Selasa, 29 Mei 2012

CARA-CARA ELAK DARI PERASAN ORANG SUKA KITA!

OK bace pelan2 k....

Aku buat post ni bukan sebab aku pro BUKAN.. Aku hanya berkongsi pengalaman dan aku tak nak perempuan lain jadi macam aku. Nanti kecewa gile-gila kan. Bukan nak menghina diri sendiri, pengalaman ini mudah berlaku kepada orang macam aku (CUTE) tak berapa nak cun kalau nak dibandingkan dengan average wanita di Malaysia apatah lagi nak dibandingkan dengan wanita KOREA??? Masya Allah sis... 

Seriously, aku seorang perempuan yang jarang dilihat oleh lelaki sebagai seorang WANITA tulen. Kebanyakan rakan-rakan yang kenal aku sudah menganggap aku ni LELAKI atau sudah di FRIENDZONE kan dari awal (perghhh sadis). Namun, seburuk-buruk masih ada peratusan yang melihat aku sebagai wanita itupun kurang dari 10%. (Terima kasih tau anggap kittew WANITA). 10% lelaki itu jugalah adalah lelaki malang dan tak tahu nak letak dalam kategori ape. Walaupun ada possibility 10% namun setakat ini masih tak berjaya sehingga sekarang. Kalau tak, aku dah kawin. 

Maaf mungkin cara ni untuk perempuan yang berhati macam aku je!

1) Cube keraskan hati dengan selalu pikir negatif
Adakala fikir negatif ni ade kebaikannya. Bila kau dah banyak kali kena reject mesti kau pujuk hati kau supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang lelaki yang approach kau. Contoh untuk keraskan hati ni, JANGAN CEPAT PERASAN. Kalau betul dia approach kau, baik kau selidik dulu dia memang betul-betul tergolong dalam kategori lelaki malang 10% tadi atau dia just nak gunakan kau sebagai orang ketiga. Dia nak tackle kawan kau rupanya ... Auchhhh!!

2) Belajar mengenali perangai lelaki.
Setiap lelaki caranya berbeza untuk mereka meluahkan perasaan keprihatinannya. Contohnya PLAYBOY. Yang handsome jadi playboy ni aku fahamlah sebab apa. Tapi banyak je spesis PLAYBOY HODOH. Ini species jilake hanat antat sebab dia guna kuasa mengayat dan acah-acah ambil berat. Bukan salah kita ok terperangkap! Ewah kau. Sebabnya perempuan ni sebenarnya tak kisah muke kau macam bontot kuali ke asalkan ko baik dan sentiasa ada. Ada kat mane? Kepala bana betul. Jenis lelaki macam ni macam kurang kasih sayang, sebab tu dia tak boleh rasa sorang-sorang. Mesti ada mangsa yang mengisi ruang kekosongan beliau. Goyah betul dengan sikap caring yang kau pun tak sedar macam kena love potion gituw. Yes sedar-sedar je dia sebenarnya anggap kau macam tisu jamban je. Pakai bila perlu. Lagi hawau bila tup-tup kau tahu dia couple dengan kawan kau. Bukan seorang, sepuluh.


LELAKI BAIK. Jenis lelaki baik ni adalah lelaki yang baik dengan SEMUA PEREMPUAN dan tak boleh tolak permintaan atau tak boleh cakap "NO, NO". Ni penyakit bahaya. Ramai perempuan layan perasaan sorang-sorang sampailah kau terjumpe mangsa senasib yang sukakan orang yang sama. Masa tu kau boleh buat group mangsa senasib. 
Contoh dialog: "Weh ko suke aku ke? Sowi sowi sowi nega nega (lagu Super Junior keluar) aku tak sangka jadi macam ni. Sebab aku anggap kau kawan baik aku je. Sorry"
Masa ni kau baru sedar, selama ni kau je yang terperasan lebih-lebih. Sian kau, sabar tau. 

3) Jadi wanita yang mempunyai maruah.
Kalau ko tengah jalan sorang-sorang then ade lelaki suwettt suwet kat ko. Tak yah pandang. Buat-buat dengar lagu tak pon buat-buat pekak. Biar dalam hati je...kembang...perghhh ade gak lelaki usha aku!  Kadang-kadang lelaki ni nak test power, suke menyakat (nakal angat) so dorang ni suke tengok perempuan perasan blushing sorang-sorang, malu-malu dan tak malu. Please la pendam je blushing ko mase tu please!!! Jangan buat malu. Biar orang kata kau sombong dari orang kata kau perasan. Auch!!!
Kes aku selalu kena macam ni, biasanya kawan-kawan aku yang cantik memang tak layan kan kalau laki gatal ni mengusik. Tapi jenis bebal aku yang hodoh ni pon jenis suka tersenyum, bajet peramah. Sian tengok laki tu try tegur kawan aku tapi tak dilayan maka aku pon senyum la. Akibatnya kau akan kena maki. "Bukan kau lah gemuk" padahal aku just nak senyum-senyum simpati kat ko je. Pundek la... So kesimpulan apa pun jangan layan k. 

4) Jangan jadi orang tengah!....JANGAN!
Ni bahaya. Aku pernah jadi dari sekolah sampai sekarang. Kau tak payah acah-acah cupid. Memula kau dengan lelaki tu akan jadi rapat gile. Lagi teruk kau tersuka dia diam-diam. Kes kenen kau dengan kawan pulak berjaya. Ko tengok dorang dating, kau pulak menangis sorang-sorang takpun fake buat muka happy atas kebahagian dorang. Lepas tu kau akan kena tinggal sebab dorang dah happy-happy. Itu kes happy oklah. Belum part dugaan, bila kawan kau tuduh kau suka laki dia sebab rapat sengat. Pulak anjing ni.... aku tolong kau, kau tuduh aku suka laki kau (memang kau suka pun tapi lakonan perlu diteruskan). Akhirnya kau akan hilang kawan dan lelaki tu. 

Tu satu kes, kes kedua. Bila kau rapat gila ngan laki tu, dah siap kenen kat kawan perempuan kau. Tetiba laki tu kata dia suka kau. Kau pun of course selama ni suka dia pun kan. Tapi kawan perempuan kau mcm mana? Lelaki idaman atau kawan kau? Dilema gituw. Kalau kau jenis perempuan sundal suka caras orang sure kau pilih lelaki tu dari kawan kau. Akhirnya kau akan dilabel pengkhianat dan juga hilang kawan. So better elaklah jadi orang tengah ni.

5) Nasihatkan hati supaya jangan mudah SUKE pada orang.
OK aku nak buat confession. Aku ni ada penyakit iaitu mudah tersuka kat orang. Sebab tu aku boleh kira secara officially, aku dah dapat kumpul rekod 23x kena reject/kene tinggal dan seangkatannya. Aku ni manusia biasa, pas kau frust dengan lelaki sebelum ni of course kena cari target lain untuk ubati jiwa sedih kau tu. Biasanya aku recover 2 minggu untuk cari pengganti yang lain. Tapi itu dulu-dulu. Bila dah tua ni, hati kau makin penat untuk kena reject lagi. So kau akan cari perhatian lain untuk mengelakkan dari terjebak dalam dunia pencarian crush-crush. Apa aku buat? Aku banyak hobi, kau enjoy je life single kau tanpa menaruh harapan dan frust berkali-kali. Cukuplah rekod aku 23x tu. Pedih. (Tapi skrg ni aku crush ngan anak raja, Prince Mateen. Macam mana ni?")

 
6) Larikan tarikan lelaki itu pada lelaki korea!!!!!!!!
Sebak tau tajuk ni. Biasanya fangirl ni terdiri daripada wanita-wanita tua yang loser seperti aku. Maafkan aku dari ayat kasar aku ni. Fantasi untuk bercinta dengan artis ni lain. Even kau frust kat sorang IDOL ni ada berjuta idol lagi boleh ubati jiwa kau. Fan servis idol korea ni superb gila tau sebab tu ramai je perempuan tua macam aku sanggup beli tiket konsert VVVVVVIP mahal ataupon bergelut-gelut pergi korea nak jumpa oppa. 

