Khamis, 9 Jun 2016

REPLAY 2003 - Part 4




"Ya Allah, Lin. What happen with both of you Lin...Wafi?? Wafi kamu ingat hal ni perkara main-main ke? No wonder, you asking me to come back urgently? Wafi this is not fair to Azlin.... Wafi. Hal lama tentang ayah tu lupakanlah. Ibu pun sudah tiada, dendam apa lagi Wafi? Please la, be matured", hal menjadi rumit kerana kenyataan Wafi berbeza dengan aku pada pihak JAINJ. Nak atau tidak aku perlu membayar denda kerana bersabit khalwat.

Tiba-tiba dari jauh kelihatan Pakcik Alias dan mak tergesa-gesa menuju ke arah kami. Pakcik Alias merupakan rakan baik mak sejak kecil lagi. Walaupun sudah dimamah usia, darah kacukan Pakcik Alias membuatkan dia makin kacak dari usianya kini. Lembut sahaja wajahnya mengukir senyuman pada aku kemudian pandangan beralih pada Wafi.

"Kenapa Wafi buat ayah macam ni. Kamu berdendam dengan ayah sampai Azlin jadi mangsa kenapa?", lembut sahaja Pakcik Alias bertutur bukan seperti Wafi yang bongkak.

"Ayah fikir lah, ayah dengan mak Azlin pun selalu juga berkhalwat, apa salahnya Wafi buat dengan Azlin juga? Sekarang macam mana? Messed up family? Wafi berkhalwat dengan adik tirinya? HAHAHA............", belum sempat aku menampar Wafi tapi Pakcik Alias dulu tangankannya.

"Azlin bukan perempuan murahan kau cakap macam tu. Pernah kau tanya ayah tentang mak Azlin before this? Yang kau tahu, mengamuk dan maki ayah. Blame me about arwah ibu. She's gone because of me? Am I fault? Bukan sebab kehendak Tuhan dia pergi? Oh my Wafi, you've been 28 years old and not matured at all", Wafi merengus menahan marah pada ayahnya.

"Makcik tak pernah pun kahwin dengan ayah kamu Wafi. Ya Allah, kenapa kamu marahkan sangat ayah kamu ni?", mak pun menyampuk sambil menangis-nangis.

"Kalau macam tu Wafi tetap akan kahwin dengan Azlin lagipun kami dah berzina beberapa kali Tuan Haji", gesa Wafi pada saksi perbalahan keluarga kami.

"Ya Allah demi Allah Tuan, saya tak pernah bersama dia dan apatah lagi berzina dengannya", kering air mata hendak menangis lagi.

"Maafkan saya Cik, tapi kami dapat beberapa bukti rakaman CCTV dan beberapa gambar", pitam bila orang-orang JAINJ mengeluarkan beberapa gambar dan beserta pendrive. Aku tak tahu betapa jijiknya perangai Wafi sehingga dia boleh terfikir dengan bukti bodoh ni. Rakaman CCTV pada bilik solat muslimat. Seingat aku malam itu aku stay up untuk siapkan kerja. Itu bukan pertama kali aku bermalam di pejabat. Ada suatu malam yang aku teringat aku mimpi Wafi menegur aku seperti zaman kami disekolah. Malangnya itu bukan mimpi, aku juga tidak pernah sedar kehadiran Wafi tidur disisi. Perlakuan dia menghadap aku dan beberapa kali menyentuh wajah dan badan. Respon seperti aku merelakan perlakuan tersebut membuatkan bukti fitnah itu lebih jelas.

"Saya rasa Cik Azlin tidak patut menipu dengan menggunakan nama Allah. Berdosa Cik. Saya sarankan pernikahan ini dilangsungkan", orang JAINJ ini seperti dirasuah oleh Wafi.


********************************************


12 tahun yang lalu. Sejak setahun diceraikan oleh Alias, ibunya menjadi tidak keruan. Serta merta berhenti kerja dan hanya berkurung di dalam bilik. Mogok laparnya sehingga beberapa kali ditahan di wad. Puas Wafi dan Roslina memujuk agar ayahnya melawat ibu namun ayahnya hanya tahu mungkiri janji.

