Ahad, 22 Disember 2013

NAK KAHWIN PAKSA SANGAT? - Part 5


"Amboi selesa rupanya tidur dengan abang, tadi punya poyo tak nak?", suara Bad yang garau telah mengejutkan aku dari tidur. Rupanya aku bukan bermimpi. Aku masih di pulau bersama suami. Matahari dah mencanak, lihat jam pukul 11 pagi. Ya Allah.....

Aku nak bangun dan bersiap tapi Bad masih tak lepaskan pelukan, apa lagi satu cubitan semut gergasi hinggap perut. Oh, ada rasa sakit rupanya, lucu bila lihat Bad meraung kesakitan. "Ini cubit guna playar ke??? Aduuhhhh", barai gelak aku, serius tak boleh bendung ego lagi. Kami bersiap dan keluar makan. Tengahari kami menaiki bot pusing-pusing pulau. Kami singgah di sebuah pulau. Disitu terdapat perkampungan kecil. Puas meronda. Kali ini aku dah tak kisah berpegangan tangan dengan Bad. Mungkin Bad ingin menjaga aku daripada dikacau oleh penduduk kampung. Sekejap......dikacau?? Hot gila aku. Siapa nak kacau entah!

Wajah Azmer hilang waktu itu.

Kami pulang ke Kuala Lumpur pada Ahad pagi. Sebelum itu, Bad singgah ke rumahnya. Melangkah aku masuk ke rumahnya, bersih tetapi kosong. Tak nampak macam rumah orang yang sudah berkahwin. Aku labuhkan punggung di sofa yang empuk itu. Teringat lagi, sofa itu juga aku yang pilih. Bad naik ke bilik tak tahu buat apa. Tekak terasa kering, lalu aku ke dapur. Buka peti sejuk, sedih. Tiada satu makanan pun di dalam. Sedih pula. Selama setahun ni bagaimana dia makan? Patutlah susut.

"Abang nak duduk rumah Nadey ya, rumah awak lengkap tak macam rumah abang kosong ja", sambil mengangkut bagasi yang besar keluar dari bilik. 

"Asudah!! Nak duduk rumah aku pulak!!!", getus aku perlahan agar tak didengari Bad.

Muka Bad bertukar ceria selepas pulang dari pulau. Mungkin dia ingat aku sudah terbuka hati untuk menerimanya? Aku pun macam dah tersuka pulak, kejadah? Arghhh serabut!. Azmer bagaimana? Mungkin aku perlu buat solat istikharah.

"Boleh tapi dengan satu syarat!", seperti biasa setiap permintaan ada syaratnya. Bad tahu aku memang begitu. "Abang tak boleh sentuh saya selagi saya ........", seperti biasa Bad pantas memotong ayat aku.

"Okay tapi abang tak janji sebab Nadey selalu goda abang je. Takut tak tahan...", muka Bad menyengih buat aku rasa geram.

"Okay kalau begitu, tak payah pindah!", tegas aku dengan syarat aku.

"Okay..........okay!!!!!!!!!!!!!!!! Abang janji!...huh!!", tinggi suaranya merengus. Hah, dengar cakap pun. Walaupon aku tahu Bad tak boleh dipercayai, tapi demi tanggungjawab aku setuju dia pindah ke rumahku. Lagi-lagi aku sedih melihat keadaan rumahnya kini. Sekurang-kurangnya aku dapat menjaga makan minum dan pakaiannya. Itu lebih penting.

Isnin, hari yang dinantikan. Bad menghantar aku ke office. Tercegat Azmer menunggu aku depan pintu office. Mukanya mencuka. Sambil perhatikan aku keluar dari pintu kereta Bad. Bad menjerit nama aku. Aku menoleh dan mendekati Bad, ciuman di dahi secara mengejut itu buat aku kaget. Ramai saksi termasuk rakan office.

Ya Allah!!! 

Bila aku toleh semula Azmer terus hilang entah kemana. Risau. Aku cuba mencari, call tak berangkat. Rupanya Azmer berada di meja kerjanya. Aku menarik lengan Azmer keluar ke tangga kecemasan untuk jelaskan semua yang terjadi. 

"Azmer dengar ni, tiada apa yang berlaku, sumpah!!!", pujuk aku. Risau kerana sepatah tiada respon. 

"Dia masih suami awak yang sah, dia ada hak untuk berbuat apa pun pada awak. Saya rasa jika dia sayangkan awak dan tiada niat nak lepaskan awak, kita tak boleh terus begini. Berdosa saya kacau rumah tangga orang, berdosa awak menduakan suami. Ingat betapa sayang saya pada awak pun, tapi saya lebih sayangkan agama saya", Azmer terus meninggalkan aku.

"Ya Allah kenapa Azmer mudah berputus asa? Bukan dia berjanji akan berusaha selesai perkara ini bersama?", air mata aku tak dapat menahan kesedihan lagi. Lama aku teresak di tangga. Setelah tenang aku kembali ke meja kerja. Serabut coverline muke sembab, aku rasa macam nak ponteng kerja saja. Sedih teramat bila Azmer seakan-akan ingin berundur. Aku tak nak kehilangan lelaki yang pertama buat aku bahagia di dunia ni. Dia memang lelaki yang baik.

"Amboi....siapa yang cium kau kat kereta tadi Nadey? Kau dengan Azmer gaduh ke?", orang office memang busy body.
"Yang hantar saya tadi, suami saya. Azmer ..........kawan saya", jelas aku. Tapi Azmer? Satu office sudah ingat aku dan Azmer kekasih. Pedulilah apa kata orang-orang office. Arghh aku tiada mood untuk bekerja. Yang aku boleh fikir sekarang adalah mencari Intan. Aku nak perkara ini selesai cepat. Aku mencari kenalan yang pakar dalam bab mencari orang ini. Setelah beberapa orang aku hubungi akhirnya aku dapat satu agensi yang boleh dipercayai. Setelah berbincang melalui telefon, kami akhirnya setuju untuk berjumpa.

"Ini Intan, saya akan bayar baki setelah awak dapat jumpa Intan. Ini senarai kawan rapat Intan. Tolonglah saya untuk cari kawan saya ini antara hidup dan mati", bebel dan merayu. Itu ajalah ayat aku, berapa kali ulang entah. Nasib baik agensi ini memahami situasi aku dan dia meminta sedikit masa.

Selang beberapa minggu, setelah aku merujuk pada agensi mencari orang, selama itu juga Azmer menjauhi aku.

Bagaimana perasaan aku sekarang?

Aku rasa Bad telah skor lebih markah dalam hati aku. Jika di tempat kerja aku sedih Azmer menjauhi aku. Aku pula jarang terima panggilan dari Ibu. Mungkin Azmer sudah menceritakan segalanya, aku merancang untuk berjumpa dengannya satu hari nanti. Sedih bila orang yang aku sayangi mulai hilang satu persatu tapi kesedihan itu telah dirawat oleh Bad. Maka setiap hari rasa tak sabar nak balik rumah. Di rumah pula aku bukan tunjuk gembira pun. Saja tunjuk ego depan Bad, seronok bila main tarik tali dengan Bad. Kini dia kembali ceria seperti yang aku kenal dahulu tapi kali ini romantik melebih-lebih, makin mengada-ngada macam budak kecik. Bak kata Bad, "tak apa semuanya HALAL".

Aku dapat rasa perubahan pada diri aku. Mungkin aku kena terima hakikat. Sejak pulang dari pulau hari itu, aku tak pernah putus membuat solat Istikharah. Aku tak dapat sebarang mimpi, tapi mungkin ini jalan yang perlu aku redha. Mungkin Bad pemilik tulang rusuk itu.

Malam itu, selepas makan malam kami berdua menonton filem Battleship. Tengok hero Battleship, Taylor Kitsch macam iras Azmer pula. Ya Allah, emo tetiba.

"Abang boleh tak kalau tak nak tengok cerita ni? Sebab saya dah tengok 511 kali", nampak tak sekarang aku dah bersopan tutur kata dengan suami. Sekarang juga aku dah selesa memanggil Bad 'abang'. Hikhikhik gatal pulak.

"Ok tak payah tengok filem ni, apa kata kita buat filem sendiri", gurauan Bad diakhiri dengan ketawa yang aku rasa amat menjengkelkan. Dia suka buat gurauan begitu namun setakat ini dia tak pernah 'sentuh' aku lagi. Mungkin dia paham aku perlu sesuaikan diri dahulu. Ambil masa konon. Akhirnya aku memberi idea untuk main game PS2 saja. Menjerit-jerit kami main game street fighter. Kami bet, siapa kalah dia buat apa saja kemahuan si pemenang seharian.

Terbaik, buat kali pertama aku kalah. Ini makanan aku kot, Bad tak pernah menang. Mungkin malam ini semangat dia lebih sikit. Ya Allah, geram pulak aku tengok senyuman nakal Bad. Dia menulis wishlist apa yang aku perlu buat. Sakit urat tengkuk aku baca.

1. Cium pipi abang
2. Peluk abang

Tak sampai 5 aku baca aku koyak. Menjerit-jerit kami malam tu, riuh! Macam zaman kami kecik-kecik macam tu lah. Rasanya jiran kami pon dah tension bunyi bising dalam rumah. Hidup aku lebih bermakna sekarang. Kalau dulu aku bising supaya Bad tidur dibilik tetamu, tiap kali bangun pagi mesti dia berada di katil aku tidur. Kini, malas bising aku biarkan saja Bad tidur di bilik aku. Dalam hati, siapa yang nak tidur berjauhan dengan suami. Ego punya pasal. Banyak aktiviti kami lakukan bersama. Tak pernah pulak aku boring, malah makin teruja. Ya lah dari dulu dengan Bad je kan. Pelik. Serius pelik.

Suatu hari, setelah 2 bulan aku menanti. Agensi mencari orang tu menghubungi aku.

"Cik Nadey, kami dah dapat jumpa Intan dimana. Dia sekarang di New Zealand. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak kecil. Saya juga sudah mendapatkan nombor telefonnya.", lengkap info dari mereka.

"Okay terima kasih, saya akan bank in baki. Terima kasih banyak-banyak. Servis awak terbaik lah...macam agent 007", puji melambung aku.

Aku menghubungi Intan, tak sangka Intan pantas mengecam suara aku dan kami berborak seolah-olah tiada apa perlu yang dia kesal atas perbuatan dia dulu. Intan perlahan menceritakan segala dari awal mengapa dia bertindak meninggalkan Bad. Rupanya dia terjumpa satu kotak milik Bad ketika mereka pindah barang ke rumah baru. Bila dibuka, penuh barang milik aku contohnya gambar, surat, hadiah yang Bad tak sempat beri pada aku, kasut, tudung, dan akhirnya dairy milik Bad. Selepas Intan membaca dairi tersebut Intan terduduk, dan dia sedar bahawa dia adalah pemisah antara aku dan Bad.

-Famili Intan adalah anugerah terindah, aku tak pernah merasai kasih sayang ibu ayah selama ini. Terima Kasih Allah. Sejak aku kenal ayah, sewaktu aku di ragut dan hampir ditikam, ayahlah yang menyelamatkan aku. Aku terhutang budi sungguh pada ayah. Kini ayah ingin membuatkan aku sebagian dari familinya. Intan, aku perlu berkahwin dengan Intan. Ya Allah kuatkan hati aku agar aku dapat melupakan Nadey. Ini mungkin takdir Mu, Nadey bukan jodohku.- Bad. Ayat dalam dairy ini masih segar diingatan Intan. Inilah sebab mengapa dia bertindak sebegitu rupa.

Selama ini Intan tak pernah putus berhubung dengan familinya. Ayah, ayah sudah tahu keputusan Intan sewaktu dia lari meninggalkan majlis perkahwinan itu. Hendak dibatal tidak boleh, kerana tok kadi sendiri sudah datang. Ramai saudara juga sudah hadir. Syukur aku sanggup mengganti tempat Intan mengikut seperti apa yang dirancang oleh Intan.

Ya Allah, semuanya dirancang? Aku rasa macam bangang dikhianati. Tapi bila mendengar alasan Intan aku tidak pula memarahinya. Dia sendiri sedih kerana Bad merupakan cinta pertamanya. Tak sangka Bad sebenarnya terpaksa berkahwin dengannya. Rasa bersalah pada Intan. Marah aku sebelum ni tetibe hilang.

Hari ini aku nak balik awal dari kerja. Berlari aku ke pasar membeli makanan. Tak sabar nak masak untuk Bad. Syukur dan pelik. Macam mana hati aku boleh 100% bertukar sayang terus pada Bad. Mungkin ini kuasa sebuah perkahwinan. Mencintai suami itu lebih berkat. Gembira bukan kepalang. Malam ini nak masak makanan kegemaran Bad. Hikhikhik

Bising bunyi deringan telefon.

" Nadey, Bad accident depan office ni!!! Saya nak ikut ambulan ke HKL. Cepat datang saya tunggu", Azmer cemas. Aku blur. Aku tak sempat bayar barang untuk memasak tadi, terus berlari mendapatkan teksi untuk HKL. Dalam hati rasa nak gugur jantung.

Apa yang dah berlaku? Kenapa Bad accident depan office aku? Azmer? Kenapa Azmer yang teman Bad ke hospital. Ya Allah

Remuk hati aku bila tahu berita ini.
Ya Allah, panjangkanlah umur suamiku. Selamatkanlah dia YaAllah. Bercucuran air mata tanpa hiraukan pakcik teksi. Bibirku tak berhenti berdoa..

Ya Allah............


Bersambung........

1 ulasan:

Unknown berkata...

mana sambungan nye....
saya nak tahu...