Rabu, 26 April 2017

#kamenrider: Kolej UKM, Bangi - Kisah 2





Salam semua, aku Nadey peminat #kamenrider (tetibe). Aku tau cliche sangat cerita tentang kolej-kolej berhantu ni. Dalam FS pon ramai kongsikan pengalaman yang lebih kurang sama dengan aku. Adakah entiti atau makhluk halus ni seperti kita? Mereka pun mungkin ada cerita pengalaman yang sama menganggu kita ni, mungkin juga mereka ada fan group macam FS (Fiksyen Sabrina kot). Sebenarnya melalui pengalaman misteri di UKM inilah aku tahu ada yang tak kena dengan diri aku sendiri. Salah satunya aku tahu tentang perihal Panglima Hitam, walaupun sampai sekarang aku masih tak tahu dengan secara terperinci mengenai selok-belok dari famili aku. Encik #carlitorocker ada beri aku tips untuk ‘approach’ Panglima Hitam tapi aku tahu aku seorang penakut yang amat. Aku tahu aku hanya akan mencari masalah dari menyelesaikan masalah. Sekarang ni pun nak pergi jamban malam-malam minta ibu teman depan pintu (pintu tak tutup) maka aku rasa lebih baik jadi tanda tanya sahaja.
Bagi anda yang berminat untuk melihat gambar bilik aku di kolej kesayangan, gambar hasil bedah batin (jin iron man bertaring) boleh tengok kat blog aku Biawak Goweng Nadey.
Maaf untuk kisah pertama aku sebelum ini tersalah bagi info, aku adalah batch UKM tahun 2007-2010. Kalau korang baca betul-betul cerita aku dari awal, mesti korang tahu aku cerita tentang kolej yang mana satu. Banyak kali aku mention namun masih ramai bertanya, maknanya penulisan aku masih lemah. Maaflah. Bagi yang baru baca kisah aku, aku bukan manusia istimewa seperti Rul #kucingkelabu atau #carlitorocker atau M #mahklukhalusbencisaya. Tapi orang kata kalau sekali tertengok, mata kau mudah nak tertengok berkali-kali. Aku ni bukanlah ade six sense sangat sebab lemak aku tebal, susah nak rasa-rasa ni. Tapi yang biasa aku tengok adalah kelibat hitam, macam-macam bentuk, berwajah dan tak berwajah. Ya Allah sampai sekarang aku berdoa agar aku tak dibuka hijab untuk tengok menda lain macam #carlitorocker selalu nampak (faham kan?).
Dari sini leh nampak bilik aku. Aku tak tahu aku tengah buat ape tu? Gosip ke?
Kisah kedua ini, adalah tahun kedua aku di UKM tahun 2008. Aku tak berpindah blok, aku hanya berpindah aras tapi corner yang bertentangan dari bilik dulu. Bilik 406 dengan permandangan yang sama seperti bilik tahun pertama iaitu menghadap court bola tampar dan bangunan blok 10. Aku dan Jihan kononnya pelajar aktif kolej maka kami dipilih menjadi fasilitator untuk Minggu Mesra Mahasiswa tahun 08/09. Kami stay di kolej untuk event menyambut pelajar baru. Blok 11 tak ramai penghuni sudah, yang tinggal dua tiga bilik termasuk akak-akak felo, fasilitator dan hehehe. Dikesempatan inilah aku dan Jihan buat projek wajib iaitu curi tilam. Tilam idaman kami dua lapis, kalau tidur tenggelam macam tilam air. Empuk dan sebab itu jugalah aku banyak ponteng kelas (salahkan tilam).
Kejadian sebelum curi tilam.
Mase ni baru angkut barang memang sepah, nampak tak tilam curi tu?
Kami sangat seronok dapat bilik baru, kami kemas baju-baju dan susun perabot agar bilik kami lebih luas. Waktu tu masih siang, bunyi bising orang sibuk nak balik kampung habis sem kan. Bising alih-alih perabot macam nak bawa balik sekali almari ke kampung. Kitorang plan curi tilam bila semua dah kosongkan blok. Tapi bunyi bising tu berlanjutan sehingga malam. Bukan bunyi non-stop tapi kerap. Malam tu macam biasa, lepas maghrib aku dan Jihan keluar makan kat mapley (GLAM tutup) dan jalan-jalan kat area Kajang naik EX5 Jihan sebab motor aku rosak melambung depan kolej Kajai sebab bumper baru hanat.
EX5 tu motornya kecil, aku ni dua kali besar badan Jihan makanya lebihan lemak punggung aku melebihi seat motor itu. Malam tu kami galak sangat gelak ketawa. Yelah bayangkan punggung aku half terapung paksa, penat kot tahan sampai terketar-ketar otot dan urat. Jihan pula masa tu jugalah nak jalan-jalan kat Kajang. Berapa kali kami berhenti sebab punggung aku kejang. Sabar je aku. Kami tukar, aku bawak moto dan dia rasakan melambung-lambung kat belakang. Tapi motor orang kan maka aku bawa berhemah.
Dah puas berjalan, kami pulang. Kalau dari Kajang, kami akan masuk pintu kedua yang berdekatan dengan kolej kami. Kami akan lalu Puri Pujangga dan Danau. Tiada pilihan. Untuk ke kolej kami ada beberapa laluan. Pertama lalu Danau, kedua lalu stadium dan masuk shortcut belakang bangunan terbengkalai tak siap dan ketiga laluan Eimas (hutan). Tak tahu la sekarang mungkin banyak lagi laluan dan pembaharuan kan. Ketiga-tiga laluan ni memang seram.
Kalau boleh tiap-tiap malam aku nak elak lalu sini.... serius seram gila tapi lalu Danau pun seram... arghhhh dilemma sgt dulu-dulu
Kasihan dengan EX5 Jihan semput bawa kami, namun detik cemas kami melalui Danau angker tu aku pulas minyak selaju mungkin sehingga sampai simpang tiga, kami belok ke kiri dan naik bukit ke kolej. Sebelum sampai simpang tiga, disitu ada satu kolam kecil kat semak-semak kiri bahu jalan sebelum naik bukit, ada macam rumah batu kecil TNB. Aku kan suka memancing, pantang tengok kolam. Setiap kali lalu situ, aku memang akan kalih usha kolam terbiar tu. Malam tu aku nampak seorang lelaki baju kelabu dan bertopi memancing. Aku ni peramah, suka menegur. EX5 diturunkan gear perlahan mendekati abang tu.
“Bang, ade ikan ke?”
Diam…………
Mungkin aku tak berapa cantik dan Jihan seperti Sloth (haiwan paling slow didunia) melekat peluk aku takut tercicir kan, pertanyaan aku jadi krik krik… Abang tu tak toleh langsung, aku masuk gear dan teruskan perjalanan. Disini salahnya perlakuan aku. Sebab moto EX5 yang terlebih muatan, kene pulas minyak laju-laju dari bawah bukit tanpa break barulah enjin tak semput naik atas. Maka, kami kena turun separuh jalan dan tolak motor sambil tergelak-gelak. Kami kini melalui depan bangunan-bangunan kosong terbengkalai. Lampu jalan pula segan-segan menyuluh jalan kami. Sebab kelakar sangat motor semput, kami non-stop gelak sambil saling memaki.
Masa ni aku pegang handle motor, tolak motor naik bukit memang siksa. Jihan pula menyakat tarik motor kebelakang supaya aku penat menolak.
“Jihan janganlah aku ni semput nak naik bukit ni ha… “
“Haha mana ada (sambung gelak) anggap je la kita exercise malam ni. Tu la kau rajin sangat berhenti tadi kenapa. Aku dah kata kau jangan suka-suka tegur. Tah sape-sape kau tegur tadi”
Kami berdua toleh ke belakang tengok abang tadi kat bawah, dia masih berdiri kaku kat situ dengan joran tak gerak-gerak. “Kuang ajar abang tu buat bodoh je bila aku tanya? Macam hensem sangat?”.
Tiba-tiba aku rasa motor laju ditolak, Jihan tolak dari belakang. Kenapa Jihan tiba-tiba diam ni. Ada yang tak kena la tu.
“Weh sabarlah. Kita naik bukit ni kang aku tergolek” Jihan diam lagi.
Sampai depan pejabat kolej, kami lepak kat cafe sekejap meeting dengan fasilitator yang lain. Diumumkan esok kami ada acara ice breaking antara fasilitator di Hutan Pendidikan UKM. Selepas itu kami pulang ke bilik dan rutin kami adalah ke tandas bersama-sama. Masuk tandas memang sunyi, bangunan dah kosong! Masa tu sudah lewat mungkin semua baki penghuni sudah tidur. Selesai solat kami tutup lampu dan tidur. Baru nak lelap mata, bunyi orang alih perabot macam siang tadi tapi kali ni kuat sangat dan non-stop. Bunyi seretan itu membingitkan telinga. Jelas bunyi dari bilik atas kami. Banyak kali kami jerit dari tingkap “Woiiii orang nak tidur esok lah mengemas”.
Tapi tak jalan, bunyi seretan masih kuat. Bengang tapi sebab mengantuk, kami paksa tidur. Esoknya mata bengkak. Sebelum pergi tandas mandi, kami naik tangga tengok bilik atas kami dan sekeliling kosong. Tak ada orang, so kami fahamlah kitorang kena kacau lagi malam tadi. Redha sangat muka sebab dah biasa kena. Aku dan Jihan buat-buat muka tak berperasaan, kami usha line kiri kanan untuk sambung plan curi tilam. Sebabnya untuk sambut pelajar baru, banyak stok tilam baru sampai. Tilam baru tilam keras kan, so kami pergi kat bilik yang ada tilam double, kami ambil tilam lama yang empuk.
Sudah bersiap semua pagi tu, kami ke lobi nak naik bas ramai-ramai. Masa ni Jihan buka cerita.
“Kau kan lepas ni jangan tegur, jangan tegur apa pun. Ni kita nak masuk hutan ni. Jaga mulut kau. Semalam kau tegur siapa kat kolam tu?”, Jihan sebenarnya bengang dengan mulut lepas aku.
“Mana aku kenal abang tu? Aku tanya je mana tau ada ikan aku boleh test gak tempat tu”
“Abang mana kau ni? Sah, sah dia la ikut kita semalam. Kau ni aku dah cakap banyak kali, nanti dia kacau bilik kita yang baru ni macam mana?”, Jihan menekan nada tapi masih cool.
“Siapa ikut kita? Dia ikut kita ke? Weh kau nampak ke?? Ikut sampai mana? Last aku tengok dia memancing berdiri keras je kat situ. Mungkin tak nak kita bising takut ikan lari”, aku bebal dan masih bebal.
“Kau tegur orang ke? Sebab semalam aku tak nampak pun abang khayalan kau tu. Suka-suka berhenti pastu kena tolak motor. Bila kau asyik ulang, abang abang tu. Aku terus rasa seram gila semalam”, sebab tu Jihan tetibe tolong tolak laju motor tu.
Aku terdiam. Adui kenapalah aku tegur. Serius aku risaukan ada gangguan lagi kat bilik kami sekarang.
“Sorry, tapi kau kena kacau ke semalam?”
“Macam biasa aku kena hempap. Tapi aku rilek je, baca ayat-ayat sikit lama-lama ok”, ya Allah selambernya kau Jihan. Kalau aku, kecoh satu kolej aku canang.
Sepanjang Minggu Mesra Mahasiswa, kami hanya naik bilik untuk salin pakaian. Tidur kami tidur ramai-ramai kat bilik gerakan. Sehari selepas pelajar baru masuk, motor aku siap. Rindu nak pulas dan merempit. Bila test power, memang dasyat selepas repair macam apek tu install NOS kat moto kriss aku. Syukur sebab lepas ni kalau lalu depan DANAU aku boleh bawa 180km/j.
Ni bukan sebarang moto KRISS ko tau, apek tu pasang NOS... kau rasaaaa
Kenapa aku takut sangat dengan Danau ni? Danau ini Danau Golf Club UKM Bangi. Curlas kau UKM ada kelab golf tapi aku tak pernah main golf la, cuma pergi swimming pool je mandi-manda sambil cuci mata. Sebabnya kolam tu campur laki perempuan haha (syukur nikmat cuci mata disitu). Apapun megahnya Danau dengan keindahan rumput karpet menghijau tersembunyi 1001 kisah misterinya juga. Kisahnya begini. Watak terbaru dalam cerita kisah kedua ini adalah Kak Mah. Masa menulis ni aku telefon Kak Mah untuk double confirm kesahihan cerita yang aku karang ini sebelum submit di FS.
Maaf kepada saksi-saksi kejadian kalau versi penceritaan aku lari sedikit dari cerita asal atau banyak lobang moment penting tertinggal, maklumlah kejadian sudah bertahun lama. Kisah ini diceritakan beramai-ramai oleh saksi-saksi berserta gambar bukti sewaktu latihan teater SM. Kak Mah ini adalah senior Zoology dan senior hebat dalam kelab teater Sanggar Mas. Kami rapat sampai jadi geng kera dengan gelaran Kak Mah the Boxer Batik. Kak Mah bercerita, masa mereka tahun pertama ada makan malam di Danau. Lupa dinner Kelab SM atau dinner kolej. Geng-geng SM ni sangat-sangat rapat, kemana pun bersama.
Dinner kan semua pakai cantik-cantik dan makeup macam rombongan cik kiah. Lapan orang jalan kaki beramai-ramai ke Danau. Dah nama perempuan, gila bergambar pantang nampak port cantik kat dalam Danau tu. Malam-malam nak bergambar memang payah, kalau ikutkan teknologi kamera dulu sangat sadis berbanding dengan sekarang. Maka mereka ambil gambar kat lokasi-lokasi bercahaya sahaja. Last bergambar depan pintu masuk Danau di signboard tulisan DANAU tu la. Si Kak Mah nilah tukang ambil gambar masa tu. Masa ni dengan tiba-tiba Kak Mah rasa tak sedap hati, rupanya bukan dia seorang semua rasa tak sedap hati malam tu macam meremang tanpa sebab.
Dulu tahun 2006-2008 telefon bimbit dah mampu milik oleh pelajar lagi-lagi jenis flip legend. Tapi masa tu mana boleh whatsapp, bluetooth pun tak ada lagi. Yang ada infrared. Haaa, budak sekarang tahu ke infrared ni? Macam Bluetooth, tapi nak transfer gambar atau file lagu ke kena ada sentuhan pada lampu infrared kedua-dua telefon ala fungsi NFC sekarang. Tapi tak boleh lepas tau telefon tu masa transfer, wakaka kenangan butul.
Yang gambar-gambar dorang tadi pada telefon salah sorang kakak senior SM ni. Ada seorang rakan sempat transfer satu gambar. Malam dah lewat, tak sedar galak sangat bergambar kan. Bila terasa insaf sikit tu baru mereka nak sedar untuk pulang. Sekali lagi ramai-ramailah berjalan kaki ke kolej. Dalam perjalanan balik, tetiba serentak dua rakan yang lain dapat notifikasi ‘file received’ satu gambar ni. Gambar yang sama, gambar depan Danau tadi. Bila masa dorang share gambar? Masing-masing dah berdebar laju terus langkah, semua nak cepat-cepat balik bilik.
Mustahil dapat gambar tu. Transaksi gambar perlu guna infrared kot. Aku yang menulis cerita ni rasa macam mahkluk tu berteknologi advance sangat, kalau bluetooth pon kena buka dulu kot. Susah nak fikir logik masa ni. Balik tu salah seorang senior kami Kak Zila dan Kak Ita buka laptop tengok gambar-gambar tadi. Sekali, masing-masing terkedu pada satu gambar ni, gambar depan pintu masuk signboard DANAU.
Rombongan cik kiah ada 8 orang. Tukang ambil gambar masa tu Kak Mah. Maka, hanya tujuh orang sahaja dalam gambar tersebut. Bila dikira, ADA SEMBILAN jasad. DUA entiti tak dikenali menumpang. Satu entiti berupa budak kecil ketinggian paras pinggang rambut panjang sangat-sangat jelas dan satu lagi ada entiti tangan panjang jelas jari-jemari runcing yang tajam diatas bahu Kak Nik, kiranya jelas tangan tu tepi bajunya. Dan-dan masa ni bunyi burung hantu “Kruuuuh….kruhhhh” kuat sangat rupanya haiwan tu betul-betul tapi tingkap bilik dorang. Akibat terkejut yang amat, terus dorang off laptop dan tidur. Kebetulan sebegitu timing terbaik tetapi amat menakutkan.
Esoknya masing-masing berkumpul di bilik latihan teater, pelik Kak Nik tiada. Kecoh masa tu tentang gambar semalam, semua kat bilik teater tengok gambar tu termasuk aku. Bila dapat tahu Kak Nik demam hari tu, yang lain datang melawat. Kak Nik kata bahunya sakit yang amat sampai demam-demam. Mereka pun ceritakan perihal gambar dua jasad menumpang tu. Rupanya yang lain pun sama tak sedap badan. Mereka buat keputusan untuk baca yassin dalam bilik tu. Alhamdulillah tiada kesan sampingan yang lama menganggu mereka.
Gambar itu viral, aku sempat copy dalam pendrive tapi habis rosak pendrive tu tanpa sebab. Paling bijak aku sempat hantar gambar tu kat Uncle Seekers melalui email. Gila kau masa tu popular dengan rancangan The Seekers. Untuk makluman, group Seekers pernah datang dan buat test kt blok-blok terbengkalai kolej kami tu. Tapi aku tunggu juga masuk TV, tiada. Mungkin mahkluk tu pemalu. Tiada sebarang rekod berjaya dirakam haha. Sebenarnya ada satu kisah lagi pengalaman aku sendiri berlaku depan DANAU, untuk kronologi teratur aku akan sambungkan cerita itu pada kisah ketiga untuk post akan datang. Salam henshin!
Gambar-gambar ni semua zaman sebelum aku kenal dunia photography gituww aku pun xtau nape teruk sangat skill aku dulu.
 Banding dengan sekarang amacam?
 Pernah kau tunggu bas malam-malam pergi fakulti? 
GLAM, abang yang buat carot SHUSHU ngan aku. Aku belajar pelat S dengan dia la... banyak berjasa dalam pembelajaran aku



Dektar juga banyak kisahnya, lagi-lagi untuk budak-budak teater bangsawan
Sanggar Mas dihati nyah
PCC KKM memang mantap (of course puji diri)
Kolej Burhan, aku ada kisah tentang surau dia kat bawah. Pengajaran, jangan solat asar lewat-lewat ok!


Tak kesah lah kau boring ke dengar cerita kolej aku... tapi serius aku rindu dengan zaman UKM aku. UKM dihati. 

#kamenrider: Kolej UKM, Bangi 
#kamenrider: Kolej UKM, Bangi 
#kamenrider: Kolej UKM, Bangi 

Rabu, 19 April 2017

#kamenrider: Kolej UKM, Bangi - Kisah 1


Salam semua, aku Nadey peminat #kamenrider (gelak jap). Petang tadi FS beritahu kisah rentetan BANGI BANDAR BERHANTU Part 2 sudah di publish, terima kasih admin. Aku tahu aku ada ulangan part Mat sedara si Timah berubat bedah batin tu, cumanya Part 2 adalah sambungan kerana ramai yang nak tengok gambar jin yang dalam botol tu. Gambar tu ada dalam blog Biawak Goweng Nadey. Maaf aku tak berapa baca komen-komen, kalau berminat nak bertanya boleh email aku ataupun mesej aku.

Kali ini seperti yang dijanjikan aku akan cerita tentang pengalaman aku semasa menuntut di UKM, Bangi. Ramai juga komen, “aku duduk Bangi ok je”, itu kau, untunglah tak kena kacau. Aku hanya ceritakan pengalaman aku je. Pengalaman ini bukan melibatkan aku sahaja malah rakan sekeliling aku. Sepertimana yang aku nyatakan di post sebelum ini, aku mempunyai banyak pengalaman sejak dari kecil melihat, merasa perkara-perkara misteri ini dan aku selalu berdoa agar Allah tutupkan hijab mata aku sebab aku memang penakut. Sekarang menulis pun, aku rasa cuak tapi acah-acah berani pasang lagu K-pop.
Aku graduan UKM budak Zoology, sesiapa yang tahu makmal haiwan jauh nun dalam hutan UKM. Eh, sabar Nadey, post kali ini aku just nak cerita tentang kolej dahulu. Disebabkan berpuluh-puluh pengalaman misteri aku di UKM, aku akan buat part by part. Satu post satu cerita. Kisah pertama adalah tentang bilik aku di kolej pada tahun pertama, tahun 2007, blok 11 bilik 506 ke 516 (haha siapalah penghuni bilik ni sekarang). Bilik aku macam corner lot, menghadap court bola tampar. Belakang court bola tampar ada hutan. Malam-malam memang gelap ya. Satu bilik dua orang, roommate aku Jihan. Jihan ni jenis slumber, berani dari aku dan dia adalah kawan baik yang susah senang. Tiga tahun kami bersama gaduh, gelak sampai sekarang kami masih berhubung, dia dah beranak dua dan aku pula masih mencari jodoh.
Wakaka jangan lah kutuk bilik ittew sepah, tapi susunan bilik kami mcm ni. Nampak tak meja aku kat lokasi baik punyeeee...
“Jihan, aku ni penakut tau. So aku minta jasa baik kalau aku nak pergi tandas malam-malam please teman aku”, ini ayat wajib aku sejak aku duduk matrik lagi. Syukur sangat Jihan jenis memahami, dia tak pernah merungut selama tiga tahun jadi roommate aku. Kami berdua aktif kelab di kolej, aku kelab Teater Sanggar Mas dan Jihan kelab sukan. Walaupun kami balik lewat, penat macam mana mesti berteman pergi tandas. Bilik kami selang sebuah bilik dengan tandas, maka kami selalu terserempak dengan jiran kami terus jadi BFF gitu. Mereka selalu lepak bilik kami, gosip gelak-gelak.
Satu hari, jiran datang bilik kami teman study katanya. Semuanya diam fokus, tekun belajar (padahal masa ni aku layan cerita anime) atas katil. Kiranya atas katil, ada laptop, buku Biology Campbell, ada kertas, ada kamus, memang berselerak. Cadar aku pula berwarna hijau askar material nylon. Malam tu panas sangat, dan kami jarang sangat jatuhkan langsir, biasa aku puntal dan ikat langsir supaya angin malam masuk seperti aircond. Bila lama-lama duduk atas cadar rasa rimas berlengas, aku alihkan laptop atas meja depan tingkap menghadap permandangan luar. Alihkan semua buku-buku atas meja dan tetiba ade satu titis darah jatuh dari syiling batu tepat atas cadar depan aku (celah mana batu konkrit keluar darah?). Merebak kat katil aku sebesar 50 sen. Aku terkejut, “Jihan….wehhh mende ni?”. Semua bangun tengok.
“Erkkk siapa datang bulan ni?”, semua menafikan. Siap cek seluar lagi.
“Nadey kaki ko berkudis ke? Cer tengok berdarah kot”, aku selak kaki aku depan tiga orang saksi, masing-masing telek tiada kesan darah terpalit. Kami berempat tarik cadar tu, tinggal tilam bogel. Kami periksa mana tau aku terpijak pepijat kenyang ke? Tiada. Ok darah siapa? Mungkin hantu tu period lupa pakai pad. Masa ni meremang habis, kami berempat diam seribu bahasa hanya berbalas pandangan.
Ah sudah, macam mana aku nak tidur ni? Jihan tak nak bagi aku takut, gigih dia ambil air kesat sampai hilang kesan darah. Sempat lagi dia hidu, memang bau darah. Jiran kami dah cuak, masing-masing ke bilik. Jihan ajak aku solat dan tidur awal. Jihan tahu aku takut, tapi dia buat bodoh je. Malam tu kami pasang ayat Al-Quran sehingga subuh. Kami tak jatuhkan langsir sebab panas sangat.
Selang beberapa hari, selepas solat Isyak, aku sambung ulangkaji di meja. Kes tilam tu aku buat-buat lupa. Malam tu Jihan nak tidur awal. Tengok Jihan guling-guling atas katil sambil tengok drama korea, aku pon macam tergoda tapi aku ada beberapa bab lagi nak dihabiskan. Rasanya dalam sejam dua atas meja mata aku dah panas, aku berhenti rehat pandang ke luar. Sebenarnya aku tak berani pandang kat arah hutan tu, aku cepat alihkan mata aku pandang tempat parking motor kat bawah. Tiba-tiba mata aku seperti tertarik nak tengok juga arah hutan tu. Aku tak tahu aku nampak apa tapi macam menda hitam lari-lari kat court bola tampar tu, aku terus rasa meremang. Tidak semena-mena angin kuat masuk ke dalam bilik seperti nak hujan.
“Jihan, nak hujan ni. Syok la kita tidur”, aku terus tutup buku, susun ketepi elok-elok dan melompat atas katil. Jihan bersorak sebabnya sudah beberapa hari kami tidur bermandi peluh. Jihan bangun terus tutup lampu, namun bilik kami masih terang dengan pantulan lampu jalan. Selepas beberapa minit tutup lampu bilik, aku dan jihan baru je nak lelap tetiba bunyi buku yang tebal jatuh kat lantai “Gedebukkk” bunyi itu memang betul-betul tepi aku. Aku dan Jihan terkejut lalu kami buka lampu study tepi katil. Buku Biology Campbell yang tebal gila tu jatuh tergolek tepi meja aku. Tak logik sebab buku tadi aku susun tengah-tengah meja.
Aku pandang Jihan, dan-dan pula cermin solek Jihan yang bercangkuk gantung pada almari jatuh. Bersepai kaca. Sumpah pelik cangkuk cermin tu bukan jenis mendatar tapi melengkung. Bila cermin tu bergantung kat cangkuk melengkung ni kena ade stail untuk sauk masuk dan sauk keluar. Bukan mudahlah untuk cermin itu jatuh kesimpulannya. Jihan terus cakap “dah Nadey diam, esok cite”. Malam tu kami tidur biarkan lampu terbuka.
Hari ni Sabtu, ramai yang balik. Lepas solat subuh aku pandang Jihan, “Jihan, jom kita usha bilik atas? Bilik kosong, aku nak tukar tilam ni. Takutlah tilam ni”. “Jom!” laju Jihan balas. Kami ni budak nakal, banyak perangai haram kami buat bersama. Kami keluar jalan-jalan naik tingkat 6 tengok bilik kosong sambil bawa tilam berdarah tu. “Bestnya bilik atas ni, angin kuat”, Jihan ambil feel macam scene Titanic. Tiba-tiba bilik yang kami lalu tadi berdentum tertutup. Melatah aku. Darah sejuk naik kepala terus. Jihan tercengang. Dengan pantas kami masuk bilik sebelahnya ambil tilam dan campak tilam yang berdarah tu atas katil tak susun pun, takut. Kami gigih berlari sambil heret tilam curi tu (tolonglah bayang macam mana aksi kami masa tu). Macam haram.
Sampai je bilik, aku spray tilam tu dengan air yasin dan masukkan cadar. Kami duduk termenung, mengenangkan perihal misteri yang berlaku dalam bilik kami. Menurut Jihan, dia dengar orang cakar dinding selepas cermin tu jatuh, bukan itu sahaja. Jihan mula buka cerita dia selalu terjaga malam sebab tombol pintu tu macam ada orang nak buka banyak kali, ada juga orang ketuk pintu bilik pukul 2 3 pagi tapi tengok aku tidur lena dia pun buat-buat tak dengar je. Ada satu hari aku pergi latihan teater, Jihan kata laptop aku ter on tiba-tiba. Dia malas nak cerita detail sebab aku ni penakut. “Kita tukar bilik nak?” Jihan beri cadangan macam ni. Kan aku beritahu, Jihan ni jenis berani, bila dia sebut macam ni aku terus gelupur nak buat aduan dan minta pindah bilik. Esoknya kami jumpa felo, buat aduan.
Muka kakak felo masa ni, tak terkejut. Dia kata bukan kali pertama kes aduan macam ni. Dia akan beritahu pihak Jaksa. Dia minta kami bertenang dan kembali ke bilik seperti biasa. Selepas isyak, ketua Jaksa datang bilik kami dan bacakan ayat (mungkin pagar bilik). Kami lihat dari luar je. Ketua Jaksa keluar dan berikan kertas dengan potongan ayat-ayat yang perlu kami amalkan. Dia nasihatkan, jangan takut. In sya Allah dia tak kacau kalau kamu jaga bilik ni dengan ayat suci al Quran.
Lepas Ketua Jaksa dan felo keluar dari bilik, ada rakan dari bilik lain beritahu yang Jaksa bukan datang bilik kami je. Ada beberapa buah bilik lagi kena kacau juga. Ada yang kena rasuk, katanya saka keluarganya mengamuk. Kami yang dengar ni terus rasa tak sedap hati. Apa dah jadi dengan kolej ni? Rupanya bukan kes kami je, syukur kami tak nampak apa-apa hanya kena kacau sahaja.
Tak lama selepas kejadian bilik tu, rutin lepas magrib aku ke GLAM makan malam bersama Solehin sebelum ke latihan teater. Tetiba kecoh dengan van ambulan dan banyak kereta parkir depan GLAM. Tetiba seorang kawan aku yang dari bilik jaksa beritahu tadi ada seorang perempuan kena rasuk sampai terapung-apung. Beberapa orang lelaki pegang dia pun tak kuat nak lawan kudrat budak tu. Tak ada pilihan panggil Allahyarham Harun Din tolong. Masa ni arwah dah sakit-sakit tapi sanggup juga datang. Menurut kawan aku, bila ditanya suara perempuan tu bertukar jadi garau. Katanya saka famili, nak buang tapi saka tu mengamuk. Sebenarnya ada sebab lain kawan aku beritahu tapi aku dah lupa. Sambil dengar gosip tengok orang ramai kerumun bilik rawatan, kueh teow aku habis. Sudah sampai masa untuk latihan teater. Maka kami naik meninggalkan tempat kejadian dan menunggu gosip mendatang.
Al fatihah hadiah pada Allahyarham Harun Din, sesungguhnya Allahyarham banyak membantu orang sekeliling aku termasuk orang taman aku merangkap kawan sekolah aku di Gombak. Yelah, rumah aku dekat dengan Markas Pas. Selalu juga berjumpa dengan beliau, ayah aku heret satu famili dengar ceramah pas Allahuakbarrrr!! Tapi aku tidur je.
Sekian untuk kisah pertama segmen kolej UKM seperti yang dijanjikan. Untuk spoiler kisah kedua, tahun kedua gangguan semakin hebat. Aku dah start kena ganggu dari segi penampakan kelibat, Jihan masih watak utama dan ada watak baru. Semua dalam cerita ini adalah kisah benar dan cerita dikongsi mewakili saksi-saksi kejadian. Jika kelapangan seperti malam ini, aku akan terus menaip. Semuga aku mimpi indah malam ini (rasanya malam ni aku tidur tepi mak aku) dan bagi yang muslim jangan lupa baca surah al-mulk.
Demi nak post cerita ini, aku skip tengok kamen rider. Salam Henshin! (terima kasih admin letak gambar Kamen Rider Kiva pada post sebelum ni)


Isnin, 3 April 2017

Mabul - Part 4 Last


Sebenarnya dah tak ada cerita dah last ni, sebab semua sedih nak balik dah. Tempat ni memang betul-betul ada something, yang kau akan rasa tak boleh move on. So tujuan post kali ini, aku akan beritahu roughly bajet kami dan contact number orang baik-baik.

Roughly budget?
Sebab aku buat lesen kan so jangan compare dengan snorkeling punya
Pakej Lesen Diving PADI - RM1300 (all in)
Snorkeling - RM450 (all in)


-Transport dari Airport pergi balik
-Transport bot dari Semporna pergi balik
-Makan dan minum (air tiada had boleh buat air sendiri)
- Untuk pakej diving aku buat lesen kan (5x dive)
-Penginapan 3h2m

So banding dengan pakej penginapan lain. Yes, ada beza aku dah survey beberapa penginapan di Mabul. Ada yang tak termasuk servis transport dari Airport pergi pulang. Boleh nak tapi kena tambah bayaran. Bila aku buat kira-kira semula. Beza dalam beratus juga. Sebab tu aku cakap, Spheredivers adalah antara pilihan terbaik. Terpulang pada anda ok! Jangan risau orang pulau ni semua peramah. Semua akan layan anda baik punya

SEMPORNA
Penginapan BBB - RM48/ per night (BF included)
Island Hoping - RM100
Makan - Kami budget RM200 seorang termasuk duit jajan, duit kecemasan (lebih dari cukup)

Untuk aktiviti Pulau-pulau kat Semporna aku suggest
Dayana - 011 2547 2110
Nawir - 012-891 1220
Company: SIPADAN LEPA SEMPORNA
#highlyrecommended

Kalau korang cari kat FB nama Jimar Jul. Dia ni spupu abang driver bot yang aku naik aritu. So far aku msg dia, tengok FB dia memang dia dipercayai dan sgt2 direkomendasi oleh ramai customer beliau. Serius orang pulau memang peramah. Jangan segan silu cari tanya. 

Haha Lagi satu, aku kalau travel berkumpulan setiap orang ada tugas masing-masing. Macam aku dah handle semua, so kali ni kami hanya kisahkan bab makan je. Zati jadi accountant kami pegang duit makan. Dan aku amat titik beratkan duit kecemasan. Sebab apa? Sebab tu kena travel dengan aku. Aku jenis particular bab-bab macam ni. Kalau aku travel sorang-sorang pun macam ni. Saka aku la jadi accountant. Choiiiiiiiiiiiiii

******************************************************
Subuh sana awal dalam 5.15 pagi, aku kejut yang lain untuk solat. Aku solat tepi tingkap, dengar bunyi bot, bunyi air rasa macam sebaknya masa tu. Sujud pun bergenang air mata, OVER!
Lepas solat, aku ni jenis susah tidur sementara tunggu terang aku usha dulu gambar-gambar semalam hiks. Faham-fahamlah gambar siapa. 

Dalam pukul 6 lebih camtu tetiba cahaya matahari direct kena muka aku. Perghhh sinar ilahi gituw, aku terus bangun terkejut ya Allah view dari hostel BBB ni sangat-sangat cantik. Ya Allah syukur sangat. Ini gambar tak edit ok, Samsung A9 Pro, setting HDR (rich tone). Subhanallah view, ya Allah rindu sangat-sangat macam ni. Syukur ada peluang macam ni. Tengok yang lain seme tidur, aku je la sibuk-sibuk bangun snap gambar, usha abang-abang bot. 
Perangai aku ni jenis gelabah bab-bab masa ni. Aku jenis tak suka orang tunggu aku. So aku bersiap lah awal gila. Padahal Mas Noor datang pukul 11. Siap kemas semua dalam pukul 9 pagi kami turun makan. Breakfast disediakan tau sebab tu bagi aku Hostel BBB antara yang terbaik aku pernah stay. 

Hostel BBB
Harga berpatutan - 6/10
View - 9/10
Makanan - 9/10
Kebersihan - 10/10
Pekerja melayu dia yang masak, makanan banyak gila. Kuih-muih sedap-sedap. Aku kot bab makan kan, sedap sokmo. Ada bubur, bihun goweng, roti bakar, sosej, telur goweng, arghh banyaklah. Dah makan tu basuh sendiri laa, walaupun pekerja dia larang kami basuh. 
Kalau korang nak pergi pulau takut tinggal barang, sini ada loker. 
Ok bab kebersihan terbaik!
Lepas makan, kami rehat dulu kemas beg lagi, sementara tunggu Mas Noor hantar ke Airport. Ok Mas Noor ni pakej mana pulak?
Seperti kat atas aku bebel tentang pakej Spheredivers ni cover all in dari kau sampai dan kau pulang.

Last posing macam ni rase sayu gila. 
Kami turun dari BBB check out dan ke kedai ni beli Biskut Gery yang pofuler tu. Weh sedap ler biskut ni lg2 yang perisa cheese tu. Ya Allah dah la tebal cheese dia. Sedap sangat. Sini harganya RM3 kalau kat KL harga RM6. Aku ni kan jenis gelabah, sampai pukul 10 pagi Mas Noor tak sampai-sampai so aku nak hilangkan gabra aku, kami order ais blended. Aku ambik durian belanda. Sedap ler. Sambil tu habis semua orang yang lalu depan kedai tu aku tanya... "Mas Noor ke?"  "Mas Noor ke?" sampai stress kawan-kawan aku. Hahaha sebab tu kalau berjanji dengan aku kena punctual kalau tak aku akan stress. 
Inilah Mas Noor. Memula kami panggil Abang Masnor. Ingatkan nama dia Masnor rupanya Mas tu abang dalam bahasa indon. Dia berasal dari Medan kot (sedare zati dan2) nama sebenarnya Supranor. So Mas Noor la... aku panggil abang dia segan sbb anak dia pun baya kami. So dia suh panggil Mas Nor. Sebenarnya aku lupa nak save nombor dia, tapi kalau korang perlukan khidmat Mas Noor diluar kawasan Semporna, Tawau ke korang boleh contact Abang Azhar / Abang Ady Spheredivers. Baik orangnya, dah la muka beliau iras bapak sedare aku. Sabar je la.
Nak masuk Sabah memang ade permit weh, dia akan bagi ko dan simpanlah elok-elok. Macam kes aku simpan dah elok dah, simpan dan buku novel. Zati dah beritahu awal jangan buang, mende ni dorg nak. Aku ni memang pelupa permit letak mana. Memang selongkar habis beg depan kaunter kastam. Seb baik lagi 30 minit nak bukak gate, so aku dengan tenang turun bawah, depan Airport Tawau ada balai polis. Tengok je muka aku terus dia tegur, hilang permit lettew... Sebab common case sangat masuk kuar balai sebab permit hilang. Polis pulak memang ramah, so dia berborak dan dia doa aku datang sini lagi. Haish aku memang suka Sabah lah!
Dari seat inilah kami duduk sekali dengan Makcik dari Tawau. Dia tegur aku "Kau orang Tawau ka?" sebab aku borak dengan dia slang Sabah. Seb baik aku tak cakap bahasa Suluk dengan dia. 
"Aku orang Key Ell, aku blaja cakap Sabah sebab aku mau kahwin dengan orang Sabah" Keto kaki Makcik tu gelak. 
Makanan mmg superb. Sedap
Bila dah sampai KL Sentral, back to reality. Langkah pon berat je. Hati kt Semporna lagi.

OK setel hutang

Serius, aku demam rindukan Sabah sampai masuk hospital. Hahahaha SERIUS la!
Sebenarya seminggu selepas pulang dari Sabah, batuk aku makin teruk. Kisahnya aku dah batuk dua bulan sebelumnya lagi. Macam-macam ubat try xjalan. Sekali aku tak boleh bernafas, kol 2 pagi aku sampai KPJ tetiba doktor xray dada penuh kahak okay, sampai berbuih peparu aku. Tiga hari kat wad High Dependency Unit HDU, dan 3 hari kat wad biasa. Doktor beritahu ni sebab rindu orang Sabah ni. Macam tahu-tahu je doktor ni.

Syukur aku sehat sangat-sangat sekarang. Hargai rejeki kesihatan anda.

So next? Mana nadey? Cancel ke NZ cancel ke Australia. Lagipun matawang kita rendah sangat sekarang so aku tukar wishlist aku kepada Pulau Tenggol, Tioman semula, dan KK. Yes, kalau ada rejeki aku turun ke Mabul semula buat diving. 

Smuga dipermudahkan urusan korang dan diberkati rejeki masing-masing. Sekian. 

Khamis, 23 Mac 2017

CCTV - Part 1

Nama aku Emy, aku bekerja sebagai seorang kerani di sebuah syarikat kecil perniagaan membekal dan menjual pelbagai jenis mesin. Disini hanya aku seorang pekerja Melayu, lagi lima orang semuanya berbangsa Cina termasuk bos aku. Despatch pun berbangsa Cina walaupun rupanya sangat Melayu, Sabahan katakan. Kami baru sahaja berpindah pejabat di kawasan perindustrian area Ampang. Jika dulu pejabat aku hanya setingkat dan suasana riuh penuh orang kiri-kanan pejabat kerana disitu terdapat banyak gerai makan. Kini, sunyi. Kiri kanan seperti bengkel kereta, kilang minyak masak dan banyak lagi kedai-kedai kosong. Pejabat baru ini bertambah keluasannya (berganda), kami mempunyai 3 tingkat, di bahagian bawah sekali stor simpanan mesin-mesin dan alatan yang lain. Stor di bahagian bawah boleh digambarkan besar seperti tiga gelanggang badminton. 

Sejak berpindah disini, pada mulanya aku hanya beranggapan bangunan ini bangunan lama. Lampu dinding banyak yang rosak, dinding cat bercapuk dengan debu dan bersawang. Disebabkan ketinggian stor itu sukar dicapai oleh tangga yang kami miliki, maka tiada siapa yang boleh bersihkan. Begitu juga dengan lampu, maka beberapa bahagian ruang dibiarkan gelap. Berkali-kali kami beritahu pada penyewa berkenaan penyelenggaraan namun janji tinggal janji. Disebabkan sewa pejabat baru ini murah maka bos hanya diamkan diri. Hanya stor sahaja mempunyai masalah begitu, di pejabat bos dan pejabat kami tiada sebagai masalah. 

Disebabkan mesin-mesin kami agak mahal sehingga makan berjuta harganya pun ada, maka bos memasang lapan buah cctv dan alarm khas untuk pintu. Jika alarm pintu berbunyi lebih dari tiga minit anggota polis akan menghubungi bos dan datang ke pejabat. Begitu ketat sistem perlindungan di pejabat kami. Orang kata luar nampak cikai dalam seperti lombong emas. 

Sepanjang lima tahun aku berkhidmat dengan syarikat ini, alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Kerja sebagai seorang kerani sememangnya banyak kerja setiap hari, namun sudah rutin maka ia bukan lagi suatu beban walaupun kerja bertimbun, kerja mudah. Suatu hari staf despatch dan seorang lagi kerani memberitahu tidak dapat hadir kerana tidak sihat. Lagi tiga staf Sales termasuk bos, semuanya keluar menghadiri Expo Mesin di Johor. Maka aku seorang sahaja di pejabat ini!. Tidak semena-mena berdentum langit dengan kilat sabung-menyabung. Lihat ke cermin luar langit sudah gelap seperti memberi amaran dengan apa yang bakal berlaku. Walaupun jam menunjukkan jam seawal 9.30 pagi namun gelapnya seperti sudah maghrib.

Masa tiada cukup kaki-tangan inilah telefon bertalu-talu masuk. Betul-betul tak menang tangan. Isnin biasanya ramai yang akan Monday Blues tapi aku tak sempat nak layan perasaan blues tu. Dalam masa tiga jam bergelut dengan timbunan order dari pelanggan, aku mengeluh.

"Aku kena pack order sorang-sorang la ni kat bawah!!", sumpah aku dah mula rasa takut. Masa ni aku fikir macam-macam dengan suasana gelap dan stor yang malap. Aku tiada pilihan. Kebiasaan budak despatch yang akan buat pembungkusan barang order.

Aku dengan berat hati turun ke bawah menuju ke stor. Aku membuka semua suis lampu. Keluhan sekali lagi kedengaran, tiada beza. Cuaca gelap diluar menambahkan lagi suasana gelap di dalam stor ini dengan bunyi percikan air gerimis membalas dengan zink atap cukup membuatkan bulu meremang. Sudahlah benak kepala penuh dengan peringatan berulang 'takut takut takut takut' namun tanggungjawab perlu diteruskan. Aku mendongak memandang CCTV, aku pujuk hati.

"At least kalau ada apa-apa yang berlaku CCTV akan rakam semuanya", yakin.

Bila fikir semula, jadi apa? Aku sorang je dalam stor ni pun. Fokus aku kembali pada kertas order.

"Alamak barang kat loteng pulak.............kena panjat loteng pulak", aku ni memang gayat lagipun loteng berada di bahagian belakang stor berdekatan dengan dua tandas rosak. Aku beranikan diri kebelakang sempat lagi aku menjeling dua tandas rosak yang tertutup itu sebelum ke arah tangga loteng. Menjerit-jerit aku memanjat tangga. Masa ni memang kena kuatkan semangat. Biar bos tahu kau mampu buat kerja ini seorang. Macam-macam lagi aku bebel seorang diri. Sebaik sahaja turun tangga, hujan lebat seperti batu sedang menyerang atap. Disebabkan terperanjat terus perasaan seram tadi kembali. Cepat-cepat aku berlari ke bahagian depan stor untuk bungkus barang ke dalam kotak.

Masa ni bising dengan bunyi hujan namun mulut aku tak berhenti zikir. Takut bukan kepalang. Mata aku tak tahan untuk berkali-kali pandang ke arah area belakang stor. Takut-takut ada yang menyergah. Firasat aku betul, kali ini aku mendongak mata aku tepat berbalas pandangan dengan satu jasad orang gelap. Aku sempat berfikir, aku hanya seorang disini! Siapa tu? Dengan pantulan cahaya lampu samar-samar itu mungkin khayalan tapi jelas itu bentuk seperti badan seseorang. Kelibat apakah?
 Sumber google (gambarannya lebih kurang begini)

Aku berhenti membungkus, tah mana dapat keberanian aku menunggu sebarang respon dari kelibat hitam itu. Jika dia bergerak aku akan buat langkah seribu. Sekelip mata kelibat itu hilang. Meracau aku mencari kiri kanan mana tahu kelibat itu semakin hampir dengan aku! Tiada, mungkin dia betul-betul hilang atau hanya khayalan aku. Rasanya, sudah tiba masa kau bertenang dan naik ke pejabat atas lagipun jam sudah menunjukkan sudah waktu makan tengahari. 

Sebaik sahaja aku naik atas, aku memeriksa TV yang mengawal kelapan-lapan CCTV termasuk di belakang stor. Aku terkejut melihat CCTV bahagian stor belakang, salah satu pintu tandas sudah terbuka luas. Walhal kedua pintu tandas yang rosak itu tertutup rapi, aku juga sempat lihat tadi sebelum memanjat loteng. Siapa yang buka? Jika betul yang aku nampak tadi area inilah muncul kelibat hitam tadi namun CCTV tiada menunjukkan rekod rakaman kelibat itu. Mungkin khayalan kau Emy! 

Aku mencari rekod rakaman sebelum pintu tandas terbuka. Memang sah, pada sela masa yang aku nampak kelibat itulah pintu tandas ini terbuka dengan sendiri. Ya Allah! Seriau darah naik kepala, seraya itu aku menjauhi TV. Kenapa perlu berlaku sekarang? Kenapa? 
Pintu tandas paling kiri terbuka sendiri.

Pada mulanya aku nak call Bos, mengadu. Tapi orang Cina moden tak percaya hantu-hantu lagipun ini syarikatnya, jika aku kecohkan nanti ramai pula yang takut. Mati terus niat aku dan kembali duduk di meja. Mata aku tak lepas melihat TV yang mengawal CCTV itu. Kesemua lapan rakaman dalam satu paparan. Aku boleh lihat semua, tapi mataku tetap tertarik pada CCTV di belakang stor. Allahh.

Hujan masih lebat, eloklah aku solat dahulu semuga Allah lindungi aku dari jin dan syaitan yang menganggu aku. Mujur tempat solat di dalam pejabat juga hanya dipisahkan dengan sehelai langsir tebal. Zikiran tak henti sehingga lengkap aku dengan telekung untuk memulakan takbiratulihram. 

"Allllahhhhhuuuuakkkbarrrr", belum sempat habis hela nafas dengan lafaz Allah Maha Besar itu tetiba "FUHHHHHHHHHH", telinga aku ditiup dengan satu angin yang kuat. Tepat pada telinga kiri. Aku terus menjerit kuat ketakutan. Aku keluar dari sebalik langsir dan ke meja kerjaku. Aku memandang CCTV sekali lagi. 

"Janganlah kacau aku hendak solat", aku beranikan diri bersuara. Setelah beberapa ketika semuanya senyap, tiada respon aku kembali ke ruang solat. Kali ni aku tekad apa pun yang kacau aku akan tetap teruskan solat. 

"Allahuakbar", pendek kali ini. Pada takbir kedua untuk rukuk tetiba aku dapat merasakan ada sesuatu di belakang aku. Paling jelas sekali bisikan "Allahuakbar" yang pasti bukan dari suaraku. Aku teruskan solat walaupun tak kyusuk. Semasa takbir sebelum sujud antara dua sujud, suara itu juga mengikut jelas lafaz "Allahuakbar.....". Respon suara bisikan yang kedua lebih jelas membuatkan degupan jantung aku bertambah kuat sehingga jelas kedengaran. Semoga Allah lindungi aku dari gangguan, tutupkan hijab mataku dari melihat perkara tak diingini ini. Itu sahaja niat terdetik. Aku perlu lengkapkan solat sehingga habis. 

"Assalamualaikum warahmatullah", aku takut untuk melihat kanan. Aku hanya menunduk bawah memberi salam. Tiba waktu toleh kiri mata aku gatal juga untuk melihat belakang. 

"Alllahhhhhhhhhhhh..........................."


"Emy!!!! Emy!!!, bangun!!! Kau kenapa?", tetiba aku dengar suara Ah Meng dan badan aku digoncang. Aku paksa mata untuk buka. 

"Kau kenapa tidur kat pejabat?? Bos call aku kata dia tengok CCTV kat handphone dia kau tak keluar dari tempat solat sejak tengahari tadi. Dia paksa aku singgah office tengok kau. Kau kenapa tidur tak sedar ni?", Ah Meng pimpin aku keluar dari ruang solat dan duduk diatas kerusi. Aku masih bertelekung, lihat luar sudah gelap. Melihat jam dinding sudah pukul 8 malam. Tak sangka lama aku pengsan. 

"Meng, tunggu jap aku pakai tudung. Temankan aku balik dan kunci pejabat", Ah Meng mengangguk. Bayangan tadi masih jelas dalam ingatan aku. Tak sangka ini kali pertama aku teruk dikacau oleh syaitan/jin sampai aku pengsan. Sebelum Ah Meng kuncikan pintu sempat aku melihat keadaan stor bersepah dengan barang-barang yang belum dibungkus. Sekilas begitu aku pandang, tidak berani jika bayangan tadi muncul semula. 

Sampai sahaja di kereta, Ah Meng mula bertanya. Setelah jauh meninggalkan pejabat, aku berani untuk bercerita. 

"Meng, aku tadi nampak hantu!!!!!!!!!!!!! Mula-mula dia kacau kat stor bawah, pintu jamban rosak tu terbuka sendiri. Pastu masa aku solat, mende tu tiup kuat kat telinga aku. Lepas aku habis solat, pocong Meng... pocong kat belakang aku, solat dengan aku!!!! Pocong Meng aku tak main-main", kali ni Ah Meng diam. 

Mungkin dia takut. Tapi sekilas mendengar dia tergelak kecil.

"Muka pocong tu macam mana? Macam ini ke?", pelik soalan itu pula yang ditanya. Patutnya Ah Meng respon cuak tapi sebaliknya. Aku kalih melihat muka Ah Meng. 

Sekali lagi aku menjerit dan aku............... aku pun tak tahu semua ini mimpi atau aku masih tak sedar-sedar dari pengsan tadi. 


-Bersambung-




Ahad, 19 Mac 2017

MABUL - Part 3


Bismillah...
Berdebar sangat nak menulis Mabul-Part 3 ni. Serius berderau darah aku sambil tersipu-sipu untuk post kali ni. Hari ke-4 kami di Semporna dan akan ke pulau-pulau cantik kat Semporna ni. 

Pada mulanya sebelum pergi, aku survey pakej island tour dalam 3 pulau rata-rata RM150~Rm200 seorang. Memang serius serabut masa cari tempat ni. Kawan-kawan pulak bz so aku menggagau cari agent untuk pakej pulau ni. Adalah dalam 10 nombor aku kumpul. Aku mintak kawan aku contact beberapa je, sebab aku pun agak bz waktu siang masa tu. Mostly yang reply kat aku memang kuang ajar. 

"Penuh. Cari orang lain ya"
"Full booked"

Ada yang tak reply langsung. Haha mungkin salah kau letak nombor kau kt FB pastu tak dapat handle semua mesej masuk. Aku tak kisah kalau fully booked tapi kena hormat la, susah ke tulis "sorry" ingat orang tak usaha ke cari nombor kau?. Kalau ko nak buat bisnes kena serve orang elok-elok even dia bukan customer kau. Tapi 3 orang cina aku contact semua reply sangat-sangat polite. "Sorry ya, sudah penuh. I boleh kasi contact 1 amoi ni", so aku sejuk hati skit. Yang selebihnya melayu kot. Aku doa korang dapat HIDAYAH la. Semuga berjaya bisnes kau. 

Akhirnya aku dapat satu contact ni. Dayana namanya, sangat-sangat peramah dan good in services. Dia roger kami untuk promo Chinese New Year boss dia kasi RM100/pax untuk 3 pulau (termasuk ambil dari tempat penginapan dan makan tengahari). Bohey Dulang, Mantabuan dan Sibuan. So far paling murah RM150, so bila dapat murah terus bayar deposit pada Dayana. Mudah. 

Dayana - 011 2547 2110
Nawir - 012-891 1220
Company: SIPADAN LEPA SEMPORNA
#highlyrecommended

Selain itu, Dayana juga boleh arrange kan penginapan sekali. Tapi sebab aku dah book dengan BBB dan Shiwa dan Zati pilih penginapan tepi air. Apa-apa pun nampaklah effort Dayana ni, kalau reply lewat pun minta maaf. Aku ni takde lah rushing sangat sebab aku faham je masing-masing ada komitmen. Tapi kalau reply pon kuang ajo better kau tak payah buat bisneslah. So untuk kemudahan komunikasi antara aku dan Dayana aku bagi 5/5 bintang! 

Hari kejadian: 
Seawal 5.30 pagi kami dah bangun solat. Alhamdulillah, tengok cuaca in sha Allah cantik harini. Aku pulak lupa tanya Nawir, eh kami kena tunggu pukul berapa ek. Masa tu pukul 7.30 pagi. Ingatkan pukul 9 pagi dia nak ambil. Tetiba Nawir reply pantas kata "Pukul 8 kita jumpa sekejap dan briefing sedikit". Aku terus keluar bilik kejut Shiwa dan Zati bersiap. BBB ada sediakan breakfast tapi kau tau la aku ni jenis ade penyakit anxiety gabra bab-bab masa ni. Aku paling tak suka lewat. So rushing-rushing kami singgah kedai makan jumpa Nawir. 

Aku rembat nasi kuning pagi tu. Ya Allah sedap gila. Makcik tu pulak tengok badan aku terus dia bagi 3 kutul ayam. RM5. Then Nawir start briefing. Jap aku tak faham kenapa aku lupa ambil gamba Nawir. Sorry bro. Lupe excited nak pergi pulau punya pasai. Nawir ni pernah kerja di Semenanjung so slang Sabah dia tak kuat. Rasanya dia muda dari kami. 

Nawir beritahu, pakej kali ni kita akan melawat Pulau Tatagan. Perkampungan Bajau, dimana penduduk sana memang masih menggunakan sistem barter, ada tinggal dalam bot, tak pergi sekolah, tak reti guna duit, bahasa pun lain, memang boleh katakan memang asli betul lah. So Nawir nasihat, tak payahlah bagi duit nanti semua serbu. Tapi nak bagi boleh je. Selepas itu, kami akan ke Bohey Dulang, hiking dalam sejam naik dan turun, makan tengah hari dan akan ke Mantabuan dan Sibuan. Menurut Nawir, untuk hiking bukit Bohey Dulang mestilah pakai kasut atau selipar hiking macam aku. Sebarang risiko dorang tak tanggung kalau degil. Maka berlarilah Zati tukar kasut dia, haha nasib baik. Sebab dia tanya kawan dia slumber naik pakai seliper, tapi Nawir tetap tak benarkan. 

Menurut Nawir, pemilihan agen ke pulau-pulau ini amat penting. Banyak kes penculikan pelancong luar dari ulat-ulat agen tak berdaftar. So even pilih syarikat tak berdaftar pun at least buat sedikit kajian, tentang history agen-agen tour island ni. Nak selamat, pilihlah syarikat yang berdaftar. 
 Keji aku punya lama borak tak ambil gambar Nawir. Selepas makan kami ke kereta Nawir untuk ke Jeti. Kami lalu di pasar pagi, kita boleh lihat ikan-ikan segar yang murah. Aku tanya ikan tongkol sekor dalam sekilo tu berapa, ada yang jawab sekilo RM4 (aku macam wadde murahhh ke aku salah dengar??)
 Banyak buah-buah pelik rupanya tu rumpai laut. Aku ingat anggur. 
 Pasar pagi dorang memang meriah. Jaga-jaga dengan budak-budak yang minta duit. Dorang pun expert mencuri juga, Mujur kami bawak 1 beg kalis air aku tu. Beg tu berlipat-lipat so kalau dorang nak seluk pun tak berjaya. 
 Rumpai laut.
 Orang sana memang peramah dan fotogenik.
 Naik kereta Nawir sampai Jeti Semporna. Padahal dekat gila je kot! LOL Sampai sini kumpul untuk naik bot ramai-ramai. 
 Cuaca baik alhamdullilah tapi jangan sangka panas ke petang ya
 Masa ni hari Selase, so ramai yang pergi kerja, ke sekolah semua ada. 
 Sampai ke Jeti budak ni ikut untuk minta sedekah. Paksa-paksa pulak. Tapi bila aku nak snap muka dia, dia kalih muka mungkin malu. Shiwa dengan Zati warning aku jangan bagi sbb aku ni mudah cair. Susah betul, lagi-lagi tengok dia pegang ramen. Lapar budak ni. sedih jap
 Nampak tak penginapan kami, bangunan tengah tu BBB. Memang lepas ni kalau aku ulang ke Mabul-Semporna aku akan stay situ lagi. Best!

 Biar aku ceritakan pengalaman sejak masuk ke dalam bot, aku nampak seorang budak ni ya Allah kacaknya. Serius aku tak main-main. Macam sekolah menengah. Dia tolong urus orang naik masuk bot dan beritahu semua kena pakai life-jacket. Then driver bot pula masuk. Aku macam okay, biasa je mungkin ni abang dia kot. Tapi memang indah la cuci mata tengok budak kacak tu. 

Ombak agak kuat pagi itu, so driver bot dah warning kami siap-siap. Aku pulak duduk depan sekali, memang silap BESARRRRRRRRRRRRRRRRR. Badan gemuk aku ni pun melambung-lambung. Habis peranakan aku. Memang gila berombak weh. Aku tak risaukan basah, aku hanya risaukan kaki aku ni. So memang 45 minit aku tahan untuk pegang kaki je. GILA SIKSA. 

Memula aku pegang kamera tapi tak mampu dah sebab aku memang lenjun basah, habis lense kamere aku. So aku simpan kamera dalam beg. Sekali.............................. aku toleh kiri aku tengok orang belakang. Allahuakbar!! Driver bot pakai singlet hitam je, memang masa tu cermin mata aku basah dengan percikan air laut tapi masa itu  pandangan aku macam clearrrrr sangat tengok jasad kacak tu. Semua bagaikan slow motion. Mata aku terus jadi jelassss sangat dengan pandangan indah tu (dua kali mention dah ni). Sesekali aku terhenti lamunan dengan lambungan bot. Aku sedar, aku tak patut kalih pandangan sebab posisi aku dalam bahaya. Patutnya aku duduk diam dan bersedia untuk angkat punggung supaya tak cecah setiap kali bot melambung. Tapi betullah orang kata, cinta pandang pertama tu GILA. Dengan macho dia bawak bot dengan penuh tenang. Percikan air laut kena kat dia pun macam menambah perisa pada pandangan mata aku. Allahhh indahnya dunia. 
30 minit ke 45 minit ke bagaikan beberapa saat. Akhinya kami sampai kat pulau cantik, Bohey Dulang. Masa ni aku agak down sebab tak dapat rakam aksi abang driver bawak bot dengan singlet hitam tu. "Takpe balik kang sure dia pakai lagi singlet hitam tu, jaga aku snap banyak-banyak". Gila tanam azam macam tu sekali. 
 Masa ni memang kagum dengan semua permandangan termasuk abg driver bot tadi. 
 Kisahnya, aku memang down haritu sebab masa kami balik, abg driver bot tak pakai singlet hitam dia dah. Mungkin basah dia tukar baju lain. Berhari-hari selepas pulang dari Semporna aku telek-telek gambar tetiba Allah tu beri peluang juga pada aku iaitu aku sempat snap satu view dimana abg driver bot masih pakai singlet hitam dia tu. Auuuuw.
 Nama pun perempuan pervert, see aku zoom akhirnya aku gelak sorang-sorang. Wakakakakkaak bodohlah kau Nadey. Syukur Tuhan. Hahahah haram
Tengok reaksi muka aku? Masa ni muke kecewa tak sempat snap abg bot pakai singlet hitam. HEHEHE
 Kat sini tak boleh snorkeling sebab dia bela macam kepah tu. So hanya aktiviti hiking sahaja ya!
Disebabkan keadaan kaki aku tak mengizinkan aku naik, maka aku hantar Shiwa dan Zati untuk naik. Siapa tak sedih tapi aku pikir kaki nak guna lama. Aku duduk kat bawah sorang-sorang tunggu cinta. Eh! 
Memang tak boleh bla pelancong dari China ni conquer tempat tu jadi tempat baringan dia siap berdengkur. Orang tua yang turun dari hiking nak duduk pon tak boleh, so aku berganjak untuk duduk kat jeti sambil layan perasaan sorang-sorang. Sian.
Nampak tak budak pakai baju biru tu? Budak tu la co-pilot driver bot kami, nama dia Lan. Hensem dan baiklah. Napa aku cakap budak ni baik? Nanti aku cerita. Sabar.
 Menurut Zati pendakian agak mencabar untuk kaki aku so nasib baik aku tak pergi. 
 Apa aku buat sorang-sorang? Disebalik kaca mata tiada tembusan aku mengambil peluang untuk cuci mata tapi nak buat macam mana, mata dan jiwa sangkut pada abg driver bot tadi je
 Aku bagi kamere kat zati. Wasiat katakan.
 Sampai je puncak penuh orang. Tapi view SUBHANALLAH memang kalau sampai sana memang wajib naik ok. 
 View yang viral ni wajiblah pose!
 Nadey kat mana???? Tu nampak jeti macam semut tu? Aku kat sana lah sambil mengenang nasib.
View dia ya Allah. Next time aku naik k
Ni masa lepak kat Jeti aku snap la gamba-gambar lelaki hensem eh!
 ada budak ni hiking sampai tapak kasut tercabut jadah betul.

Turun je Zati dan Shiwa, kami tengok ramai gila makan tengahari atas jeti. Aku lak mata meliar tengok abang bot. Tetibe dia datang dekat weh! "Excuse kiss, excuse kisss, excuse kisss". Tanjat ittew "Makan dulu ya disini". Dia nak beritahu semua suruh makan dulu kat sini. Hujan pun turun dengan lebat, sedap lak melahap bekal makanan, makan pisang bagai. Pastu dia datang lagi!!!! beritahu, "maaf kita akan agak lewat tunggu hujan stop". Masa ni lemah lutut aku, terkesima. Pisang tadi lekat kat trakea lagi. Masa ni perut aku berbuih-buih cinta gituw. Haha haram betul. 
  Nampak tak copyright nadey tu?? Tulah abang driver bot. Oleh sebab terlalu ramai kami jumpa orang Semporna kacak-kacak, maka aku gelakan abang driver bot ni, Abang Anjew Allahuakbar Excuse Kiss. Meninggal terus dengar nama tu. Masa ni dia dah tukar baju adidas. Aku masa ni dah down da.... napa tak pakai singlet hitam!!!
Paling kelakor, dia pergi makan makanan dari agensi lain dengan geng-geng abg driver bot. Macam haram perangai. 

 Sempat lagi aku rakam dia repair enjin. Allahuakbar aku dah cair sangat dah masa ni.... Warning, lepas ni korang sedialah meroyan atau tutup website aku terus sebab lepas ni banyak gila gambar Abang Anjew Allahuakbar Excuse Kiss ni. Sabar tau.
Allah... hambek kau ni 1
Aku macam acah-acah merakam jeti dan view Bohey Dulang padahal.......... hahahahahhaha kau
Allah (Nadey kau better duduk Semporna) Hambek kau 2
Allahhhhuakbar... (okay aku usehe lah cari keje sini) Hambek ko 3
'Awak pandang saiya kan?'
 Allahuakbar, Subhanalah, Laaaaa ilahaillah..... zikir semua kuar masa ni. 
Allah betul ke aku tak bermimpi??? Macam model pon ada
Hambek kau 4
Subhanallah, rejeki apa yang kau beri aku kali ini. Allahuakbar, aku terima dengan gembiraaaaaaaaaa
Hambek kau 5

Macam lama macam tu baru aku sedar, oh misi aku nak tengok culture Pulau Tatagan. Biasanya rata-rata aku tengok pengalaman orang sebelum ni, dorang memang sampai dekat dengan rumah, siap turun tepi pantai. Mungkin sebab hujan tadi dah lewat, maka kami melawat sekejap je.

Masa kami sampai meluru budak-budak ni datang. Bahasa dia? Serius aku tak paham! Ada la ayat macam duit, rokok yang aku dengar. Lain haram nak faham. Gigih guna tangan je gerakkan sampan.
Nampak tak masa ni adik bogel tu dah menangis sbb sampan dia tenggelam dengan air. Klako la
Yang budak ni ketua rombongan. Dialah kaki membebel dalam bahasa bajau tu sorang-sorang. Aku pon tak faham motif kau tunjuk perut. Ahahahaha kalau jumpa dengan orang saiko Pedofilia habis budak ni diraba free-free.
Servis bergambar dorang terbaik! Memang tak kekok nak posing-posing ni. 
Memang life atas bot tu. Kadang-kadang sampai 3 generasi dalam bot tu. Aku tengah fikir macam mana dorang buat anak? Tu je aku fikir? Maaf tu je concern aku. Sebab aku tengok dari nenek sehinggalah beberapa orang cucu dalam 1 kapal tu. 
Non stop dia merayu weh. Awkward semua orang.
Last sekali, dia buat ayat sedih sebab Abang Anjew Allahuakbar Excuse Kiss dah start enjin bot. Drama betul budak tu (percayalah mulut aku tak pernah penat sebut gelaran penuh abang bot tu)
Mungkin dia dah kenal dengan Abang Anjew Allahuakbar Excuse Kiss ni siap sep sep tangan. Aku macam nak sep jugakkkk... Hambek kau 6 gambar dia
"Eh awak ni model ke?"
Ya Allah indahnya ciptaan Tuhan
Hambek kau gamba ke 7
 Biarlah saiya snap gambar awak diam-diam tapi janganlah pandang saiya!!!!!
Ni gambar paling WIN, ittew malu sangat mase ni tapi control excited. Aku buat-buat muka ketat, rakam video. Siapa nak belajar dari aku, macam mana nak jadi stalker berjaya boleh email saya. 
Hambek kau gambar ke 8. Cukuplah Nadey, aku sesak nafas dah ni.
Kami sampai di Pulau Sibuan dah lewat pukul 1 petang. Langit gelap macam nak hujan lagi. Diberi masa sejam sahaja untuk snorkeling. Ok down!
Menurut Nawir, Pulau Sibuan antara yang tercantik. Tapi bila aku search before ni, Pom-Pom dan Mataking lagi cantik. Sebab kami tak pergi sana, oklah Sibuan cantik. Bersih tak ada sampah yang pastinya. Ada beberapa askar disini. Sampai disini kami perlu isi borang lawatan kot. Isi nama dan IC je. 
Sian aku! Ni je la pose di Sibuan. LOL
Snorkeling di bahagian lain.

Dalam sejam snorkeling, memang bagi aku tak begitu seronok sebab kita hanya dapat lihat batu karang tepi pantai. Memang tak berapa menarik. So beberapa orang bot ni akan turun ke laut untuk tarik customer-customer dia tengok ikan. So memula aku ni gigih la ambek life-jacket bagai. Pastu macam serabut aku tanggal. Aku pelik, kat sana driver bot lain served customer dari bot lain. Macam klako. Mana Abang Anjew Allahuakbar Excuse Kiss tu? Last aku tengok dia berenang sorang-sorang. Aku malu nak ikut so aku ikut orang lain!

Mula-mula adik co-driver bot tu yang bawak kami tengok ikan. Dia dive ambek pasir kocak-kocak ikan datang ingatkan makanan. So masa tu boleh la kita tengok ikan cantik-cantik. Pastu macam aku ni jenis tak puas, sebab dalam banyak-banyak snorkeling ni memang kureng la. So aku pergi jauh skit. Dari adik hensem tu tetiba driver dari bot lain tolong tarik kami ke tempat best-best (tak best pun just ke tengah sikit la). Memula aku dengan Zati, bila budak hensem tu naik darat dia pon HILANG!! Shiwa memang tak nak snorkeling, katanya tak best. 

Aku ni jenis, ko dah bayar kan enjoy je la. So aku teruskan berdua ngan driver bot lain. Dia offer untuk ajar aku dive supaya aku dapat pegang batu karang kat dasar yang cantik tu. Rupanya tepi batu karang tu ade ikan nemo, sebab tu dia suh gak aku dive. Aku ni nafas memang 10 saat je. So gigh la aku turun banyak kali. Dia gelak je. Pastu die offer aku pkai kaki itik dia... dia pakai sandel aku. Pastu dia gelak "Sama saiz kau dengan aku, aku bawak baliklah seliper kau"

Lepas je sarung kaki itik tu terus aku beraksi macam dugong, hambis berombak keliling tu. Lepas tu dia nak aku turun lagi dia tekan belakang aku sampai dasar lama skit, memang la aku hampir sedut oksigen dalam laut tu. Mungkin dia niat nak bunuh aku gak. Lepas bergelut tu aku naik, dia kata  "oklah tu kau berjaya turun dalam 6 meter nanti prektis lagi." Bila tengok jam pukul 3 petang gelabah aku tengok kelibat Zati dan Shiwa takde. Tengok budak-budak lain semua takde. Ah sudah bot tinggal aku. Sempat aku tanya siapa nama orang yang ajar aku tadi, nama dia F je. "Aku macam ok F babaiii thank ya ajar aku". Slang sabahan terus. Aku lari-lari ke bot tengok semua dah naik bot. Sian aku ketinggalan. Seb baik Abang Anjew Allahuakbar Excuse Kiss (gigih juga aku menaip gelaran ni) dan budak hensem tu tak naik lagi. 

Dan-dan semua dah naik, dah start hujan, memang ombak besar. Masa ni aku tobat tak nak duduk depan sekali, aku duduk belakang sekali kat tepi stereng bot. KAU RASA??????? Posisi terbaik hahahahahahahahahah Masa ni tak perlu aku cover-cover memang mata aku 100% clean and clear tengok Abang Anjew Allahuakbar Excuse selama 40 minit dalam keadaan ombak yang bergelora tu. Aku tak rasa pun ombak bergelora. Bergelora lagi jiwa aku menatap mende depan mata aku ni lagi. 
Ya Allah kelakornya. Zati cerita tadi, masa awal-awal naik bot dia nyanyi lagu 2PM, Put your hands up! KPOPer rupanya. Sejiwa pulak kita. 

Malas aku nak cerita detail aksi-aksi last dan perbuatan dia pada aku masa ni. Biarkan dia menjadi rahsia aku je la (blushing). 40 minit bagaikan 40 saat. Serius tak puas. Masa ni rasa tekad nak duduk pulau makin tebal. Sampai je kat Jeti Semporna aku macam alololo sedihnya nak pisah. Tapi muke aku masih ketat, acah-acah tak suka kau pon. Tapi jiwa hanya Tuhan yang tahu. Hahahah 

Perut dah lapar, so kami cari makan terus baru naik bilik. Sebabnya kami ni basah-basah nanti marah pulak orang BBB, dah la staff dia mop lantai macam sejam sekali. So kami decide jalan-jalan sampai hampir ke Masjid besar Semporna. Kecik je pekan dia. Jalan-jalan cari restoran menarik, tapi dia just jual nasi biasa dan meehun. Bak kata Zati, alang-alang kita pergi pulau baik makan seafood. Nasi tu kat KL ada. So kami setuju ke kedai semalam. Sambil tu cuci mata kat pasar siang dorang. 
Rokok jenis ASTRO ni ada kat sini je, KL xdop
Aku pelik nampak banyak mende ni, bila tanya dia kata ubi. Dia dah siap paket macam tauhu tu. 1 paket RM3. Murah.
Ya Allah bukan lelaki je kacak-kacak kat Semporna ni, tengoklah yang perempuan cantik-cantik. Menurut Nawir, dorang ni tak pergi sekolah sebabnya family kata tak perlu. Aku tak pergi skolah tapi aku boleh aja hidup. So nasibnya budak-budak ni minta sedekah dan mencuri. Masa ni budak cantik dua depan aku ni warning, salah seorang rakan dia dah mencuri tadi. Aku macam adui sedihnya. Napa jadi macam ni. Patutnya baya ni kau gembira-gembira lari-lari kat sekolah. Tapi dorang terdesak sampaikan terpaksa mencuri. Aduii macam-macam aku fikir masa ni. Kalau saiko PEDO mesti dia tarik budak ni masuk hotel. Allahhh nauzubillahhhhhhhhh
Jalan bawak sotong kering pon nak macho-macho
Ikan buntal, seram lak banyak kes orang tak pandai masak, mati keracunan.
Banyak ikan yang aku tak pernah tengok kat pasar KL LOL
Budak-budak ni kejar dan ikut aku sampai ke BBB ok!
Gambar kak gambar. Dorang ni panggil aku "Akak cute" so aku maafkan kesalahan dorang WAKAKAKA
Sampai je restoran semalam, aku pulak order pisang panggang ni. Pas panggang dia akan sapu margerin dan serbu gula halus. Satu cocok RM1, sedap ya rabbi. 
Untuk harini, aku kan terbeli magie tomyam masa memula sampai dulu kan. So aku suh makcik tu masakkan aku 3 bungkus tomyam. Sebab dorang tak nak makan magie. Aku sorang setel. 
Maggi Tomyan Seafood, Kailan Ikan Masin, dan  Kerapu Masak Stim Lemon. Memang licin. Masak ikan kerapu stim ni RM30. Malam tu kami buat apa? Kami borak-borak pastu share gambar dan tidur. Pukul 10 malam semua dah gelap.
Nak petang masa tu cerah balik. So kesimpulan langit tak selalu cerah.... 
Yang cerah hanya cinta aku pada Abang Anjew Allahuakbar Excuse Kiss. Sampai sekarang tak boleh move on.

Prince Mateen atau Abang Anjew Allahuakbar Excuse Kiss??

Ya Allah jangan bagi aku buat pilihan macam ni, aku murung berapa hari fikir pasai ni sampai masuk wad orang. Serius, seminggu selepas aku balik dari Mabul-Semporna aku masuk wad KPJ seminggu. Nampak tak betapa hebat penangan cinta Sabahan. Lepas ni aku nak ke sana, aku nak request kat Nawir nak jumpa abg bot tu jugak. Jage!

Walaupun kami tak sempat ke Mantabuan, hanya ke Sibuan, Bohey Dulang dan Pulau Tatagan bagi aku pakej RM100 antara yang termurah. Servis terbaik, thanks Dayana arrange akak naik bot dan jumpa jodoh. Eh!.....

Ok aku dah penat senyum-senyum untuk post kali ni so untuk hari terakhir aku akan sambung nanti.

Updated: Nama abang driver bot tu Azrul, dah ade awek. So tak payah la gatal-gatal dah. Aku dah insaf dah! Aku anggap aku peminat macam minat retis je (kesian). 

Mana aku dapat tau? Panjang ceritanya, nanti aku buat cerpen ok!

Bye

Dayana - 011 2547 2110
Nawir - 012-891 1220
Company: SIPADAN LEPA SEMPORNA
#highlyrecommended