Jumaat, 18 Oktober 2013

MIMALAND JALAN GOMBAK LAMA BERHANTU

Ok macam biasa setiap hari kamis jumaat aku memang suke tengok cite hantu, baca blog hantu. BODO sebab aku memang penakot pastu mulalah tak kencing satu malam.
Gamba sape la aku main rembat je ni
 Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland itu sebenarnya adalah merupakan singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Mimaland dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak berhampiran dengan KL.
Pembinaan Mimaland dilakukan dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat. Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang.
Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'taman haiwan prasejarah' yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan dan menjadi tumpuan bagi beberapa penggambaran filem tempatan, seperti Filem Mekanik (1983). Selain itu Gila-gila remaja (1986), filem Tempo 88 (1987), filem Dendang Perantau (1979) dan filem Suara Kekasih (1986) juga membuat penggambarannya di situ. 
Setelah bertahun-tahun Mimaland beroperasi, seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun maut dalam satu kemalangan di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai dan memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya. Selepas kerja-kerja penambahbaikan dilakukan Mimaland kembali dibuka kepada orang ramai. Bagaimanapun, satu kejadian kecil tanah runtuh telah menyebabkan berlakunya kerosakan pada dinding kolam renang yang sama pada Mei 1994. Kejadian ini menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut menyebabkan kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.
Beberapa pihak termasuk agensi kerajaan kemudiannya telah menyeret pihak pengurusan Mimaland ke mahkamah di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah. Sepanjang perbicaraan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.
Sumber : Wikipedia

Tapi macam pelik takkan sebab sorang mati dan tanah runtuh sikit terus tutup??? kenapa takde pemaju lain nak ambil alih tanah tu??? sehingga sekarang pon terbiar??? 
Pikir2 dems napa ayah aku tak pernah bawak aku tak tempat ni??? padahal kami memang duduk GOMBAK HOKEY. Menurut ayah aku tempat tu POFULER gila dulu memang macam Sunway Lagoon la. Dems ayah aku penah pergi.

Nanti aku nak ajak adik aku tunjuk sikit tempat ni...pelik aku selalu gak gune jalan lame balik Bentong tak pernah lak jumpe jalan ke Mimaland ni! Boleh aku suh adik aku geng dia yang suke sangat cari hantu pergi tempat ni!
Jalan lama ni banyak gile cerita hantu, yang biase kite dengar pontianak. Ade je kes orang jatuh gaung ngan kereta. Mayat lesap kemungkinan kene makan dengan haiwan liar kan. Tapi bahaya la jalan tu, ayah aku selalu je lalu sana pergi cari buluh atau elak jam karak highway. Aku baca banyak blogger pencari hantu pergi tempat ni. Ada seorang pak guard jaga sana. Tak boleh masuk la maknenya. Tanah persendirian unless ce try suap pakcik tu. Tapi rasenye ade anjing gak kat sana jaga tempat. Kalau kental sangat ce cube lepas masuk dalam........haaaaa so far tak penah lagi aku jumpe orang yang pernah ceroboh dalam. Harap kalian selamat masuk dan keluar



 
 
Tetibe aku rase aku dah lame tak mandi sungai haaaaaaaaa kene plan ni 

Sesiapa nak kongsi cerita Mimaland atau cerita hantu lain boleh email nadey 
Nadey_slam@yahoo.com.my

8 ulasan:

Dayah Danisha berkata...

CD ia wujud dah tgk ? Memang best dari highland tower

Tanpa Nama berkata...

teringin nak pergi sini

Ibtisham berkata...

Jom kita pg tgk tpt tu nk..

Tanpa Nama berkata...

Kalaulah tak ada tanah runtuh mesti kita boleh pergi kan

Tanpa Nama berkata...

jom

Tanpa Nama berkata...

Tak pyh g...sy lagi dekat nan tmpat ni .mse kecik dulu sll ikot mak g cari sayur kat jln tu tmpt tu mmg best

Unknown berkata...

masa kecil dlu penah msuk, belik semula pic lama rupanye tempat ni.. ap yg sya ingt mmg best byk ptng2 prasejarah besar2 tpi xthu lak dh ttp

Unknown berkata...

Wahhh pernah pergi ke?? ayah sy ckp mase tutup tu setahun selepas sy lahir. So org2 mude skrg mmg xtahu kisah ni