Hingga nafas terakhirnya, Alias masih berkeras untuk berjumpa jandanya. Wafi kini menjadi seorang pendendam. Wafilah tempat ibunya melepaskan amarah. Ibunya sering meracau, memukul Wafi kerana teringatkan Wafi seperti ayahnya. Pernah sekali, Roslina pulang dari rumah melihat Wafi terbaring dengan bermandi darah. Rupanya ibu naik minyak dan mengelar-ngelar tubuh Wafi.

"Wafi akan balas dendam pada ayah!!", itu ayat yang sering diulang oleh Wafi. Setahun selepas itu, ibunya menghadap ilahi disebabkan kekurangan nutrisi yang drastik. Betapa kecewa ibunya ditinggalkan oleh Alias begitu. Alias sempat membawa mertuanya berjumpa jandanya untuk kali terakhir. Selang beberapa bulan, atuk dan neneknya pula disambut Ilahi. Dugaan bertalu-talu pada keluarga Wafi, satu per satu pergi. Namun begitu Wafi berkeras untuk tidak tinggal bersama ayahnya. Roslina pula terpaksa ulang alik ke Malaysia atas urusan kerjanya. Maka Wafi sahaja bersendirian di negara asing.

Tahun demi tahun berlalu dengan pantas kini Wafi sudah tamat belajar dan Roslina berhajat untuk pulang ke tanah air untuk uruskan syarikat bersama suaminya. Kebetulan suatu hari, Wafi terjumpa gambar Azlin bersama Roslina.

"Wafi kenal dia kak? Kami dulu sempat la bercinta masa Wafi sekolah di sini dulu. Nama dia Azlin kan. Akak janji jangan beritahu dia, Wafi nak surprise dia. Biar Wafi jadi take over position akak. Baru dia terkejut", begitulah permintaan Wafi berulang kali sehingga Roslina rimas. Mati-mati Roslina mempercayainya. Setelah melihat keadaan Wafi yang bersungguh-sungguh untuk berjumpa Azlin semula, Roslina membuat keputusan agar adiknya mengambil alih jawatannya dan Roslina kembali ke UK untuk menyambung pengajian.

Tiap-tiap hari nama Azlin disebut dan sehinggalah Wafi menyatakan hasratnya untuk bertunang dengan Azlin. Roslina dengan perasaan gembira kelam-kabut pulang ke Malaysia. Tak sangka hanya beberapa bulan  Azlin bertemu dengan Wafi mereka sudah bersetuju untuk mengikat pertalian. Dia juga amat gembira gadis terpilih itu adalah Azlin. Tiga tahun dia mengenali Azlin dan dia cukup sayangkan Azlin. Memang menjadi harapannya melihat Azlin berkahwin.

Lain pula yang terjadi kini. Dia melihat Azlin sugul dengan bengkak wajahnya kerana menangis tanpa henti. Mereka terpaksa dinikahkan setelah atas rundingan pihak JAINJ berkenaan. Lafaz nikah lancar dituturkan oleh Wafi. Megahnya, bangga dengan dendamnya terbalas. Alias kelu, hilang kata setelah melihat video berkenaan. Penat Alias untuk tenangkan mak Azlin yang meracau. Seperti drama, masing-masing kelu tanpa kata. Nak dihalang, bukti di tangan pihak berkuasa.

Roslina tak pernah menyangka adiknya akan bersikap seperti orang gila sebegini. Dia juga tak pernah menghidu perbuatan pelik adiknya itu. Kejadian perbalahan di balai menunjukkan seolah-olah Wafi dirasuk. Dia betul-betul menjadi orang lain dengan tuturnya yang keji, maki hamun dan ayat-ayat kotor dilemparkan pada Azlin dan ayahnya Alias. Seumur hidup Roslina ini kali pertama melihat adiknya bertindak begitu agresif.

Dia juga menyangkakan ayahnya sudah berkahwin dengan mak Azlin dan memang tujuannya menjadikan Azlin sebagai mangsa keadaan. Dia berbuat begitu untuk hancurkan rumah tangga ayahnya kini, namun sangkaan mereka meleset. Ayahnya tidak berkahwin dengan sesiapa pun selepas bercerai dengan ibunya. Dia sendiri tidak tahu punca ibu ayahnya berpisah. Hancur luluh hati ibu Azlin apabila Wafi melafazkan akad nikah tanpa rasa bersalah. Tak dapat gambarkan bagaimana kehidupan Azlin selepas ini.

Tiada ulasan: