Selasa, 21 Januari 2014

CARA MUDAH MEMIKAT HATI LELAKI?

Kihkihkihkih (gelak malu-malu)

Dah lama tak rasa nak sukakan orang. Tetiba hati aku yang nampak rapuh diluar tetapi berkerak didalam....terusik. Susah ya rabbi nak move on ni. Tapi aku usaha gila babi sekarang! Aku yakin aku boleh!

Kihkihkih sambung gelak lagi. 

Since tengok abang-abang kera nak kahwin dan yang dah kahwin. Aku terus rase aku macam loser gila babi. So niat aku untuk tahun baru adalah mencari suami dalam masa 365 hari! Azam tahun 2014.

Bila aku cakap ngan ramai kawan, kalau jumpa lelaki single yang nak kahwin bagitau nombor aku. So kawan tanyalah ciri-ciri apa yang aku nak? Maka aku buatlah list ....kihkihkih
Reaksi bila aku tunjuk ni, semua orang kata kau tak akan dapat ciri-ciri yang kau nak. Biasanya kita akan dapat apa yang kita tak nak.........down sangattttttt serius gila down! 

Macam mana ni??? Dan aku rasa aku takkan dapatlah ciri yang aku nak sampai bebila. 

Tiba-tiba.....aku terjumpa someone ni... Erm kau tak payah detail sangat Nadey. Kesimpulannya.... aku rasa dalam antara 10 ciri yang aku nak, dia ade 7!!!!! Terbaik sangat!!!!!!!!!!!! Memula aku takde rase apa-apa....tapi bila nak tidur teringat rasa blushing pulak. GILA

Macam banyak pulak persamaan kami. PULAKKKKKKKK

Walaupun dia crush aku, aku yakin 100% dia tak akan suka aku tapi aku boleh berusaha kan??? So aku google lah uollls.....so sesape yang rasa nasib korang sama dengan aku sekarang. Kita boleh praktiskan bersama!!! Kihkihkih


  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan si dia.
  2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  3. Berwatakan menarik (Persenoliti yang mampu mengugat hatinya). (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka.
  6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu [INI MASALAH TERBESAR AKU]).
  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut. (INI MASALAH TERBESAR AKU).
  8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati.
  9. Jangan terlalu mengongkong.
  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  11. Jaga cara pemakaian anda,seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati. (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat dirinya.
  13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan beerti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
  16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka. (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
  20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  21. Lelaki suka kamu menjadi mendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
  22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
  24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai solekan yang terlalu tebal.
  25. Mengetahui bila hari lahirnya.
  26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan. (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  28. Agresif.
  29. Jangan terlalu teruja ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk pengenalan pertama.
  30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam perbualan. (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.
  32. Jangan perasan bahawa kamu mempunyai paras rupa yang jelita. (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan. (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
  35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka. (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
  37. Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
  38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu.
  39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas. (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  40. Jangan bersikap terlalu kuno.
  41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  42. Usia dan bentuk badan bukanlah menjadi ukuran yang penting, tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun. (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama. (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
  45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
  47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
  48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
  49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
  50. Jangan terlalu mengada-ngada nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!
Ya Allah, susahnya!!!!!!!!!! Macam mana? Aku ni dah la hodoh, bukan rupa paras je tapi perangai pon hodoh! Patot la tak de lelaki try aku! Kihkihkihkih. Arghhhh susahnya nak memikat hati lelaki ni. Tak pe Nadey, kalau kau berubah secara mendadak, obvious sangat nanti. Cool ..follow with flow. Kalau ade jodoh, jalan.............................

Tapi yang paling penting adalah.....

Move on
Usaha Anda ternyata mengalami jalan buntu, dan Anda ditolak? Jangan langsung berkecil hati.
Menerima penolakan memang tidaklah mudah, namun mengapa harus berlama-lama meratapinya? Bila sang lelaki tak tertarik, segeralah untuk move on.
Berilah senyuman singkat dan tinggalkan dirinya. Ingatlah bahwa Anda tidak harus berbagi ketertarikan dengan orang yang tidak berminat. Segera pergi dan mulailah dengan yang baru.


Don't give up Nadey. Usaha pasti jaya!

LOL

Gudelak Nadey!!!

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Khi3...btoltu..ad ar mamat nie die ni jdi caterring kt umah owg kwin aq atang ar kn.. pastu die letak ar kn air kt atas meja yg aq ngah mkn aq just ckp trima kasih jer pastu sejak aq ckp camtu dia ni cam x senanag duduk au..kalau dia nampak kerusi kt meja aq tu cpt2dy btul kn tapi an..die tu hansome gak...

Tanpa Nama berkata...

Peergghh tebek aaahhh...

Tanpa Nama berkata...

Peeerrrhhhh...

Tanpa Nama berkata...

Ada sorang laki ni dia suka kat aku
Tapi aku suka kat yg lain dia selalu mengada2 buat mcm dia perfect sangat kalau depan aku meluat gila aku

Tanpa Nama berkata...

ada satu laki ni .. ak knal la die ak nk tackle die..tpi ad org ketiga..die kerja katering .. tpi muda lgii ..huhu

Nurmujahidah Ismail berkata...

susahnya la nak bgi kita rasa lelaki selesa ngan kita.. aku salu rasa tunang aku tak suka kat aku.. nape ek aku salu rasa mcam ni... bencila mcam ni.. :'(

Nurul Farahasyikin Mohd Nasir berkata...

nurmujahidah ismail. kan aku pn bru tunang baru sbln, tp rasa cm sunyi. tunang cm da ilang rasa kn. sedey :(

Tanpa Nama berkata...

nurmujahidah ismail. kan aku pn bru tunang baru sbln, tp rasa cm sunyi. tunang cm da ilang rasa kn. sedey :(

Pilih Pasangan berkata...

Memang susah juga eh.. Coz aku ni dah macam lelaki dah... Terlalu ganas.... :'( cane eh?

nur atikah berkata...

aduahi..susahnya..aku rasa cm x blh nak buat semua tu? aku rasa aku gagal utk memiliki hati yg aku minati tu?

azzahairi sulaiman berkata...

Tak semstinya cantik yang lelaki mahukan, ada juga ciri lain. Wanita juga perlu tahu Titik sentuhan lelaki

Tanpa Nama berkata...

Crush aku tu suka kat perempuan lain. Tapi diorang tak kapel. Perempuan tu mcm tak suka dia. Mcm mana nak bagi dia suka kat aku?

Tanpa Nama berkata...

Kalau lelaki tu dah tau kita suka kat dia lepastu dia mcm tak tau jerr and bagi harpan dekat kita macam mana pula...?gelisahnya hti..hihi

Siti Nadey berkata...

Sorry tak dapat nk respon semua.

Part crush suka kt pmpn lain. Macam mana nak bagi dia suka kau?
Aku pernah alami ni, sakit gila. Usaha? Macam-macam aku usaha sampai aku google 25 tips nak bg crush suka. Tapi kalau bukan jodoh mmg semua tu sia-sia.

Tp randomly boleh aku ckp, kite mudah tertarik dengan orang yang minat, prangai seperti kita. So apa lagi? Study apa yang dia suka, apa yang dia minat. Kalau match ngan minat kau, keep on showering minat ko tu depan dia. Sampai dia prasan, yg ko lg best dr pmpn lain. Good luck.

Bab lelaki yang buat bodo je even dia dh tau kita suka dia. Ada 2, samada dia keliru prasaan dia. Kalau dia keliru, JACKPOT!!! kau ada peluang usaha smpai dia suka kau.

Tp kalau dia buat bodo sbb die dh frenzone kau, samada kau givap atau usaha smpai berjaya. Itu pilihan kau. Aku pernah kena mcm ni, endup sampai ke sudah dia friendzone aku. Tapi ko boleh test suka kawan baik dia, tengook dia react mcm mana. Perghhhh gud luck!!!






*(sorry kalau bhskan aku kau)