Khamis, 19 Disember 2013

NAK KAHWIN PAKSA SANGAT? - Part 4


Sayu aku melihat Bad makan dengan penuh selera. Inilah Bad yang aku kenal. Setahun aku tak jumpa, kini aku rasa hidup aku kembali lengkap seperti kami waktu kecil saling memerlukan. Sesekali Bad memandang aku, senyum dan sambung makan. 

"Haish....Bad ni lain macam je. Tadi peluk aku, bahasakan diri dia abang pulak. Seram paham tak seram??! Lepas ni apa pulak ...................Allah.." berligat otak aku fikir masalah mendatang.

"Aku akan jalankan tanggungjawab aku sebagai suami kalau itu yang kau nak sangat!!"

Terngiang-ngiang ayat seram yang terpancul dari mulut Bad. Serius aku cuak. Apa yang aku perlu buat?? Ditolak nanti berdosa, kalau aku rela mungkin aku akan menyesal dan bersalah pada Azmer. Ya Allah aku belum bersedia berikan aku peluang. Ligat kepala aku berfikir cara untuk larikan fokus dia untuk jalankan tanggungjawab dia 'yang tu'. Gila tak cuak!

Usai makan, aku kemaskan dapur. Bad masih membisu sambil ralit menonton drama TV3. Aku membuat air kopi susu kesukaan Bad. Aku plan untuk berbincang dengan Bad sekarang. 

"Bad, boleh kita bincang pasal hal kita?", soal aku sambil berdiri tegak depan Bad.

Bad tersenyum lalu dia menarik aku duduk sebelahnya. Aku hanya menurut. Kini kami saling berpandangan. Aku rasa sedikit tidak selesa dengan pandangan yang memberi seribu makna itu. Mulalah aku gelabah cirit.

"Bad, aku tak pernah cintakan kau. Dan sekarang aku dah jumpe Azmer, cinta pertama aku. So macam mana? Aku tak boleh duduk serumah dengan kau macam ni. Nanti.......", belum sempat aku teruskan ayat, Bad terus memotong percakapan aku.

"Nanti apa? Nanti aku buat macam ni?", laju bibir Bad singgah ke pipi aku. Aku menolak kasar. Yeah Nadey tomboy kini kembali. Ada jugak kena siku Muay Thai aku ni karang. 

" Bad, please!! Aku serius ni. Kita macam mana? Tolong... aku nak kawan aku kembali.....Bad yang lama...abang aku yang dulu. Bad tolonglah, kau tahu ini kali pertama aku jatuh cinta. Aku betul-betul serius dengan Azmer. Dia dah tahu masalah kita. Aku dah cerita semua dan dia berjanji untuk selesaikan masalah ini bersama. Mungkin dia boleh mencari Intan. Kau masih sayangkan Intan kan?.", tegas penerangan aku dan berharap Bad jelas. 

" Betul aku cintakan Intan tapi sekarang kau isteri aku. Kau faham tak, isteri??? Tanggungjawab aku untuk cintakan kau juga dan aku berhak tuntut hak aku.", kali ini nada Bad semakin mendatar.  
Allah...........tuntut hak dia????? What the .......happen? Pelik gila, sibuk .....nak tuntut hak. Dah selama setahun kau menghilang tak ada meroyan pasal hak pulak. Ni yang buat kepala aku rasa panas, kang aku mengamuk kata derhaka. Ok fine aku lupa aku isteri dia. Tapi aku tak rela  orang lain sentuh aku melainkan Azmer seorang. Mata aku mulalah panas, kabur....

"Sekarang ini kau nak aku korbankan diri aku untuk jadi patung kau. Bila kau dah guna aku, dah tuntut hak kau, bila kau jumpa Intan kau nak lepaskan aku atau kau nak aku jadi isteri pertama kau!!!!! Aku tak layak bahagia?? Aku hamba kau? Ok kalau macam tu sampai mati aku tak akan redha dengan apa yang berlaku dan sampai mati aku tak akan lupakan Azmer.", herdik aku hamburkan. Tak tertahan rasanya, semua aku lepaskan. Air mata kini bercampur hingus. Lantaklah hodoh atau tidak tapi tekad, ini yang akan aku buat.

Bad menahan marah, terus bangun menuju ke bilik tidur lalu dihempas pintu sekuat-kuatnya. Ya, dari dulu Bad memang tak boleh melihat aku menangis. Itu kelemahan dia. Kenapalah Bad boleh terfikir nak simpan aku macam perempuan simpanan dan terang-terang beritahu isteri dia yang dia cintakan perempuan lain?? Serius aku bingung fikirkan kenapa Bad boleh tamak sangat. Mungkin kami dari kecil tak pernah berpisah. Rasa sayang itu tidak pernah lebih dari seorang abang. Jijik rasanya bila fikir kami suami isteri. Rasa macam sumbang mahram. Betapa jauh pangkat Bad sebagai seorang abang berbanding seorang suami. Tapi tak berdosakah aku berbuat begini pada suami? Ya Allah seram bila fikirkan syurga aku di bawah tapak kaki suami.

Akhirnya aku terlelap di sofa. Aku sedar pagi itupun apabila Bad kejut untuk solat subuh bersama. Bukan sekali kami solat bersama, maka tiada rasa yang berbeza. Usai beri salam aku terus bangun tapi pantas tangan Bad menarik aku. Terduduk aku sambil melatah. Atas sejadah, dengan tenang Bad bersuara.

" Kau tak boleh cintakan aku ke? Kau tak nak usaha? Aku mintak maaf, tapi aku rasa aku memang cintakan kau. Kalau kau nak tahu, aku tak pernah tinggalkan kau. Tiap hari, keluar sahaja kau dari rumah, aku akan pastikan kau selamat sampai office begitu juga pulang ke rumah. Aku cuba bertahan amarah aku setiap kali aku lihat kau begitu rapat dengan lelaki tu atau memana lelaki sekalipun. Pada mulanya, aku sedar aku tak patut abaikan kau dan aku rasa kau tak patut aku kongkong. Maka aku rela lihat kau bebas berkawan dengan semua orang seperti sebelum ini. Mungkin itu hukuman aku. Tapi sejak aku ekori kau ke Port Dickson malam tahun baru tu. Aku rasa kau perlu tahu yang kau masih isteri aku.", lebar penjelasan Bad membuatkan segala persoalan aku selama ini terjawab. Ya Allah apa perlu aku buat. Aku tetiba rasa sayu dengan penjelasan Bad. Bad itu suami aku. Tapi dia dah janji nak lepaskan aku! Sebab itu aku yakin aku masih ada harapan bahagia dengan Azmer.

Sekarang fikiran aku kosong. Aku tak tahu nak fikir apa. Aku menahan air mata lagi. Aku takut aku goyah dengan penjelasan Bad. Azmer...Azmer tolong aku.

Aku mendiamkan diri tanpa respon sedikit pun pada Bad. Aku melipat telekung dan sejadah lalu aku terus turun ke bawah. Akhirnya aku teringat Azmer. Terus aku mencari telefon bimbit. Ya Allah 20 miscall dan 5 masej. Terus aku call Azmer tanpa berfikir Bad masih di rumah aku.

"Assalamualaikum, awak dah solat? Mintak maaf saya penat sangat semalam terus pengsan. Nanti kita makan tengahari sesama okay. Saya malas masak..........", bila terdengar suara Azmer aku rasa sangat lega ..rasa selamat. Lupa Bad ada di rumah. Aku yakin hati aku betul-betul pada Azmer. Tapi dosa macam mana? Arghhhh nanti aku fikir.

Bad menuruni tangga sambil merenung tajam ke arah aku. Ya Allah, takut Bad berbuat macam-macam pada aku, cepat-cepat aku akhiri perbualan. Aku terus ke dapur siapkan sarapan.

Bad suka makan nasi goreng, maka pagi itu nasi goreng kampung dan telur mata berkicap. Aku akan cuba sedaya menjadi isteri melayan suami sementara masih boleh berbakti.

"Lepas makan ni ikut aku keluar", arah Bad.

Alamak aku dah janji dengan Azmer.

"Tapi......", aku cuba beri alasan.

"Kalau kau tak nak aku tuntut hak aku, better kau dengar cakap aku", ugutan Bad cukup membuat aku terus terdiam. Tak habis-habis dengan hak dia. Mengamuk karang baru tahu.

Ketika bersiap, aku menghantar masej kepada Azmer.

Azmer, saya tak dapat keluar makan dengan awak. Awak tahu semalam Bad jumpa saya. Maaf saya tak dapat explain semua. Saya just nak awak tahu, saya sayang awak seorang sahaja. Pls jangan call atau masej. Saya sendiri akan cuba selesaikan masalah ini dengan Bad dahulu. Jangan risau saya dah set up emergency call nombor awak. Salam. - Nadey <3 Azmer

Aku turun ke bawah cepat-cepat bila Bad memasuki bilik dan membuka butang bajunya. Beberapa minit kemudian, Bad keluar dengan bagasi travel milik aku. Pelik, baju siapa? Baju Bad dalam beg galasnya sahaja. Takut untuk tanya lagi maka aku diam dan masuk ke dalam kereta Bad.

Destinasi tidak diketahui, tetapi kereta seperti menuju ke pantai timur. Dalam kereta aku hanya memandang kosong ke luar tingkap dan akhirnya aku terlelap.

Tiba-tiba aku rasa panas, berpeluh, perlahan aku buka mata rupanya kereta kami berhenti rehat di hentian R&R. Blur dimana. Tapi Bad sedang tidur. Penat memandu seorang. Lama aku tenung muka Bad. Tak sangka dia sekarang suami aku. Perlu ke aku beri peluang pada dia. Tapi dia cintakan Intan dan aku cintakan Azmer.

"Mana penting Nadey? Dosa atau cinta kau dengan Azmer?", bisik hati sambil terbayang wajah Azmer.

Melihat susuk badan Bad yang tidak lagi seperti dahulu, tegap berisi hasil usaha berlatih di gym membuatkan dada aku berombak. Kini badannya susut tak bermaya. Rasa kasihan semakin menebal. Kalau dahulu aku setuju untuk berkahwin dengannya kerana Intan memberitahu bahawa Bad mencintai aku. Tapi setelah terpancul dari mulut Bad sendiri, aku hanyalah sejarah dan dia mencintai Intan. Aku terus menyesal dengan perkahwinan ini. Kini aku faham, aku sedih menangis kerana dulu aku mungkin pernah menyukai Bad. Kini aku juga faham kenapa aku boleh setuju untuk menggantikan Intan. Tapi itu dulu, kini aku ada Azmer.

Terkejut aku dari mengelamun, Bad membuka mata dan tersenyum. Mungkin dia senyum kerana kantoi aku ralit merenung dia tidur. Mungkin juga dia perasan aku kata dia hensem.

"Abang lapar la, jom teman makan sekejap", pinta Bad. Kali ini perkataan abang tidak lagi buat aku meremang. Aku hanya menuruti. Seperti biasa, aku lah yang jaga makan minum bad dari dulu lagi dan aku tahu makanan kesukaan Bad, dah menjadi kebiasaan aku untuk mengambil makanan untuk Bad. Haish untung la dari sebelum kahwin pun aku dah layan macam raja.

 "Kau nak bawak aku pergi mana ni?", slumber aku masih berlagak biasa.

"Cuba hormat suami sikit, abang!!.....abang!!...bukan kau aku. Tolong sedar sikit yang kau tu isteri aku.", tegas Bad.

Hek eleh orang tua ni guna kuasa sebagai suami pulak. Panas hati aku padahal dia tak paham ke keadaan aku yang rasa tak selesa ni?. Belum masanya nak panggil abang. Gila!

"Ok, kita nak kemana sekarang???", bentak aku.

"Kau ikut aku je. Aku bukan nak bunuh kau pon. Aku nak jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami la ni..bukan kau nak sangat?. Dah jangan bebel, makan. Kang aku cium kang", Bad menyeringai gelakkan aku.

Malas aku layan orang tua mengada ni. Aku rasa better aku diamkan diri sahaja. Beberapa jam kemudian kami sampai di Besut. Kami ke jeti dan aku baru dapat tangkap. Ya Allah dia nak bawak aku pergi honeymoon ke? Ya Allah selamatkanlah aku.

"Pulau??????????? Tapi..aku...saya tak bawak baju!!!!", teka aku.

Bad hanya tersenyum. Dari awal dia dah plan semua ini. Dia juga telah mengambil semua baju dan  keperluan aku dan semuanya tersumbat dalam bagasi besar tu. Aku mulai rasa peluh menitik kerisauan. Ya Allah, maknanya aku terpaksa .................... jadi isteri dia? Habis! Aku mengundur dari menjejaki jeti itu. Aku ingin lari!

Tangan Bad pantas mencapai lengan aku yang gemuk dengan harapan aku boleh bertenang. Aku ingin melepaskan diri tetapi genggaman Bad amat kuat. Makin aku meronta makin sakit. Walaupun aku agak kuat berbanding dengan purata wanita di Malaysia tapi kederat Bad lebih kuat dari aku, kederat badak ke apa? Akhinya aku mengalah dan biarkan saja.

Sebaik sampai sahaja di pulau yang indah itu. Kami check in chalet dan aku terus conquer katil dengan melebarkan badan aku sehingga memenuhi ruang katil. Bad hanya perhatikan perangai aku. Malas aku fikir keadaan aku seperti apa waktu itu. Aku ingin menenangkan fikiran aku sebelum tiba waktu malam. Lagi berapa jam untuk waktu maghrib. Bad hilang entah ke mana. Aku tak jadi nak tidur sebab belum solat lagi, lalu aku bangun ke bilik air.

