Rabu, 1 Januari 2014

2 ALAM - Part 1

"Akak!!!!!!!!!!! kamu tak pergi kerja ke? Dah subuh gajah ni?", Ibu terkejut aku masih terbongkang tidur. Pelik selalunya, sebelum subuh aku dah bangun dan pergi kerja senyap-senyap. Sambil terpisat-pisat mata yang penuh tahi mata, tengok jam 6.30 pagi. Dengan tenang aku bangun dan bersiap. Masih ada masa untuk bersiap dan pergi kerja. Arggggh boringnya dunia realiti.

3 tahun selepas graduat dari UKM, aku menjalani kehidupan biasa, pergi kerja 8 jam pulang ke rumah rehat sebentar ke gym dan tidur. Aku seorang yang kurang bersosial dari kecil. Kehidupan realiti aku sangatlah membosankan tetapi ada satu kejadian pelik membuatkan aku lebih suka tidur dan mempunyai kehidupan di alam mimpi sejak umur aku 13 tahun. Mengimbau kembali waktu 13 tahun lepas..

************************************
"Harris balas surat cinta kau bawah meja. Jangan lupa baca", Taufiq kawan baik kepada Harris menegur aku buat kali pertama dan terakhir. Ya Allah malunya, hanya Allah yang tahu. Semalam aku tulis surat luahan hati pada Harris. Sekarang kenapa mesti sampai semua orang tahu pasal surat tu?

Siapa Harris?

Harris, Zahid Harris merupakan rakan aku sejak tadika lagi. Dahulu Harris tiada kawan lain selain dari aku. Kami naik van sekolah yang sama, duduk sebelah menyebelah, bermain dan lakukan aktiviti bersama-sama. Aku rasa Harris suka berkawan dengan aku kerana Harris sanggup habiskan masa dengan aku, datang rumah aku apabila cuti sekolah. Aku pernah datang ke rumah Harris, besar gila tapi tiada orang melainkan orang gajinya sahaja. Maka tempat paling selesa untuk bermain adalah kawasan perumahan aku. Semua jiran kata Harris boyfriend aku. Walaupun kami masih tadika, tapi perasaan gatal aku itu sudah ada. Mungkin aku sahaja yang berperasaan sebegitu. 

Kami membesar bersama sehingga darjah 4, Harris mula menjauhi aku tiba-tiba. Aku pula demam panas, dengan tiba-tiba berat badan aku naik mendadak setelah sebulan masuk wad kanak-kanak. Sejak dari itu, aku selalu dibuli disekolah. Mereka mengejek aku "GEMUK....GORILA....GODZILLA..GAJAH",...semua G disebut. Berjuta kali aku ke sekolah, berjuta kalilah aku dibuli. Mereka budak paling kejam dimuka bumi ini sehingga sangguh menyimbah air ke baju aku, menendang, memukul aku tanpa belas kasihan. Aku lalui perkara yang sama setiap hari. Harris naik bas yang sama dengan aku tapi dia hanya berdiam diri. Langsung endah untuk membantu apatah lagi untuk memandang aku yang hina ini. Apa dosa aku yang gemuk ni? Sampai mati aku ingat orang yang bernama Syakir, Alif, Shauqi, Farhan, Fayad dan lain-lain. Aku tak berapa pasti mengapa mereka seronok sangat buli aku. Bila aku ponteng sekolah, aku akan dipukul ibu dengan teruk pula. 

Walaubagaimanapun, perlajaran aku tidak sedikit pun terjejas. Aku berjaya mendapat keputusan UPSR 3A dan 2B. Kira pandai lah juga berbanding dengan result peperiksaan aku selama ini. Selesai sekolah rendah ke sekolah menengah pula. Harris juga mendapat sekolah yang sama. Tapi Harris seperti orang asing. Langsung tidak bertegur, malah tidak langsung mahu memandang aku. Aku pelik, mungkin dia malu aku gemuk dan rakan-rakannya adalah salah seorang yang membuli aku. 

Di sekolah menengah ramai di antara rakan-rakan sudah mempunyai boyfriend. Aku juga berkeinginan yang sama. Hormon oksitosin melimpah ruah, dari dulu lagi aku menyukai Harris dalam diam. Dialah lelaki yang aku suka sejak tadika. Tak pernah ada lelaki lain yang berjaya mencuri hati aku. Nak dicuri macam mana, aku lah perempuan paling loser di sekolah. Layak dibuli sahaja. Harris lelaki yang aku sanjung secara diam-diam. Rasa ingin tahu mengapa dan apa punca Harris menjauhi aku, aku menulis surat kepadanya. Tiada ungkapan cinta tetapi hanya soalan yang aku tuju. Aku pun tak pasti aku kena rasuk hantu apa tulis surat pada Harris. Mana datang berani tulis surat tu entah!

'Kenapa kau menjauhi aku? Bukan kita rapat sejak tadika? Apa dosa aku', dan lain-lain isi kandungannya. 

Aku buka perlahan surat yang kononnya dibalas oleh Harris. Perlahan air mata aku meleleh.

'Kau ni bodoh, gemuk, tak sedar diri ke? Muka macam tenuk ada hati nak suka aku. Jangan perasan la weh! Aku pun menyesal kenal kau dari tadika. Aku dah ada awek la Nadey, so sorry lah ya!!! Balik rumah cermin muka betapa hodohnya kau.'- Harris

Ya Allah, betapa hancur hati aku. Aku bangun, kemas bag dan terus ponteng dari sekolah. Aku tidak terus balik. Aku merayau naik bas rapid kl ke Seri Gombak. Ke tadika lamaku, disitu ada taman permainan. Aku masuk bawah konkrit bulat dan terus tertidur di dalam itu setelah kepenatan menangis seharian. Tekad nak lupakan Harris.

Aku bermimpi. Di dalam mimpi itu aku seorang yang kurus dan cantik. Ramai meminati aku. Disitu aku seolah-olah berada di sebuah perkampungan dimana semua penduduk memakai baju putih. Semua penduduk disitu amat baik dan ramah. Aku mempunyai famili lain dari alam nyata. Ayah dan ibu yang sangat baik dan lembut, membuatkan hidup aku rasa amat bahagia. Aku bermimpi seperti betul-betul berlaku. Aku dapat rasai sentuhan, derapan kaki aku di tanah kampung itu, air sungai yang sejuk, kenyang bila aku makan dan kesakitan apabila aku tercerdera. Pelik

Bila aku terjaga dari tidur, waktu itu sudah petang tapi aku bermimpi seolah-olah beberapa hari di sana. Cuak hari semakin gelap, aku terus pulang ke rumah. Di rumah aku siapkan kerja rumah dan tidur. Pelik. Mimpi itu bersambung. Sejak dari hari itu, aku perasan yang aku mempunyai kelebihan untuk menyambung kehidupan yang lebih bahagia di dalam mimpi. Maka setiap hari aku tidak akan membuang masa, aku akan terus siapkan kerja sekolah. Balik berlari ke rumah dan tidur. Mungkin tidur membuatkan aku lebih bahagia. Sejak dari hari itu aku terputus hubungan dengan Harris sehingga tamat SPM.

Sehingga sekarang, 13 tahun sudah berlalu aku masih mempunyai kehidupan di alam mimpi. Aku sudah graduat dan bekerja. Aku jalani kehidupan di alam mimpi seperti kehidupan seharian. Aku boleh sambung, yang pasti aku tak pernah menangis dalam mimpi tu. Betapa bahagia hidup aku dalam dunia mimpi. 

****************************************************

Suatu hari, waktu rehat di tempat kerja seperti biasa aku tidak turun makan. Jimat duit. Aku hanya makan di rumah. Apabila bosan di pejabat. Aku buka laman web blog, Facebook dan lain-lain. Hari ini pelik sedikit, agak terkejut melihat Harris request friend dengan aku. Pelik sangat dah ni. Laju je jari aku approved friend. Bila lama aku lihat FBnya, rupanya Harris mempunyai teman wanita yang sangat cantik. Mereka seperti sedang hangat bercinta. Gambar-gambar mereka jelas menceritakan segalanya. Motif add aku??? Dia lupa ke yang dia pernah menghina aku dalam surat 13 tahun yang lepas.

Pelik.

8 jam kematu bontot dalam office, setiap hari aku mengira waktu untuk balik dan tidur. Selepas pulang dari gym, cukup membuatkan aku penat dan aku akan pulang ke rumah sepantas mungkin bersiap untuk tidur, menyambung kehidupan aku di alam lain. Inilah rutin seharian aku di dunia realiti.

*******************************************************

"Sayang, petang nanti ibu nak kenalkan kamu dengan anak lelaki Mak Som. Dari kampung seberang. Semalam mak dia datang merisik. Ibu suka anak dia, handsome, tinggi, sasa dan rajin. Ibu suka sangat, kamu kenal-kenal dia dulu ya", lembut pujukan ibu. Ibu di alam mimpi ini ternyata berbeza dengan ibu di alam nyata.

Berdebar tapi sangat teruja. Umur seperti aku sudah masanya aku mencari teman hidup. Kalau di dunia realiti tiada siapa yang ingin memperisterikan aku. Tanpa bantahan aku menurut saja kata ibu. Aku bersiap dan berdandan dengan sedikit solekan. Kebaya pendek di sarung membuatkan aku rasa amat yakin. Aku kelihatan cantik dan anggun. Senyuman hingga ke telinga. Bangga.

Ayah pergi outstation seminggu tidak pulang. Petang itu, hanya ibu menemani aku untuk berjumpa anak Mak Som. Salam sebagai pendahuluan....

"Assalamualaikum, Kak Som!!! Kami datang berdua ni dari jauh!!", lembut suara ibu memanggil Mak Som. Panggilan disahut jauh dari dapur. Bergocoh Mak Som keluar dengan tangan yang basah dan di lap pada kain batik sarungannya.

"Waalaikumussalam....ya Allah!! Ini ke Nadirah anak awak Cik Mah??? Cantiknya. Eh jemput naik. Harris belum balik dari kebun. Hari ini dia cuti kerja. Tak boleh duduk rumah langsung. Panas bontot", jelas Mak Som keriangan. 

'WHATT?????????? HARRIS????', lambat aku menangkap nama anaknya. Aku tercengang. Kenapa nama anak Mak Som perlu nama Harris jugak. Tiada nama lain? Ibu menegur aku setelah melihat aku termenung. Kami naik ke rumah Mak Som.

Mak Som kembali dengan air teh dan biskut. Mak Som terlalu teruja, sehingga bertalu-talu soalan ditujukan pada aku. Kerja dimana, umur berapa, suka makan apa...jenuh aku menjawab. Tetapi kemesraan Mak Som buat aku rasa selesa. Lama juga kami berborak tiba-tiba ada suara garau lelaki memberi salam. Mak Som melatah, " Harris dah balik!!!". Terus tersekat pengaliran darah dan hanya bunyi dengupan jantung yang jelas dan kuat!. Sambil menunggu kelibat lelaki yang akan muncul di muka pintu. Ya Allahh....suara itu seperti.....

"Salam, Mak Mah. Maaf saya lewat. Saya ada ambil beberapa tandan pisang di kebun tadi. Nanti saya hantarkan ke rumah ya", sambil mengelap peluh Harris dengan wajah yang kacak mencium tangan ibuku. Terpaku membisu apabila mata kami berpandangan buat kali pertama lalu dia hanya memberikan senyuman. Aku pula terpana. Ya Allah apa pula kejutan yang Kau berikan?

Ini HARRIS!!! inilah HARRIS!!!! GILA

Harris duduk di sebelah Mak Som posisi bertentangan dengan aku dan ibuku. Aku dapat merasakan Harris merenung aku dari tadi. Sehinggalah ditegur ibu. Ya Allah ini Harris yang aku kenal sejak tadika. Ya Allah mengapa dia masuk dalam mimpi aku? Tak kan sebab dia add friend FB aku pagi tadi terus aku mimpi dia?

" Harris, jangan tenung lama sangat.. bahaya. Harris, akak ..kamu keluarlah berborak, kenal-kenalan dahulu. Kami nak berbincang hal kami sebentar", ibu memberi alasan untuk kami saling mengenali. Kami berdua turun rumah menuju ke pondok hadapan.

"Awak.....", serentak kami bersuara untuk memulakan perbualan. 

"Awak mula dahulu", pantas aku menyilang kata Harris.

"Awak dulu sekolah mana ya? Saya macam kenal la. Oh lupa saya Zahid Harris, orang panggil Harris je. Umur 26 tahun. Kerja di syarikat kejuteraan di Kuala Lumpur. Serius, wajah awak seperti saya pernah jumpa atau kenal. Hihihi?", agak panjang ulasan Harris.

Aish, sah! Ini Harris, satu-satunya Harris yang paling aku kenal. Tapi Harris ni macam tak kenal aku pula. Emm mungkin dia terlalu benci aku sampai lupa yang aku kawan baik dia sejak kecil. Atau dia sudah hilang ingat atau memori tentang aku.

"Saya Nadirah, orang panggil Nadey je.. umur 26 tahun jugak dan keje sebagai ahli Zoologi di syarikat ubat di TTDI. Saya dulu sekolah di Bentong, Pahang. Ermmm saya tak pernah pula jumpa awak", tipu aku. Biarkan ia menjadi rahsia dahulu. Belum masanya lagi.

Harris tersenyum, berderau jantung aku. Dia mengajak aku untuk duduk di pondok hadapan rumahnya itu. Rapat dia duduk sebelah aku. Aku dapat merasakan aura yang pelik pada Harris. Bau badannya seperti zaman kanak-kanak dahulu. Suara Harris kini amat garau dan dalam. Tangannya berurat dan gelap akibat terlalu terdedah pada matahari. Harris hanya memakai kemeja terbuka dan bersinglet. Jelas kelihatan badan Harris sangat sasa. Wow....i like. 

Soalan tentang kenal aku duhulu tu sudah diabaikan mungkin itu ayat cliche untuk memulakan sesuatu perbulanan. So lame Harris!! Harris lebih banyak bertanya dan bercerita tentangnya. Aku? Sepatah yang ditanya sepatah yang dijawab. Selebihnya aku hanya gelak kerana Harris suka berlawak. 

"Rasanya mak sedang berbincang pasal kita. Awak suka saya tak? Mungkin mak nak satukan kita secepat mungkin??" soal serius Harris buat aku tercengang. Belum sempat soalan dijawab, Harris bertanya semula "Awak dah bersedia?", tiba-tiba Mak Som memanggil kami. Aku blur, Harris dalam mimpi jauh berbeza dengan dunia nyata. Ini mimpi, tiada perkara sedih akan berlaku.

Kami menurut perintah Mak Som dan naik ke rumah.

"Harris..kamu hantar Mak Mah dan Nadirah pulang ya, Jangan lupa pisang tadi", pesan Mak Som.

Sampai di kereta, ibu pantas membuka pintu belakang. Sengaja menyuruh aku duduk di hadapan sebelah pemandu, Harris. Sebaik sahaja Harris menghidupkan enjin, dia memegang gear dan tidak semena tersentuh dengan tangan aku. Dia memegang tangan aku yang automatik jadi batu dan diletakkan di atas peha aku. Perbuatan ibu diperhatikan ibu. Tetapi ibu buat-buat tak nampak. Aku hampir putus urat jantung berdebar diperlakukan sebegitu. Harris tersenyum melihat aku yang kelihatan amat gelabah waktu itu. 

Di dalam kereta, kami berbual rancak. Telatah ibu bagaikan tak sabar untuk mendapat menantu membuatkan aku terasa bahang, malu. Nasib baik Harris tidak kisah disakat ibu. Banyak persoalan timbul. Harris tak kenal aku langsung ke? Dalam mimpi atau dunia betul? Kenapa sebelum ini tiada seorang pun yang aku kenal dalam dunia mimpi ini tetapi akhirnya Harris muncul?



Bersambung......

Tiada ulasan: