Sabtu, 30 Januari 2016

CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 7


"Allahuakbar Alllahhhhhuakbar", syahdu bila Din azankan anak Izwan dan Farhanah. Sebak kerananya ayah bayi tersebut belum sedar dari koma. Sebak.

"Sayang, abang dah tak sabar ni nak nikah... nak pegang anak sendiri??", meremang tetiba Din menukar kata ganti diri....

"What?? sayang? abang??", aku menyoal pelik.

"Come on... don't spoiled it!!! Tengah mood ayah-ayah....suami isteri sangat ni", Din berulang kali mencium pipi bayi tersebut.

Izwan masih tak sedarkan diri. Kecoh bila Farhanah mengerang kesakitan hendak bersalin pagi buta semalam. Air ketuban pecah di tepi katil Izwan. Kecoh satu wad. Farhanah menjerit nama Izwan beberapa kali sebelum kedengaran bayi menangis. Alhamdulillah, mudah sahaja bayi keluar.

Setelah diazakan, Din meminta izin doktor untuk meletakkan bayi disisi Izwan. Kami menolak kerusi roda Farhanah ke katil Izwan. Sebaknya Tuhan saja tahu. Farhanah sudah berjujuran air mata. Anak itu bergerak-gerak merengek mahukan susu, tiba-tiba ..........

Izwan sedar.

Kami semua terkejut.

"Abang.......... anak kita bang. Alhamdulillah abang dah sedar...", Farhanah bangun dari kerusi roda dan duduk di atas katil Izwan sambil mengangkat anaknya.

Doktor dan jururawat datang memeriksa Izwan. Farhanah bangun beri laluan dan semakin kuat tangisan anaknya. Lantas Izwan mengangkat tangannya......

"Farhanah......baby kita...", serak suara Izwan. Dia tersenyum. Walau tidak berdaya bangun namun dia berusaha untuk memanggil Farhanah.

Izwan memandang kami. Sebak melihat keadaannya. Syukur Tuhan masih berinya peluang untuk hidup. Izwan berusaha sekali lagi untuk memegang anaknya. Akhirnya doktor benarkan bayi itu diletakkan disisi Izwan. Anak itu terus diam tertidur.

Doktor beritahu Izwan masih tidak boleh berjalan lagi, berkemungkinan lumpuhnya sementara jika dia tak putus asa jalani rawatan fisioterapi. Allah Maha Kuasa, 

Setelah doktor meninggalkan ruang, Izwan memandang Din, lama. Kemudian baru memandang aku dan tersenyum.
"Terima kasih azankan anak aku...... terima kasih jaga aku dan Farhanah. Terima kasih..........Din... Dira", agak kelam suara Izwan. 

"Kau kan kawan kami..... masa ni susah kami tolong. Nanti waktu kami, giliran kau jaga kami pula", Din perlahan meletakkan bayi atas ribaan Izwan. 

"Abang.......... baby belum ada nama", pelahan air mata Farhanah mengalir sebak melihat Izwan memegang anak mereka.

"Abang tak tahu, awak nak beri nama apa?", Izwan juga turut sebak. 

"Ikhwan .....Ikhwan Fathi bin Muhammad Izwan. Persaudaraan, Kemenangan. Sedap tak???", Izwan mengangguk!!!

Simbol, persaudaraan kami berempat dan kemenangan pada jodoh Izwan dan Farhanah. Bab jatuh talak, mungkin mereka perlu rujukan. Kami mendoakan urusan mereka dipermudahkan.

Din mencuit lenganku, signal untuk beri ruang privasi pada Farhanah dan Izwan.

Sampai sahaja memasuki kereta, aku meleret tersenyum pada Din. Menunggu Din menegur.

"Kau kenapa?", akhirnya Din menegur. Penat juga aku menunggu responnya.

"Nama anak kita nanti, saya suka nama Zuqarnain", meroyan tengok wajah Din azankan Ikhwan Fathi tadi. Ya Allah kacaknya tunang aku.

"Saya tak setuju, saya nak namakan anak kita BAKARUDDIN!!! Din Din Din 3 generasi!!!", Din gelak bergema.

"Alllahhhhhhh.....demam DIN aku!!! cukup la 2 orang nama Din dalam rumah aku nanti! Nak pulak nama anak Din. Sawan". 

-tamat-


Thanks korang baca picisan merepek ni. Serius beritahu, 50% dari cerita ni dari kisah benar dan selebihnya fantasi aku. Tujuan aku create watak Dira sebab aku nak beritahu, susah nak elak dari kes macam ni. Ramai di antara lelaki yang baru berkahwin, cari perempuan lain. Tak tahu la tak cukup zahir ke batin. Kononnya tak cinta isteri. Kahwin sebab famili. Bertalam-talam muka si laki ni. Janganlah jadi dayus.

Yang perempuan pula, elak la kalau boleh elak. Tapi kalau dah jodoh macam mana kan. Aku tak boleh berat sebelah juga. Jadi yang kedua atau bermadu banyak cabaran. Jangan lah ambil kesempatan, dendam, sihir, jika betul jodoh kita begitu, usaha la baiki hubungan dengan bakal madu. Ya Allah, sungguh berkata lebih mudah dari merasa sendiri kan? Aku doakan perkara yang baik pada kalian. Aku pon belum berkahwin dan aku belum lagi diuji sebegini hebat. Future aku tak tahu aku bagaimana. Maaf jika cerita aku menyinggung pelbagai pihak. Niat aku satu, madu ke tak bermadu, dugaan berumah tangga bukan fasa terakhir bagi satu kehidupan, ia adalah fasa permulaan. Jatuh naik turun, bermula dari rumah tangga. Semua kita dalam golongan syurga jannah. Amin.

CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 6


Meraba-raba tangan mencari telefon celah bantal dan meja sisi katil. Mana telefon ni?? 

Ringtone masih berbunyi, akhirnya dapat capai telefon yang jatuh tepi katil. Mata masih rapat, mengantok sangat, semalam seharian aku dan Din pergi Disneyland. Penat.

"Sayang, SURPRISE!!!!!!!!! Guess what? Where am I now? Abang dekat Haneda ni, abang on the way ke rumah sayang ni", terus segar bugar mata. Aku bangun terus mandi dan kemas rumah. Tak sedar aku campak telefon tanpa mematikan talian dengan Izwan. Ini memang gila.

MIMPI TU???????? MIMPI KE NI??? Aku tampar pipi. SAKIT.
Terus aku teringat pada mimpi ngeri haritu. Ya Allah, jika benar Izwan akan mengamok dan Din......... Din mungkin mati.... Ya Allah apa perlu aku buat?

Rupanya Izwan sampai ke penginapan kami lebih awal dari yang aku sangkakan. 

"Kenapa abang datang sini??? Farhanah macam mana?", salam Izwan dimuka pintu tidak berjawab namun aku terus bertanya soalan ini kepadanya.

"Kau ni dah kenapa bukak isu Farhanah pagi-pagi ni?  Kau buta aku datang jumpa kau jauh-jauh ni nak jumpa kau?", nada Izwan lain dari intonasi salam sebentar tadi. Aku cuak. Betul lah mimpi haritu, Izwan akan jadi agresif dan.......

"Bukan,..tapi lagi dua minggu saya nak balik Malaysia kan.... ", belum habis terkejut Izwan terus memeluk aku dengan baju sejuk yang masih berbaki sisa salji. Aku cuba melepaskan pelukan Izwan. Agak pelik kelakuan Izwan. Dia tidak pernah cuba memeluk aku, selama ini pegang tangan pun tidak. 

Aku biarkan.... pelukan terlalu erat. Mungkin ada sesuatu berlaku. Kenapa dengan Izwan?

"Abang.....kenapa ni? Something happen right??", aku cuba tenangkan Izwan, Takut pula mimpi jadi kenyataan. Paranoid.

"Abang, abang temankan Farhanah ke hospital minggu lepas. Abang tengok baby", Izwan menghulur gamba scan bayi.

"Abang, bakal jadi ayah? Sayang bakal jadi ibu....", hakikatnya ibu tiri maksud Izwan. 

"Abang, saya ada hal nak bincang dengan abang ni......---

Tak sempat aku habiskan ayat, Din terjah masuk dan menjerit "BREAKFAST!!!!!"

Aku dan Izwan terkejut dengan kejutan Din. Izwan memandang aku mengharapkan penjelasan siapa Din. Ah sudah, aku terus berlari ke dapur menyorok semua pisau dan barang yang boleh bunuh Din. Mampos kalau mereka bergaduh nanti. Aku terus capai telefon, aku akan call polis.

"Kenapa kau, nak masak guna pisau apa? Ni aku buat pancake, tak perlu potong dengan pisau kot. Salam Izwan, meh kita makan sekali, rezeki kau murah, datang-datang ada makanan", Din selamber menegur Izwan.

********************************************

"Aku rasa aku pernah tengok kau!!!", tiada senyuman pada bibir Izwan.

"Alaaa kita kan kerja satu bangunan. Aku satu company dengan Dira tapi lain department. Mungkin kita selalu terserempak dalam surau", Din menerangkan pada Izwan dengan hormat, 

"Ooooo ok......aku faham", Izwan memandang aku. 

"Ermm... jom kita keluar jalan-jalan. Aku belanja kau", Din mengajak. Aku membuat muka marah, aku takut mereka bergaduh pula tengah bandar nanti.

****************************************************

Din mengajak kami ke makan kat area Shibuya. Dalam train jelas perangai pelik Izwan, dia pegang tangan tak lepas. Rasa tak selesa bila Din asik memandang aku. Sesekali aku memberi isyarat 'No No I didnt mean it!!' bermaksud aku tak rela pun pegang tangan Izwan. Bukan aku.

"Best jugak Jepun, ni first time abang datang sini. Kita honeymoon sini pon not bad kan?", Izwan membetulkan knitted glove aku. Muncul perasaan kasihan pada Izwan. Bagaimana aku nak beritahu tentang aku dan Din? Kami unofficially, engaged! Ya Allah, kasihan Izwan. Lelaki inilah aku pernah cinta separuh nyawa, Lelaki inilah cinta pertamaku. Lelaki inilah pernah buat aku bahagia. Pernah. 

Setiap kali aku melihat Izwan, terus aku teringat pada Farhanah dan gambar scan bayi yang Izwan tunjukkan tadi. Ya Allah serba salahnya hati ini. 

Din, mungkin alasan kuat untuk aku berundur dari situasi Izwan dan Farhanah. 

Sampai di restoran, Izwan masih memegang tangan aku. Depan-depan Din, Izwan menyatakan dia rindu, honeymoon, rumah kami.... berulang-ulang ayat sebegitu. Aku? Tiada respon, kekok dengan Din. Din pula banyak diamkan diri. Susah nak baca riak wajah Din. Apa pandangan dia pada aku, mungkin dia akan cancel niat dia nak kahwin dengan aku!

Selepas makan, kami berjalan-jalan cuci mata. Izwan kelihatan seperti penat sangat naik turun tangga. Sebelum naik train pulang, dia meminta izin ke tandas sebentar. Hilang sahaja kelibat Izwan, Din mendekati aku.

"Aku tahu, aku takde hak pada kau lagi, aku tahu situasi kau dengan Izwan sekarang tapi aku tak suka tengok dia peluk-peluk, pegang-pegang kau. Aku tahu sini Jepun, takde orang tegur kalau dia buat macam tu... tapi aku tak suke. Aku sakit mata, aku benci............. aku cemburu...."

"Uuuuuuuuuu,,,,,cemburu!!!!!! Nak aku peluk kau gak ke?", aku sengaja berlawak supaya Din tidak stress dengan Izwan takut punca bergaduh nanti. 

"Aku cemburu la... kau tu tunang aku. Aku dah booked kan??!!! Aku report pada Pak Din", Din membetulkan tudung aku, anak-anak rambut kelihatan. Aku membiarkan aja kelakuan Din dengan harapan memujuk hati lelaki itu. 

Babak itu disaksikan oleh Izwan. Kami berdua terkejut, Izwan sudah berada disebelah kami. Izwan diam sehingga sampai di penginapan aku. 

Tetiba.......

"Izwan, kami ada perkara nak bincang pada kau". Din mulakan perbualan. Aku juga rasa, ia waktu sesuai kerana kami baru selesai solat berjemaah. Kami duduk dan aku masih bertelekung. Yang pasti, aku dah sorok semua pisau, gunting, pen dalam stor. Dalam bilik tamu itu kosong, hanya ada sejadah dan kami. 

Tenang, Din menerangkan keadaan pada Izwan. Cuaknyaa, hanya Allah tahu. Aku menjangkakan peperangan besar dan aku terpaksa bersedia. 

"Aku tahu, aku sudah beristeri dan bakal jadi bapa. Tapi aku tak boleh hidup tanpa dia. Kau sengaja buat plot ini bersama supaya aku batalkan niat aku nak kahwin dengan dia? Kau kenapa tetiba datang nak caras tunang aku?", Izwan menyambar dahulu. Tetapi keadaan masih terkawal, surah Izwan mendatar tapi semakin tegang ayatnya. 

"Abang, saya belum beri jawapan pada lamaran hari itu, maka kita belum terikat dengan sebarang janji. Saya nak abang faham", aku cuba jelaskan ayat tunang itu diulang banyak kali oleh Izwan.

"Sekarang ini kau nak cakap kau tak nak kahwin dengan aku laaa? Kau berkomplot dengan budak ni kononnya korang nak kahwin? Kau  jangan memain dengan aku ni Dirah. Kau ingat, kalau kau tak kahwin dengan aku, aku tetap ceraikan Farhanah!!! Aku tak kira. Aku tahu ni mesti Farhanah ugut kau kan?? Kau siapa Din, nak rampas dia dari aku??", Izwan kali ni berang. Aku terkedu.

"Atas sejadah, depan al-Quran ni. Kami tiada komplot dan aku percaya Farhanah juga tak pernah ugut Dira. Kau tenang, mengucap banyak-banyak. Aku tak pernah niat caras kau ke rampas ke... aku tak suka rebut rampas hak orang ni. Untuk pengetahuan kau, Dira sendiri beritahu kau tadi yang dia belum beri jawapan pada lamaran kau. Kau syok sendiri kenapa mengaku tunang dia? Kenapa nak paksa orang ikut kemahuan kau? By the way, sudah jatuh talak kau pada Farhanah bila kau cakap macam tu. Cuma sah gugur talak itu selepas habis edahnya. Dalam tempoh ini kau masih bertanggungjawab pada dia dan anak kau. Mudahnya kau lafaz perkataan cerai pada ibu kepada anak kau?", Din menegur Izwan. Matang dan tegas.

"Aku tahu aku tak layak ajar kau agama. Hal kau dengan Farhanah, kami tidak boleh masuk campur tapi kau juga tiada hak nak paksa dia kahwin dengan kau... . Secara jujurnya, kami sudah bertunang dengan persetujuan ibu bapa dia. Aku tak pernah paksa Dirah terima aku dan aku ikhlas terima dia. Sebab itu, dengan cara elok aku berbincang agar kau jelas dengan hal ini dan kita selesai cara matang tanpa dendam. Aku tak nak sebab hal ini kita bermusuh. Sebagai lelaki, aku wajar selesaikan secara damai dengan kau. Aku tahu, kau rasa marah tapi mengucap panjang-panjang. Fikir masa depan anak kau juga", panjang Din menyambung. Tapi jelas Din sangat matang. Selama ini jika ada salah faham atau masalah pada tempat kerja, dia sendiri tampil untuk berbincang agar masalah diselesaikan bersama. Bukan selesai pada satu pihak sahaja. 

"Eh, senangnya kau cakap. Sekarang ni kau mengaku dah bertunang pulak! Main-main apa budak ni??? Cuba kalau kau jadi macam aku!! Dia ni dah setuju nak berkahwin dengan aku sebelum ni. Sekarang ini bila aku dah serius, senang pulak nak batalkan? Kenapa tiba-tiba? Aku dah tak nampak masa depan aku dengan Farhanah. Anak aku pula kau pancing agar aku benarkan korang kahwin?  Kau sengaja kasi aku panas ni", Izwan terus panas. 

"Maafkan saya bang, banyak dosa saya pada abang. Mulanya saya nekad, redha jika jodoh saya jadi yang kedua untuk abang. Tapi semua berubah selepas saya jumpa Farhanah. Susah saya nak jelaskan tapi yang pasti sebelum saya berjumpa dengan Din lagi, saya nekad untuk tidak menerima lamaran abang dan Farhanah. Saya juga yakin dengan istikharah saya, abang bukan jodoh saya. Maka, saya terima lamaran Din dengan redha. Tiada niat mainkan abang tapi jujur saya tak boleh. Saya sudah beritahu Farhanah tentang ini. Saya tolak lamaran, cuna saya tak boleh beritahu abang lagi. Mungkin hari ini kita bertiga jumpa dan Allah izinkan kita berbincang hal ini", sebaknya Allah sahaja tahu. Beriya aku terangkan pada Izwan. Takut amarahnya sehingga bertumbuk dengan Din. Aku juga takut jika Izwan menyimpan dendam. Mimpi tak mimpi, aku nekad pilih Din.

"Izwan, aku minta maaf jika kau rasa aku rampas hak kau. Aku betul-betul minta maaf. Tapi aku nak kau fikir sehabis mungkin. Farhanah dan bayi bakal dilahirkan. Mereka tak bersalah dalam hal ni. Aturan Allah tu cantik, dengan hal begini kita dapat jumpa, selesaikan satu per satu masalah mana tau moga-moga perjalanan hidup kau dan Farhanah bukan satu perjalanan yang singkat. Aku sendiiri lihat, reaksi gembira kau tunjuk tayang gambar scan anak kau. Sudah terdetik hati tu, kau datang sini kerana kau rasa bersalah pada Dira. Hati kau terdetik setelah tengok anak kau.... dan mungkin Allah dah lembutkan hati kau pada Farhanah. Aku yakin, sekarang kau takut kau tak dapat tunaikan janji kau pada Dira. Tolong lah fikir balik, niat kau tergesa-gesa datang Tokyo jumpa Dira, walhal kami akan pulang tak lama lagi. Kenapa? Fikirlah", bijak gila Din. Aku pun tak sangka andaian Din itu LOGIK. Kenapa Izwan datang terus peluk aku. Kemudian tunjuk gambar anaknya. Allah

Akhirnya......Izwan bangun. 

"Mungkin aku perlu masa. Aku tak boleh terima jika korang berkahwin dalam waktu terdekat. Tolong beri aku masa. Aku pon tak nak bertumbuk dengan kau atau berdendam dengan orang yang aku sayang", Izwan memandang aku dengan sebak. Dia bangun dan mengemas beg. Dia bergegeas keluar walaupun lelah dipujuk oleh Din untuk menetap dibiliknya sehingga pulang esok. Pelawaan tersebut ditolak tanpa respon oleh Izwan. Aku dan Din hanya membatu dan menunggu kelibat Izwan hilang dari pandangan. Mungkin ini bukan pengakhiran, tapi kami dah cuba sedaya-upaya selesaikan hal ini dengan damai. Syukur Izwan tidak bertindak agresif seperti dalam mimpi dan syukur aku juga dapat saksikan satu lagi penyebab kuat untuk aku terima Din iaitu lelaki ini amat matang. Dia berjaya tenangkan Izwan tadi.

*****************************************************

Seminggu selepas pulang ke Malaysia, kami dapat pelepasan cuti selama seminggu lagi. Din pula meminta izin untuk makan malam di rumah. Ibu semangat masak di dapur dan ayah pula sibuk ke kedai membeli barang.

"Akak, Din junior tu suka makan daging kerbau tak? Ayah nak jumpa Pak Dak Yek ambik daging sedikit. Ayah nak suruh ibu buat sup tulang".

"Budak tu makan semua ayah, ambik lebih sikit akan nak buat bakar-bakar", Pelik nak bahasa Din depan ayah. Haha.

"BUDAK? Tu la kamu, pilih bakal suami nama Din juga....... dah la muda. Nak panggil abang tu HAHAHAH", berderai ayah gelak menyakat. Betul juga, kelakar la nak panggil Din abang...pelik pula panggil suami dengan panggilan nama nanti. Adoi. 

"Akak.........telefon tu angkat!!!"

"Dirah!!! Abang Izwan ...... kemalangan!!!", aku tergamam. Terus aku capai tudung dan kunci kereta. Kebetulan Din baru sampai hadapan rumah, aku terus membuka pintu keretanya memberitahu tentang berita hal Izwan. Kami bergegas ke hospital.

Dalam perjalanan air mata aku mengalir deras, dalam waktu ini juga kerisauan aku melampau sehingga aku tidak peduli tentang hati Din di sebelah. Din juga diam, mungkin dia faham.

Sampai sahaja di hospital, kelihatan wajah sugul Farhanah duduk sendirian di hadapan wad kecemasan. Air mata kering sudah. Mukanya sembab.

"Abang belum keluar lagi.......", sebaik sahaja Farhanah perasan akan kehadiran kami automatik dia menangis semula. Kasihan akan keadaan Farhanah yang juga sarat mengandung, aku menyuruh Din menghantarnya pulang tetapi Farhanah tetap berkeras untuk menunggu sehingga Izwan keluar.

Selepas 4 jam, pintu wad terbuka. Kami bertiga bangun menuju ke arah doktor.

"Alhamdulillah dia selamat, agak kritikal sehingga 2 kali jantungnya berhenti tadi. Syukur, walaupun tulang rusuk patah dan kecederaan kepalanya agak parah tapi dia berjaya melepasi fasa kritikal", syukur Izwan selamat.

-Bersambung-

CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 7

CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 5

CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 1
CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 2
CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 3
CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 4


"Keluar!!!!! DIRA!!!!!!! Keluar", suara lelaki menjerit. Terpisat-pisat mata dan masih mengecam adakah itu suara Izwan???? Aku bangun dan sempat melihat jam pukul 3 pagi di Tokyo. Lagi beberapa jam untuk Subuh.

Ya Allah, kenapa Izwan datang lewat malam dan meracau-racau. Sebaik sahaja pintu dibuka, Izwan menolak aku masuk.

"What??? Are getting marry with Fakruddin?? Who the hell is he? Fu**!!! Siapa dia???", Izwan sah dirasuk.

"Mengucap abang, mengucap", aku masih terpinga-pinga. Bagaimana Izwan tahu tentang Din? Bila masa aku decide nak kahwin dengan Din ni? Seingat aku baru semalam aku dan Din......

"Kenapa kau tipu abang? Kau kata kau sayang abang, tapi kenapa buat abang macam ni? Kau nak tengok abang mati ke? Haaa??", Izwan bertindak agresif menolak aku ke dinding. Jelas derauan nafas Izwan berasap kerana suhu yang amat sejuk. Tak pernah seumur hidup aku lihat Izwan marah sebegini. sepanjang perkenalan aku, Izwan sangat-sangat gentle, amarahnya tak pernah ditunjuk.

"Kenapa ni??? Dira???", Din menerjah masuk terus menarik Izwan menjauhi aku.

Bermula pergelutan. Dari dalam hingga ke luar rumah.

"Tolong abang...lepaskan Din!!! Tolong abang", menggeletar tubuh aku bila lihat Izwan menikam perut dan bahu Din. Lantai salji putih kini berwarna merah.

"Kenapa Din? Sebab kau nak sakitkan hati abang? Sebab kau nak lari dari masalah? Sebab kau kasihan dengan Farhanah? Atau tak nak bermadu? Aku dah kata aku akan ceraikan perempuan tu!!!", termengah-mengah suara Izwan setelah bergelut dengan Din. Din tewas dan hanya menahan sakit mungkin juga menunggu malaikat maut menjemput.

"Kau ingat aku bodoh?, tak logik sungguh kronologi kau nak kahwin dengan Din sebab cinta. Kau baru kenal dia, kau kenal aku lebih 6 tahun. Kita.....kitaaa saling ... Aku cintakan kau. Tak cukup? Nak aku buktikan apa lagi??", Izwan mengangkat tinggi pisau mengugut untuk menikam wajah Din. Din kelihatan pasrah.

"Dengar dulu bang, saya sayangkan abang dan kita kahwin bang....kita kahwin... ya Allah...jangan bunuh Din tolong bang......", merayu-rayu sambil meraung. Aku tak sanggup hidup jika Din mati kerana aku.

................................................

Alarm - Bang bang bang, Big Bang.

Ya Allah......aku mimpi rupanya. Sampai menangis-nangis aku mimpi. Astagfirullah..... Lihat jam 3 pagi. Aku terus bangun, waktu tahajud dan istikharah. Sejak Izwan menyatakan hasrat untuk berkahwin, aku gigih meminta petunjuk dan ketenangan. Aku gusar, tindakan aku berlandaskan nafsu semata-mata. Aku takut rumah tangga akan datang kecundang ditengah jalan.

Ya Allah, mimpi tadi antara waktu mustajab. Jika benar mimpi tadi petunjuk, aku tak rela berkahwin dengan Izwan. Jika aku...memilih Din mungkin dia....... seperti dalam mimpi. Adakah mimpi tadi petanda jawapan istikharah aku? Alllahh....

********************************************

"Woi, keluar aku kat luar ni...cepat la!!", Din menghantar rakaman suara melalui Whatsap.

Selang seminit, Din menghantar masej lagi. 

"Sayang, tak perlu make up lah, aku dah beku kat luar rumah ni .....", Suhu pada waktu malam sehingga negatif 5 darjah celcius. Cepat-cepat aku menyarung kasut dan keluar. Lihat Din sedang melompat-lompat. 

"Sorry la aku tertidur, mana ada make up!! Kau ingat aku macam perempuan lain ke make up semua? Jimat tau, kalau kau kahwin dengan aku, maintenance tak banyak", Din terus tersenyum apabila mendengar perkataan kahwin. 

"Kau kena lah make up untuk suami, dapat pahala. Tak pe, sekarang biar hodoh-hodoh dulu. Nanti kahwin, aku beli kau barang make up. Hantaran nanti make up ok!!!", Din menarik tudung aku sehingga kelihatan dahi jendul aku. Protesnya supaya aku tidak berhias untuk lelaki lain.

Sebulan selepas Din melamar dan juga kejadian mimpi ngeri tersebut, aku takut, aku takut.....sebab aku dah jatuh hati dengan Din. Istimewanya Din buat aku jatuh cinta berkali-kali. Pelik aku langsung tak merindui Izwan. Serius pelik.

Kami hanya ada sebulan lagi di Tokyo. Semakin hampir kami dari mimpi indah, bila balik Malaysia aku perlu bersedia untuk menghadap realiti. Izwan, Farhanah dan Fakhruddin. Tak boleh ke kalau aku terus menetap di Tokyo..............bersama Din?

"Nanti kita balik Malaysia, kau nak aku terus jumpa family kau or aku jumpa Izwan dulu? Tapi serius aku memang tak leh bayang apa akan jadi. Tapi aku harap kau tak lari dan buat keputusan sendirian. Kita dah setuju untuk perkahwinan ni, Aku harap kita sama-sama selesaikan satu-satu masalah ok!!! Janji??? ", Din menarik tangan aku supaya aku fokus hadam dengan permintaannya. Permintaannya seperti Izwan. Jangan lari dari masalah!!

"Iye....... tapi betul kau serius nak kahwin dengan perempuan macam aku?? Tak menyesal??", aku tahu Din serius, tapi aku tak yakin aku boleh bahagiakan dia. 

"Aku pon tahu aku menyesal ke tak, kata suruh buat istikharah. Kita usaha je la dulu. Kalau kau tanya hati aku, ikut hati nak cium je mulut kau sebab asyik tanya soalan bodoh ulang-ulang", akhirnya aku pulak kena marah. Tegas Din, 

"Kau ada mimpi aku tak ke ade rasa cinta dah kat aku?", soalan Din buat aku meremang! Teringat mimpi ngeri, Din bermandi darah ditikam Izwan. Izwan jadi gila dan aku perlu kahwin juga dengan Izwan.

Tapi hakikat, aku sudah jatuh hati pada Din.
 Kini halwa telinga aku macam ketagih untuk mendengar suara Din. Tanpa menjawab soalan Din, aku hanya tersenyum dan tergelak.

***************************************

"Ibu...Ayah............... ini kawan akak, Fakruddin, Din. Kami ada hal nak berbincang dengan semua harini", aku dan Din menghubungi ibu ayah melalui SKYPE untuk menyatakan hasrat kami. Itupun setelah didesak oleh Din beberapa kali. 

"Kami............", belum sempat nak cakap Din terus menyampuk.

"Mintak maaf makcik pakcik. Saya berniat nak melamar Dira jadi isteri saya", aku terkejut lalu menepuk peha Din. Pandangan kami bertaut. Lama kemudian, Din menggosok pehanya yang perit. 

"Izwan macam mane? Kami sebenarnya tak faham juga ini. Tapi jika kamu bedua betul-betul nekad, kita ikut cara yang betul. Kamu berdua balik dulu, kita bincang. Kamu berdua dah terlanjur ke sampai mengejut beritahu kami nak kahwin ni????? Kamu jangan!!!!", ibu terus nyaring naik suara. Ayah masih membatu. Terkejut gamaknya. 

"Eh makcik pakcik, saya budak baik, saya masih teruna (Din memeluk dirinya sambil memandang aku). Kami tak buat benda bukan-bukan. Saya anak yatim piatu, mungkin saya akan bawa beberapa kawan saya untuk datang ke rumah nanti. Hal Izwan dan Farhanah, kami sendiri akan selesaikan. Hari ini saya cuma nak minta izin sahaja. Mungkin cara saya tak salah, tak mengikut adat kita", kini Din monopoli perbualan di skype.

"Kami okay je, adat tak adat yang penting ikut cara Islam. Ayah nak kamu balik dulu, hal Izwan tu ayah takut dia bertumbuk dengan Din atau tinggalkan Farhanah nanti. Ayah risaukan Farhanah yang sarat tu", jarang ayah bersuara. Jelas kebimbangan ayah pada Farhanah. Sejak Izwan dan Farhanah bertandang ke rumah untuk melamar hari itu, ayah terus jadi pendiam. Dia pernah menegur Izwan kerana berlaku kejam pada Farhanah. Bagi ayah, Izwan tak bertanggungjawab, kasihan Farhanah yang sedang sarat mengandung dilayan sebegitu. 

"Ayah nak tanya Din, Kamu tau nama pakcik apa?", soalan tu tidak semena-mena aku dan ibu tergelak barai. 

"Tahu pakcik, Khairudin, Din juga", Din menahan gelak tapi masih bajet cool.

"Dah tu, nanti kalau ada orang panggil Din siapa nak menyahut ni?", dah kenapa ayah ni buat lawak. Jarang aku tengok ayah buat lawak bodoh dengan orang yang baru dia kenal.

"Saya sambut bagi pihak ayah juga, EH!", Din menekup mulut spontan. Kami berempat mengilai. Alhamdulillah, seronok tengok Din bergurau dengan ayah ibu. Suatu perasaan baru. Aku hanya memandang muka Din. Tak puas rasanya memandang lelaki ini. Dia bukannya kacak macam Izwan. Lelaki kurus tinggi ini redup matanya. Din juga telah buat ramai gadis jepun sawan. Karismanya mungkin. Ada seorang wanita di kilang, mengatakan Din serupa pelakon korea So Ji Sub. 

"Kau dah jatuh cinta dengan aku kan? Tenung muka aku macam nak makan je? Ade rupa piza ke muka aku ni?", tak sedar Din menamatkan perbualan ibu dan ayah. Aku sedar Din menegur aku, tapi mata tak lepas pandang. Serius tak puas.

"Fakruddin, kiranya kita dah 'booked' each other kan??", spontan ayat tu terpacul.

"Ermmm... kau sudi terima anak yatim piatu macam aku?" Din membalas pandangan dengan penuh ........... (aku hilang kata).

"Jom makan.......lapar", sebenarnya aku malu nak jawab soalan Din. Tak sangka kan, aku ingat Izwan lelaki pertama dan terakhir. Rupanya mungkin Din yang terakhir....mungkin.

"Awak tak kenyang lagi ke tengok muka saya, bakal isteri?", Din memandang aku dan kami serentak gelak sebab geli dengan ayat 'future kami' tadi. Haha meremang. Masing-masing spontan menggeletis meremang..

Hal mimpi, aku sememangnya takut tapi aku cintakan....................Din

-bersambung- 



Jumaat, 29 Januari 2016

CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 4

CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 1
CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 2
CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 3

"My name is Nadirah, it's my pleasure to meet you all", kursus seramai 20 orang dari 5 buah negara. Kesemua peserta akan diberi latihan intensif bermula dari kilang dan pengendalian mesin kilang. 

"My name is Fakruddin, 24 and I'm SINGLE and very available". 

Kesemua peserta tergelak dengan lawak budak ini. Menarik juga. Tinggi, kurus dan manis wajahnya. Lama aku memerhati Fakruddin dan tidak semena-mena mata kami bertentangan. Dia sempat tersenyum sebelum aku menundukan pandangan ke meja. 

Berdebar....

Sekali lagi aku memandang mencari kelibat Fakruddin. Dia masih memandang aku dah tersenyum. Akhirnya dia datang mendekati meja aku.

"Boleh saya duduk sini?", soalnya sambil menarik terus kerusi dan duduk. 

"Saya tak kata boleh lagi...kenapa duduk?", aku terkejut dengan tindakan budak ini. Dia memandang hadapan sambil tersengih. 

Latihan teori di kelas tamat dan bersambung pula latihan dalam kilang. Kami amat kagum dengan pekerja Jepun yang sangat efisyen, dari segi etika bekerja dan waktu. Kami berpecah mengikut bahagian masing-masing dan aku...............bersama Fakruddin. 

Kami ditugaskan untuk menjaga beberapa buah mesin selama 8 jam berterusan. Bergilir ke tandas dan solat. Kami solat di dalam bilik itu juga. Pada waktu ini aku sangat kagum cara Fakruddin bekerja dan dia juga menyediakan kemudahan aku untuk bersolat. Dia yang mencari arah dan sediakan sejadah untuk aku solat. 

Kami sahaja yang muslim, maka kami juga ditempatkan ruang khas untuk makan dan solat. Makanan halal juga disediakan. Kemudahan ini buat aku kagum dengan Jepun. Rasa nak kerja disini terus. Tempat solat bukan seperti di Malaysia asing lelaki dan wanita. Satu bilik untuk penggunaan semua. Di dalam syarikat tersebut hanya terdapat 5 orang Muslim, kami biasanya bersolat berjemaah. Jika shift kami berlainan hanya Fakruddin menjadi imam dan aku makmum. 

Aku dan Fakruddin menjadi rapat kerana kami saling bergantung antara satu sama lain. Lebih tepat aku amat bergantung pada Fakruddin sebenarnya. Dia yang buat 'semua'. Dia lelaki yang boleh diharap

"Buat apa minggu ni?"

Kenapa budak ni ramah sangat? Nak ajak aku dating ke minggu ni? Bilik penginapan kami bersebelahan sahaja tapi berbalas mesej seperti tidak boleh jumpa berhari-hari.

"No idea, tidur je kot!"

Serius aku tak ada plan nak buat minggu ni. Mungkin nak rehat je. Kemas baju yang masin berbaki dalam beg. Walaupun sudah sebulan lebih di Tokyo disebabkan latihan kursus yang pack waktunya membuatkan aku balik bilik untuk tidur dan mandi sahaja. Plan asal nak kemas bilik sahaja.

"Jom ikut saya pergi Ikebokuro, saya nak cari charger hp"

Melihat mesej Fakruddin merayu-rayu akhirnya aku setuju, sebabnya juga aku pon nak mencari charger telefon, sterika dan wayar extention. Watt di Jepun tidak kuat seperti di Malaysia. Mungkin juga bilik itu telah di setkan dengan watt yang rendah untuk penggunaan seorang penghuni sahaja. Sterika yang aku guna susah betul nak panas, habis tudung baju berkedut, Sabar je aku. 

***************************

Tak sempat buat panggilan, panjang umur beliau. 
"Aku tunggu depan rumah... faster dear!!"

Agak kelakar bila diingat kisah kami berbalah minggu lepas hanya kerana perkataan ganti diri....

"Saya, saya, saya.... aku kau sudah ...geli la", aku geli la Fakruddin bahasakan diri saya awak. 

"Kau sengaja 'friendzone' aku kan??? Ok fine... kau panggil nama aku Din sudah...tak perlu terbelit lidah sebut nama penuh aku", aku kene marah balik. Betul juga kata Din, aku sengaja 'friendzone' kan dia. Rasa tak selesa bila tahu Din cuba mengorat aku.

"Aku nak cari baju sejuk juga, so kita ronda Shinjuku nanti dan pergi Takashimaya Times Square. Sana ada surau bagai, so kau bawak telekung je. Makan pon banyak je yang kita boleh makan rasanya. Kalau takde kita makan onigiri je hahahah", Din tekun melihat handphone mencari info untuk train.

Oleh kerana penginapan kami area Ikebokuro, kami hanya menaiki bas. Sampai sahaja di hadapan Stesen Subway Ikebokuro, kami ke bangunan CAMERA. Bangunan sebelah juga lebih kurang sama. Satu bangunan mempunyai level-level yang berlainan. Barang elektronik tiadalah murah tapi banyak pilihan. Rambang mata.

Aku hanya mengikut Din memilih barang, agak cerewet lelaki ni. Disuruh pekerja disitu test wayar sehingga 10 jenis. Kalau aku, aku tak reti nak cuba-cuba ni terus beli. Itulah perempuan.

Seterusnya kami menaiki Subway ke Shinjuku.

Ya Allah serabutnya Shinjuku, agak lama nak cari jalan. Shinjuku adalah stesen keretapi yang paling sibuk di dunia...DI DUNIA!!!! Kami hampir terpisah, Din terus menarik tangan aku dalam asakan orang keluar masuk gerabak keretapi.

"Terpaksa.......hehehe" Din lepaskan tangan apabila aku memandangnya dengan sejuta makna. Perasaan masa ini bercampur. Malu tapi kalau tak kerana Din pasti aku tak dapat keluar dengan selamat.

"Aku tak nak ko sesat, nanti aku juga yang susah", Din beri alasan agak logik.

Sejak dari kes hampir terpisah tadi, Din akan memegang lengan aku jika keluar masuk train.

Agak mudah mencari baju sejuk Din, kerana saiznya lebih kurang saiz orang Jepun lain lah aku bersaiz Amerika. Akhirnya kami berhenti di sebuah restoran vegeterian. Semua makanan di pilih oleh Din. Aku rasa seronok kerana aku selalu mengambil masa yang lama untuk memilih makanan.

Sementara menunggu makanan sampai, Din mengeluarkan buku kecilnya dan mencatat segala perbelanjaan kami hari ini. Sungguh teliti. Tetiba handphone aku berbunyi...........

"Assalamualaikum sayang, awak buat ape hari ini? Dah makan?", suara Izwan buat aku terus gabra. Perbualan itu di hadapan Din, sangat awkward!!

"Waalaikumusalam, saya keluar dengan kawan jalan-jalan area Tokyo ni. Saya baru nak makan, abang???", perkataan abang tu aku perlahankan suara terus membuatkan Din memandang aku. Kami berpandangan tanpa perasaan. Kenapa aku perlu rasa bersalah berborak di hadapan Din? Aku terus bangun dan keluar dari restoran untuk berborak  selesa dengan Izwan.

Ya aku mengaku, aku rindukan Izwan tetapi entah kenapa rasa hambar.

"Kenapa yang? Awak malu ke dengan kawan awak tadi? Abang rindu sangat, abang rasa nak datang Tokyo peluk sayang", tetiba aku rasa geli bila Izwan memanggil aku sayang. Aku bayangkan Farhanah. Aku bayangkan juga jika aku sudah berkahwin dengan Izwan, mungkin karma Izwan akan mencari perempuan lain dan abaikan kami juga.

Aku kenal Izwan, dia bukan jenis lelaki melayan perempuan tetapi aku selalu bayangkan keadaan begitu. Aku takut suatu hari nanti aku akan jadi seperti Farhanah. Mengandung dan diugut cerai pula. Jika ikutkan, sudah jatuh talak kerana Izwan lafazkan begitu. Namun cerai itu sah apabila Farhanah sudah bersalin nanti. Sedih bila kenang hal ini. Izwan bagaikan tidak kisah dengan apa yang berlaku. Harap dia merujuk dengan pejabat agama untuk kes ini.

Tidak lama kami berborak, aku segera tamatkan talian dengan alasan nak bergerak ke destinasi lain. Kejar masa kononnya. Aku terus ke meja makan. Makanan juga telah disediakan. Aku melihat Din memberi nasi lebih pada pingan aku.

"Hey.... kenapa tak nak makan nasi ni?" sampuk aku membuatkan Din terkejut.

"Dems, nasib baik tak tercampak mangkuk nasi ni. No, this is winter, you might need this more than I do", Din meletakkan satu sos dan sambal berhampiran nasi aku. Semuanya dia sediakan untuk aku. Aku tak pernah rasa pelik kerana aku selesa dengan Din.

"Kahwin dengan aku nak? Aku serius!!!", Ya Allah berdebar, seriau mendengar permintaan Din. Seorang lagi manusia buat aku hampir sakit jantung. Dah kenapa dengan Din ni????

Aku mendiam diri dan terus makan.

"Hey........Siti Nadirah Binti Khairudin... Saya nak melamar awak ni......." Din berdeham dan bercakap lebih jelas kali ini.

"Kenapa tiba-tiba ni? Jangan main-main lah hal macam ni.......", malas aku melayan Din ni. Mungkin dia ingat aku berborak dengan abang kandung tadi. Mungkin dia tak tahu hal Izwan. Aku akan jelaskan.

"Aku nampak main-main ke sekarang? Pernah aku cakap sambil gelak-gelak?", Din serius.

Aku perlu jelaskan hal ini. Mungkin Din hanya nak prank aku. Akhirnya..........

"Kenapa kau nak kahwin dengan aku? Beri banyak sebab sampai aku rasa yakin dengan kau"

"Sebenarnya aku kenal Izwan. Aku tahu hal korang. Aku kawan Farhanah masa di kolej dahulu, kami satu geng. Kebetulan kau juga kursus disini. Aku betul-betul terkejut. Jika selama ini aku hanya tahu kisah Farhanah, tak sangka aku jumpa bakal madu dia. Dulu aku benci dengan kau, tapi kau not bad....nakal...geram aku", Din seakan menyindir dengan perkataan madu itu.

"Tapi kenapa kau act macam kau baru kenal aku?", soalan bodoh tapi....

"Aku pun terkejut kau join kursus ni juga.... aku serius tak tahu. Tapi serius, aku lamar kau bukan sebab aku nak tolong Farhanah ke........ tapi serius aku macam suka kau la. Ermm.... macam mana kau dengan Izwan kenal? Boyfriend lama ke?".

"Aku dengan Izwan pun kawan sudah lama. Sejak universiti lagi, crush aku dulu. Aku frust sebab dapat tahu dia kahwin, so aku lari dan lost contact. Lastly jumpa balik, kali ini lain macam sebab terus ajak kahwin. Aku tak sangka Izwan berani juga menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan aku. Tapi Allah Maha Perancang terbaik kan, lari jauh mana pun aku jumpa dia satu bangunan aku bekerja. Mungkin sebab itu aku rasa, aku lari la jauh mana, jika jodoh aku yang ini........aku tak dapat nak halang. Aku pon tak mintak untuk hidup bermadu. Entah, aku serabut fikir hal ini. Aku juga kasihankan Farhanah"

"Awal bulan lepas mereka datang rumah aku dan masuk meminang, tetapi disebabkan kursus ini aku masih tak beri sebarang jawapan untuk lamaran tersebut. Mungkin Allah beri aku peluang untuk fikirkan terbaik untuk diri sendiri. Jika aku tak kahwin dengan Izwan, Farhanah juga akan diceraikan. Kasihan anak mereka. Aku juga buntu"

"Sebab itu aku lamar kau, lagipun aku ikhlas. Sekarang kau ada alasan untuk tolak kan??", Din tenang, redup wajahnya buat aku mengeluh nafas dengan kuat. Aku pelik kenapa tiba-tiba. Susah nak menafikan, Din lelaki yang baik dan secara kasar, dia memang calon suami yang baik

"Tapi kita baru kenal, kau nak ke terima aku atau hanya kerana kasihankan Farhanah? Aku tak boleh terima alasan itu..." perempuan seperti aku hanya Izwan sahaja terima buruk baik aku. Aku bukanlah wanita dambaan lelaki. Tak pernah lagi lelaki selain Izwan yang cuba berkenalan dengan aku. Itu juga sebabnya aku sayangkan Izwan kerana dia lelaki pertama yang terima wanita seperti aku.

"Jujur aku tak pernah ada niat nak kahwin dengan kau kerana kasihankan Farhanah! Entah, aku rasa aku suka kau. Tak salah jika aku nyatakan hasrat aku, mungkin kau ada point, jika aku berkahwin dengan kau, mungkin perkahwinan Izwan dan Farhanah boleh diselamatkan. Lagipun the baby is on the way... Mana tahu, bayi itu akan lembutkan hati Izwan dan dia boleh menerima Farhanah seadanya" Din bersungguh. Meremang aku mendengar ulasannya. Serius meremang.

"Okay, aku lost of words.... Aku tak tahu nak respon macam mana. Terlalu awal bagi aku, aku takut buat keputusan yang salah. Jika kau betul serius, apa kata kita sama-sama buat istikharah. Aku izinkan kau usaha untuk tunjukkan yang kau betul-betul serius nak kahwin dengan aku. Jika jadi apa-apa masing-masing tak frust kan. Jika betul ini salah satu jalan untuk betulkan hubungan rumah tangga Izwan dan Farhanah. Aku redha... tapi serius ke ni? Aku macam tak caye je... Din!! Dinnn betul ke ni??", memula perbualan kami serius bila aku meracau sawan sebab gelabah, betul ke Din nak kat aku. Din terus gelak terbahak-bahak.

Aku melihat Din tergelak, suatu perasaan yang lain timbul. Aku selesa dengan lelaki ini.

Din lelaki pelik. Apa-apa pun terima kasih Din. Kau memang 'tasteless'.

Bersambung.................



CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 3

CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 1
CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 2


"Bos saya nak apply cuti boleh? Selepas saya selesaikan tugas di Vietnam saya terus ambil cuti tahunan", permohonan aku pantas diluluskan. Bos tahu aku sudah seminggu kerja keras ulang-alik ke Vietnam.

Aku plan nak buat umrah, tetapi permohonan tahun ini sudah penuh. Maka aku hanya plan bercuti dalam negeri sahaja. Langkawi menjadi pilihan. Lama sungguh tak pergi sana. Kali terkahir mungkin darjah 5 itupun lawatan sekolah. Aku mengajak ayah dan ibu bercuti sekali. 

Izwan? Selepas aku berjumpa dengan Farhanah, aku sangat serabut. Aku rasakan Izwan amat kejam. Kalau dia benar dia tak sukakan Farhanah, kenapa Farhanah boleh mengandung? Kenapa aku persoalkan soalan bodoh tu? Lelaki. 

Seperti biasa Izwan akan mencari aku untuk makan tengahari dan pergi balik rumah-pejabat. Tetapi sejak berjumpa Farhanah, aku hanya makan tengahari bersama Izwan itupun aku seboleh-boleh mengelak berjumpa dengan alasan berjumpa client. 

"Abang rasa kau jauhkan diri dari abang. Abang tahu kau dah jumpa Farhanah dan abang dah agak reaksi ko macam ni. Abang faham. Tapi abang nak kau tahu, abang memang sayangkan kau. Abang betul-betul ikhlas. Kalau boleh abang nak kau matang hadap masalah ni jangan lari. Kita selesaikan sama-sama", Izwan matikan selera tengahari aku. 

"Farhanah bagaimana? Dia sekarang mengandung bang... Abang tak boleh buat macam ni. Tak boleh ikutkan sayang dan nafsu abang. Orang tengah mengandung sangat sensitif, kasihan Farhanah", aku mulalah sebak, bergenang air mata aku. Izwan aku sayang, Farhanah aku kasihan. Aku tak boleh ikutkan hati hancurkan hati Farhanah. Jika aku berada di tempat Farhanah, pasti aku meroyan. Tapi Izwan betul-betul serius, aku juga sedia menjadi isteri dan hidup bermadu.  

"Ikutkan hati abang, abang akan ceraikan Farhanah setelah tamat tempoh dia berpantang.... Abang akan lepaskan dia. Abang tak mampu bahagikan kasih abang pada dia, abang tak cintakan dia", mudahkan Izwan membuat keputusan. Masa depan anak itu lebih sadis jika ayahnya sebegini. 

Istikharah? Sejak aku berjumpa Farhanah aku tidak tinggal solat sunat istikharah. Aku pelik kerana tiada sebarang petunjuk dalam masa terdekat ini. Berat nak lepaskan Izwan tapi bayangan Farhanah sering buat aku matikan niat untuk menerima Izwan. Serabut dengan desakan Izwan, maka aku meminta Izwan berjumpa dengan ibu dan ayah. Aku tahu keadaan akan lebih serabut kerana aku kenal sangat dengan perangai ibu. 

Hari yang dinanti sudah tiba, plan bercuti ke Langkawi terpaksa dibatalkan. Izwan dan Farhanah datang ke rumah. Aku terkejut Farhanah datang sekali untuk berbincang dengan ibu ayah, Ini kes berat. Kasihan Farhanah. 

Seperti yang dijangka, ibu memarahi Izwan. Farhanah menangis tetapi dia demi anaknya, dia sanggup menerima madu.

"Saya ikhlas terima Dira sebagai madu saya. Saya juga sudah berbincang dengan suami. Kami sudah sepakat untuk melamar Dira menjadi sebahagian dari keluarga kami. Kami merayu agar makcik dan pakcik terima lamaran ini", kata-kata Farhanah amat terkesan pada semua. Ibu menangis mendengar rayuan Farhanah. Apa dah berlaku? Kenapa Farhanah beriya untuk bermadu? Mungkin dia takut diceraikan setelah bersalin nanti. 

Arghhhh kenapa macam ni skali? Aku sayang pada Izwan tetapi aku tak sanggup buat begitu pada Farhanah. Waktu inilah timbul perasaan yang aku rasa aku tak patut buat Farhanah dan anak yang bakal dilahirkan. Aku yakin setelah Izwan melihat anaknya nanti, dia akan lembut hati pada Farhanah. Aku yakin. Doa isteri dan ibu, in sha Allah aku yakin Izwan akan sayangkan Farhanah. 

"Kalau begini permintaan Farhanah... makcik serahkan keputusan pada Nadirah. Biarlah dia buat keputusan dahulu", ibu faham dan ibu tahu apa yang aku fikirkan. Farhanah terlalu kasihan dalam kes ini. Farhanah sebenarnya mangsa keadaan. Ibu juga tahu, aku tak mampu hancurkan hati Farhanah. 

"Berikan saya masa, Farhanah... Izwan. Beri saya masa. Dalam masa yang sama, saya harap kita semua doakan yang terbaik. Saya tak tolak dan saya juga belum terima lamaran ini lagi. Saya akan pertimbangkan. Abang, saya merayu pada abang, jangan ceraikan Farhanah kerana hal ini. Saya harap abang fikirkan tentang masa depan anak abang. Saya tahu, saya faham perasaan abang. Saya kenal sangat abang. Saya tahu... tapi saya harap abang juga faham apa yang saya rasa. Mungkin ini permulaan jodoh kita atau sebaliknya. Kita sesama doa ye...", mengalir air mata aku memandang Izwan. Dia tahu aku akan lebih memikirkan hal Farhanah dan anak berbanding dia. 

"Abang harap Dira fikirkan tentang perasaan abang juga. Abang tak akan bahagia begini", ayat Izwan membuatkan aku terus memandang Farhanah. Sadisnya, hampir setahun perkahwinan mereka namun Izwan tetap dengan pendiriannya. Dia masih tidak boleh menerima Farhanah. Aku tahu Izwan juga berusaha. 

*****************************************

Allah Maha Mengetahui, kebetulan seminggu selepas aku meminta tangguhan untuk menerima lamaran Farhanah dan Izwan aku mendapat tawaran khursus di Tokyo selama 3 bulan. Cantik sungguh aturan Tuhan. Aku perlukan masa untuk semua ini.

"Dira sengaja kan lari dari abang?", Izwan memujuk agar aku tidak pergi mengikuti kursus selama 3 bulan itu.

"Ini kerja la bang, bukan saya sengaja. Saya bukan kahwin dengan lelaki lain pun....", belum sempat aku sambung ayat Izwan menjeling maut. Satu hari Izwan bad mood. Tak bercakap sangat. Pandang muka pun tidak.

Pada hari aku bertolak ke Tokyo, Izwan menghantar aku ke KLIA. Sebelum masuk ke balai pelepasan, Izwan menarik beg tarik sambil membuat muka.

"Abang sayangkan Dira kerana Allah Taala tau... Abang harap Dira balik kita boleh teruskan hal kita pula. ", aku sebak tapi masa ini juga aku terbayang wajah Farhanah yang sedang sarat mengandung.

Bersambung.........

CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 4

CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 2

CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 1

Hari demi hari, perasaan itu makin berbunga, susah nak percaya dapat jumpa crush dari zaman universiti dulu ..... Akhirnya, buat pertama kalinya Izwan ...

"Dira, kahwin dengan abang...."

GILA. Aku tercengang, aku hilang kata. 

"Hey... dengar tak? Kahwin dengan abang...", Izwan memberhentikan kereta di tepi jalan. 

Aku membalas pandangan Izwan. Reaksi aku bagaikan meminta Izwan agar mengulangi semula kata-kata keramat itu. 

"Kenapa baru sekarang??", aku meminta penjelasan. Aku pelik kenapa baru sekarang Izwan mengaku, penat berperang dengan diri sendiri.

"Abang sebenarnya dah lama sukakan kau, tapi abang tak yakin....", Izwan mengatur kata-kata dan aku membatu. Aku takut jika aku tersalah langkah. Izwan suami orang. Tapi apa yang aku buat sekarang ini pun dosa. Keluar siang malam dengan suami orang sehingga naik fitnah pada rakan-rakan sekerja yang melihat keakraban kami, Aku sayangkan Izwan, aku yakin tetapi isteri Izwan??

"Kau sendiri tahu, abang kahwin dengan Farhanah pun bukan kehendak abang, tapi family abang. Sampai sekarang abang tak boleh.......", jelas keikhlasan Izwan. Masakan jika perkahwinan itu berjaya jika dia masih mencari aku? 

"Saya..... saya perlu fikir dahulu. Jadi yang kedua bukan perkara main-main. Ibu ayah saya macam mana? Isteri abang sudah tahu?? Perkara ini bukan mudah", aku masih waras.

"In sha Allah, abang akan usahakan satu per satu, Abang nak tanya Dira macam mana dahulu? Jika Allah permudahkan niat kita, In Sha Allah, susah mana pun kita sama-sama lalui", muka Izwan penuh harapan dan dia menyambung pemanduan sehingga sampai ke rumah aku. Berat langkah aku keluar dari kereta. Aku yakin perasaan Izwan pada aku dan aku terharu aku tidak bertepuk sebelah tangan.

"Nanti abang call ok" Izwan berlalu pantas hilang dari pandangan mata. Bagai mimpi. Berulang kali aku mengingat semula babak demi babak dan dialog dalam kereta tadi.

Terima kasih Allah.

*************************************************

"Dira ada orang nak jumpa kau, dia sekarang di lobi utama. Perempuan.." Liza rakan sekerja memberitahu dia terserempak wanita tersebut di lobi untuk berjumpa dengan aku. Pelik. Siapa? Aku turun dengan blur, tiada satu pun tanggapan tentang wanita tersebut.

Sampai di lobi, aku mencari orangnya. Tiba-tiba ada seseorang menyentuh bahu aku,

"Dira ya? Saya Farhanah...", 

Farhanah? Adakah dia isteri Izwan??? Ya Allahhh. Badan aku mula menggigil. Dengan muka yang blur, aku cuba sembunyikan betapa cuaknya aku, Kami ke cafe sebelah bangunan.

Jernihnya muka Farhanah ni. Muka solehah sangat. Lembut sangat tuturannya buat aku rasa hormat sangat.

"Dira, awak tahu saya siapa?", Farhanah masih tersenyum lembut.

"Awak isteri Izwan ya?", aku yakin dia isteri kepada Izwan. Tetiba sebak pula.

"Izwan ada berbincang dengan saya semalam dan dia sudah nyatakan hajatnya pada saya. Saya terkejut, tapi saya redha kalau itu kemahuannya. Dan sebagai isteri dan juga bakal ibu saya perlu berbincang dengan awak. Saya harap ....".

"Awak mengandung?", sampuk aku. Terkejut bukan kepalang. Farhanah sedang mengandung, pasti dia amat sedih dengan berita ini.

"Sudah masuk bulan kelima Dira... ", Ya Allah rasa berdosa pada Farhanah.

"Maafkan saya Farhanah, saya tak tahu tentang kandungan awak. Izwan tahu ke?", bertambah sebak aku melihat wajah Farhanah.

" Dia tahu......", jelas itonasi Farhanah sangat kecewa.

"Dira, saya tahu.... saya mungkin orang yang putuskan hubungan awak dan Izwan dulu. Kami berkahwin memang atas kehendak orang tua tapi dia tetap suami saya dan anak ini anak dia. Saya harap Izwan tak ceraikan saya. Saya sanggup terima awak sebagai madu saya. Saya merayu dan saya janji tak kacau hak awak dan Izwan tapi tolong pujuk Izwan supaya tak ceraikan saya...", kali ini air mata Farhanah gugur. Melihat keadaan Farhanah teresak aku juga mengalir air mata. Tak sangka jadi begini. Kenapa Izwan kejam?

"Farhanah, tenang. Kami ada bincang hal ini minggu lepas, tapi saya belum beri sebarang keputusan lagi. Sumpah, saya tidak tahu-menahu perihal awak mengandung. Ya, saya niat untuk menerima jika takdir saya jadi yang kedua. Tapi saya tiada niat nak hancurkan rumah tangga awak. Jika takdir kita bermadu sekalipun saya tak akan abaikan awak, dan saya tak akan benarkan Izwan tinggalkan awak", Allah serabutnya perasaan aku. Aku rasa aku kejam sangat pada Farhanah dan bayi dalam kandungan.

Aku menghantar Farhanah pulang. Farhanah tak berhenti menangis sepanjang perjalanan. Ya Allahh kejamnya aku. Jika Izwan sanggup buat Farhanah sebegini, tak pelik jika suatu hari nanti dia buat begini pada aku.

Kasihan Farhanah....


Bersambung.........

CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 3