Khamis, 17 Oktober 2013

KAWAN IMIGINASI!!!

Ok kalau boleh aku bangun-bangun je, aku nak laki ensem Tom Hardy depan aku...tapi bukan anjing tu la. Haduiii
G Dragon ok!!!!!!! hahahah
Alllahhh machonye
SERIZAWA (nama dalam crows zero) watak die gile2 tapi cool
Jung Joon Young (We got married)
Dia ni memang style aku, laki pandai main gitar, suara rock, suke main game, cute, arrrgghhhh macho dia tu boleh merosakkan hati aku!

Ok aku nak cerita.

Sejak aku sekolah lagi, aku memang mengimpikan kawan imiginasi. Atas sebab-sebab tertentu perkara yang buruk telah terjadi pada aku, aku lebih suka tidur. Aku tak suka alam realiti yang mana agak kejam untuk aku. Sebab tu aku perhatikan, yang aku ada kebolehan boleh sambung mimpi-mimpi ni sejak kecil lagi. 

Aku teringin sangat nak ada kawan imiginasi. Maybe bunyi agak sadis tapi nak buat macam mana. Aku ada baca satu artikel dimana orang yang mempunyai kembar dari sejak dari perut ibu mereka sudah berinteraksi dan merasa perkara yang sama. Dalam erti kata lain, aku dah ada kawan dari dalam perut ibu. Tapi malang, Allah lebih mengetahui semua zatNYA. Kembar aku tidak sempat melihat dunia dan meninggal dunia dalam perut ibu. Tak sempat membentuk bayi yang normal. Sebab tu ayah aku pernah kata aku macam tomboy mungkin sebab roh kembar aku masuk dalam badan aku LOL. Yela dah scan bape kali doktor kata kembar, dah prepare sambut cucu kembar tetibe kuar aku baaarrp...Allah comeynya aku. HAHHAH

Mungkin sebab itu aku memang teringin kawan imiginasi ni. Boleh pulak aku mintak-mintak macam ni sekali aku dapat kawan lain habis!!!!!! Mintak jauh. Mungkin jugak famili kata aku skizofrenia @ gila then aku kene masuk Tanjung Rambutan. Argghhh mintak jauh.

Bila aku tengok banyakkkk movie, aku mulalah terpengaruh. Bukan movie hantu ya. Tapi tulah kawan aku kata aku ni takut terpengaruh setan ambek kesempatan. Kang habis aku!!!!!!! Kalau dalam movie aku pernah tengok yang thailand punya. Cita ALONE. Secary gile cite ni...biaselah Thailand hebat gile buat cite hantu. 

Aku ada pernah baca satu cite ni, dia memang seorang perempuan yang happy go lucky, pastu dia excident. Bangun dari koma tiba-tiba ada seorang lelaki teman dia.  Dia ingat dia amnesia sebab dia tak pernah langsung ingat tentang lelaki tu. Setelah pulih dia keluar dari hospital, sedih melihat lelaki tersebut seperti hilang ingatan juga maka dia tolong mencari identiti lelaki tersebut. Tanya kawan, tanya polis dan tanya saudara dia. Hampa tiada suatu jawapan dia jumpa. Setelah sebulan duduk bersama, dorang ni jatuh cinta. Sejak dari haritu, dia pelik kawan-kawan dia sebelum ni satu per satu memulaukan dia. Sehingga satu hari, kawan baik dia rekemen dia berjumpa pakar psikologi. Mereka bergaduh. Dia menyalahkan semua orang kerana anggap dia gila. Dia dah mula pelik. Dia pergi gereja, mengadu nasib tetibe paderi tu kata kawan lelaki dia adalah hantu. Bila paderi tu explain baru lah terjawab semuanya. Barulah dia tahu kenapa kawan-kawan dia pulaukan dia. Even kawan baik dia pon nasihat dia jumpa pakar psikologi. Pelik sebab dia rasa cinta sangat kat laki ni. Kebetulan satu hari, dia terjumpa satu gambar dalam album famili dia. Rupanya lelaki tu kawan baik arwah mak dia. Mungkin muka dia sama dengan arwah mak dia. So hantu tu ingat dia jumpa cinta lama. Pastu ending aku lupe. Macam tergantung. 

Damn creepy but nice story. 

Tiada ulasan: