Ahad, 5 Januari 2014

2 ALAM - Part 3

2 ALAM - Part 1
2 ALAM - Part 2

Tengah seronok berborak dengan Harris tetiba telefon bimbit bising meminta dijawab.

"Cik, tolonglah sedar dan balik semula ke alam realiti. Tolonglah...kalau awak tak balik mungkin nyawa awak dalam bahaya", lelaki asing ini gila gamaknya. Mana dia kenal aku???

"Encik ni siapa? Mana dapat nombor saya?", aku agak bengang dengan lelaki asing yang berlagak seperti mengenali aku.

"Tolonglah cik, cik kena bangun sekarang juga", rayuan lelaki asing ini semakin pelik. Adakah dia tahu yang aku sedang bermimpi? Siapa dia? Aku tak pernah kenal suara siapa ditalian.

Aku sempat menjeling pada Harris yang sedang memandu. Harris buat muka pelik.
"Cik Nadirah!!! Please bangun, ini semua mimpi. Saya boleh bantu cik pulang!!!!!!", tegas nada lelaki asing itu. Berderau darah pula apabila melihat seorang lelaki diatas jalan dan mencuba menahan kereta kami. Pantas Harris membrek kereta dengan keadaan yang mengejut.

"Awak okay?", Harris kelihatan amat risau.

Tiba-tiba dada aku terasa sempit. Sukar bernafas. Pandangan terus jadi hitam. Allah.....

***************************************************
Aku sedar dari mimpi, pelik. Aku sedang melihat diri aku sendiri dikatil hospital. Ibu, ayah, adik dan seorang lelaki tak dikenali menunggu aku di tepi katil. Kenapa aku di hospital? Aku kemalangan ke? Asal badan aku sikit pun tiada rasa sakit. Biasanya jika aku cedera sedikit pun di alam mimpi, aku akan rasa kesakitan yang sama di dunia realiti. Kelihatan aku seperti biasa. Kenapa aku boleh boleh terlantar ni?

Seram bila, lelaki tak dikenali itu memandang tajam kearah aku. Seolah-olah dia dapat merasa kehadiran aku disitu. Ya Allahhhhhhhhh, lelaki inilah yang menahan kereta Harris di dalam mimpi tadi. Siapa lelaki ini? Wajah terkejut aku tak boleh diselindung lagi, selangkah aku mengundur, setapak lelaki itu ke hadapan menghampiri aku. Ibu, ayah dan adik tidak memberi sebarang reaksi. Hanya lelaki itu sahaja dapat melihat aku!

Aku cuak. Pantas aku berlari, tetapi lelaki itu lebih pantas melangkah mendapatkan aku. Tetapi dia tidak boleh menyentuh aku setelah beberapa kali cubaan untuk menarik tanganku.

"Nadirah!!!!!!!!! tolonglah sedar. Lupakan mimpi awak itu. Awak sekarang sedang koma", jerit lelaki itu apabila dia tahu dia tidak akan berjaya untuk menangkap aku.

Aku berhenti. "Koma?? Tapi kenapa??"

"Kemalangan", jelas lelaki itu.

"Tapi aku tak luka.......tak cedera", serius aku tak rasa sakit atau luka dimana-mana bahagian.

"Ada kereta yang melanggar Cik, memang pelik sebab kereta itu hancur di tengah-tengah jalan tapi Cik selamat seolah-olah 'ada' yang melindungi Cik. Kereta itu meletup ditempat kejadian dan Cik hanya berada dengan jarak lebih kurang 3 kaki dari kereta yang terbakar itu. Mereka temui Cik dalam keadaan pengsan, sekarang Cik dah koma selama sebulan", bersungguh lelaki itu memberi penjelasan.

"Macam mana awak sahaja boleh lihat saya?", siapa lelaki ini yang muncul dalam mimpi aku dan kini aku koma, dia sahaja yang dapat berjumpa dengan roh aku.

"Wallahualam Cik, saya dah diberi kelebihan ini sejak kecil. Saya Azrin. Saya boleh bawa Cik pulang jika mahu. In Sha Allah kita cuba ya", pujuk Azrin lelaki yang baru aku kenal itu. Aku mengekori dia ke katil tempat aku terlantar semula.

"Saya dah cakap...anak kita ni dari dulu lain macam sikit. Kalau dulu dia selalu cakap sorang-sorang...menyendiri. Sekarang ni pun lagi pelik, dia tak luka sedikit pun walaupun kereta tu yang langgar dia hancur terbakar. Saya syak dia ada ambil barang terlarang. Abang....dia ada belajar ilmu hitam kan?? Abang kos hospital ni mahal, saya bukan ada seorang anak je...adik....adik pun anak saya. Doktor sendiri kata tiada respon dari akak, aktiviti otak amat lemah dan lumpuh seluruh badan. Jika dia sedar dan hidup pun dia akan membebankan kita.", ibu tak habis-habis mencari jawapan untuk lepas dari beban. Ayah pula mendiamkan diri sahaja. Mungkin buntu.

Hati aku tawar. Aku tak ingin kembali ke dunia realiti. Aku tahu, aku tak akan bahagia. Ibu aku sendiri sejak kecil membenci aku. Tak cukup dengan sindiran, makian, pukulan dan kini menghasut ayah untuk tamatkan riwayat aku? Ayah pula, bagai sudah mati akal. Mungkin ayah juga membenci aku.

"Azrin, boleh bagi saya masa? Saya rasa dunia ni bukan untuk saya. Saya pun pelik kenapa saya boleh terselamat. Kalau saya mati di dunia ni sama seperti saya mati di dunia mimpi kan? Boleh awak suruh famili saya pindahkan saya untuk duduk di rumah sahaja? Boleh Azrin??? Saya ini hanya beban bagi mereka", bukan masanya untuk aku sedar. Aku pun tak pasti kenapa aku begini.

Aku terus pergi meninggalkan Azrin. Melangkah tanpa arah

"Awak.........awak.......bangun awak", aku terdengar suara Harris.

**********************************************
Kuat goncangan Harris membuatkan aku sedar....aku sedar kembali, aku di alam mimpi. Aku masih berada didalam kereta bersama Harris.

"Harris...............", aku terus menangis dan memeluk Harris. Sedih itu perasan yang bercampur. Aku sedih melihat badan aku terlantar dikatil hospital, sedih ibubapa aku membenci aku, sedih tidak mahu keluar dari mimpi yang indah ini dan sedih kenapa hidup aku tak sempurna seperti orang lain. Dengan mimpi ini sahaja aku merasa kehidupan aku lengkap dan bahagia.

"Awak, maaf okay saya berhenti kereta mengejut tadi. Tapi jangan risau, alhamdulillah kita selamat. Saya hantar awak pulang ya", lembut Harris menenangkan aku.

"Tak nak......" semakin erat aku memeluk Harris. Apa yang perlu aku lakukan sekarang? Aku buntu. Setelah aku tenang dari esakan, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Semasa perjalanan aku hanya berpura-pura tidur. Runsing benakku memikir jalan mana yang aku perlu ikut. Aku cukup bahagia disini, mengapa aku perlu pilih jalan sukar hidup didunia realiti? Aku hanya ingin hidup bersama Harris.

Beberapa hari kemudian, selepas kejadian yang keliru itu berlaku. Selepas pulang dari kerja, Harris akan menjemput aku untuk makan malam. Tetapi disebabkan aku demam secara mengejut, kini aku semakin lemah sehingga tidak larat untuk bangun  memasak. Sudah beberapa hari Harris hanya membungkus makanan untuk aku.

"Harris.....maaf la susahkan awak je", Harris membuka ikatan bungkusan mee sup untuk aku. Cekap dia ke dapur membuat air. Harris duduk dimeja menunggu aku habis makan. Ya Allah, kehidupan ini cukup untuk aku. Aku tak perlukan dunia realiti tanpa Harris. Setelah selesai makan, Harris pastikan aku tidur dan barulah dia pulang kerumahnya.

*******************************************
"Awak, famili awak sudah putuskan untuk memindah awak dirumah. Bukan dirumah mereka, tapi dirumah saya. Pada awalnya, mereka bertengkar untuk langsaikan bil hospital kini bertengkar kerana beban. Untuk menenangkan mereka, saya meminta izin untuk menjaga awak. Lagipun ibu saya ada dirumah. Dia boleh tengokkan awak. Kalau awak ikut saya balik, saya rasa semua masalah akan selesai. Awak boleh mencari rumah dan kehidupan baru. Maaf kerana saya sudah masuk campur hal keluarga awak", Azrin muncul. Sadis. Tiada siapa mahu menjaga aku walaupun aku masih mempunyai ibu bapa kandung. Sekarang lelaki yang tiada langsung pertalian darah muncul membantu aku.

Aku sebak melihat wajah bengis ibuku memarahi ayah. Ayah seperti lembu dicucuk hidung. Ayah juga sudah tidak sayangkan aku. Kenapa darah dagingku sendiri tiada perasaan kasihan dan sayang pada aku?

"Saya akan bawa awak pulang kerumah saya esok pagi. Saya akan perkenalkan awak pada ibu saya", pujuk Azrin itu.

"Siapa awak? Apa tujuan awak nak tolong saya macam ni sekali??", kenapa lelaki ini? Beria nak tolong aku.

"Saya hamba Allah yang diberi sedikit kelebihan untuk membantu orang yang memerlukan bantuan, seperti awak...", terlalu awam penyataan itu. Adakah lelaki ini berniat yang tidak baik untuk aku?

"Saya rasa saya akan menyusahkan awak. Kerana saya tidak akan bangun didunia realiti lagi. Saya ingin selamanya bermimpi! Jika mati sekalipun, saya tidak akan kembali!", jelas aku dengan harapan Azrin tidak akan muncul dalam mimpi aku lagi.

"Sebenarnya, awak berada di alam bunian. Setelah saya periksa bilik awak saya dapati banyak barang yang bukan milik awak mahupun milik sesiapa di rumah awak. Awak tahu tak, ada dulang hantaran bersalut emas tersusun dibawah katil awak? Bukan itu sahaja, keris kecil bersalut tembaga juga terletak dibawah bantal. Setakat ini hanya saya sahaja mengetahui perihal ini. Saya takut famili awak akan panik jika perkara ini dihebahkan. Kejadian kemalangan itu cukup untuk buktikan bahawa 'mereka' sedang menjaga awak. Sekali awak berjanji, maka awak tidak akan pulang selamanya. Sekarang saya nak pujuk awak supaya kembali", serius aku pening bila Azrin berbicara.

"Adakah awak dalam perancangan untuk berkahwin dengan sesiapa di alam mimpi itu?", tepat jangkaan Azrin.

Aku diam. Aku tak mahu Azrin lenyapkan Harris dari hidup aku. Aku tekad untuk teruskan hidup dengan Harris walau siapa Harris. Bunian ke makhluk halus ke...........wallahualam.

"Allah beri nikmat hidup ini kerana kita ada amanah masing-masing dimuka bumi ini. Bukan senang-senang buat keputusan untuk bahagia yang sementara ini", Azrin beri ceramah pula.

"Saya rasa awak tak perlu buat keputusan untuk saya. Ada sebab juga mengapa Allah izinkan saya mempunyai kehidupan yang lain. Ada sebab juga mengapa Allah beri kebahagian saya dengan Harris sekarang", lantang aku bersuara. Aku tak ingin berpisah dengan Harris, itu tekad aku.

"Dia bukan Harris yang sebenar", fakta dari Azrin.

"Cukup, saya rasa tak perlulah awak jumpa saya lagi kerana saya akan berkahwin dengan Harris. Saya dah buat keputusan. Buat apa saya kembali tapi semua bencikan saya. Lagi-lagi kemungkinan saya akan lumpuh akibat kerosakkan otak. Hantar saja saya dirumah OKU!!", akhirnya segalanya terluah.

"Mungkin awak tak sedar ada orang yang masih sayangkan awak", Azrin menunduk.

"Siapa??????????????? Kau tak pernah tahu apa yang aku rasa, apa yang aku perlu lalui selama ini", terus berubah bahasa aku kepada Azrin. Emo jika bila diungkit tentang kasih sayang. Selama ini aku hidup sendirian. Ada keluarga tapi tiada keluarga. Tiada kawan. Tidak sesiapa ambil peduli tentang aku. Terus senyap..............

***************************************************
Sejak akhir-akhir ini sukar aku untuk memasuki alam mimpi. Kalau dulu, mudah. Sekali tertutup mata, maka sekelip mata aku akan masuk alam mimpi. Kini aku perlu fokus, bebetul fokus. Tapi hari ini langsung aku tak boleh masuk. Aku hanya melihat Azrin dan ibunya menjaga aku. Mereka bukan ahli keluarga mengapa mereka sanggup menjaga orang luar. Azrin pula buat-buat tidak sedar akan kehadiran aku. Ralit aku melihat ibunya mengelap badanku, menyikat rambut dan mengurut-urut badanku. Ibunya penuh kelembutan tanpa keluh menjaga aku. Terharu. Ibu aku? Dari dulu makan minum aku tak pernah dia kisah. Ayah hanya beri duit. Pandai-pandailah aku nak hidup.

"Ayen, kamu sayangkan Nadirah?", ibu tanya kepada Azrin yang leka mengemas rumah. Azrin hanya  senyum dan berdiam sahaja. Ibu seperti tahu sesuatu.

" Kau sayangkan aku Azrin? Mustahil!! Tiada satu pun orang yang sayangkan aku didunia ini. Kau siapa? Apa kau mahu? Aku tiada harta, atau kau sebenarnya mahu gunakan aku? Ambil hantaran emas itu ambil keris berbatu permata itu. Ambil jika itu yang kau nak. Aku hanya perlukan Harris", bentak aku supaya Azrin menjawab. Azrin masih membatu lalu memasuki biliknya dan aku mengekorinya.

Azrin mengeluarkan satu gambar lama.

Ya Allah aku tak sangka Azrin. Ini Azrin yang aku kenal.


Bersambung.................

 


Tiada ulasan: