Selasa, 28 Jun 2016

REPLAY 2003 - Part 8 Final


Aku keliru, tak tahu nak respon apa selepas mendengar satu per satu cerita dari Wafi.

Kenapa aku langsung tidak ingat kisah yang perit itu. Yang aku tahu, aku begitu gembira aku dapat berjumpe Wafi semula. Melihat keadaan Wafi kini, aku seperti tidak mahu percaya dengan masalah kami hadapi sebelum ini. Hati aku tetap rasa sepenuhnya sayang pada Wafi. 

"Mungkin ini peluang kedua untuk kita, Azlin", Wafi menunggu respon dengan penuh berharap.

"Saya tahu, saya macam orang gila dulu. Mungkin ini balasan kerana membenci ayah begitu....... Saya tak paksa awak terima saya Azlin cuma saya harapkan awak beri peluang pada saya" nada Wafi semakin menurun, gayanya sudah tidak yakin untuk memujuk aku.

"Wafi, saya tak tahu apa yang saya akan buat jika betul satu hari nanti saya ingat semua ni nanti. Tapi awak jangan tinggalkan saya ya. Kalau saya lari, awak cari tau......", mungkin aku sendiri tak pasti apa ayat yang paling sesuai untuk hentikan gelisah Wafi. Wafi terus memeluk aku dan menangis teresak-esak.

***************************************************************

Sejak dari hari itu, setiap hari aku berdoa agar aku lupakan sahaja memori hitam itu. Aku cuba macam-macam untuk bahgiakan Wafi. Aku berhenti kerja di Kuala Lumpur dan kembali ke Johor Baharu. Dengan izin Wafi, aku bekerja dengannya di pejabat lama semula, di kerusi yang lama. Ramai juga rakan-rakan sekerja terkejut dengan berita kami sudah berkahwin.

"Abang bimbang, Lin ingat kejadian CCTV dalam surau yang abang ceritakan itu", ayat yang diulang oleh Wafi itu bukan lagi suatu memori. Malah cerita itu aku hadam supaya aku tidak membenci Wafi lagi. 

Dari setahun menjadi dua tahun dan kini kami sudah tiga tahun menyambut ulangtahun perkahwinan. Ingatan? Aku masih tidak ingat tentang kejadian dulu. Wafi kini lebih ceria dan kami sekeluarga lengkap bersama. Ayah dan Wafi kini sudah berbaik. Itulah momen yang paling syahdu apabila Wafi menyatakan dia mahu beraya bersama ayah raya tahun lepas. Syukur kepada Ilahi. Mungkin inilah kemanisan setelah banyak liku-liku kami lalui.

Setiap kejadian terdapat hikmah tersirat. Aku telah dua kali keguguran kandungan. Kejadian pahit keguguran kali kedua nasib baik aku bersama ayah Alias. Sejak hari itu, Wafi lembut hati meminta ampun dan kini mereka kembali normal dan kini mereka seperti rakan baik. Segalanya ayah yang akan diutamakan.

"Akak, saya rancang nak ambil anak angkat sahaja tapi takut Wafi tak setuju", aku merasakan Roslina adalah orang yang paling sesuai untuk bincangkan hal ini. Pelbagai cara dia usahakan untuk aku mendapatkan zuriat. Dari ubat hospital sehingga ke tradisional. Sedikit dia tidak mengeluh malah dia juga dapatkan khidmat kaunseling untuk aku dan Wafi agar tidak terlalu stress berkenaan perihal zuriat kami. Sehinggalah, aku mencadangkan untuk mengambil anak angkat.

"Akak akan try tanya-tanya Wafi macam mana. Kalau positif akak beritahu", Roslina kelihatan serba salah mendengar luahan aku.

Walaupon sudah beberapa kali Roslina menyatakan hal anak angkat pada adiknya, Wafi tetap mendiamkan diri. Suatu hari, sebaik usai solat jemaah Wafi menarik tangan aku supaya duduk menghadapnya.

"Abang bukan tak setuju kita ambil anak angkat, tapi awak betul-betul nekad ke? Tanggungjawab pada anak yatim piatu bukan main-main. Kita buat istikharah dulu, kalau betul-betul tekad kita usahakan", aku tahu Wafi takut jika dia tak dapat berikan yang terbaik pada tanggungjawab itu namun dia juga tak mahu hampakan hasrat aku. Serba salah betul melihat Wafi begini.


**************************************************
Selepas 2 tahun....

Hari ini sebak sungguh mendengar usrah tentang poligami. Sebak sehingga tak berhenti air mata berjujuran dari masjid sehinggalah pulang ke rumah. Puas Wafi memujuk agar aku tidak fikir bukan-bukan tentang poligami.

"Janganlah sedih, abang tiada niat pun nak berpoligami", Wafi tak putus memujuk.

"Abang, kalau saya carikan calon isteri untuk abang boleh? Saya sedih tak dapat berikan zuriat pada abang. Sudah lima tahun kita berkahwin, sudah dua kali saya gugur, nak ambil anak angkat pelbagai ujian yang menghalang kita, mungkin Allah nak tunjuk ini juga usaha yang betul", sambil teresak-esak aku cuba habiskan ayat. Kadang-kadang aku buntu, apa lagi cara untuk kami? Aku takut kehilangan Wafi. Biarpun terpaksa berkongsi kasih, kerana aku tau Wafi juga teringinkan anak. Setiap kali kami melihat rumah kami di Damansara, bilik yang lengkap dengan perabot dan mainan bakal anak kami. Namun kini, bilik itu kosong tiada jiwa. Harapan demi harapan, sehingga kami masing-masing memendam demi menjaga perasaan kami.

"Abang menolak permintaan awak kali ni", Wafi terus keluar dari bilik. Menangislah aku sehingga tertidur.

Malam itu juga aku bermimpi aku berjumpa Wafi setelah 14 tahun lalu, pertemuan kami di kelas, kami ulangkaji bersama dan sehingga Wafi pindah ke UK. Setiap cerita dari Wafi seperti jalan cerita mimpi aku malam itu. Babak-babak kami di pejabat sehinggalah babak kami kena tangkap basah. Dalam mimpi itu aku juga menangis teruk sehingga aku merasakan mimpi itu real betul.

Aku tersedar dari mimpi dan melihat Wafi memegang erat tangan aku. Terus ingatan aku bagaikan 'puzzle' bercantum satu satu dan akhirnya lengkap semua cerita dari awal. Perasaan bercampur baur. Esakan aku membuatkan Wafi terjaga. Dia amat terkejut apabila aku ceritakan tentang isi mimpi tadi. Kata-kata seperti tersekat dikerongkong dan aku hanya mampu menangis. Suam sahaja dakapan Wafi membuatkan aku lebih sayu.

"Lin tak benci abang....Lin tak benci........", makin kuat aku menangis.

"Alhamdulillah..... abang janji tak akan buat hal macam dulu lagi..", Wafi juga turut sebak. Aku tak boleh berhenti menangis waktu itu. terlalu sebak.

"Lin tak benci abang pun, Lin rasa syukur. Mungkin ini peluang kedua yang abang cakapkan dulu. Bagi Lin, ingatan Lin pada abang paling indah saat kita berjumpa semula setelah 14 tahun abang pindah UK. Baru Lin tahu, masa itu sebenarnya Lin sukakan abang selama ini. Mungkin sebab terlalu marahkan abang, Lin emosi bila tahu abang buat-buat tak kenal Lin sepanjang kita di pejabat dulu. Sumpah, Lin tak ada rasa benci pun bila Lin ingat semua ni", setelah agak tenang, aku sambung penceritaan. Melihat Wafi menangis membuatkan aku rasa bersalah.

"Abang jangan marah Lin tentang semalam yang Lin cakapkan itu. Lin takut abang tinggalkan Lin sebab tak dapat beri zuriat pada abang", jujur aku tak nak berkongsi kasih Wafi dengan orang lain.

"Abang maafkan. Tapi janji dengan abang, Lin tak boleh sebut lagi tentang poligami tu! Abang tiada niat langsung untuk kongsi Lin dengan orang lain juga. Zuriat? Belum rezeki sayang, bukan Lin mandul pun. Allah belum izinkan kita, jangan salahkan diri. Kita usaha lagi, kalau betul bukan rezeki nak buat macam mana. Adalah hikmahnya nanti. In sha Allah, Allah tak akan sia-siakan usaha kita Lin...", pujukan Wafi berjaya redakan esakan tangisan aku.

"Abang akan usaha lagi dapatkan hak penjagaan anak angkat jika Lin tekad. Jika sebelum ini beberapa kali permohonan kita tak berjaya. Kita usaha lagi ye sayang?", permohonan pertama kami tak berjaya selepas ibu bayi angkat kami meminta semula anaknya. Permohonan kedua, kami memohon untuk mengambil anak angkat berumur 7 tahun dan ianya sekali lagi gagal kerana aku merasa ragu-ragu akhirnya aku putus asa.

Memang sedih tiada zuriat sendiri dan aku tahu ia luar dari bidang kuasa kami. Syukur kami sekeluarga sangat positif. Mungkin kisah keluarga kami biasa bagi orang lain. Bagi aku ia terlalu dramatik kerana hero cerita aku ini terlalu sempurna untuk aku. Siapa sangka aku akan berjumpa semula dengan Wafi. Macam-macam kami lalui dari perkahwinan tanpa rela, aku lari dari Wafi ke Kuala Lumpur. Beberapa kali aku failkan fasakh untuk berpisah dengan Wafi, kemalangan di Jakarta dan akhirnya sehingga kini kami sudah bersama namun zuriat menjadi isu pula dalam keluarga kami. Perlahan-lahan ingatan aku pada memori seperti layaran wayang.

Bila difikirkan semua ini novel, dan aku juga tak sangka kami masih bersama. Jalan cerita kami belum tamat dan aku juga tidak boleh jangka apa yang akan mendatang nanti. Setiap doa aku yang titipkan tidak pernah lupa mendoakan jodoh kami sehingga syurga. Kami harapkan happy ending kami bukan di dunia sahaja, semoga Allah SWT berkati hubungan kami suami isteri hingga akhir nafas kami.


Sejak dari dulu, ku menyintaimu
kau tahu begitu namun kau berpura
ku masih teringat kau peluk diriku
yang telah membuat ku menyintai mu


Sudah berapa lama diriku ini
tak bertemu mu
mungkin ku harap jua kau merindu ku
sebagaimanaku rinduimu


Cinta antara kita, tiada penghalangnya
walau akhir usia ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji menyintamu sayang….

Setelah kau pergi jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama dgnmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu
kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu




-TAMAT-

Tiada ulasan: