Sabtu, 19 Mac 2016

DEWANIE: Ixara Peplum Top (NO NEED IRON MATERIAL)


Tumpang promote bisnes kawan.

Kalau dulu DEWANIE mempunyai koleksi shawl yang ekslusif, kini DEWANIE buat clothing. Berkonsepkan fesyen muslimah, DEWANIE tampil dengan IXARA PEPLUM TOP dengan material yang berkualiti tinggi yang paling penting TAK PAYAH GOSOK!!!

Disini ada detail tentang IXARA PEPLUM TOP

  • #IxaraPeplumTopDewanie diperbuat daripada material Buble Crepe dengan full lining, diserikan dengan potongan seperti skirt kembang tetapi masih kekal mengikut syariat Islam, labuh melebihi paras punggung dan tidak ketat.
  • #IxaraPeplumTopDewanie didatangkan dengan 3 warna menarik, dan bermula dengan saiz XS hingga XL
  • Mempunyai wudhu zip dan breastfeed zip, yang penting TIDAK PERLU IRON! Sesuai untuk wanita yang mengejar masa tapi masih mahu tampil cantik.

💎
 WHATSAPP ORDER: 0133082160
💎

💎
 2-5-3A, JALAN MEDAN PUSAT BANDAR 8, BANGI SENTRAL, SELANGOR.


p/s: sorry wanie lambat update

Jumaat, 18 Mac 2016

NIKAH EXPRESS

Alhamdulillah

Artikel kedua di Zalora Community Magazine

11 March 2016 : Gemuk VS Fesyen
18 March 2016 : NIKAH EXPRESS


p/s :Nikah express yang saya akan kupaskan ini bukan nikah tangkap basah.
Umur semakin mencecah 30-an dan masih dalam proses kegagalan berkali-kali dalam mencari pasangan hidup. Sudah puas didesak oleh orang sekeliling, bukan tidak mahu berkahwin tetapi belum rezeki. Ayat yang sering diulang oleh ibu, "Waktu ibu umur sebaya kamu, ibu sudah beranak tiga". Soal rezeki awal atau lewat siapa kita untuk persoalkan? Kita hanya mampu berusaha sedaya upaya.
Dalam Islam, perkahwinan adalah separuh dari agama. Bila memikirkan umur lewat sebegini, sudah pasti akan merasa keinginan untuk berkeluarga. Jika sudah gagal berkali-kali dalam perhubungan pasti anda sudah penat untuk menghadap calon yang tidak serius sehinggakan sampai ke tahap redha dan amat berserah dengan siapa anda akan berkahwin. Sebagai wanita, jujur saya katakan, calon adalah amat terhad. Fasa umur sebegini biasanya kita akan menghadapi pelbagai lapisan calon. Calon muda dari umur, tidak seagama, duda, janda dan ada juga suami orang (bermadu). 
Jika disebut tentang nikah express pasti kita akan terfikir jodoh pilihan keluarga atau kini popular pula dengan website mencari jodoh. Nikah express secara kasarnya bermaksud berkahwin tanpa bercinta. Kenal, rasa serasi dan terus berkahwin. Nak kata ikut trend tidak juga apatah lagi adat kerana ia boleh berlaku tidak kira bangsa atau agama. 
Jodoh pilihan keluarga, mungkin agak kompleks kerana kebanyakan kesnya seperti perjanjian antara dua keluarga atau saranan dari satu pihak yang sukar ditolak. Ada juga makcik-makcik yang mempunyai ramai kenalan volunteer menjadi tukang 'kenen'. Biasanya calon pilhan keluarga ini antara orang yang dikenali.
Website mencari jodoh pula konsepnya sama cuma tiada unsur paksaan dalam pemilihan calon. Calon-calon akan ditapis mengikut kemahuan kriteria idaman dan setelah itu mereka akan melalui proses taaruf atau sesi berkenalan. Jika bersesuaian, matlamat perkahwinan akan tercapai. Ada juga mengatakan ia seperti pilihan terdesak. Bagi saya, Tuhan sudah menciptakan setiap itu berpasangan. Ini kerana fitrah hidup untuk kita saling melengkapi. Jika jodoh itu mudah dicari mungkin tidak wujudlah website atau agensi mencari jodoh. 
Semua ini bergantung juga kepada nasib,  jika anda bertemu jodoh awal mungkin mengambil masa kurang dari 3 bulan sahaja mempertimbangkan untuk ke jinjang pelamin jika tidak, anda akan meneruskan taaruf dengan calon-calon yang lain. Ramai juga di antara rakan yang berjaya dan kini sudah beranak pinak.
Adakah ini sebagai taruhan dalam hidup?
Rakan berbangsa Cina saya bertanya “Ramai Melayu kahwin dengan cara ini kan? Adat atau memang tuntutan agama?” Mereka pelik cara ‘kahwin express’ ini seperti tidak munasabah.  Bagi mereka perkahwinan atas dasar cinta itu lebih logik bukannya bercinta selepas kahwin. Adakah jaminan untuk orang yang bercinta berpuluhan tahun itu akan berkahwin akhirnya? 
Saya ada bertanya pada rakan saya yang berkahwin dengan kekasihnya yang telah dikenali selama 8 tahun.
“Walaupun saya dah kenal suami 8 tahun, selepas berkahwin saya rasa banyak lagi perkara yang saya tidak tahu mengenai suami.  Selepas seseorang itu menggalas tanggungjawab sebagai suami mahupun isteri, pasti sedikit sebanyak pesonaliti akan berubah”.
Maka jawapan saya, berapa lama tempoh perkenalan bukan ukuran untuk kita saling menerima dan mengenali pasangan. Cumanya, jika bercinta selepas berkahwin lebih elok kerana terhindar dari sebarang fitnah dan perkara-perkara  buruk terjadi.
Proses nikah express ini membuatkan kita lebih percaya dan berserah dengan takdir Tuhan. Kita akan lebih banyak mendalami ilmu tanggungjawab dan berdoa agar setiap langkah yang dipilih adalah yang terbaik. Perkahwinan bukan happy ending seseorang itu tetapi permulaan untuk hidup baru. Banyak dugaan lebih mencabar di alam perkahwinan. Lebih-lebih lagi pada pasangan yang bercinta selepas berkahwin. Banyak lagi perkara baru yang perlu untuk kita belajar. Ilmu tanggungjawab adalah ilmu yang  dituntut seumur hidup.
“Bagaimana kalau dia berkahwin dengan orang yang salah?”  
Sebab itu blind date atau taaruf adalah proses sangat penting.
Taaruf atau blind date adalah aktiviti sesi berkenalan antara calon dengan harapan dan satu tujuan iaitu hubungan yang lebih serius dan biasanya ke arah alam perkahwinan. Taaruf atau blind date ini sama sahaja tidak kira Melayu Cina India cuma ia berlainan mengikut kesesuaian adat dan agama. Contohnya, dalam Islam seeloknya membawa mahram (ahli keluarga atau rakan) bukannya berduaan berjumpa.
Dalam proses inilah masa untuk kita mengenali hati budi calon. Ibarat dari mata turun ke hati dan dari bicara turun ke jiwa. Jika kita hanya berkenalan di dalam website, kita tidak dapat mengetahui lebih tepat calon tersebut serasi dengan jiwa atau tidak. Dari pertuturan dan bahasa tubuh akan memberi 1001 tanggapan dan tafsiran pada seseorang itu. Jika proses taaruf pertama kali ini memberi respon positif, maka proses taaruf kedua dan seterusnya akan lebih mudah.
Walaupun calon pilihan ibu bapa, tidak semuanya yang terbaik untuk kita. Oleh itu, kita perlu berusaha sendiri untuk mengenali calon dengan lebih mendalam. Sebarang perkara yang tidak diingini boleh dielakkan sebelum membuat perjanjian antara dua keluarga. Dalam proses berkenalan, kita seharusnya jujur contohnya penyakit yang dihidapi, pekerjaan dan lain-lain. Disamping itu, segala keputusan haruslah dinilai sehabis mungkin, restu ibu bapa juga amat penting. Perkahwinan adalah bukan penyatuan antara dua insan sahaja malah antara dua keluarga juga. Silaturahim ini perlu dijaga sebaik mungkin.
Boleh jadi yang kita kehendaki itu bukan yang terbaik untuk kita dan sebaliknya. Maka hidup ini memang taruhan, kita tidak dapat mengatur turun naik perjalanan hidup kita. Apa yang kita mampu lakukan, berdoa agar dipermudahkan segala urusan. Tiada siapa minta untuk hidup derita. Bergantung pada individu, pilihan kahwin express baik atau tidak.  Kita hanya mampu merancang yang baik-baik sahaja tetapi Tuhan yang menentukan. Kalau ada rezeki saya juga teringin bernikah express. Kepada rakan-rakan yang masih dalam proses mencari, jangan putus asa dan semuga urusan anda juga dipermudahkan.
Anda boleh kongsi pendapat di ruang komen di bawah.

Jumaat, 11 Mac 2016

1ST POST IN ZALORA MAGAZINE COMMUNITY

Alhamdulillah,

Minat blogger dah lama, bila Zalora beri peluang join komuniti, memula tak yakin tapi tak salah aku try kan. 

So my first ever, my official post in Zalora Magazine Community,


Feel free to share and give your feedback. 

Baik buruk In sha Allah saya terima. Redha je la kalau anda kritik kan.... kihkihkih

Salam 


Rabu, 2 Mac 2016

PERGI ATAU TAK KENDURI CRUSH / EX BF???

Ramai rasanya ada masalah ini! 


Kes pertama, ex boyfriend kau.

"Korang clash, beberapa bulan or tahun dapat invitation event kenduri beliau. Kalau sudah ada pengganti ok la tak de la kekok sangat, tapi kalau kau masih FOREVER ALONE? Kalau kau tak pergi nanti dia kata 'eleh tak move on aku lettew, sampai tak nak pergi kenduri aku'. Kalau kau pergi dengan perasaan bajet professional, atau nak beritahu satu dunia yang kau dah move on dari kisah lama tapi hati kau? Siapa tahu? Mulalah kenangan lama terusik, kau akan kembali down atau sebak teringatkan kisah lama"

So better pergi atau buat-buat bz hari tu, just send masej "Sorry, i kene attend 4 kenduri hari tu tak sempat la pergi kenduri u"


Kes kedua, crush ke-23 kau.

"Kau suka dia tapi ......................

DIA TAK PERNAH TAHU PON KAU SUKA DIA!!!

Selama ni kau pendam je dan paling parah kau pula berkawan baik dengan dia. Yes, kalau kau tak pergi 'KAWAN BAIK KOT' kalau kau pergi tak ke sebak gile. Allah je tahu, kau juga takut ternangis kat kenduri dia nanti ...ah sudah!"

So better pergi atau buat-buat bz hari tu, just send masej "Sorry, aku kene attend 4 kenduri hari tu tak sempat la pergi kenduri kau"


HAHAHAHA 
Post ini mungkin bersambung, better aku g tidur dulu 

Bai