Sesaat aku sujud untuk rakaat terakhir, tetibe hanya wajah Bad kelihatan. Aku menangis dalam sujud. Aku sedar dosa aku kini. Perasaan sebu bercampur aduk dengan wajah Azmer. Aku bangun memberi salam dengan tenang. Tanpa sedar, Bad telah pun berada dihadapan aku dengan berkopiah. Dia mengesat air mata aku di pipi. Dia menghulurkan tangan dan automatik aku menyambut lalu mencium tangannya.

What happen to me Allah????

Selepas drama menangis tadi, kami keluar makan malam. Aku dah la pantang lapar, hyperactive tapi sekarang aku hanya mendiamkan diri, begitu juga Bad. Mungkin dia beri peluang untuk aku menenangkan fikiran aku. Bad bangun dari kerusi. Aku hanya diam dan fokus makan, nyum ..nyum. Tidak lama kemudian, Bad datang ke meja dengan dua aiscream ditangannya.

"Mc Flurry tak ada kat sini ya, aiscream biasa je. Nah!", menunggu huluran disambut aku. Belum sempai aiscream habis, Bad menarik tangan aku bangun. Kami berjalan-jalan di gigi pantai. Tangan aku kemas dirangkul dan rapat ke dada Bad. Tetiba rasa selesa.

"Nadey, boleh beri abang peluang?", akhirnya Bad bersuara.

"Beri abang peluang, abang merayu. Pasal Intan abang tak nak fikir lagi. Setahun abang cari dia. Cinta? Mungkin Allah hadiahkan Nadey untuk abang. Cinta tu layak untuk Nadey. Boleh tak beri abang peluang", rayuan diulang.

Aku diam. Aku terus meleraikan pegangan tangan Bad dan terus masuk ke bilik. Berilah masa untuk aku berfikir, aku terus pejamkan mata dan tidur.

Esok pagi aku bangun kesejukkan, aku mencari kelibat Bad. Sebak melihat suami tidur di atas sejadah. Aku bangun dan bersihkan diri. Lihat jam belum azan Subuh. Sambil menunggu azan, aku merenung tubuh Bad yang merekot kesejukkan di atas sejadah itu. Aku bangun tutup suis aircond. Perlahan aku mendekati Bad.

"Bad, bangun solat subuh", perlahan aku menyentuh bahunya.

"Bukan Bad, abang!!......abang!!.....", sempat lagi dia mengingati aku dengan panggilan itu. Pantas dia bangun, berwudhuk dan mengimamkan solat.

Usai solat, aku labuhkan badan ke katil. Aku menarik selimut, selesa sangat bermalasan sebegitu. Tiba-tiba Bad menarik dan masuk dalam selimut juga. Kini badan Bad amat rapat dengan aku. Aku pantas mengangkat badan untuk bangun tapi pantas lagi tangan Bad menjatuhkan badan aku dalam pelukannya. Ok lemas, aku cuba bersabar dengan perangai mengada-ngada Bad.

"Tolong jangan paksa saya!", aku berusaha menjarakkan diri.

"Berdosa tak dengar cakap suami. Berdosa buat abang sedih. Abang tak buat apa-apa pun. Abang nak peluk teddy bear abang ni je. Sejuk.!!! Berilah peluang abang nak bermanja, setahun abang tunggu tau", gurau Bad buat aku geli-geliman. Habis!!!!

Faham tak? Sebelum ini Bad hanya ambil berat tentang aku sebagai kawan dan tiba-tiba perasaan itu jadi lebih dari sepatotnya buat aku rasa nak pecah urat kepala. Boleh short circuit macam ni.

Setelah penat berusaha melepaskan diri akhirnya aku membiarkan saja dia memeluk aku. Lagipun, kederatnya 50 kali ganda dari aku, kederat badak. Better aku diam aja. Sejak bila aku jadi lemah macam ni. Aku menutup mata dengan harapan semuanya berlalu dengan pantas.

Haish!! Payah nak lelap, terdengar dengkuran kecil Bad. Dia sudah nyenyak. Perlahan aku buka mata. Aku perhatikan wajah Bad, kali ini aku tenang sangat lihat wajah Bad. Siapa sangka kami dari kecil tak pernah berpisah kini dia suami aku pula. Ramai kata Bad ni macam hero malaya, Syamsul Yusof. Putih, muka pon hensem, tiada seketul jerawat pun ada, bersih, kening tebal, hidung mancung, bibir.......emm stop Nadey. Seronok pula tengok Bad dari dekat macam ni. Habislah


Bersambung............


Tiada ulasan: