Selasa, 25 Julai 2017

SCUBANETWORKTENGGOL, DUNGUN, TERENGGANU

#scubanetworktenggol
Dungun, Terengganu
14-15 July 2017
#padiwomendiveday
SCUBA NETWORK TENGGOL SDN BHD (01201550-W)

Lot No.1954, Jalan Pantai Sura, Kuala Dungun, 23000 Dungun,
Terengganu, MALAYSIA
Ph: +609.845.3300 , Mobile: +60162214140
“ Exploring Underwater World from Learning to Adventures"
Wishlist tahun ni dive Tenggol dah setel!
Tenggol adalah salah satu pulau di Terengganu berdekatan dengan Dungun. Bagi diver, Pulau Tenggol ini adalah macam syurga Mini Sipadan. Ini kerana Tenggol belum lagi komersial seperti Pulau Perhentian, Redang dll. Coral-coral masih lagi terpelihara dan cantik-cantik. 

Selepas diving kat Mabul buat lesen Advance haritu, aku plan untuk fundive ke Tenggol. Buat survey dengan beberapa Dive Centre (DC), tapi aku tertarik dengan humble owner Scuba Network Tenggol ni. Macam mana tertarik? Haaaaaaaa

Bulan May lepas ada MIDExhibition, banyak gila promotion sampai aku boleh grab mask, dry beg 10L dan 2 pakej untuk fundive. Masa ni tak cukup kos, so aku sabar je la. Banyak DC yang offer deposit RM100 dan pakej agak murah dari kebiasaan. Maka, kalau nak grab pakej diving boleh kumpul duit sejambak dan book di MIDE. 

Ada 3 DC popular kat Tenggol ni, dua kali ronda okay dengan Shiwa. Tapi aku tertarik dengan layanan owner #scubanetworktenggol ni sebab dia layan customer macam betul-betul kawan. Kami contact by email dan Whatapps semua smooth je. Paling aku pelik dia tanya saiz BCD size, fin size, jumlah weight belt semua. First time DC tanya detail macam ni. 

Hari kejadian:
Disebabkan nak jimat kos, aku ke Ganu tumpang kete Yan. Alang-alang dorang balik kampung maka rejeki aku tumpang. Sampai DC dalam pukul 3 pagi disambut oleh Abang Sabri. Dengar sikit penerangan iternari esok dan check in bilik. Masuk je bilik aku tergamam, OH MAI, besaunya, selesa yang amat lagi-lagi katil dan bantal dia. Serius terbaik.
Fefeeling so RICH okay. Bilik sangat-sangat selesa dan bersih. Lengkap TV, mini freezer, tandas with hot shower, AC, towel, sejadah.... arghhhh semua lengkap lah. Bangun pagi, aku jalan-jalan keliling lodge ni, memang superb bersih. First impression aku memang bagi full recommendation la!
Photo by Kak Jay
Geng Diver. First time jumpa dorang, aku sorang je solo yang lain memang dah lama kenal dan sangat aktif diving. Sebulan sekali okay, murah rejeki dorang. Semoga aku pon boleh join dorang tiap-tiap bulan diving. Memang impian nak jadi instructor gituwww. Banyak ilmu dorang share, humble dan dorang sangat-sangat caring. Masa aku sakit semua tolong kot. Sebak lah
Sebelum ke gerai sebelah untuk makan (makan termasuk dengan pakej ya), sementara tunggu geng-geng lain juga aku keluar ke arah pantai. Sebenarnya hari pertama mendung, ini gambar hari kedua yang sangat-sangat cerah.
Gambar ni dari gopro aku, lain kan dari gambar samsung A9 Pro yang kat atas. A9 Pro pixel 16mgp tapi aku rasa 12mgp gopro lg sharp dan cun! Itu pendapat nurani aku lah. Nanti aku review lagi tentang hasil gopro dan kamera lain.

Kenapa aku boleh pilih gopro berbanding dengan kamera lain. Bagi aku action camera gopro ni kecik, good grip, video quality smpai 4K, tahan lasak lagi-lagi orang macam aku dan harga not bad berbanding dengan jenama lain. Bukan riak tapi compared dengan kualiti dan convenience produk ini membuatkan aku rasa gopro berbaloi dimiliki lagi-lagi orang yang macam aku gila video. Niat aku  invest gopro ini atas dassar minat dan future dreamlist setelah beberapa bulan memikir sehingga mengikat perut dan banyak lagi kehendak dan keperluan perlu dikorbankan untuk impian ni. Perghhh ayat. 

Untuk peminat gadget amatur seperti aku, investment gopro adalah untuk long-term learning is a MUST and it's a worth deal. 
Ini gambar dari Fila. Nice huh! Model tu yang hot giler
Untuk kamera handphone, quality A9 Pro not bad, seriously tapi tak boleh compare dengan Sony Z3 yang pernah aku pakai tahun lepas dengan 21mgp. Bagi aku untuk kamera handphone, SONY the best! Dah jadi arwah hp tu sebab it's too fragile. Jatuh sikit habis, maninggal. Z3 kalis air tapi dengan syarat getah penutup charger kena betul-betul dalam keadaan sempurna once masuk air, maninggal lagi! Haha aku terlalu ganas untuk SONY yang agak fondan. 

Aku pilih Samsung A9 Pro sebab bateri dia 5000mAh, kalau aku tak charge boleh tahan 3 hari. Dulu aku pilih A9 Pro sebab aku nak men Pokemon. LOL tak masal motif tu. 

Dah siap makan semua dalam pukul 8 lebih dalam keadaan mendung kami gerak ke Tenggol.
Masuk je dalam bot tengok semua dah sedia rapi. Haritu dok tanya detail, rupanya semua dorang dah sedia siap ada label nama masing-masing pada equipment. Sweet la team #scubanetworktenggol ni. Lengkap just tunggu kau periksa sekali lagi, sarung BCD dan terjun masuk air. Serius leisure sangat-sangat kalini sebab semuanya dah disediakan.

Team #scubanetworktenggol terdiri dari Abang Manta, Tiur Aldha, Abang Sabri, Yohchik dan abang bot kacak lupa tanya nama. LOL

Sedih gak aku lupa nak ambik gambar dorang satu team. Macam terlalu excited diving kot. Aduh. Servis mereka aku boleh bagi yang terbaik dari 10 aku bagi 9.8 rate. First dive aku ada masalah dengan mask terlalu fogging. Panik dengan mask fog satu hal, bila kau clean mask, kau nampak geng-geng kau dah takda! Nasib baik DM Yohchik ada kat belakang tunggu aku. Sian kat Yohchik la aku banyak susahkan dia. Tapi sebab aku yakin dia ada, aku just ikut arahan dia bertenang sambil clean dan cabut mask. Tu pun berjuta batu karang aku dah bunuh. Bersalah gila!

Dive kedua, still fog tapi Yohchik tolong aku tukar mask milik Tiur baru setel. Semua berjalan lancar. Menurut dorang, aku kena bakar silikon pada cermin mask tu baru kurang fog. Malam tu Abang Manta tolong bakar, sampai hitam tangan dia bakar beberapa mask yang lain juga. Esoknya still fog, aku mintak spray anti fog Fila. Serius terbaik memang clean and clear gtuw. Bila mask okay, diving pon improved. Kami 1 geng dapat memaksimakan penggunaan tank sampai 59 minit. Hampir sejam di Lost World dan Sawadi Wreck. Aku pon terkejut sebabnya biasa aku dive 30-40 minit je. Cepat sebab orang gemuk macam aku sedut nafas banyak wakakkaa. Paru-paru pun besau. 
First day 
1. Tekong Timur
2. Gua Rajawali
3. Tanjung Gemuk

Second day
4. Tekong Burung
5. Lost World
6. Sawadi Wreck 
Break 1 jam kami singgah di Pulau Tenggol dan isi perut dengan roti dan kopi. Bak kata Abang Manta instruktor kami, Tenggol ni bukan macam pulau lain, sini malam memang mati kutu. Pulau Tenggol memang special untuk diver. Harap-harap Tenggol terus terpelihara.

Untuk diver amatur macam aku, equipment semua pinjam la dulu sebab tak mampu kan. Tapi serius ada beberapa peralatan yang perlu aku miliki iaitu personal dive comp. Ini sangat-sangat penting. Nyawa kot. Bila kita dive kita tak tahu berapa paras nitrogen dalam badan kita mengikut kedalaman yang kita selam. So jam ni boleh kawal paras kedalaman selaman kita, berapa minit untuk pit stop decompression nitrogen, boleh simpan data untuk dive log nanti dan banyak lagi. Tapi serius penting. Sebab aku xde jam, aku depend pada Abang Sabri dan Yohchik. Tapi dorang pun kena jaga orang lain juga, so ada beberapa kali aku buat pit stop sorang-sorang. Aku men agak je jarak aku dengan permukaan 3meter ke 5 meter, tunggu signal DM lepas baru aku naik kt permukaan. Bahaya betul, men agak-agak ni kalo DCS memang bahaya ok. So nasihat aku pada diri aku, marilah berazam beli dive comp sendiri. 

Selain dari dive comp, besi pointer tu pon penting. Buoyancy tu susah nak kawal kalau tak cukup prektis, kekdahnya habis batu karang semua aku langgar. Untuk first dive memang aku agak down sebab aku serabut dengan mask lagi, bunuh batu karang lagi... adui la. Dengan besi pointer ni boleh la kita tunjal kat tempat sesuai tanpa hancurkan taman karang ye... Pengajarannya, banyakkan prektis dan lenjan mask tu sampai tak berfog ok!
 Ya Allah tenang sangat-sangat. Aku sanggup ikat perut, tak beli makeup, hold beli spender, beli pencuci muka sabun rm5, dll sebab ni.
 Punya mengidam Shellout, sampai pulau barulah dapat merasa. Aku memang fail makan ketam sebab aku tak reti. Kat Semporna haritu pun aku suh kakak tu goreng garing gila sebab aku makan dengan kulit-kulit. Hasilnya kau sembelit dan anus luka. Wakakka jangan tiru ya, kalau korang makan kulit-kulit tu better makan julap so takde lah sembelit ke luka anus ke ape... macam haram cite pasai ni!
Impian aku, nak kerja dengan haiwan dan hutan. Aku nak duduk pulau/hutan kaji flora fauna. Tapi takde rejeki lagi macam tu. Sebab tu aku rase diving adalah hobi yang hampir dengan misi impian aku gtuwwww... penuh ayat aku tu. Sebab tu aku decide nak serius untuk diving ni. Kalau ada rejeki aku akan ambil sampai level instruktor. Serius aku serius giler. Kalau tak ada rejeki aku akan terus fundive semampu yang boleh.  
Fila, Tini, Kak Jay
Serius tak tau nak cakap pe, dorang ni baik dan sporting gila. Walaupon aku buat korang annoyed, please la jangan lupakan aku. Aku nak dive ngan korang lagi! Smuga ada rejeki folo korang.
 Dunia ni kecik je, Fila ni kawan kepada kawan aku Nadia Sarip. Aku rasa kalau Nadia ni ambek lesen diving merata dia pergi fundive.
 Photo by Kak Jay
Photo by Kak Jay
  Photo by Kak Jay
  Photo by Kak Jay
  Photo by Kak Jay
  Photo by Kak Jay
 Photo by Amerrul. 
Gopro ni aku memang ambil video je, sebenarnya aku rasa macam takde masa nak tukar setting photo and setup protune untuk dapat hasil menarik. Tapi aku sempat snap. Gopro aku tak ada red filter. So warna dia memang dull macam ni.

Bila tengok hasil dari kamera Amerrul dan Kak Jay aku agak terkejut sebab cantik gila. Memula aku fikir gopro memang untuk amatur, nanti ada rejeki aku beli kamera macro. Rupanya tanggapan aku tu tahyul gila. Sebab kamera dia bukan macro shoot je, tengoklah gamba-gamba aku kat atas tadi. Memang berbaloi gile. Menurut Amerrul, Olympus Tough dia lagi murah dari gopro. Total termasuk casing semua lebih kurang Rm2000 ++

Ape lagi aku terjongang, sebab gopro bodo-bodo pon dah RM2k, belum termasuk accessory yang lain macam cover dive suit, red filter, handgrip handler dan lain-lain. Masya Allah brotherrr, aku jeles gila dengan kos Olympus Tough dan hasil macro dia. Memang sharp dan hasil acah-acah macam national geography. Arghhhh jelessssss.... dibawah ni semua hasil @amerrul boleh follow IG Amerrul untuk tengok hasil tangan dia. Superb! Aku letak je copyright nama aku sebab aku letak dalam blog ini dan gambar-gambar dalam blog ini milik aku. Pencuri gambar memang tak boleh dimaafkan. Tapi Amerrul dah bagi permission aku untuk publish gambar dia. So bagi sesapa yang minat hasil macro camera macam aku sure kagum dengan hasil Amerrul ni. 

Aku ada juga tengok album Kak Jay, dorang ni memang handal weh. Gambar-gambar semua cantik, so credit to Olympus Tough! Smuga aku ada rejeki beli kamera ni gak!

Photo by Amerrul 
Warna memang naik habis. Kalau dengan gopro without red filter macam dunia underwater semua biru dan hitam je. LOL nanti aku try invest beli red filter tengok hasil aku macam mana nanti. 
Thanks Abang Sabri! 
Dugaan:
Terlalu excited nak dive kan, so aku guna anti-fog ni tapi lupe bilas. Aku terus terjun dan bilas dalam laut. Ambek ko merana mata aku. Nasib baik Allah beri kesempatan aku setel semua 6 dive dan lepas naik bot baru rasa sakit. Pedih dia rasa macam something terkoyak kat mata kau. Semua risaukan keadaan aku sebab aku macam merengek pedih tapi takde la meraung macam uwaaaaaaaaaaaaaa tu. Si Fila pulak rasa bersalah sebab anti-fog tu dia punya padahal bukan salah dia. Salah aku cuai tak bilas. Petang tu juga Tiur hantar aku ke klinik tapi semua tutup. Masa tu aku rasa pedih macam nak tendang orang. Tapi sebab penat dive kan so aku nangis diam-diam tahan pedih je la. Lepas Maghrib, Teng ambil aku dari DC bawak ke hospital Dungun. 

Kesimpulan: Paling selamat cuci mask dengan colgate je... sah-sah tak lupa nak bilas.

Masa ni aku rasa syukur gila sebab DC dekat gila dengan rumah teng. So macam biasa dari dulu lagi Teng dan family memang jaga aku. Aku memang tak reti malu. Aku mampu balas dengan doa dan kasih sayang je la. Sampai hospital Dungun, doktor cuci dengan air suling 2 liter dan letak satu jenis penanda. Kalau mata aku ada luka warna tu akan masuk tempat luka tu. Sebab tu mata aku jadi hijau macam ni. Menurut doktor kalau ulser kornea aku boleh buta. Memula aku gelak-gelak lagi dengan doktor tu sebab dia macam tengah pickup line dengan aku, pastu bila doktor lagi satu cakap risiko buta tu tinggi aku terus terkedu dan termenung terus. Menangis laaa aku.... sedih. Mental breakdown!

Doktor kata aku kena bergegas ke Hospital Kuala Terengganu sebab sana ada pakar mata. Mulanya kes aku agak serius sampaikan nak naik ambulans tapi dalam masa yang sama ada kes lagi berat menyebabkan doktor mintak Teng hantar aku ke KT malam tu jugak. Nasib baik weh ade Teng. Nampak tak pertolongan Allah SWT tu? Inna maal usri usra.... disebalik kesusahan ada kesenangan. Ini memang buat aku sebak gila. 
Mata kanan aku yang bermasalah ye.... gamba ni sebab gamba selfie so dia nampak macam mata kiri yang prob.
Tanpa kira penat dan rabun malam, Teng gagah la heret Yan dan Azrie ke Hospital Kuala Terengganu. Half perjalanan ke KT aku pengsan tidur weh, tak sedar penat sangat kot. Sampai je KT, mata aku pedih balik sampai bape kali aku menangis je. Silau jangan cakap lah terus tangkap kepala. Tak boleh jalan sebab pening sangat. Dugaan sakit tu susah nak terangkan. Doktor pakar mata KT, Dr Ajma ya Allah baik sangat, dia cek bagi ubat mata semua dan dengan ayat keramat dia buat aku jadi tenang dan emosi stabil. 

"Janganlah sedih sangat, mata awak memang luka 90% tapi pada lapisan kornea sahaja. Kalau kena  pada kanta ya memang bahaya. Syukur Allah bagi peluang lagi luka ni boleh sembuh tapi makan masa sikit", ini ayat doktor tu buat kami terus balik dan makan zinger beger KFC. 

Esoknya berulang ke KT lagi walaupun tiket bas ke KL pagi tu hangus tapi aku redha. Pemeriksaan pagi tu tak tunggu lama sebab kes serius tapi alhamdulillah ada improvement. Dia kata aku banyak menangis, sebab tu mata cepat sihat. Sebab air mata tu ubat terbaik untuk sakit mata. Aku perasan jugak kat kapas mata tu penuh dengan cecair warna hijau penat dengan banyak habuk hitam kecil. Means selain dari penggunaan antibiotik ubat mata, air mata tu pun dah cuci semuanya. 

Sebab ni kes agak serius, doktor bagi surat rujukan ke HKL pula. Alhamdulillah, walaupun masih kabur-kabur tapi dah tak sakit macam haritu. Boleh plan next dive dah! Sebenarnya masa sakit tu aku sempat upload status kat media sosial  tapi tak sempat nak bagitau ibu terus doktor panggil aku. Pas rawatan memang tak boleh tengok hp terus. Kekdahnya ibu ayah aku kecik hati sebab dorang tahu aku sakit pon dari orang lain. Aku ni dari dulu macam ni, sakit ke aku handle sorang-sorang dulu bila dah reda barulah aku bagitau family aku. Acah-acah taknak dorang susah hati lagipun dorang serabut prepare nak pergi haji.

Ucapan jutaan terima kasih untuk Teng dan Yan sebab susah senang dengan aku selama ni. Terima kasih untuk geng diving, team #scubanetworktenggol instruktor Abang Manta, Yohchik, Abang Sabri dan Tiur. Sebak je bila Tiur call tanya khabar tentang mata aku. Dorang satu team memang orang baik. Terima kasih juga sebab bagi ubat mata dari first aid korang. Nanti saya datang lagi ya!!!!!!! Semuga dipermudahkan urusan kalian dan dimurahkan rejeki. Terima kasih semua yang terbabit. 

Tak sempat nak tunggu mata baik, aku addicted buat video. Aku ada upload di Vimeo, berbanding dengan youtube dan fb. Vimeo dan IG dia boleh kekalkan high quality resolution videos. So boleh usha video aku di Vimeo Nadey Khairudin. Di ig pun ada tapi ig restricted viewer sikit. hehe

Let's meet on the next dive..... 






Kenapa aku rekemen dive centre SCUBA NETWORK TENGGOL ??

πŸ‘Œ Bilik luas, selesa, bersih
πŸ‘Œ Equipment lengkap, tersusun, dan kemas (label nama pada set peralatan adalah idea terbaik)
πŸ‘Œ Servis Instructor, DM terbaik. Tak kedekut ilmu langsung
πŸ‘Œ Lokasi, terbaik senang cari, depan pantai view Subhanallah
πŸ‘Œ Makan? Abang Manta memang sempoi, order je apa-apa.

Rate 9.8/10 ❤❤❤❤❤


SCUBA NETWORK TENGGOL SDN BHD (01201550-W)
Terengganu, MALAYSIA
Ph: +609.845.3300 , Mobile: +60162214140

“ Exploring Underwater World from Learning to Adventures"

Selasa, 11 Julai 2017

REALTRIP KOREA, PAKEJ MUSLIM MURAH!


INGIN KE KOREA DENGAN PAKEJ YANG MURAH!!!
==============================

Hai korang ~~

Ape plan cuti sekolah dan cuti merdeka tahun ni? Kalo xde plan lagi jom la bercuti ke korea bersama kami! πŸ‡°πŸ‡·

~Mengembara ke Nami Island dengan keindahan panoramanyaπŸπŸ‚πŸπŸ‚
~ Ingin bermain di Everland themepark? taman tema terbesar di Korea🎠🎒🎑⛲πŸ›€

JADI APA TUNGGU LAGI !!! Jom ke Korea dengan kami kerana 'We Design Your Travel'. 😎😍😘

Kenapa perlu memilih REAL TRIP KOREA? πŸ‡°πŸ‡·πŸ‡°πŸ‡·πŸ‡°πŸ‡·
+ Agensi berdaftar di Korea dan tour guide yang bertauliah dari Korea Tourism Organisation.
+ Berpengalaman menguruskan rombongan universiti/berkumpulan dan rombongan persendirian dari Malaysia
+ Staf-staf yang berasal dari Korea dan Malaysia yang mahir dengan selok belok Korea dan berpengetahuan dengan Muslim travel. 

Dewasa : RM3290
Kanak-kanak: RM3190

Package included :
✅Return flight ticket KL-Seoul-KL
✅Accommodation (Yellow Brick Hotel-2* hotel)
✅Private transportation (bus)
✅Halal food (breakfast + lunch + dinner)
✅Entrance fees
✅Tour Guide
✅Travel Insurance
✅ Check-In Luggage 20kg Return

Package excluded :
❌Inflight Meals
❌Personal expenses .

Tempat terhad!
Sape cepat dia dapat!


Apa tunggu lagi cepat hubungi kami dengan klik link dibawah ini

http://www.wasap.my/+60193300275/TripKorea
http://www.wasap.my/+60193300275/TripKorea
http://www.wasap.my/+60193300275/TripKorea


#jomkekorea #tripkoreamurah #kekoreakekita #realtripkorea #traveltokorea #schoolholiday #merdekaholiday #summertrip #pakejkorea #pakejbajetkorea #pakejhalalkorea #koreamuslimtravel #letsgotokorea