Selasa, 12 November 2013

BANYAK SANGAT DRAMA MELAYU KAWIN PAKSE

Beberapa kawan baik aku terkejut. Terkejut beruk sebab aku layan drama Melayu. Biasenya aku tak suke sangat drama Melayu sebab tak best sangat. Biasenya aku tengok drama Thai ke...Korea ke...Jepun ke...tapi kali ni selera aku totaly turn out 180 degree. 

Mungkin, drama Melayu sesuai dengan budaya kita membuatkan aku rasa angan-angan tu tak begitu melampau. Contoh kalau drama korea kita tengok kita tau dorang memang bukan Islam kan. So drama melayu lebih realistik bagi aku yang Melayu Jati ni. Sejak bila ek? 

Sejak drama Ady Putra & Fasha Sanda - Chenta. Tu menang the best diikuti Nur Kasih, Adam & Hawa. Tapi kan, walaupon best tapi cerita Melayu amat CLICHE dengan drama kene kahwin paksa. Trend sekarang, sudah jadi macam trend zaman dolu-dolu. Bercinta selepas kahwin lebih indah kan. Itu juga mengikut syariat Islam. 

Drama melayu kene kawen pakse ni aku tengok dari kisah Adam & Hawa, Love you Mr Arrogant, Saya sebenarnya isteri dia dan latest aku tengok Jodoh itu milik kita. Ya Allah cite ni buat aku betul-betul meroyan sebab Farid Kamil dalam cerita betul-betul romantik dan gentleman. Plus sangat handsome. Sebelum ni aku tak pernah suka Farid Kamil. Bagi aku dia pelakon lelaki yang biasa sangat. 

Tapi kali ni aku tak tahu Farid Kamil pakai ilmu apa, aku sampai meroyan kat laki orang siang malam tengok. Pe KES?????????? 
Dalam cerita ni Farid Kamil THE BEST. Sian ke bini die jeles....
Semua orang tahu, Tiz Zaqyah ni the best weh....dengan suara husky dia...dia the best.

Emm tengok la cite ni memang best. Aku tengok Ep 1 hingga Ep36 hanya dalam masa 2 hari sahaja. Haaa hebat! Macam drama korea. 

Perghhh terpengaruh dengan drama Melayu, bukan aku je...malah ramai wanita Melayu nak kawen pakse gak kan. Dems....tapi yang jelas BERCINTA SELEPAS KAHWIN LEBIH INDAH....sebab yang HALAL itu lebih SYOK.....heee 

Habislah aku ni ....rosak habis.

Tiada ulasan: