malam ni? Lin nak ambilkan toto dan bantal", mesra sangat suara Azlin.

"Eh tak, hari ini pakcik balik rumah. No worry sayang, kalau pakcik tidur sini pakcik ambil sendiri toto bantal semua. Sayang tidur dulu okay, esok sekolah. Pakcik nak borak dengan orang kesayangan sekejap", Wafi terkejut yang amat! Adakah skandal itu mak Azlin? Wafi terus matikan niat untuk berjumpa Azlin untuk kali terakhir.


 ************************************************


"Assalamulaikum, kami dari jabatan agama, JAINJ. Kami mendapat aduan dari jiran di sini yang Cik selalu berduaan dengan lelaki dalam rumah ini", tiba-tiba ada beberapa orang datang menyerbu rumah. Yang peliknya, jiran mana yang buat fitnah ni? Aku tak pernah bawa lelaki masuk dalam rumah. Allahh.....

"Maafkan saya Tuan, lelaki ini baru hari ini datang rumah saya. Macam mana Tuan boleh kata selalu?? Padahal ini bukan kerelaan saya dia main serbu masuk rumah saya", aku menunding jari pada Wafi tapi dia hanya mendiamkan diri seolah-olah mahu mengiyakan pernyataan dari JAINJ itu.

"Tak apa Cik, ayuh kita ke balai dahulu buat kenyataan. Apa-apa kita bincang di balai", gugur jantung aku mendengar ayat orang tua itu. Istigfar Azlin. Tenang Azlin.....

Aku terus menghubungi mak dan beritahu hal yang berlaku.

"Mak tolong beritahu Pakcik Alias supaya datang jumpa Alin di balai. Wafi ni anaknya", mak terlalu terkejut sehingga kedengaran teresak-esak lama ditalian. Aku pon tak sangka jadi begini. Aku syak Wafi sendiri dalang dalam hal ini. Tindakannya meragukan sungguh. Dia hanya mendiamkan diri dan mengiyakan semua fitnah dari orang-orang JAINJ berkenaan.

"Aku tahu, kau yang rancang benda bodoh ni kan? Aku tak bodoh Wafi. Kau nak apa dari aku ha? Sebab ayah kau, aku jadi mangsa?", Wafi hanya tersengih dan mengelak untuk bertentang muka dengan aku.


-bersambung-


Jumaat, 20 Mei 2016

DEWANIE CLASSIC RAYA OFFICIAL SHORT FILM CAMPAIGN 2016

DEWANIE CLASSIC RAYA OFFICIAL SHORT FILM CAMPAIGN 2016

"Layar berbelok-belok, sauh dibungkar di tempat tenang,

Yang tinggal hati tak elok, yang pergi hati tak senang.
Bila sampai waktu, kita akan bersama.." 
-Hang Tuah-


Video by Hamizahhh
Model by Shamim Yunus 
Director by Syazwani Ismail 
Song by Tiara Jacquelina, Bagaikan Sakti


Pasti ramai tertunggu-tunggu koleksi raya dari Dewanie, jika dulu hanya koleksi shawl kini Dewanie tampil dengan koleksi dress yang bertemakan klasik ala-ala fesyen zaman tanah melayu. 





Amacam? Lawa kan koleksi-koleksi DEWANIE?
Kini website DEWANIE juga sudah upgrade lebih mudah untuk membeli belah. 
Boleh klik LINK INI



Selasa, 17 Mei 2016

TABIAT ‘ISTIMEWA’ PEMANDU WANITA

Kini kita boleh lihat, rata-rata pengguna jalan raya kebanyakannya merupakan pemandu wanita. Pernah anda dengar kemarahan pemandu-pemandu yang memberi stigma yang sama iaitu “pemandu wanita la kalau begini! Lain tak bukan, perempuan yang bawa kereta begini!”. Banyak perbezaan pemandu wanita dan lelaki serta pelbagai ragam di jalanan berpunca daripada pemandu wanita. Adakah kenyataan ini benar atau stigma buruk semata-mata pada kaum wanita bahawa mereka merupakan antara pemandu yang berbahaya atau sebaliknya?  Ini kerana wanita memang kaum yang sangat istimewa. Kita boleh perhatikan beberapa tabiat yang menguatkan lagi penyataan wanita ini adalah pemandu berbahaya.
1.       ‘Zero’ pengetahuan tentang kereta
Saya yakin, tidak ramai wanita yang sentiasa memeriksa kondisi minyak hitam, angin tayar lagi-lagi pada tayar ganti, air dan banyak lagi. Tidak ramai wanita yang reti untuk menukar tayar dengan sendiri. Malah ada yang tidak pernah tahu setiap kereta sedia ada mempunyai peralatan lengkap untuk menukar tayar. 
2.       Posisi kedudukan tempat duduk pemandu
Ramai di antara pemandu wanita yang membuat posisi kedudukan pemandu amat dekat dengan stereng kereta. Bagaikan mereka tidak bersandar dengan selesa. Jarak tempat duduk dan stereng harus dalam keadaan selesa. Makin dekat kedudukan dengan stereng dan cermin kereta memberi impak ‘viewing’yang berbeza, maka ia akan lebih merbahaya kepada pemandu jika berlaku sebarang kecemasan.
3.       Kaki untuk tekan pedal minyak dan pedal break
Ada pemandu termasuk saya, merupakan pemandu yang menggunakan kedua-dua belah kaki menekan pedal minyak dan break (kiri untuk pedal break dan kanan pedal minyak). Menurut tenaga pengajar kelas memandu, memandu dengan cara begitu sangat berbahaya jika berlaku kecemasan, kedua-dua kaki boleh menekan break dan dalam masa yang sama menekan pedal minyak juga. Kemalangan akan lebih serius jika perlakuan seperti itu berlaku.
 4.       Minyak dua bar
Wanita terkenal dengan sikap ‘insecure’. Mereka akan membayangkan kesulitan yang bakal dihadapi  jika kereta kehabisan minyak. Biasanya mereka akan kalut mencari stesen minyak jika lihat minyak pada paras 2 bar. Apabila sudah kalut, pemanduan tidak boleh fokus. Tapi jelas, jarang kita lihat pemandu wanita yang membiarkan tangki minyak sehingga kering.
 5.       ‘Parking’
Ini masalah terbesar. Lagi kalut jika sedang memakir kereta terdapat deretan kereta menunggu ruang laluan. Masa ini wanita akan kelam-kabut dan biasanya membuat banyak kesilapan. Akhirnya, mereka akan keluar dan meminta bantuan untuk memakir kereta. Lawak bukan? tetapi ini realiti.
6.       Tahap Kelajuan
Wanita adalah kaum yang berdisplin. Mereka amat peka pada had kelajuan lagi-lagi jika melihat polis. Paling haru adalah memandu dengan perlahan di laluan laju. Ini akan mendatangkan kemarahan kepada pemandu lain.
 7.       Isyarat ‘signal’
Mungkin wanita mempunyai jutaan perkara yang perlu difikirkan, maka memberi isyarat signal adalah masalah bagi kebanyakan pemandu. Ada juga yang masih keliru signal kiri dan kanan malah ada juga yang masih keliru signal dan wiper.
 8.       Memotong
Memotong atau memintas kenderaan.  Saya pernah menaiki kenderaan rakan saya yang suka dengan kelajuan. Dia cekap membawa kereta dengan laju tetapi setiap kali memintas atau memotong kenderaan dengan jarak terlalu dekat dan tajam. Maka ia akan memberi  impak kepada penumpang ke kiri dan ke kanan. Perlakuan memotong dengan cara begini bukan sahaja memberi kesan pada penumpang malah pada kereta yang dipotong mungkin terkejut dengan tindakan drastik pemandu yang memotong. Keyakinan dan keberanian juga amat penting. Sikap wanita yang teragak-agak untuk membuat keputusan spontan kebanyakan mengundang bahaya semasa memotong.
9.       Memandu dengan kasut tumit tinggi
Wanita dan kasut tidak dapat dipisahkan namun memandu dengan memakai kasut tumit tinggi sangat merbahaya. Memandu dengan tapak yang tebal atau tidak sekata akan membuatkan kita sukar menganggarkan tekanan pada pedal. Tumit yang tinggi akan menghadkan ruangan rehat pada kaki pemandu.
10.       ‘Make-up’,  selfie dan telefon bimbit
Saya sering melihat pemandu wanita memakai alat solek semasa berhenti di lampu isyarat dan menunggu hon dari kereta lain untuk memberi petanda lampu isyarat sudah hijau. Ada juga yang berani membuat perkara sebegitu semasa memandu. Biasanya make up, selfie dan melihat telefon bimbit adalah perkara paling biasa kita dapat perhatikan. Perbuatan tidak fokus sebegini dapat membahayakan nyawa diri sendiri dan orang lain. Sesaat terlepas pandang dari fokus pemanduan boleh mengundang pelbagai musibah sekelip mata

Adakah anda dalam kategori wanita-wanita istimewa seperti di atas? Jika tidak, maka nasihat- menasihati sesama anda dan orang yang tersayang agar menjadi pemandu yang berhemah. Anda boleh berkongsi pengalaman diruangan komen di bawah.

Jumaat, 13 Mei 2016

REPLAY 2003 - Part 2


Tahun 2016


Siapa yang tak pernah bercinta? Aku....... aku tak pernah bercinta. Kadang-kadang aku cemburu juga tapi mungkin tiada rezeki kan. Mungkin cinta aku hanya untuk bakal suami. Susah la nak fikirkan untuk ada hubungan dengan lelaki ini. Secara terangnya aku memang tiada pengalaman. Kawan lelaki pun tak ramai, yang ada pun semuanya sudah berkahwin. Ustaz kata lihat orang sekeliling, jodoh anda mungkin dekat sahaja. Aku lihat list nombor telefon, Akhirnya aku berhenti scroll pada nama Wafi dan nombor lamanya. Mata aku terus beralih memandang Wafi dihadapan aku yang tekun membuat kerja. Lama aku perhatikan. rasa marah ada, rasa malu pun ada, tetapi aku tak berapa pasti aku marah pada hal apa. Tiba-tiba Wafi tepat memandang aku. Allah gugur jantung. Kantoi aku usha dia.  

"Azlin, you may check your email, I've sent the contract from Gemilang Trading. Dato' want us to set up the meeting so I need you to prepare those documents within  this 24 hours. Can? Tomorrow at this time, sharp, meet me at Bilik Meeting 1", tegas Wafi memberi arahan. Pejam celik telah dua bulan Wafi menjadi bos dan kami tak pernah langsung cerita hal selain hal kerja. Dasar workaholic!

Agak gila nak siapkan proposal tender dalam sehari. Maka aku bawa pulang kerja semua di rumah. Tetapi nasib tak menyebelahi aku. Rumah blackout. Maka aku terus kemas beg semua, aku merancang patah balik ke pejabat. Aku yakin, pak guard beri aku bermalam kerana ini bukan kali pertama. 

Masuk saja ke ruangan pejabat, aku melihat semuanya kosong dan gelap. Satu per satu lampu dibuka. Seronoknya tiada orang. Maka aku boleh buat hal aku sendiri. Aku pasangkan radio agak kuat dan menyambung kerja sehingga tak sedar sudah lewat malam. Nasib baik Pak Hamid yang berjaga masuk memantau. 

"Bos beri makanan ini pada sesiapa yang kerja shif malam. Ambil la saya sudah makan, ada lebih. Awak lama lagi ke kerja? Tak takut? Tapi jangan risaulah, saya dan Ridwan di hadapan. Kalau ada apa-apa boleh call saya ya", lembut sahaja Pak Hamid bertutur. Aku yakin Pak Hamid bukan orang jahat sebab itu aku tak kisah jika aku stay up pejabat malam-malam. Aku kemas barang dan terus ke bilik stor dimana kami jadikan bilik itu, bilik solat. Bilik itu besar, bahagian wanita hanya diasingkan dengan meletak birai langsir. Selepas makan nasi ayam itu, aku baring sekejap menunggu subuh. Akhirnya aku terlelap.

"Azlin, bangun. Subuh........", suara lelaki ni..........aku kenal sangat suara ni. Wafi ke? Aku bangun terpisat-pisat lihat kiri kanan tiada orang pun. Mungkin malaikat.... Sedihnya, tak sangka sampai sekarang aku masih teringat tentang cerita 13 tahun lalu. Wafi lelaki misteri. Kenapa dia tak pernah nak mengaku yang dia juga mahu berkawan dengan aku. Kenapa perlu misteri macam tu? Hantar makanan, tengok aku tidur di stor dan paling haru, akhirnya dia mengaku dia lelaki bunian itu. Bila berikan nombor telefon, aku masej tak pernah reply pula. Aku tak faham masalah Wafi ni. Kenapa susah sangat nak direct dengan aku? Aku tak faham tujuan dia buat semua tu. Apa masalah dia sebenarnya?

**************************************

"Azlin, good job! Dato' approved the tender. So it will be superb busy after this. Take this, spend a good holiday before disaster coming. Ok, I heard Kak Ros mention you ada lesen scuba diving. So okay kan just Pulau Tenggol? I mean if you went to overseas or even Mabul, you cannot fly directly to home after dive right? So, I tak nak you cuti Isnin. Isnin we start kerja okay?" agak terkejut Wafi sangat excited memberi booking percutian ke Pulau Tenggol. Ermm pelik betul la Wafi ni. Aku syak Kak Ros kenenkan adik dia pada aku. Sampai ke lesen scuba diving pun Wafi boleh tahu,

"Oh!! Lupa. Please don't ever stay up in the office", Wafi kembali tegas. Damn, mana dia tahu? Dia ke yang kejut aku subuh semalam? Tak mungkin la dia nak jadi 'orang bunian' lagi.

"Macam mana Encik Wafi tahu?? Saya.......", tak sempat aku terangakan keadaan sebenar.

"I nampak beg dobi ni. What? I'm not like what you're thinking", Wafi terus duduk statik fokus ke laptopnya. Agak teliti Wafi ni, sampaikan plastik dobi ni pun dia nampak. Payah betul orang macam ni. Wafi sangat pembersih. Setiap pagi dia akan mengemas, mengelap mejanya sendiri. Dia sudah beritahu semua orang dalam pejabat termasuk cleaner, mejanya tak perlu dikemas oleh orang lain. Pernah dia menegur cleaner yang mengemas mejanya. 

"Saya minta maaf kak...saya tak suka orang usik barang saya. Saya harap akak boleh faham. Lepas ini bersihkan meja Azlin saja", tegas tapi masih dalam nada hormat pada akak cleaner.

**************************

Puas ajak kawan-kawan bercuti sekali dengan aku ke Pulau Tenggol tapi semua busy. Kalau pergi seorang better aku naik bas saja. Mengantuk la drive sorang-sorang. Nanti mesti penat. Habis saja waktu kerja, terus balik mengemas baju. Aku sudah beli tiket bas pukul 12 malam ini. Tak sabar. 

Sampai sahaja di Hentian Bas Pudu, teruk aku dikejar oleh ulat tiket. Terus aku naik ke tingkat atas untuk mengambil tiket bas. Sementara menunggu sejam lagi untuk naik bas, aku ralit habiskan novel english Misery oleh Stephen King. Ya Allah, mengantuknya. Aku mengunci alarm jam 10 minit sebelum naik bas. Akhirnya aku terlelap. Tiba-tiba aku rasa ditolak. Terkejut aku bukan kepalang. Aku sedar aku sudah terjatuh dari kerusi.

"Encik Wafi!!!!!!!!!!", aku lihat Wafi sedang bergelut dengan seorang warga Indonesia. Lama kemudian baru aku perasan, beg tangan pada lelaki asing itu. Wafi menumbuk berkali-kali dan akhirnya polis bantuan tiba mengikat lelaki berkenaan. Melihat Wafi terduduk termengah-mengah bernafas. 

"Ya Allah Encik Wafi buat apa kat sini?", aku duduk sebelah Wafi sambil melihat polis menenangkan lelaki itu. Polis itu memanggil aku untuk membuat laporan polis tapi aku menolak dengan alasan aku terpaksa menaiki bas segera. Dengar sahaja aku menolak untuk membuat laporan polis terus Wafi membuat muka terkejut. 

"What?????? Tak nak buat report? Ok, now.... what do you want now? No, you will follow me to Terengganu. WITH ME!!! I don't want to hear any excuse!!" terus Wafi menarik tangan aku. Cepat aku menarik kembali tangan aku. Kuatnya tangan Wafi menarik aku sehingga ke keretanya dia heret.

"Encik Wafi!!!!!!! Kenapa I perlu ikut you? Answer me, why you are here? Are you following me??", agak kuat nada aku. Wafi merengus marah dengan penolakan aku dan aku bertalu-talu ajukan soalan. Tanpa menjawab soalan aku, Wafi terus menarik seat belt di kerusi aku seolah-olah aku terikat dan tidak boleh lari. Beberapa kali aku cuba keluar dari kereta itu. Bos tak bos tapi kalau Wafi ni stalker saiko, aku perlu selamatkan diri.

"I follow you sebab I tahu you tak reti jaga diri sendiri. You are damn careless Azlin! How come you can sleep at bas station. OMG you are insane Azlin. I don't know what happen if I'm not there.....", aku dah semakin pelik dengan Wafi. Kenapa dia tahu aku tertidur?

"What?? Sleep? Careless? OMG........ you are actually damn freaky stalker! I'm sorry Encik Wafi, please let me go and you may go to hell and I don't want to follow you, stalker!! Bodoh betul, patutnya since 13 years ago I patut tahu you ni orang gila, Stalker. Psyco!! How come you secretly giving me such a shit card with bloody number and JUST disappear and now you acting like you are hero saved me from pencuri? Logik ke? Macam mana you tahu I tidur? No...No I'm not getting fool again this time", terus aku keluar dari kereta setelah penat bergelut membuka pintu. Aku berlari sekuat hati meninggalkan beg backpack yang besar di kereta Wafi. Allah takutnya, better aku selamatkan diri dahulu. 

Tak sangka, aku menangis sepanjang balik ke rumah. Aku tak pasti kenapa aku menangis. Adakah aku takut dengan kejadian tadi atau aku kecewa dengan Wafi. Jujurnya, aku percaya Wafi bukan stalker saiko yang aku tuduh tadi. Entah mengapa, aku sangat percayakan Wafi. Aku masih positif untuk back up Wafi. There must be something, some reason why he acted like that. Wafi, maafkan aku. Mungkin aku terlalu marah dengan kisah 13 tahun lalu. Mungkin itu kemarahan yang selama ini aku pendam. Makian itu berbaur kecewa. Marah ditinggalkan bodoh-bodoh oleh Wafi. Seperti diberi harapan, tapi aku sendiri tak faham harapan apa? Apa-apa pun aku sangat kecewa dengan dendam 13 tahun dahulu. 

Tapi kenapa Wafi buat macam tu? Ya Allah penat la fikir kenapa Wafi buat mcm ni pada aku. 

-bersambung-

REPLAY 2003 - Part 1

Petang ni tiada kelas, cuaca mendung sejuk saja. Bestnya tidur lagi-lagi meja tepi tingkap. Dengan angin mendung yang menyapu lembut ke muka membuatkan aku semakin mamai. Dengan beg sekolah aku alaskan sebagai bantal. Pejam mata untuk mengambil mood untuk bermimpi. 

Tiba-tiba kelas kecoh, terjerit-jerit suara perempuan-perempuan termasuk suara jantan pondan. Dah agak, ni mesti budak baru kelas sebelah lalu depan kelas ni. Adui... aku benci sungguh budak baru tu. Bukannya hensem sangat pun. Biasalah, kalau anak kacuk, muke macam mat salih sikit. Tapi tak bermakna dia hensem aku suka! Makin menyampah bila tengok ramai rakan-rakan kelas memuja dia. Lagi menyampah Yan yang duduk disebelah ini terlalu ekstrem sukakan budak baru tu. Serabut.

Dari dengar orang terjerit-jerit baik aku keluar lepak belakang stor bola tampar. Waktu pun baru pukul 3 petang. Cikgu pon tiada sampai ke petang. Guru ganti tak masuk-masuk. Maka aku ambil keputusan untuk mengambil beg dan keluar. Lepak dulu kalau line clear baru ponteng sekolah. Sedang elok belakang stor terdapat satu pelantar, terus campak beg dan baring sehingga terlena.

"Boleh saya duduk sini?", lembut saja suara lelaki yang menegur aku. Perlahan aku membuka mata, lihat seorang lelaki tapi samar-samar. Mimpikah aku? Disebabkan aku terlalu mengantuk, aku anggukkan kepala. Aku dengar lelaki itu bertanya pada aku tentang bilik stor itu, tapi aku tiada mood untuk menjawab. Aku diamkan aja dan terus terlelap.

********************************************

Selepas 13 tahun 

Aku rasa dia tak kenal aku. Dia memang tak akan kenal. Tak pernah lak aku tegur dia dulu kenapa aku perlu sebok-sebok nak tegur? Lelaki kacukan ini pernah satu sekolah dengan aku dulu. Tak silap aku nama dia Wafi. Kenapa sini juga kau nak kerja? Takde tempat lain ke?? Adui..... Melihat rakan-rakan ofis pun sibuk bangun dan tegur lelaki tu membuatkan aku lagi menyampah. Kejadian ini seperti mengulangi cerita 13 tahun lepas.

"Bos, bukan haritu saya tanya ada kerja kosong untuk kawan saya, bos kata full? Tiada kekosongan?", rasa nak marah pon ada tapi bos aku ni muka lembut sangat tak sampai hati nak naik suara. 

"Lin, dia bukan staff biasa tapi manager department. Alin, you akan dipindahkan bawah department dia but no need to move another office because you're going to use mine. Memandangkan saya akan cuti panjang dan mungkin I nak stay aja di UK terus, so hati-hati nanti scandalllllll hehehe", Puan Ros tersenyum-senyum. Aku malas nak layan terus menghadap laptop sambung kerja.

"Hey....dia handsome, you tak suka ke?", Puan Ros ni kerjanya mencucuk je. Setiap kali ada lelaki bujang tak kira staff mahupun client sekalipun dia akan mengenenkan aku. Penat. 

"Tak, dia tak handsome pun... dan bukan taste saya", Hampir terbabas dia nak beritahu yang dia kenal Wafi sejak sekolah. Walaupun tak rapat tetapi kami satu sekolah.

"By the way, he is my youngest brother, Mohammad Wafi. So take care of him and do report me if any..... ermm but I'd trusted my babyboy. No worries...", Puan Ros meleret tersenyum lalu keluar dari biliknya. Terus aku terkedu lama di dalam bilik bos. Baiklah Wafi adik dia!

"Oh crapppppppppppp", terkuat pula suara aku. Aku bangun dan keluar makan tengahari. Balik saja, Wafi sudah berada di dalam bilik. Perlahan supaya tidak mengganggu, kini aku sedang menghadap Wafi yang sedang menyusun mejanya. Erkkk awkward nya.... 

"Assalamualaikum, Encik Wafi saya........", tak berani nak tepat memandang muka Wafi. Tapi tak sempat habis ayat aku perkenalkan diri, Wafi menyampuk.

"Ya...saya tahu Azlin kan, duduklah kenapa tercegat depan meja saya?", bergetar sanubari mendengar suara garau dalam Wafi. Macho juga suaranya. 

"Macam mana Encik Wafi tahu nama saya", kini aku beranikan diri memandang tepat wajah Wafi. Dia hanya tersenyum dan menunjuk papan nama di muka pintu bilik kami. Ingatkan dia ingat yang kami pernah sekelas dulu. Cis........ Aku terus menyambung menaip kerja yang menimbun. Kini suasana bilik kecil kami sangat sunyi. Lama kemudian, aku tersengguk mengantuk.

"Encik Wafi boleh saya bukak radio? Mengantuk la. Tak tahan. Kalau tak boleh, tak apa saya keluar buat kopi dahulu", agak-agak Wafi memberi respon lambat tentang membuka radio, aku terus bangun ke pantry membuat kopi. 

"Make it two coffee okay", Wafi bersuara. 

Merengus-rengus aku membuat kopi sambil mengajuk-ajuk ayat Wafi tadi. "Bla bla bla...Make it two two .. where is your 'please'? Ermm sebab tu aku dari dulu benci orang bajet hensem ni. Berlagak. Heyyyy aku tak hadap la muke ko yang hancur tu. Nak bukak lagu tak boleh....kerek".

Aku kembali ke bilik tiba-tiba radio di meja aku berbunyi. Tapi ini bukan siaran langsung tapi..... Terpinga-pinga menunggu respon Wafi.

"Saya cucuk pendrive, saya yakin awak suka lagu ni Azlin", Wafi terus serius mengemas rak bukunya. Beberapa kali aku memandang Wafi yang tekun menyusun buku dan mejanya.

"No staring Azlin, saya tahu saya hensem", Wafi menegur. Terkejut aku. Kejadah dia perasan! Tapi lagu-lagu Oasis? Dah lama tak dengar lagu ni. Lagu ni lagu favourite zaman sekolah.

**************************************

Tahun 2004, 12 tahun lepas....

"Nadey!!!!! Wafi sekelas dengan kita doh!!!!!!!! Arghhhhhhhhhhhhhh", Yan melompat-lompat excited. Dalam hati aku kesian betul si Yan ni. Dok puja-puja si Wafi sampaikan berapa kali letak surat cinta dia bawah meja lelaki tu. Aku kesian betul dengan Wafi tu terpaksa layan perempuan sawan macam Yan ni. Dua-dua sadis....

Tingkatan 4 tahun yang paling rilek. Selepas peperiksaan PMR, pada awal tahun, ramai rakan telah diterima masuk ke asrama dan ramai juga dipindahkan ke kelas lain. Akibat dari permindahan itu, banyak kelas kosong dan banyak cikgu tak masuk kelas, kerana sibuk menanda kertas peperiksaan. Tempat wajib lepak adalah stor bola tampar. Stor ini jauh di hujung blok, maka tiada ramai bermain disini. Ramai kata kawasan itu keras tapi setahu aku, aku tak pernah dikacau lagi. Bukan aku ganggu mereka pun. 

Setiap kali terlelap aku mesti bermimpi lagi ditegur oleh lelaki yang sama. Betul kot tempat ni keras tapi lelaki ni tak kacau pun, dia just minta izin duduk sekali di pelantar yang aku tidur ni. Tidak lama kemudian aku terjaga, terdapat bekas polisterin. Aku buka, terdapat mee goreng. Tanpa fikir siapa bagi, aku makan je. Pelik, siapa bagi? Tapi bukan hari tu je, setiap hari mesti ada bekalan dan paling cikai mee goreng kantin. Ada satu hari tu, lain dari yang lain. Terdapat dua potong kek buah. 

"Kenapa kek? Birthday awak ke?? Hahaha .... Happy Birthday awak lelaki bunian. Terima kasih, ermmm sedap", aku kuatkan suara, jika dia sedang memerhatikan aku, sekurang-kurangnya dia tahu aku suka dengan kek tu. 

Secara logiknya, aku memang syak yang aku berkawan dengan orang bunian kat situ. Aku yakin lelaki yang selalu tegur aku dalam mimpi itu yang beri bekalan tu. Beberapa kali aku menulis surat dan meletakkan di dalam bekas bekalan itu. Tetapi surat aku tak pernah berbalas. Maka aku menganggap mungkin dia tak nak dedahkan identitinya pada orang ramai. 

Namun tak lama itu, aku tidak lagi mendapat bekalan free tu. Mungkin orang bunian tu tahu aku perlu fokus peperiksaan dan kelas tambahan untuk SPM tahun depan. Macam mana pun, aku tetap rindukan lelaki bunian tu. Mungkin bukan rindukan orang tetapi makanan free.

"Azlin, tukar tempat dengan Yan. Awak duduk sebelah Wafi. Tolong ajar dia matematik. Saya tak nak lagi result dia merah lagi untuk test akan datang. Siapa kata tahun ni awak boleh rehat? Awak ingat tahun depan, sempat ke study untuk SPM? No objection, Azlin move to Wafi right now", Yan muka hampa sangat, aku tahu dia terkilan aku dapat duduk sebelah Wafi kesayangan dia. 

"Sorry.....", Wafi rasa bersalah. Aku mampu tersenyum sahaja. Susah nak cakap, tapi aku tak suka. Sejak dari hari itu, aku dan Wafi gigih membuat latihan Matematik tambahan bersama. Kami akan membeli buku latihan yang berbeza dan buku tulis yang tebal untuk membuat semua latihan. Setiap hari kami akan periksa buku masing-masing dan semua ini dipantau oleh Cikgu Laili. 

"Terima kasih, awak la sebab result saya ok. Ermm saya nak beritahu, bulan depan saya terpaksa pindah ke UK. Ayah saya terpaksa kerja disana", Wafi bersungguh bercerita. Selama ni, kami hanya bercakap tentang matematik dan setiap kali perbincangan latihan. Itulah kenangan aku bersama seorang lelaki bernama Wafi selama setahun 6 bulan sahaja. Ramai juga antara rakan-rakan yang memaksa dapatkan nombor telefon lelaki yang paling kacak di sekolah ni tapi aku tak pernah berminat untuk bertanya mahupun bercakap tentang isu peribadi dengan dia.

Hari terakhir Wafi disekolah, dia memberi satu bungkusan yang besar di atas meja aku. Serabut gila aku didesak ramai untuk tahu isi kandungan tetapi aku tetap tidak mahu buka. Setelah pulang dari rumah, perlahan aku buka bungkusan, terdapat beberapa bekas bekalan yang familiar bagi aku. Seperti bekas bekalan yang aku selalu dapat di stor bola tampar. Dikeluarkan semua bekas, terdapat 10 buah bekas. Dua dari bekas itu mengandungi mee goreng dan buah strawberi. Dan 8 kotak selebihnya mengandungi surat-surat yang aku pernah hantar pada orang bunian selama ini. Rupa-rupanya orang bunian itu Wafi. Aku tak berani share cerita ini pada orang lain lagi-lagi Yan.

"Sampai hati awak kata saya orang bunian, btw keep in touch 019- XXXX"

Gila! Betul ke Wafi ni? Teringat kembali, bilik stor tu aku jadikan tempat lepak, tempat study, tempat tidur, tempat ponteng kelas, tempat aku meluahkan segalanya. Mesti dia dengar aku kutuk-kutuk dia. Aduh!!



-Bersambunng-