Rabu, 13 April 2016

CANDAT SOTONG 2016

Alhamdulillah, alhamdulillah... Tahun 2016 tahun aku 'start fresh' life aku balik. Yela hampir 3 bulan menganggur, pastu pergi Jepun. Semua simpanan zero LOL. Jujur aku memang tak pandai urus duit aku hahahaha.

Tahun ni tahun mengumpul duit dan tiada travel-travel obersea. Aku bukan orang kaya, gaji pon ciput nak mengumpul tu ambik masa sikit, Tapi tak bermaksud aku tak boleh happy2 buat apa yang aku suka kan. Serius kalau dengan geng aku ni, aku boleh pergi Terengganu ni dengan kos yang rendah tapi still heaven. 

Kos mencandat RM80
Homestay : RM150/ 5 orang
Makan: Guna baki duit dari Trip Jepun tahun lepas
Minyak dan Tol: RM200 / 5

So roughly bajet : RM150 
Trip kali kita bawak skali Kamen Rider Agito. Dia drive ok!! Syukur selamat sampai dan kami singgah makan di Marang. Milo tabur satu!!!
Baju kami sama!!! Baju ni adek aku la buat pastu paksa aku beli. Sebab sokong bisnes adek #D'jump aku ni sponsor la baju event kali ni LOL. 
Istimewanya kali bukan geng aku join Trip Candat tahun ni tapi ibu aku pon join. Memang kami satu family memang minat memancing. Walaupun sudah kali ke 2 kali candat aku pergi sorang-sorang dari KL tapi kali ni heaven sebab Ibu dan geng pergi kan.... so meriah gileeeeeeeeeeeeee.
Jeti Marang ni Subhanallah cantik. Mula la terasa macam model.
Trip kali geng candat sotong , GCS berpecah 2 hari berbeza. Kerana ramai pula nak join kali ni. 
Kami memang sewa bot Abang Mi je.....heee
Otak-otak Tangkang belanje, memang lain la kalau beli kt KL. 
Antara orang yang terpenting dalam hidup, 
chiaaa chiaa ayat tahhi
Aku memang suka laut, lom lagi aku berscuba aku rase macam aku selesa betei dalam air. Boleh verangan jadi duyung. DUYUNG je ok
Verangan sat jadi model Bot Abang Mi
Mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi. Ibu..........hiks sebak nak cerita
Ayat biasa diungkap bila tiba gamba Flora, Gambar canditnya lebih cantik,
Terima kasih tak terhingga kat Kak Aina dan Tangkang bagi pinjam joran kt kami sbb joran Abang Mi banyak rosak. 
Sekarang ni yang banyak menolong Abang Mi adalah Kamen Rider Agito. Nampak riaknya begitu seronok, dia macam tahu tugas dia. Tolong Abang Mi tarik sauh semua. hahahahahah
Credit to Zati. Gamba ni cantik gile
Kak Aina pon jadi model sat
Macam biasa taiko bawak naik sekor untuk permulaan
Pastu amatur Shiwa dapat, terus buat umpan tarik. Hahahah Shiwa nye sotong ade ONG. Kegembiraan terserlah ok!!!
Asyik shiwa je dapat, Flora terus nanges tepi bot. Menyalahkan diri sebab SUEY, maki diri, pukul diri, siksa diri sebab tak dapat sotong. Setelah bape kali berkhurafat, kami tampar muke dia baru die mengucap.

Bape minit pas mengucap terus dapat sotong. Gumbire gile muke die hahahaha
Pastu macam biase la, aku la yang kene buat semua. Aku ambek sotong, aku lempar candat jauh-jauh. Boleh pulak die request aku lempar candat jauh2 sampai bot orang lain???
Aku dan memancing sejiwa gitu. Berseri-seri wajah aku.
Abang Mi ni taiko, die boleh jampi joran aku tarik sotong. 
Gigih semua kan! ahahahah
Memang lumrah model, macam mana posing pon cantik je. Tak faham aku!
Malam tu bukan dapat sotong je dapat ikan pelik2. Ikan ni nama die ikan kasut, Sebab kepala die macam tapak kasut. Pelik gile...
Malam tu Abang Mi masak sambal sotong. Memang mantap tapi aku biasenye kurang makan takut sebu mabuk laut pulak. Bergelodak perut nanti.
Payung skit, i bawak fisherman G-shock naik kapal. See bulan mengambang, waktu sesuai mencandat. Tapi rejeki kami tahun ni kurang berbanding tahun-tahun lepas. 
Ni tak pasti ikan ape... macam ikan todak pun ade tapi bukan LOL aku malas nak ID spesis
Malam tu banyaknya sotong jarum. Aku ngan Dd dapat teknik baru, iaitu teknik 'luring' attract sotong jarum dengan candat di permukaan. Maka kawan kami Din dan Azrie tukang sauk je sotong yang dapat ditarik oleh candat. Kami buat teknik tu berterusan dari pukul 12 tengah malam sehingga pukul 5 pagi. Awalnya ramai la tolong, tapi semua flat. Tinggal aku, Din dan Azrie je gigih cari rejeki walaupon hanya sotong jarum. Sotong jarum pon besa-besa ok la kan. 

Bila semua dah penat, pukul 5 pagi kami stop. Kami basuh muka dan baring jap sebab ombak semakin kuat. Rasanya bot tu ada la bergerak macam 40 darjah dari permukaan. Bape kali Ibu tergolek-golek. Sian je aku tengok tapi aku bebel suh tidur atas pelantar tak nak. Biar la dia terkapai-kapai. 

Saat waktu azan subuh berkumandang, tetiba Dd kejut aku terus speechless tunjuk laut. Aku bangun terkejut ingatkan bapak dia jatuh dalam laut. "Allahhh" aku jerit sampai satu bot bangun ingatkan orang jatuh dalam laut juga. Rupanya Paus Yu atau Whale Shark main-main keliling bot kami. Bukan seekor tapi banyak. Patut sotong xde, die tukang sodot. Whale shark ni tak makan ikan besa, orang kata dia ni sea filter. Dia mkn ikan kecik dan plankton. 
Sesudah subuh, kami bergerak ke darat semula
Ni la gaya orang penat, mabuk laut semua ada. Flora lepas je tengok paus Yu tu terus muntah 2 kali. Sengaja je die bagi paus tu makan muntah die. Eueewwwww
Walaupun hasil tahun ni sikit yang amat, tapi kami syukur masih diberi rejeki sotong jarum plus dapat jumpe Paus Yu. Pengalaman setiap kali mencandat mesti berbeza-beza.
Kamen Rider Aqito mabuk lauut sat, so die tido pas menyorok-nyorok.
Ini hasil sotong 2 tahun lepas. Aku bawak balik se tong sotong kot! puas gile makan.
Haruan Tasik 
Lepas sampai darat, kami check in homestay Kak Aina. Ini kali kedua duduk homestay Kak Aina. Lepas tu, aku dan ibu terus beli breakfast. Aku decide beli breakfast terus sebab aku tak boleh rehat dan duduk aje. Mabuk darat. Atas laut jarang sangat aku mabuk laut, tapi aku mabuk darat. Bila di darat, aku nampak semua bergoyang macam air laut. Sumpah pening. Ubatnya tidur dan rehat secukupnya. Tapi still sebab hyper sangat kot, aku susah nak tidur. Jeles je tengok semua tidur nyenyak.

Petang tu, dalam pukul 2 petang kami bersiap dan terus ke Warung Pok Nong. Walaupun bukak kedai pukul 3.30 petang kami datang awal untuk rebut nombor giliran 1-10 sahaja. Maka yang datang awal boleh ambek nombor dan dapat sotong dahulu. Sotong besau-besau.
Ikut rejeki juga, aku no 8 tapi sotong comey je. No 10 dapat sotong besau. xpe la syukur rejeki makan sotong sedap, Memang puas gile, lain sangat la dengan tempat lain.

Malam tu kami ke NR Cafe Tok Jembal, nak order coconut shake dan tomyam dalam kelapa tapi semua xde stok. Musim panas kan, stok kelapa habis. Sadis. Tapi ya Allahhhh, makanan deme sedak blake,
Esoknya kami nak balik. Sebelum kemas baju dan check out kami keluar pergi makan sat kat gerai berdekatan. Kami rasa macam-macam, dengan nasi lemak, nasi minyak, nasi kerabu, laksang, batang keramat, kuih muih dan semua total RM24?????????????????

Gile kenot brain murah. Nak duduk terengganu!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Sebelum balik KL kami singgah ke Kuala Terengganu aim China Town tapi kami sebak gile tempat macam ni tarikan pelancong tapi tak dijaga bersih. Suram. Payung rosak penuh najis, sampah sarap dan bau hancing. Ohmai sedih
Shiwa buat-buat bahagia la konon bawah payung taik tu
Berapa kali aku nak ulang, Flora kata gambanya cantik jika diambil candid
Allahhhhh
Lupe nak cerita kueh akok sebelum masjid besar Marang tu sedap gile. Setiap kali datang Ganu, memang aku rembat akok ni... menangis... sebab sedap sangat.

Tamat, tu je la cerita aku boleh kongsi. Aku syukur geng dan ibu aku ikut trip kali ni. Best sangat. Kami gelak, berborak non stop, makan macam-macam. Allahhhh heavennya la. 

Bila aku tanye...."Nak pergi lagi???" hanya Shiwa je bagi respon positif..... hahahaha Flora dan Zati speechless. Tapi aku percaya dengan kuasa paksaan aku mampu membuatkan dorang kene pergi gak... ahahahaha

Ok sayang korang dunia akhirat. Semuga panjang umur, murah rejeki boleh pergi travel lagi.


4 ulasan:

Sab Buenoo berkata...

Sempoinye mak kak nadey. Cayalah! Haha

loner rain berkata...

Bestnya candat sotong. Mcm mana nak book trip candat sotong?

loner rain berkata...

Bestnya candat sitong. Mcm mana nak book teip candat sotong? Ada contact number deme tak

Unknown berkata...

nak tnye...ade contact orang candat tu tak?