Setiap orang mempunyai cita-cita dan
tujuan target dalam hidup. Namun dengan ekonomi yang tidak stabil, kita perlu
realistik dengan keperluan dan masa hadapan setara dengan peringkat umur kita.
Rata-rata fasa umur yang mula bekerja adalah seawal 17 tahun iaitu selepas
tamat SPM, jika rezeki untuk menyambung pelajaran, maka biasanya umur 23 atau
25 tahun. Pada waktu ini ramai yang gigih mengumpul duit untuk tujuan berkahwin
ataupun kemajuan diri sendiri. Di sini saya akan kongsikan target yang perlu
dicapai sebelum anda mencapai fasa umur 30-an.
1. Aset (rumah, kereta)
Pada saat kita
mula bekerja adalah waktu untuk mengumpulkan duit deposit bagi pengumpulan
aset. Ramai biasanya membuat pelaburan emas, pelaburan ASB dan sebagainya. Di
zaman muda, rumah dan kereta adalah satu target yang membawa manfaat. Perbezaan
aset kereta dan rumah adalah dimanda pembelian rumah adalah perlaburan
menguntungkan pada jangka masa panjang kerana harga rumah semakin meningkat
manakala aset kereta lebih kepada kemudahan ‘keperluan’ untuk bergerak. Tetapi
ketahui bahawa nilai kereta akan turun dari semasa ke semasa.
3. Simpanan bank
Di usia muda
inilah masa untuk mula membuat simpanan. Sama ada kamu mempunyai komitmen atau
tidak, pastikan kamu membahagikan sedikit simpanan pendapatan kamu setiap
bulan.
Insuran adalah
salah satu perancangan yang wajib bagi setiap orang. Ia amat berguna sebagai
kegunaan sewaktu kecelakaan belaku, samada sakit, kemalangan dan sebagainya di
mana memakan kos perbelanjaan yang tinggi. Terdapat banyak pelan insuran yang
ditawarkan jadi pilih pakej insuran mengikut kemampuan kerana ia amat membantu
ketika anda memerlukannya satu hari nanti.
Melancong bukan sahaja ‘self-reward’
tetapi satu pencapaian peribadi. Pastikan anda membuat satu senarai beberapa
negara yang anda ingin lawati serta lingkungan bajet yang anda mampu kumpulkan.
Elakkan berhutang , biarlah anda pergi melancong dengan hasil titik peluh
sendiri. Setiap perjalanan membuatkan anda lebih bersemangat untuk mengumpul
simpanan dan anda akan lebih menghargai setiap hasil titik peluh anda.
Menjelang umur 30 anda sudah ada
beberapa asset, langsai hutang lama seperti hutang belajar, mempunyai simpanan,
insuran serta masih boleh menikmati kehidupan dengan melancong. Masih tidak
terlewat untuk set target ini walaupun anda sudah melewati 30 tahun.
Apa target-target hidup yang anda
ingin capai sebelum fasa 30an? Kongsikannya bersama kami di ruangan komen di
bawah.
1 ulasan:
sama lah.. nak bebas hutang kalau boleh
Catat Ulasan