7) Banyakkan baca buku agama.......
Aku ada baca buku dari Prof Dr. Muhaya, Apabila dia menyapa, Jodoh namanya. Aku ni suka baca buku hantu atau genre saiko-saiko ni. Tapi pelik gila bila aku terpengaruh ngan kawan aku untuk beli buku ni. Yelah mesti rasa sedih, dah nak masuk  3series ni belum ada jodoh. Salah aku ke? Betul ke aku memang tak ada jodoh kat dunia ni. Eh sebak kau. Tapi bila kau baca buku-buku jenis macam ni, sebenarnya kau akan jadi sedih sebab kau mempertikaikan qada qadar Allah perihal rejeki jodoh kau namun persiapan mati kau terumbang ambing. Sedikit sebanyak, aku dah berubah sedikit. Aku bukan lagi perempuan yang terdesak nak kawen. Fokus aku adalah wishlist dan family aku terutamanya ibu dan ayah. 

8) Kawan perempuan yang single!!!!!!!!!
Sebenarnya kau tak tahu ramai gila senasib dengan kau. Biasanya aku jumpa geng-geng single ni kat konsert KPOP. Haha sian. Perempuan single ni lain. Even kawan kau dah kawen berjanji jadi telinga untuk meroyan kau, tapi kau kena fikir. Kawan kau ada suami dan anak nak diuruskan so agak selfish kalau kau ganggu privasi dia untuk luahan bodoh kau. Hanya orang senasib je memahami antara satu sama lain. So jangan buang masa, kumpul duit dan enjoy sementara masih single dan ada kederat. Nanti kau dah kerepot, nak travel pon susah.

9) Ce try jadi playgirl...asik ko je yang kene
Haaaaa ni orang macam aku susah nak buat....tapi jangan pandang sebelah mate...yang aku juga pandai mengayat...HAHAHHA...seyes aku pernah try....tapi disebabkan niat tak betul sampai sekarang aku fail. Nak cerita la, aku ni pun ada sebilangan peminat. Tapi kebanyakan peminat aku ni jenis yang saiko. Jenis yang stalk kau sampai approach family kau. Yang baca semua komen fb kau, yang ikut kau merata tempat. Ada juga yang saiko mesej-mesej "Cantik kau pakai baju kurung hijau harini" "Seumur hidup aku tak pernah jumpa perempuan baik macam kau", baik taik kau aku ni pendam carut je ngan kau. Sian kau kan, ada je suka kau tapi skizo mental pulak. 

10) Buat list berapa ramai ko crush dengan lelaki dan list berapa orang dah reject chenta ko
Haaaa aku dah cerita tadi. Aku ni kan suke tengok orang kacak maka list lelaki reject aku sangat lah banyak...sejak tadika babi wei ramai......bile list tu dah lebih dari 23 kali kene reject sure kite akan rase "Ya Allah ape aku dah buat ni??? malunye"...... Kau tak paham-paham bahasa lagi ke weh? Cukuplah rekod yang memalukan tu weh. Sebak la begini. Please lah dah tiba masanya untuk ko terima je hakikat, tak pun kau tunggu je la rekod tu smpai nombor genap 30x.


Ok cukuplah kali ni. Kepada wanita2 yang di luar sana yang senasib. Lagi-lagi kita diera zaman ramai gila perempuan cantik. Sebak je bila tengok IG, penuh perempuan cantik, muka flawless, bergaya dan menarik kat Malaysia ni. Trauma pon ada. So bertabahlah wanita sekalian. Banyak je lagi aku nak bebel nanti aku update lagi. 

Korang jangan lupa berusaha dan banyakkan berdoa. Jangan risaulah, rejeki Tuhan tu tak pernah lambat walaupun sesaat. Mungkin tiada rejeki disini, kat sana ada. Keep positive and be a strong woman k!