Khamis, 16 Jun 2016

REPLAY 2003 - Part 6


Sampai sahaja di Kuala Lumpur dengan bantuan Fakhri dan Rahim aku dipindahkan ke hospital Prince Court Medical Centre. Pertama kali Fakhri berjumpa dengan Wafi dia amat terkejut. Entah apa yang dibincang antara mereka berdua akhirnya mereka berdua masuk ke bilik rawatan semasa doktor sedang mengemaskan balutan simen di kaki aku. Lewat petang, Pakcik Alias, mak dan Kak Ros datang melawat. 

Mereka betul-betul terkejut dengan aku. Agak kekok kami saling memadang kosong antara satu sama lain. Aku terus memeluk mak. Rindunya sangat dengan mak. Lihat wajah mak kini dimamah usia. Rasanya baru sangat berjumpa dengan mak sebelum ini. Pandangan aku beralih pada Kak Ros dan menyalaminya. 

Disebabkan semuanya masih membisu, Kak Ros membuka suara. "Azlin ok? Doktor kata apa Wafi?"

"Azlin alhamdulillah, doktor kata kakinya cuma retak sedikit. 3 bulan baru bukak simen ni. Anggota lain alhamdulillah luka sikit cumanya dia hilang ingatan sementara....", sempoi sahaja nada Wafi. Sebaik sahaja Wafi menyebut hilang ingatan, semuanya kaku dan memandang Azlin.

"In sha Allah sementara sahaja, doktor kata tak perlu risau kerana perkara normal bagi kebanyakan mangsa trauma dari kemalangan atau mangsa perang", bersungguh Azlin menenangkan mak.

Keadaan masih krik...krik...

"Jangan risau, Wafi ada mak, ayah, Kak Ros.... Dia jaga saya dengan elok", aku memandang wajah Wafi. 

"Mak nak cakap sikit dengan Azlin, Wafi boleh keluar sekejap?", Pakcik Alias dan Kak Ros menarik Wafi keluar bilik.

"Lin, kamu kenapa? Kamu ingat tak Wafi tu siapa?", tiba-tiba mak begitu serius.

"Laaa mak, kenapa? Wafi kata kami dah bernikah setahun lepas. Memang Lin tak ingat tapi Lin kenal Wafi mak. Dia kawan Lin masa sekolah. Ingat tak Lin bawak balik bungkusan hadiah besar dulu. Macam-macam hadiah Lin dapat. Tu Wafi bagi mak... ", semangat aku cerita tentang Wafi. Aku gembira kerana dapat berjumpa dengannya. Bagaimana kami berjumpa semula dan berkahwin aku tak ingat. 

Mak terus mengalir air mata mengusap kepala aku yang masih berbalut. Mungkin mak terkejut sangat dengan berita kren terhempas itu. Aku sendiri terkejut dan bersyukur Allah masih beri peluang untuk hidup lagi. 

Setelah semua pulang, Wafi bersiap untuk solat maghrib. Dia mengajak aku untuk berjemaah. Sebaknya Allah sahaja Maha Mengetahui. Entah mengapa, memori aku pada Wafi hanya setakat di bangku sekolah. Tapi rasa sayang dan rindu pada Wafi membuatkan aku lemah. Seperti tidak percaya lelaki di hadapanku kini sudah bergelar suami. Selama tiga rakaat solat, air mata tidak henti mengalir. Rasa sebak, sayu, syukur semua ada. 


******************************************

"Awak ok ke? Nah, awak ok dengan Wafi jaga Azlin di hopsital?", Alias menyoal Aznah. Roslina hanya mendiamkan diri di tempat duduk belakang kereta. 

"Wafi sudah banyak berubah saya lihat. Wajahnya lebih tenang berbanding sebelum ini. Ros, Wafi ada pergi berubat ke?", Aznah menyoal Roslina memandangkan Wafi hanya senang dengan Roslina berbanding Alias. 

"Saya ada bawa dia jumpa ustaz area rumah kami. Wafi selalu ikut ustaz itu ke kelas agama. Sejak itu, saya nampak dia solat, buat aktiviti amal dan sudah bekerja semula. Memandangkan kini dia menjaga Azlin. Saya rasa better dia rehat dan beri masa sepenuhnya pada Azlin. Mungkin ada hikmah perkara ini berlaku makcik", Roslina berhati-hati berbicara takut dimarahi lagi oleh Aznah. Sejak Wafi melawat rumah Aznah raya dua bulan lepas, nampak respon positif dari Aznah pada Wafi. Kini dia tidak kekok lagi menyebut nama Wafi.

"Makcik tak tahu Wafi sudah sihat sepenuhnya ke atau tidak. Entahlah, kita tengok macam mana. Makcik kalau boleh tak nak balik JB lagi. Makcik nak tengokkan Azlin lagi. Ayah kamu ni paksa makcik balik", merentus Aznah tidak puas hati.

"Ye....cuba kita bagi peluang pada Wafi baiki rumah tangga dia. Awak nak dia jadi macam saya ke? Beri peluang sepenuhnya. Semua orang tak sempurna. Mungkin Allah tahu ini yang terbaik untuk mereka. Mereka masih berjodoh sehingga kini. Kita mana tahu kemudian hari kan, usaha yang terbaik sahaja" Alias mengulangi ayat itu sejak dari hospital lagi. Perjalanan ke JB penuh dengan cerita Wafi dan Azlin.

Roslina hanya berdiam memberi peluang pada ayahnya dan Aznah berborak. Sejak setahun lepas ini juga dia cuba berbaik dengan ayahnya. Maka, alasan 'peluang' yang disebut oleh Alias tadi dia merasakan Wafi berhak untuk bahagia juga. Dia juga berdoa agar Wafi sihat seperti dahulu dan bahagia. Jika diingatkan kembali, puas beberapa kali dia memujuk ayahnya untuk beri penjelasan tentangnya dan ibu dahulu sehingga kini aku masih tidak tahu apa punca mereka berdua berpisah. Jika disebabkan Makcik Aznah, kini mereka berbesan. Kenapa sebelum Wafi berkahwin dengan Azlin, ayahnya tidak berkahwin dengan Makcik Aznah?

Walaubagaimanapun, Roslina tetap bersyukur. Setelah sekian lama, dia dan keluarganya dapat berpuasa dan beraya semula dengan ayahnya. Anaknya sudah manja dengan Alias. Kini giliran Wafi pula. Dia berharap agar lengkap keluarga mereka untuk ramadhan tahun hadapan. 

***********************************

"Awak...... apa jadi selepas awak pindah ke UK semula dahulu. Kenapa awak tak jawab masej dan call saya dulu. Tak sangka awak 'orang bunian' tu. See, ingatan saya masih kuat tau walaupun sudah 14 tahun berlalu. Saya ingat lagi tau. Saya juga ingat saya terkejut sebab awaklah orang bunian yang saya selalu sebut kat stor bola tampar tu...", sambil memandang wajah tenang Wafi aku menunggu jawapan.

"Ermm... macam mana nak mula ye? Kesimpulan, saya ingat awak tak suka saya. Saya frust and buang nombor tu. That's why saya tak dapat reply any call and messages. OMG banyak ke awak hantar masej kat saya? Ingat lagi tak? Story sikit?", cair melihat senyuman Wafi. Wafi dulu mukanya jambu sangat, merah-merah agaknya tak tahan cuaca Malaysia. Ramai tergila-gilakan Wafi termasuk Yan. Kini wajahnya cerah sawo matang, matanya redup dan senyuman lebih manis berbanding dahulu. 

Wafi terus naik ke katil dan baring sebelah aku. Pelik, walaupon bagaikan baru sahaja berjumpa Wafi tapi aku begitu selesa denganya. "Muat ke ni kaki saya bersimen ni". Dengan ruang yang terhad Wafi seboleh-boleh memuatkan diri baring di katil aku. Kini dia muat-muat terlentang menghadap atas. 

"Erm... mula-mula frust juga. Pastu setiap kali saya ingat awak saya study banyak-banyak. Tapi lama macam tu baru Pakcik Alias beritahu...eh ayah tunjuk gambar anaknya. Saya terkejut la sebab awak cakap awak terpaksa pulang ke UK sebab ayah terpaksa bekerja di sana. Tapi kenapa ayah selalu singgah rumah kami? Bila saya tahu tentang hal penceraian ayah, saya faham la kenapa awak balik semula ke UK. Ayah tak tahu tau yang kita saling kenal. Hehehe maksudnya kenal rapat la", Wafi hanya diam memandang atas tanpa sebarang respon.

"Awak dah mengantok ke?", sebenarnya aku terlalu mamai untuk bercerita lebih lanjut.

"Ayah sebut tentang saya? Ayah cerita apa pada awak tentang ibu saya?", Wafi tidak menjawab soalan aku dan tiba-tiba dia berminat untuk tahu tentang ayahnya. Baik aku berhati-hati cakap tentang ayahnya. Takut pulak spoil mood romantik ni.

"Ayah cakap dia sayang sangat dengan awak dan Kak Ros. Dia ajak ibu stay Malaysia tapi ibu tetap nak stay UK sebab sayangkan kerja. Ayah risaukan keadaan atuk nenek di Malaysia. Walaupun hanya mertua tetapi ayah rasa lebih baik dia balik dan menjaga orang tua itu. Itu je ayah cerita tentang awak. Saya tahu, saya tak patut masuk campur hal famili awak, tapi saya percaya ayah sayangkan awak sangat", melihat Wafi hanya membatu, aku terus menarik tanganya dan baring rapat ke bahu Wafi.

"Janji dengan saya, apa pun dugaan kita selesai masalah bersama lepas ni. Tak perlu lari ke tak perlu buat hal-hal macam budak-budak. Kita ambil pengajaran dari kisah orang tua kita. Bukan saya cakap ayah teladan yang tidak baik, saya nak kita bagi contoh baik tok anak-anak kita", sebak je ayat Wafi. Serius seperti mimpi, aku memang tak faham dengan situasi sekarang. Macam buka sahaja mata, Wafi sudah jadi suami. Kenapa aku boleh hilang ingat sampai macam ni sekali. 

"Awak macam mana kita jumpa balik?", lama baru Wafi memberi respon. 

"Rehatlah, simpan cerita untuk esok, saya dah mengantuk ni...", kali ini Wafi terus mengiring menghadap aku. Dahiku dikucup lembut. Perlahan dia mengucapkan syukur kepada Ilahi. Mungkin syukur aku selamat dari kejadian ngeri di Jakarta. Mungkin sesuatu sudah berlaku antara kami, teringatkan respon mak, ayah dan Kak Ros semasa di hospital kelmari, mereka seperti sangat terkejut melihat respon aku terhadap Wafi. Mungkin ini peluang kedua dengan izin-Nya kami baiki dan mula hidup baru. 


**************************************

Gembira hati ini bila doktor mengatakan aku boleh pulang ke rumah. Wafi mengatakan dia mempunyai rumah sewa kosong di Damansara. Sebelum pulang ke JB kami berehat di sana dahulu. Aku agak terkejut melihat dekorasi rumah sewa milik Wafi ini kena dengan citarasa aku. Simple, perabot kayu hitam putih dan susuna perabot tidak serabut. 

"Sebenarnye rumah ini saya hias siap untuk bakal anak kita. Tapi tak apa, saya syukur awak rasmikan rumah ini", dari semalam sibuk Wafi sebut hal anak. Pelik juga setahun kawin mungkin belum rejeki kami. Malam itu, kami bersama masak untuk makan malam. 

"Saya kalau boleh nak guna peluang ni, kita sama-sama baiki hubungan kita kerana Allah SWT. Malam ni saya akan ceritakan kisah kita. Saya harap awak janji dengan saya, jangan buat keputusan terburu-buru. Saya buat keputusan ini sebab saya tak nak kita suami isteri berahsia. Walau bagaimana berat masalah kita, pertimbangkan dengan kata sepakat, Saya tak nak paksa awak terima saya, walau betapa sayang cinta saya pada awak. Saya hormat keputusan awak", perbincangan kami sebaik sahaja usai solat isyak bersama, masih di atas sejadah. Nampak Wafi betul-betul bersungguh. Mungkin sesuatu sudah berlaku. Aku semakin cuak dengan ayat-ayat Wafi.

Perlahan-lahan Wafi ceritakan dari kisah kami.... 

-bersambung-

Tiada ulasan: