Original post from ZALORA COMMUNITY
Ramadhan
sudah masuk fasa ketiga, namun berat badan masih tidak turun. Mana tidaknya,
berbuka puasa harian sahaja dengan pelbagai hidangan yang tidak seimbang dengan
piramid makanan, apatah lagi jika iftar di hotel secara bufet. Masalah yang akan dibincangkan pada kali ini adalah masalah
yang paling berat dalam hidup wanita iaitu gemuk. Post ini khas untuk
rakan-rakan yang masih belum berjaya untuk mencapai target untuk kurus. Gemuk
adalah perkataan amat sensitif bagi wanita. Namun sedar tidak sedar musuh utama
sebenarnye bagi orang yang gemuk adalah MALAS.
Bergantung
pada individu, metabolisma masing-masing berbeza. Ada yang makan banyak pun
susah untuk naik berat badan. Apa pula nasib bagi orang yang mempunyai metabolisma
rendah? Contohnya ada yang sudah mencuba puluhan produk pelangsing, ratusan
senaman dicuba, ribuan diet yang ekstrem dan diet biasa namun semua ini tidak
kekal lama kerana apa? Kerana azam tidak kuat dan sikap yang paling susah hendak
berubah iaitu PEMALAS. Malas itu diibaratkan sebagai penyakit yang sangat
bahaya, sukar dirawat.
Usaha?
Selain produk pelangsing, ada juga pernah mencuba diet cara Kevin Zahri dan
baru-baru ini diet atkins. Sangat-sangat berkesan kerana boleh hilang 14kg
dalam masa sebulan. Namun disebabkan diet yang ketat, banyak pula cabaran perlu
ditempuhi. Lagi mencabar jika anda mempunyai kerjaya yang berkait rapat dengan
makanan, restoran dan malah juga ‘client entertainer’. Bermula satu dua kali
‘cheat day’ akhirnya hari-hari menjadi cheat
day anda.
Love your body. Ya, betul sayangi diri
anda. Tapi sehingga sampai satu tahap anda merasakan ketidakselesaan pada diri.
Susah untuk bergerak, banyak aktiviti yang terhad membuatkan anda pasti akan
stress sendirian. Lagi-lagi kini pasti ramai mencuba baju raya. Pasti anda akan
tertekan untuk tampil menarik di hari raya. Apabila tersedar, maka perancangan
diet baru akan dibuat tapi sukar bertahan lama dan ‘cycle’ itu akan berulang-ulang
kali. Akhirnya penyakit MALAS akan menang juga.
Sehingga
kini ramai yang masih mencari ubat untuk penyakit MALAS itu. Tiada siapa yang
mampu mengubah melainkan diri sendiri. Banyak kali juga kita bertanya kepada
beberapa rakan yang berjaya melepasi fasa penyakit MALAS itu. Sini akan dikongsikan
khas untuk anda-anda yang senasib dengan saya dan ramai lagi di luar sana. Mari
kita lihat tips untuk elak penyakit malas ini.
1. Sertai program kurus bersama secara professional
Kini kita lihat ramai yang menawarkan khidmat nasihat personal untuk program kurus bersama,
contohnya program Kevin Zahri. Di sini mereka akan bersama berkumpul, beriadah
untuk sukan yang sesuai bagi pesakit-pesakit MALAS ini dan mencari inspirasi
bersama agar tujuan untuk turun berat badan dapat dicapai. Jika rancangan kurus
ini anda lakukan secara berseorangan, peluang untuk gagal lagi seperti
sebelum-sebelum ini amat tinggi.
2.
Sertai
semula program di GYM
Jika keahlian gym anda
sudah tamat, sudah tiba masanya anda lakukan semula aktiviti di gym. Bagi yang bosan untuk menggunakan
peralatan sukan sendirian, boleh sertai program senaman yang ditawarkan di gym. Contohnya, Isnin latihan cardio zumba,
Selasa yoga dan banyak lagi. Kebanyakan gym
juga membuat pertandingan untuk ahli-ahli bersaing untuk dapatkan hadiah
lumayan. Ini juga inspirasi yang bagus untuk mengekalkan azam lebih lama.
3.
Adobe
Photoshop
Jika malas gerakkan badan untuk bersenam, jangan pula sehingga
tangan pun malas untuk bergerak. Cuba edit
gambar anda dengan potongan badan idaman. Letakkan pada sebelah cermin bilik.
Setiap hari memandang cermin pasti sedikit sebanyak boleh buat anda stress dan
terus keluar dari bilik dengan azam untuk menjaga diet harian dan bersenam.
4.
Pakir
kereta jauh
Jika anda beri alasan tiada masa untuk bersenam, balik kerja
sudah lewat dan penat, anda boleh cuba cara ini. Mungkin sedar tidak sedar
target untuk 10,000 langkah sehari akan tercapai. Nampak gayanya anda perlu
letak kereta sekurang-kurangnya 5km dari tempat kerja. Fuh!
5.
Selalu
‘window shopping’
Bagi orang seperti saya, memang sukar untuk membeli belah
kerana saiz gergasi amat terhad. Maka kamu akan mengelak setiap kali rakan
mengajak membeli belah. Maka rajinkanlah diri anda, pergi ‘window shopping’
untuk mencabar penyakit MALAS anda.
6.
Cari
inspirasi
Bagi yang mempunyai kawan yang bekerja di syarikat minyak
terkenal di Malaysia, anda perlu tahu kerjayanya
perlu ulang alik ke pelantar minyak dan
kerja di laut ini menawarkan pendapatan yang sangat lumayan dengan syarat perlu
menurunkan berat badan yang telah ditetapkan. Maka ini adalah inspirasi yang
terkuat untuknya menurunkan berat badan. Cari alasan kuat untuk turunkan berat
badan contohnya target untuk kurus sebelum kahwin.
7.
Fikir
positif?
Pandangan masing-masing. Ada baik buruk positif dan negatif
ini. Disebabkan penyakit MALAS ini penyakit yang sukar diubati maka latihan
mental yang kuat perlu untuk terus bersemangat. Untuk mencapai target kurus
perlu juga untuk fikir negatif, iaitu sentiasa
rasa tertekan dengan berat badan anda. Jika asyik positif dengan berat
badan anda, penyakit MALAS itu akan menguasai anda. Tidak mengapa, anda boleh
terus dalam zon selesa dan teruskan dengan sikap pemalas itu. Tiada siapa marah
jika turun naik setiap kilogram lemak di badan anda sendiri.
8.
Aktiviti
sukarela
Bergantung pada individu, jika tahap penyakit MALAS sangat
serius anda boleh berdaftar untuk latihan ketenteraan, RELA, JPAM dan
sebagainya. Selain dari itu, anda boleh sertai aktiviti sosial seperti melawat
rumah orang tua dan anak yatim. Aktiviti ini amat memenatkan namun berbaloi.
9.
Aplikasi
Alarm fitness diary
Kini anda boleh muat turun beberapa aplikasi yang boleh
memantau aktiviti harian anda. Dari sini anda akan dapat tahu, jika kalori
seharian yang dibakar mencapai target anda atau langsung tiada kalori yang
terbakar. Maka dari info aplikasi ini anda boleh muhasabah diri secara
automatik setiap hari.
10.
Viralkan
azam anda pada rakan-rakan dan keluarga
Tujuan viral ini adalah sebagai pengukur keberkesanan azam
anda atau ia angan-angan semata Jika anda viralkan azam ini, ramai yang akan
menunggu keputusan drastik pada penampilan anda. Jika tiada perubahan, maka komen-komen
negatif amat diperlukan untuk menembusi pagar penyakit MALAS ini. Biar sakit
telinga, sakit hati tapi jangan sakit tubuh badan anda disebabkan penyakit yang
memudaratkan akibat obesiti.
JIka
anda Google untuk tips kurus, semuanya akan menyatakan tips yang sama. Jarang
jumpa tips untuk penyakit MALAS? Walhal penyakit itu menjadi punca semua
rancangan untuk kurus gagal. Jika anda terus mencari jalan singkat untuk kurus,
selagi itu penyakit MALAS anda akan terus mengusai diri. Anda bagaimana? Adakah
anda tergolong dalam kategori berpenyakit MALAS? Boleh kongsikan cerita di
ruangan komen di bawah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan