Original article will be on here :)
Jika dibaca sekali lalu keperluan dan kehendak itu seperti sama sahaja namun maksudnya berbeza sama sekali. Pernah atau tidak setiap kali membelanjakan sesuatu perkara, anda membandingkan barangan itu satu keperluan atau kehendak semata-mata?
Berlainan
konsep keperluan dan kehendak mengikut konteks buku ekonomi yang kita pelajari
di sekolah dahulu. Post kali ini khas untuk edisi musim perayaan. Pasti raya
dan shopping tidak boleh dipisahkan. Keperluan adalah keputusan keperluan asas
dengan mengikut plan dan bajet. Semua
keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan banyak lagi perkara
asas kita perlu ada.
Kehendak
ini pula lebih kepada maksud keinginan tanpa tujuan asal, boleh dikatakan “out of budget plan”. Keinginan individu untuk menikmati hidup yang
lebih selesa. Kehendak manusia tidak
terhad, bersifat pelbagai serta bergantung kepada citarasa individu. Jika anda
berjaya waraskan dua perkara ini, anda adalah salah seorang pembeli yang bijak.
Rata-rata
jika kita jumpa dengan perkara diidamkan pasti kita sukar membuat keputusan
yang rasional. Mampu atau tidak bukan persoalan untuk hal ini. Berbelanja
mengikut rasional amat penting untuk mengelakkan pembaziran. Sempena bulan
baik, mungkin anda boleh berubah untuk tidak membazir. Tukarkan mind set anda membazir kepada belanja
dengan bijak atau kepada tujuan derma terhadap yang lebih memerlukan.
Bulan
puasa merupakan bulan yang paling istimewa kerana waktu inilah terzahirlah
segala nafsu sehingga tidak dapat membeza samada barang yang dibeli itu
keperluan atau kehendak semata-mata. Banyak perkara yang ketara di musim bulan
puasa ini antaranya seperti perkara di bawah.
Pertama
yang kita lihat keperluan kita adalah makanan, juadah bulan puasa. Apabila
juadah berbuka puasa melebihi keperluan, maka itu adalah kehendak. Nafsu apabila
di bazaar Ramadhan anda mungkin berbeza jika dibandingkan dengan rancangan anda
sebelum sampai di bazaar bukan? Semuanya anda teringin, juadah itu ini hanya boleh
didapati ketika bulan puasa sahaja dan berbagai lagi alasan. Akhirnya juadah
itu tidak dapat dihabiskan kerana terlalu kenyang. Mungkin target anda untuk
kurus musnah.
Kedua,
persiapan raya. Sama ada persiapan diri mahupun untuk perhiasan rumah. Jika
setiap tahun semua set persiapan adalah baru, pasti anda sudah mempunyai banyak
koleksi persiapan tahun-tahun yang lepas. Baju raya pula bukan hanya sepasang
kerana raya sebulan dan termasuk jemputan jamuan hari raya. Mungkin tahun ini
anda boleh membuat sedikit kelainan untuk tidak membazir seperti tahun
sebelumnya. Selain daripada anda mendermakan pada yang memerlukan, anda juga
boleh make-over set lama menjadi seperti yang baru.
Ketiga,
juadah untuk raya. Biasanya kita akan membeli kuih raya dan pelbagai lagi
kerepek untuk santapan tetamu di hari raya nanti. Maka sudah menjadi kebiasaan
untuk kita membeli kuih raya secara pukal atau secara banyak terus. Boleh jadi
kuih raya itu sudah habis diratah sebelum tiba waktu raya atau berkulat dan
tamat tarikh luput sebelum raya. Jika habis dimakan tidak apa, jika tidak habis
sehingga berkulat maka itu adalah pembaziran dan anda gagal membuat keputusan
membeli mengikut keperluan.
Pada
musim perayaan bajet kewangan anda pasti akan lari sedikit sebanyak dari
perancangan, maka penelitian perlu agar mengelakkan kita dari berhutang
kemudian hari. Jika kita melihat perbezaan konsep keperluan dan kehendak pasti
anda dapat bezakan dan merancang kewangan anda lebih efisyen.
Jangan jadikan alasan raya untuk anda tidak rasional dalam membeli belah.
Kehendak
atau keperluan? Anda bagaimana? Anda boleh berkongsi cerita di ruangan komen
dibawah. Selamat menjalani ibadah puasa, semoga dipermudahkan urusan dan
membeli belah dengan cermat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan