Rabu, 9 September 2015

CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 1

"Dira... kat mana? Turun jom makan! Teman abang jap", Izwan menelefon aku tepat pukul 8 pagi. Tidur sejam di dalam kereta terasa amat nikmat. Aku bertolak seawal 6.30 pagi ke tempat kerja di Cheras untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas di KL yang menggila. Aku sanggup bangun awal dan menyambung tidur di parkir kereta sebelah bangunan tempat aku bekerja sebelum masuk waktu pejabat 8.30 pagi,

Panggilan Izwan membuatkan mata aku segar bugar. Izwan adalah senior aku semasa di UITM Puncak Alam dahulu dan dia juga lelaki pertama ... mungkin terakhir yang sentiasa di hati aku. Kini sudah 6 tahun kami kenal dan kebetulan juga dia bekerja satu bangunan tetapi syarikat yang berlainan. Dia level 5 dan aku level 16. Dari zaman UITM dulu lagi kami sangat-sangat rapat. Ramai ingat kami bercinta dan penat juga kami menafikan. Aku takut 'hilang' Izwan maka aku hanya mendiamkan diri, pendamkan saja. Mungkin aku sahaja yang salah faham tentang hubungan ini. 

Fakta sedih yang terpaksa aku terima adalah hakikatnya yang dia sudah berkahwin. Dia baru sahaja melansungkan kenduri kahwinnya 6 bulan lepas. Katanya pilihan keluarga. 

"Abang tak suka perempuan tu, abang sanggup kahwin dengan kau", berseloroh Izwan, tetapi hati aku? Hati aku? Itu bukan bahan jenaka bagi aku itu adalah HARAPAN!! Itulah perangai Izwan yang menyebabkan aku perasan yang dia juga suka pada aku. Tetapi kenapa sehingga sekarang dia tak pernah bincang hal ini. Cara layanan dia?? Lebih dari kawan!! Ramai saksi termasuk kawan baiknya, Harith sebilik, sekelas dengan Izwan selama 4 tahun di UITM, tetapi kenapa susah sangat kami nak pergi next level? Sekali lagi aku mengingatkan diri bahawa aku sahaja yang salah faham dengan layanan Izwan.

Teringat sewaktu pertama kali aku bertembung dengan Izwan depan lift di bangunan kami bekerja sekarang....

"Eh!!! Abang keje sini?", sungguh, aku betul-betul terkejut, kaget.... kerana sejak dia berkahwin aku tidak lagi menghubungi Izwan, majlisnya aku tidak hadir, panggilan telefon, masej semua tidak berbalas. Betapa hancurnya jiwa, agak teruk kecewa dan ini pengalaman terburuk pertama seumur hidup. Aku tak pernah rasa teruk sebegini. 

"Kau kerja sini? Dah lama tak jumpa kau, rindu sangat. Kau pulak hilangkan diri kenapa? Serabut aku cari kau, pindah rumah lah, tukar kerja tak beritahu, nombor telefon tukar pun tak beritahu aku. Sampai hati kau....", Izwan bercakap seolah-olah kami berdua sahaja di dalam lift itu. Segan aku bila dua tiga orang di dalam lift membatu tetapi seperti menunggu jawapan respon dari aku untuk Izwan. 

"Ermmm......... ok nanti saya roger abang lunch nanti", lift sudah berhenti di level 5. Nasib baik. Tetapi kenapa aku offer untuk lunch bersama?? BODOH!! Aku awkward, aku tak tahu nak respon bagaimana. Tak kan nak beritahu aku frust? Kantoi la aku suka dia. Aku tak boleh lari..... 

Hingga kini setelah beberapa bulan Izwan bekerja, seperti zaman di UITM dahulu, kami rapat semula. Sarapan, makan tengah hari dan makan malam bersama malah kadang-kadang dia menjemput dan menghantar aku pulang ke rumah. 

Pelik, dia tak pernah cerita tentang hal rumah tangga apatah lagi tentang isterinya pada aku.

Aku rasa bersalah...... tapi 

AKU TAK BOLEH LARI!!!