Selasa, 17 Disember 2013

NAK KAHWIN PAKSA SANGAT? - Part 2


Gila!!! Aku tengok kalendar harini. Dah tiga bulan ku jadi isteri orang. Gila!!!! Walaupon isteri yang tak berapa lengkap tapi dalam undang-undang aku isteri yang sah. Sejak kejadian hari itu, Bad tak pernah menghubungi aku. Apa dosa aku dia buat macam ni. Pernah beberapa kali aku masej, call tak pernah berbalas, berjawab. Tapi yang pelik, dah termasuk bulan ketiga aku dapat duit transfer dari akaun Bad. Dia masih fikirkan aku. Mungkin dia sedar tanggungjawab dia juga memberi nafkah. Walaupon ia nafkah zahir. Nafkah batin? Mungkin aku cakap je taknak tapi dalam hati....Ya Allahhhh shuh...shuh...Bad kot. Aku dah anggap dia macam abang kandung aku. Selera pulak aku.

Apa yang aku perasan sejak aku kahwin express ni, ramai pulak lelaki nak berkenalan dengan aku. Kalau dulu haram sorang pun tak nak berkenalan. Kene reject lagi adalah. Serius aku tak berapa nak paham keadaan sekarang. Ye lah, aku ni gemuk kot pastu perangai tak senonoh. So aku paham kenapa orang tak nak dengan aku dulu. Dah sekarang ni kenapa secara tiba-tiba kan?? Aku pelik gila. Tetibe rasa HOT. Hahaha 

Azmer, seorang lelaki segak, kulit kuning langsat, muka ya rabbi manis dan tinggi. Pekerja baru di office aku. Pertama kali bertentangan mata, aku terus kene kejutan elektrik akibat panahan cinta dari matanya. Over. Biasalah, mata keranjang seperti aku mudah untuk jatuh cinta pandang pertama. Sejak hari itu, aku rajin bersolek dan melaram. Hormon estrogen dan oxytocin melimpah ruah. Aku lupa yang aku sebenarnya isteri orang. 

Hari ini bagaikan hari menang loteri! Bos arahkan aku dan Azmer untuk ke ladang lembu di Manjung, Perak untuk berjumpa dengan pelanggan. Sebelum ini sepatah haram aku tak pernah berbual dengan Azmer. Hihi malu kononnya. Aku hanya membontoti Azmer ke keretanya. Masuk-masuk je, haruman bau kereta menusuk ke hidung. 

"Perghhhh, wanginya, karpet pun bersih. Aku memang suka lelaki pembersih", bisik aku sendirian. Bagi aku la, senang je nak kenal seorang lelaki iaitu dari keretanya. Kereta Bad dulu, aku lah tukang cuci dan tukang vakum. 

Bad......... aku rindukan kau. 

Dalam kereta Azmer memasang lagu Avenge Sevenfold. Dan-dan pulak lagu Seize The Day. Perlahan aku menyanyi dan dia terkejut. 

"Jarang perempuan tahu lagu ni!! Wow hebat. Awak memang suka lagu heavy metal ya?", Azmer memulakan perbualan. Pandai dia mencari topik perbualan. Aku terus semangat berbual tentang lagu-lagu rock yang aku suka. Memang best kalau jumpa orang yang sama kepala. 

Sepanjang perjalanan, kami berborak. Perjalanan 3 jam bagaikan sekejap sahaja. Setelah selesai berjumpa dengan pelanggan. Kami ke ladang lembu milik Pak Hamid. Pak Hamid meminta aku memeriksa puting susu salah satu lembunya yang sudah membengkak. Kes ini amat biasa berlaku pada lembu susu. Teliti aku memerhati sehingga tidak perasan keadaan sekeliling.

Tiba-tiba Azmer teriak " Nadey lari!!!!!! lembu gila....". Lembu tunggal ini terlepas dari kandang rupanya. Habis semua orang dikejarnya. Kaget melihat lembu yang pantas berlari ke arah aku dengan jarak yang amat dekat. Ape lagi aku terus pecut membawa lemak 50kg (lemak sahaja) dan akhirnya aku melompat pagar kandang tetapi malangnya kepala aku dahulu mencium bumi. Yes mesti hodoh sangat cara aku jatuh.

Sakit bukan kepalang, terdengar suara Azmer memanggil aku makin tenggelam. Akhirnya..............aku berjumpa Bad di dalam mimpi.

Setelah sedar, kepala aku berada di atas ribaan Azmer. Azmer pula mendongak tertidur bersandarkan dinding putih. Kami berada dalam rumah Pak Hamid. Pak Hamid bising dengan pekerjanya untuk menangkap lembu tunggal itu.

"what the heck??? Gila muka aku dekat sangat dengan badan Azmer yang tough ni. Ooooh yeah heaven!", tersenyum gatal aku sehingga aku lupa kesakitan tadi. Aku terus bingkas bangun dan dalam masa yang sama, Azmer juga terjaga. Tanpa berbicara, dia memegang kepala aku yang benjol, nasib tidak berdarah. Syukur Azmer tidak membuka hijab aku. 

"Tu la bajet Superwoman, saya nampak awak terjun macam ahli sukan. By the way, saya sudah beritahu Mr Yap yang awak cedera. Maka dia beri awak untuk ambil MC. Saya hantar awak balik ya.", serius mukanya mengiring aku ke keretanya.

Aku bagaikan tiada tenaga untuk berbicara, hanya senyum dan memegang benjol di kepala. Sebelum pulang, Azmer menemani aku ke klinik ambil MC, membungkus makanan dan paling best Azmer juga membeli aiscream Mc Flurry. Kenapa Azmer layan aku baik sangat ni. Wajah Bad perlahan menerjah di ingatan. 

"Kenapa, teringat boyfriend ya? Dia pon bagi aiscream McD jugak ke? Sorry lah tapi feveret saya ni. Kalau awak taknak saya mestilah nak", laju kenyataan Azmer seolah dapat membaca fikiran aku. Tapi Bad bukan boyfriend aku, dia kawan aku tapi.......sekarang dia suami aku.

"Eh....saya tak ada boyfriend. Gila perempuan gemuk macam ni siapa suka. Tapi saya suka aiscream ni awak beli satu je?", tempelak aku dengan kenyataan Azmer. Hilang terus wajah Bad setelah nampak aiscream.

" Tapi saya suka........." Azmer hilang kata. Dan aku pula menunggu dia habiskan ayat sambil memandang mata bundar Azmer yang kelihatan sangat kacak. Aku dapat agak pengakhiran ayat itu terus menerus nafsu gajah aku datang tetiba, tidak semena-mena aku menyuap Azmer dengan aiscream. Azmer hanya tersenyum. Ya Allah berderau, gugur jantung digoda Azmer sebegitu. Kami berkongsi aiscream sehingga habis. Akhir sekali, aku membuka air mineral dan berikan pada Azmer untuk mencuci tekak. Perbuatan aku seperti menjaga suami dan tetiba aku rasa bahagia. Azmer pula kelihatan senang dilayan sebegitu.

Terasa hari itu berlalu begitu pantas. Azmer menghantar aku pulang. Selang beberapa minit aku menutup tirai pintu, telefon berdering. Azmer??? Aku terus menjawab.

"Nadey, jangan lupa mandi dan rehat okay. Jangan lupa makan nasi nanti lapar pulak. Nanti saya call update ya. Bye". Pantas syarahan Azmer tanpa sempat aku membalas. Tersipu malu aku sambil merenung telefon bimbit. Hangat suara macho Azmer berkesan ditelinga aku. Nafsu gajah Nadey dah melepasi zon bahaya. Habis lah tak boleh tidur ingat Azmer. Jarang sekali dalam hidup aku, seorang lelaki yang melayan aku seperti perempuan. Sebelum ini kawan lelaki pon anggap aku seperti lelaki. Aku tak pernah merasa layanan istimewa dari lelaki. Bad pon seperti abangnya. Tidak pernah dilayan romantik dari lelaki lain. Azmer yang pertama, cukup buat aku angau.

Malam itu, aku angau lagi tapi aku mengawal kegatalan itu dengan menenangkan diri menonton Running Man yang aku download sebelum ini. Gelak-gelak tetiba aku mendapat pula masej dari Azmer.

"Thanks n sorry for today. Best travel dengan awak, sy happy sangat. Sy harap dapat travel lagi, dengar lagu rock sesama dan kongsi makan aiscream dengan awak. Sy rasa awak dah tidur, good night. Esok awak cuti kan? Jumpa Isnin ya" - Azmer 

Ego aku supaya tidak membalas masej itu. Esok sahaja balas. Masa itu aku dapat rasa ketegangan kulit muka akibat tersenyum lebar. Azmer ni macam nak try aku je. Syoknya.............kalaulah aku bukan isteri orang mungkin aku boleh kahwin dengan Azmer. Amboi baru sehari rasa bahagia. Aku lelapkan mata malam itu diakhiri dengan memori Azmer. 

Bad......................maafkan aku.

Esoknya, bising bunyi deringan telefon, rupanya Azmer. 

"Bangun solat dah? Awak dah okay? Harini ada plan tak? Teman saya beli barang boleh? Please....please..." rayu manja Azmer buat aku terus segar dan setuju. Aduh, jatuh ego aku. 

Usai solat, aku kemas rumah dan masak nasi goreng kimchi plus telur mata. Bermalas-malas lagi sebab janji dengan Azmer pukul 11 pagi dia akan datang ambil. Harini aku tak nak over, just kemeja, jeans dan tudung bawal. Nanti dia kata aku excited nak keluar dengan dia. Hihihi padahal kat rumah dah lompat-lompat. Lupa kepala masih benjol.

Tepat pukul 11 pagi, Azmer sudah tercongok beri salam depan rumah. Baiklah kuat gila suara, seram pulak nanti apa kata jiran. Aku pantas keluar sambil sarung sandal dan beg silang polo. Ringkas dan selesa. Azmer pula ya Allah aku hampir pengsan sebab kurang oksigen tengok kacaknya lelaki depan mata ini dan dia pula mengenakan cermin hitam Rayban. Memang taste aku Azmer ni. Minyak wangi seperti minyak tar ada...minyak wangian Polo pon ada jugak. Perghhhhhh aku completely fall in love dengan Azmer. 

Kereta lancar menuju ke Mid Valley. Rupanya, Azmer nak beli hadiah untuk ibunya, hadiah hari jadi. Alolo comeynya lelaki macam ni. Aku pula sejak lahir tiada ayah ibu. Aku tak berapa mahir apa kesukaan orang tua. Tapi aku tahu orang tua suka kain dan emas. Maka aku dan Azmer ke kedai Wah Chan. Kami memilih gelang tangan untuk ibunya. Ringkas tapi elegant. Sementara menunggu untuk pekerja kedai menyiapkan dokumen jual beli, aku melihat cincin. Tiba-tiba Azmer menegur pekerja kedai itu untuk melihat koleksi cincin. Sempat dia menginyit mata pada aku.

"Eh saya tak nak beli cincin", cuak aku. 

"Takpe kita tengok je, mana tahu awak suka saya boleh hadiahkan", terang Azmer.

Gila! Aku baru je kenal Azmer semalam walaupon kami cepat mesra tapi apa maksud Azmer nak beri hadiah cincin untuk aku? Gila...Gila....Gilaaaaa.

Setelah beli hadiah ibunya dan aku menolak untuk memilih cincin. Aku merengek lapar tetapi Azmer memujuk agar aku menemani dia sekali lagi ke suatu tempat pula. Kali ini keluar dari bangunan Mid Valley. Beberapa minit aku sudah sampai di Taman Tun Dr Ismail. 

"Rumah awak?????????", tinggi suara aku terkejut.

"Rumah famili saya, jom kita makan tengahari. Ibu dah masak dan saya dah beritahu saya bawak awek", gurau Azmer.

Gila....AWEK?????? Azmer ni gila. Gila tak gila aku mengikut Azmer memasuki ruang rumahnya. Ibu Azmer menyapa kami dari jauh. Riuh. Dia terus memeluk aku seperti anaknya. Seperti pelukan mak Intan. Peramah ibu Azmer buat aku rasa selesa. Ibunya adalah ibu tunggal setelah kematian ayah Azmer 2 tahun lepas. Azmer anak tunggal. 

Selepas makan, aku menumpang solat. Terkejut sekali lagi Azmer mengajak untuk solat berjemaah. Ok ini betul-betul seperti mimpi. Aku rasa bahagia sehingga waktu solat aku masih tersenyum sipu. Sujud syukur ...................

Tetibe aku teringat Bad, dia suami aku. Apa hukum aku buat sebegini?

Ya Allah, Kau berikan aku petunjuk.

Bersambung........

Tiada ulasan: