Sabtu, 20 Mei 2017

#kamenrider: Kolej UKM, Bangi - Kisah 5 (FINAL)






Salam semua, aku Nadey peminat #kamenrider (henshin!). Terima kasih admin siarkan cerita aku yang tak seberapa ni. Terima kasih juga kepada anda, anda dan anda kerana sudi baca kisah aku, kalau nak baca kisah sebelum ini boleh cari tajuk ini. 

1. BANGI BANDAR BERHANTU
2. #kamenrider BANGI BANDAR BERHANTU #PART 2
3. #kamenrider: Kolej UKM, Bangi – Kisah 1
4. #kamenrider: Kolej UKM, Bangi – Kisah 2
5. #kamenrider: Kolej UKM, Bangi – Kisah 3
6. #kamenrider: Kolej UKM, Bangi – Kisah 4

Boleh rujuk blog personal Biawak Goweng Nadey untuk melihat gambar-gambar bagi memudahkan anda berimaginasi ewah!

Minggu lepas aku pergi satu event di area Putrajaya, maka alang-alang kami singgah ke UKM, Bangi tempat yang lagi dikenang-kenangkan. Kami jalan-jalan semua tempat termasuklah sehingga ke Rumah Haiwan yang jauh terpelosok di dalam hutan UKM. Semasa memandu, satu per satu kenangan aku ceritakan pada kawan-kawan (mangsa bebelan). Ya, kini keadaan sudah banyak sangat berubah. Banyak bangunan baru, longkang tepi Perpustakaan Tun Sri Lanang dah jadi alur ilmu dah macam empangan kecil. Banyak kiosk, cafe dan tempat lepak. Laluan belakang dari Kolej Ibrahim Yaakub (KIY) tembus ke Kolej Zaaba tidak seseram dahulu. Banyak hutan ditarah, kini lapang! Namun yang masih tak berubah laluan ke Rumah Haiwan dan Rumah Tumbuhan. Kolej Keris Mas (KKM) dah cantik, tiada lagi bangunan terbengkalai kini lapang jadi tempat parkir kereta dan GLAM sudah menjadi KEDAI MAKAN LARUT MALAM?! (tarakucaca tarakucaca). Paling kelakar ada banyak patung batu berupa harimau dibuat untuk menakutkan kera-kera. Serius malam-malam memang seram tengok patung harimau tu. Nasib baik tak ada lagi komplen kata harimau tu mengaum hahaha.

Seperti yang dijanjikan ini post terakhir mengenai kisah UKM, Bangi maka aku akan berikan beberapa cerita pendek gangguan yang berlaku pada tahun yang sama. Aku nak habiskan juga, walaupun terlalu banyak untuk diceritakan. Maka harap pembaca lagi-lagi penghuni UKM kini janganlah salah anggap yang aktiviti aku di UKM hanya diganggu je tak pergi kelas bagai. Nasib baik aku grad juga. Ayuh kembali ke zaman tahun 2009 ~~

Selepas kejadian rasukan Midah dan gangguan di Danau serius aku katakan berturut-turut pula kejadian gangguan pada penghuni-penghuni lain dilaporkan. Bermakna bukan aku sahaja yang bermasalah! Siapa beritahu? Kawan baik aku Den yang merupakan Jaksa Kebajikan di kolej. Sudahlah tahun terakhir di UKM, dia terlalu sibuk untuk kendalikan kebajikan kolej tahun itu. Perkara kecil seperti nasi habis di cafe, jadual bas, jadual kelas semua tanya abang. Bila tiba isu rasuk-merasuk pun dia juga yang dipertanggungjawabkan. Memang penat. Lagi bertambah penat, mangsa-mangsa rasukan juga ada hati dengan abam Den ni. Memang hot stuff abang-abang Indie pada zaman tu. 

1. Kisah Beruk Gergasi


Disebabkan kolej diserang dengan jutaan kera (ekor panjang ya, beruk ekor pendek), aku mengambil inisiatif  membeli set-set pistol dan senapang manik (Silent Sniper). Serius, walaupun aku seorang zoologist pencinta haiwan tetapi serangan monyet di kolej waktu itu terlalu teruk sehingga mereka sudah berani menyerang kami. Kalau kau bawa plastik makanan petang-petang habislah. Pasti kau akan menangis disergah dan dirompak oleh mereka. Maka petang-petang kerja aku jadi 'penembak jarak jauh' dari tingkap bilik. Aku hanya aim pada kera-kera yang menyerang mangsa yang berjalan kaki ke blok kediaman. Senapang manik ni bukan calang-calang, aku pernah test pada Jihan dan geng-geng yang bernasib malang memang tenggelam manik pada isi kulit lemak mereka, bayangkan betapa kejam aku waktu itu pada kera-kera ini. Namun tiada pilihan, kera-kera disana sudah mengganas.


Ini pistol tu siap ada laser ok. Wakaka

Selepas join jadi fasilitator kemasukan pelajar baru dulu, aku dapat geng baru iaitu dinamakan Geng Kera (ini manusia ya jangan keliru). Geng Kera ini dapat nama sebab kami jual baju indie #kerarockclothing. Kami satu geng memang rapat, boleh kata setiap hari lepak bersama (5 waktu di mamak Al Faris Maju). Biasanya kami ramai-ramai lepak dalam pukul 12 malam ke atas. Naik motor ramai-ramai ke mapley.

Sehingga satu malam, selepas puas lepak mapley dalam pukul 2 pagi kami ramai-ramai berkonvoi pulang ke kolej. Disebabkan aku membawa penumpang Kak Mah, moto kriss aku tak mampu memecut abang-abang kera termasuk Jihan yang laju mendahului kami. Sehingga sampai di persimpangan Kolej Rahim Kajai aku memilih untuk melalui stadium. Sebabnya trauma akibat kemalangan motor aku dihempap gula-gula dihadapan Danau baru-baru ini. Laluan stadium pula mempunyai dua ke tiga bumper, aku hanya bawa motor dengan perlahan. Tiba-tiba dengan pandangan samar-samar aku melihat sesuatu kelibat berbulu yang bergerak. Jauhnya lebih kurang 100 meter dari kami. Aku menekan break. "Kenapa Dey?", Kak Mah bertanya lalu dia menjenguk melihat jalan di hadapan.
Bukan haiwan biasa ni! Kini jelas susuk badan seperti haiwan berupa kera berbulu di hadapan kami. Ia bukan kera biasa yang menyerang kolej tu, badannya besar dua kali ganda saiz badan manusia. Jelas pantulan lampu jalan ke arah badannya yang berbulu perang itu melintasi jalan dari Ibu Zain ke arah Stadium. Mungkin bunyi deruman ekzos motor menyebabkan haiwan itu sedar akan kehadiran kami. Sekali dia menoleh, terus haiwan itu menyeringai sehingga jelas gigi-giginya yang tajam itu seperti memberi amaran kepada kami. 

Aku masih terkaku, dalam hati aku jika makhluk itu selangkah ke arah kami habislah, kini aku dalam keadaan siap siaga untuk lari. Perlahan-lahan aku mengalih handle motor untuk u-turn. Masa ni aku hanya fikirkan jika dia mengejar kami, mungkin mengambil beberapa saat untuk menghampiri kami. Aku plan kalau sempat lari aku naik Kolej Kajai kalau tak sempat aku akan buat-buat mati atas jalan bersama Kak Mah. Dari jauh aku mendengar bunyi geraman makhluk itu "grrrrr grrrrr grrrrrr" 
"Allahuakbar!!!!", tanpa fikir panjang aku terus buat pusingan u-turn dan memulas throttle motor dan memecut. Masa ini Kak Mah hampir tercicir dari seat motor, dia juga masih binggung dengan apa terjadi. "Kenapa Dey" itu diulang berkali-kali. 

"HANTU BULU tu Kak Mah!!!", aku menjerit sambil memecut. Kak Mah sempat menoleh dan laju menyebut Ya Allah berulang kali. Tak boleh fikir lagi, ubah plan motor meluncur laju ke laluan Danau. Laju aku memecut sehingga sampai dihadapan blok kediaman. Kak Mah yang bingung hanya ikut sahaja aku berlari naik ke bilik. 

"Dey, siapa yang kejar kita tadi? Aku tak nampak pon! Tapi serius seriau aku masa kau buat u-turn tu. Aku fikir kalau kau tinggal aku, memang aku akan buat-buat pengsan je la". Kak Mah tercungap-cungap mencuri nafas. 

"Kak Mah tak nampak ke? Nasib baik menda tu tak kejar kita tadi tapi dia dah macam nak sergah kita dah!!", Jihan yang mendengar cerita kami rasa bersalah kerana meninggalkan kami dibelakang.

Lagi beberapa jam untuk subuh, kami paksa tidur. Beberapa ketika sedang mata baru nak terlena aku cuba berkalih badan dalam posisi mengiring. Tiba-tiba perlahan badan aku terasa berat ditindih bermula dari kaki naik sehingga paras dada. Aku paksa membuka mata, kini dihadapan aku makhluk bulu tadi! Taringnya yang tajam kini hanya berapa inci lagi dengan muka aku. Mungkin aku mimpi, aku pejamkan mata dan baca ayatul Qursi. Semakin kuat aku baca, semakin kuat dada aku ditekan. Seperti tak cukup nafas, mungkin akhirnya aku dalam keadaan begini. Apa yang aku fikirkan hanya mati. "Allahhhhhhhhhhh" aku menjerit akhirnya makhluk berupa kera gergasi itu seperti menunjal kakinya ke dada aku dan melompat keluar melalui tingkap bilik kami.

Aku bangun dalam keadaan masih menahan sakit, lihat Kak Mah dan Jihan nyenyak tidur walhal tadi aku menjerit, meronta-ronta tapi mereka langsung tak dengar. Tengok jam lagi beberapa minit pukul 4 pagi, terus aku buka laptop dan mainkan surah al baqarah dengan harapan jin tersebut keluar dengan aman. Aku takut nak pasang surah panas khuatir kelibat jin berbulu tadi mengamuk. Mata aku kali ini tak boleh pejam sehingga subuh, teringat kembali aksi kelibat itu rapat beberapa inci lagi dari muka aku. Nauzubillah, apa yang berlaku pada diri aku sejak akhir-akhir ni?

Aku beritahu pada Jihan kisah ini, dia nasihatkan aku supaya tidak lagi menyerang kera-kera itu dengan pistol manik. Bila aku beritahu kisah ini pada ayah aku pula dia memberi respon marah "Padan muka kamu! Kamu tahu kera-kera ni badi dia kuat (jin) jangan suka-suka pukul, siksa, tembak, racun kera ni. Dulu kawan ayah pernah racun kera ni, sebab binatang tu kacau tanaman dia macam kebun kita. Tak lama lepas tu dia mati keracunan pula. Dasyat tau memula macam kena santau kera, bila doktor buat post-mortem sahkan racun yang sama dia racunkan kera tu ada dalam usus dia macam kuantiti dia makan pula banyaknya. Kamu jangan main-main pistol manik tu bukan tak kuat, nasib baik menda tu tak gigit ke serang kamu". Selepas kena marah, aku pun takut untuk tembak sebarangan. Aku guna pistol tu hanya untuk bermain-main diwaktu lapang bersama Geng Kera.

Sebenarnya beberapa kali aku terserempak dengan pontianak dan gula-gula di laluan Stadium betul-betul bawah kolej Ibu Zain. Bukan aku seorang tapi ramai antara pembaca FS juga kena benda yang sama. Sebab tu aku lagi rela lalu Danau yang cukup angker tu sebabnya laluan Stadium tu berkali ganda lebih angker.

2. Kisah Fire Drill

Satu malam ni elok pula aku rajin nak ulangkaji pelajaran (acah-acah) tetiba bunyi loceng kecemasan begitu kuat dan lama sangat tak seperti kebiasaan. Felo ketuk bilik sambil terjerit-jerit paksa kami keluar berkumpul kat court bola tampar. Rupanya latihan fire-drill. Terpaksa keluar sebabnya elektrik satu blok akan dipadamkan. Walaupun malam masih awal tapi kalau gelap dan panas boleh mendatangkan amarah maka kami dengan muka terpaksa ikutkan aje arahan. Suasana court bola tampar agak gelap kerana hanya beberapa lampu sahaja yang hidup itupun segan-segan menyuluh. Kami diarahkan duduk dalam keadaan berbaris mengikut blok dan aras.

Sedang elok duduk bersantai, kedua belah tangan aku menongkat ke simen condong kebelakang rapat menyendeng pada Jihan. Itu adalah signal aku pada Jihan supaya dia mengurut bahu aku. Tiba-tiba ada perempuan India ini pijak jari manis aku tanpa segan silu. Bukan seorang tapi dua orang nasib baik kurus. Masa ni habis carutan keluar, aku bangun dan jerkah kearah budak yang 'step and run' tu. Responnya dia menjerit "hantu!!!!!!!". Serta-merta keadaan sekeliling aku kecoh, berpusu-pusu menolak kami. Aku toleh kiri, ada seorang perempuan sedang merangkak dan merengus-rengus lagak seperti harimau hanya beberapa langkah dari aku. Macam dalam cerita Waris Jari Hantu, memang meremang nasib baik aku tak bersilat.

Masa ni aku dah tak berani nak buat macam kes Midah. Setakat baca ayat Qursi dari mulut aku macam tak lut dengan saka harimau dia. Serius masa ni mata perempuan tu berubah habis. Dalam gerun itupun, aku masih mengekalkan jarak dengannya acah-acah berani. Dalam hati aku hanya membaca ayat pendinding untuk diri aku sahaja. Abang Samat sekali lagi beraksi, lama juga dia cuba mengawal agar mangsa rasukan tidak bertindak menyerang orang lain. Disaksikan dengan ratusan pelajar, masing-masing ternganga. Ada yang takut lari dari tempat kejadian.

Beberapa kali mangsa rasukan itu hendak menyerang Abang Samat namun entah apa yang dibacanya sehingga budak itu akhirnya berguling-guling dan pengsan. Felo dan beberapa orang kuat Jaksa bantu mengangkat mangsa kembali ke bilik. Seperti habis persembahan, bomba pula menyambung demo langkah keselamatan jika berlaku kebakaran seolah-olah kejadian tadi hanya laluan iklan semata-mata.

Selepas habis semua demo, kami diarahkan kembali ke bilik. Masa ini ramai Jaksa berkumpul di blok aku. Aku berjumpa dengan Den, Afun ajak ke mapley seperti biasa, namun dia menyuruh kami menunggu mereka sebentar. Sementara menunggu Den dari bilik budak yang dirasuk itu aku bawa turun pistol manik dan bermain-main dengan Afun dan Jihan. Kami berlari-lari keliling blok dan tiba-tiba aku tak sedap hati bila terdengar suara lelaki menjerit. Permainan kami terhenti dan kembali serius. Den keluar menemui kami dan mengajak ke mapley untuk sambung bergosip mengenai budak tadi.

"Budak tu teruk kena weh sampai nak terjun dari tingkat dua tu, saka tak nak keluar. Ustaz Harun Din pun dah tak nak tolong sebabnya budak tu degil juga. Tak nak dengar cakap. Macam ni dia kan bab-bab saka ni ustaz tu boleh tolong sikit je, tapi kalau dia tak amalkan ayat-ayat pendinding, tak ikut pantang-pantang macam kena tutup aurat dan jaga solat tu memang saka itu akan datang semula. Memang payah lagi-lagi bila saka tu minta pengeras la macam-macam", sambung Den. Perbualan kami malam itu serius. 

Kasihan pada ahli-ahli Jaksa yang jaga budak ni tak kira masa. Sebabnya gangguan ini tak menentu, tak bermusim berlaku tanpa dirancang, maka Den berikan nombor telefonnya dan ID Yahoo Messenger (YM) kepada budak berkenaan.  Tapi tak sangka pula budak tu ada hati dengan Den ni. Haha, nasiblah. Memang niat baik bagi nombor untuk kecemasan tapi lagi cemas terpaksa layan mesej peribadi dari mangsa saka ni. Nasib baiklah Den ni jenis tak melayan, alasan busy tesis, tahun akhir kan (haha untunglah isteri Den sebab suaminya jenis tak melayan). Nasib baik juga saka itu tak serang atau kacau si Den ni. 

Setelah mendengar cerita yang tak berapa penuh dari Den ni barulah kami dapat tahu cerita sebenar. Ingat tak aku pernah beritahu ada kes rasukan di post #kamenrider KOLEJ UKM, BANGI Kisah 1 rupanya dia adalah orang yang sama. Tak sangka juga bilik budak itu memang sebaris dengan bilik kami, cuma berlainan aras. Sejak tahun pertama lagi kes dia tak selesai dan sejak itu juga banyak aduan gangguan dilaporkan. Kebetulan ke semua ni?  Selama ini gangguan yang kami hadap itu dari jin yang sama juga ke? Mungkin jin yang sama menganggu kami dan tiada berkait langsung dengan kes perjanjian 11 tahun kolej tu. Mungkin juga saka itu ibarat punca jin-jin yang lain mengamuk atau mungkin juga jin-jin yang terlepas dari perjanjian 11 tahun tu happy dapat jumpa keturunannya. Wallahualam

Maaf itu je kesimpulan dari kes saka ni aku tak expert bahagian penyiasatan misteri alam lain. Baru-baru ni Abang Samat komen post aku, katanya budak tu ada TIGA saka sebenarnya. Bila aku tanya saka apa tak berjawab pula. Bengang pula aku. Apa-apa pun hebat dugaan mangsa saka tu, ya memang susah nak istiqomah lagi-lagi bab ikrar pemisah. Dalam post akan datang aku akan ceritakan detail tentang 'ikrar pemisah' ini, in sha Allah. Semoga dia berada dalam keadaan sihat sejahtera.


3. Kisah Anjing Hitam dari Bukit EiMas

Sejak dua menjak ini kecoh dengan ulangan kes rasukan saka harimau di blok aku. Masa ni aku rasa serabut sangat, cerita ini berjaya membuatkan kami penghuni blok merasa takut yang amat. Namun, perasaan itu tidak menyekat aktiviti aku pada kelab kesayangan, Kelab Sanggar Mas. Ada latihan teater perlu aku hadiri, janji selepas isyak namun haritu aku perlu siapkan beberapa tugasan maka aku lewat keluar dalam pukul 10 malam begitu. Aku berjalan kaki ke Foyer kerana motor aku Kak Mah pinjam untuk ke Rumah Haiwan petang tadi dan dia terus ke bilik latihan teater siapkan sesuatu kerja. Keluar sahaja aku dari blok angin kuat menyerbu tubuh, seperti petanda hendak ribut. Laju kaki aku mendaki bukit sehingga sampai di simpang empat, kiri aku jalan ke EiMas, depan Foyer dan kanan laluan depan GLAM.

Tiba-tiba kuat pokok di bahagian jalan ke Eimas itu bergegar berselang dengan bunyi gerulan seperti anjing. Grrrr..... grr...... Masalahnya yang bergegar itu beberapa pokok disekeliling jalan termasuk di semak dinding bukit tersebut. Seperti ada beberapa ekor anjing turun dari bukit menghala ke arah aku. Alamak, anjing ni kalau aku lari lagi dia kejar. Dengan muka tak berperasaan laju aku melangkah dan terus ke GLAM tak jadi naik ke Foyer. Seram.

Malam itu kecoh lagi salah seorang rakan kami, Yah pengsan, migrain yang teruk. Dalam masa yang sama Midah ada mengadu yang dia ternampak kelibat pontianak lalu-lalang di pintu dewan tempat kami berlatih. Ada beberapa rakan berkumpul rapat dengan Midah takut dia dirasuk lagi rupanya bukan dia seorang yang melihat pontianak itu. Salah seorang junior kami juga lihat kelibat tersebut.

Dalam keadaan kecoh itu, ramai cuba membantu mengangkat rakan kami yang pengsan ini. Sam rakan kami cuba mengangkat namun Yah tersedar dan dia meminta aku sendiri yang mengangkatnya. Aku risaukan kecederaan lutut aku, tapi lihat keadaan Yah yang terdesak aku cuba. Ramai mengiringi kami takut-takut aku terjatuh dan cedera semula. Bayangkan gigih aku angkat seorang gadis dari dewan sehingga turun bukit ke blok 10. Semasa kami lalui simpang empat, mata aku meliar melihat semak yang bergegar tadi. Langkah aku semakin laju menuruni bukit, yang penting sekarang keadaan Yah bukan anjing tadi.

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami dan aku selamat menghantar Yah ke biliknya. Aku mendapat panggilan dari Abang Zam ajak lepak mapley. Ada benda nak diceritakan oleh Sam, dengar macam hal penting je. Sampai sahaja di simpang empat itu sekali lagi semak itu bergegar, kali ni gegar habis semua pokok-pokok tepi jalan termasuk di atas bukit. Masa ni lutut aku pedih sangat, memang tak boleh berlari. Takutnya ya Allah masa ni sebab kalau diserang, memang aku hanya mampu berserah pada yang Esa.

Gerulan anjing semakin jelas menuruni dari atas bukit maka keluarlah seekor anjing hitam yang besar dengan matanya yang merah sagu bersinar, terbeliak. Riaknya seperti memberi amaran pada aku, beberapa kali aku disergah dengan gonggongannya yang kuat terus jelas kelihatan taringnya yang tajam dan panjang. Anjing ini bukan anjing biasa. Masa ini bukan setakat meremang dah, satu badan mengigil ketakutan. Ini kali pertama aku melihat anjing jadian yang menakutkan depan mata. Jaraknya kini boleh kata dalam sepuluh langkah dari aku. Aku sempat lihat sekeliling, hendak menjerit namun suara aku tenggelam.


Bibir hanya mampu menyebut Allah sahaja. Aku cuba juga untuk bergerak setapak kehadapan tapi anjing itu seolah menghalang aku melarikan diri. Kali ini dia mendekati aku. Aku kaget, mati akal nak buat apa lagi, hanya kaku menunggu diserang (Allahuakbar ngeri sangat bila diingat semula kejadian ni). Tak lama selepas itu ada seorang senior, Abang Shah keluar dari kereta dan tolong menjerkah kearah anjing tu (masa ni dia tengah dating dalam kereta parkir depan GLAM). Nampaknya dia pun tergamam dengan apa yang jadi. Rasanya dia dan pasangan merupakan saksi penuh antara aku dan anjing jadian tadi. Syukurlah sebaik sahaja dia mendekati aku, anjing tu terus masuk merempuh semak-semak laju naik ke atas bukit hutan dan menghilang. Tak sempat ucap terima kasih aku terus berlari masuk dalam bangunan merentasi GLAM. Lupa terus lutut pedih.

Aku memberitahu Abang Zam kisah tadi. Dia hanya gelakkan aku. Di mapley Sam tunjukkan aku beberapa batu geliga hitam yang dimilikinya. Aku tak terkejut sebenarnya semasa Midah dirasuk Sam memegang batu geliga itu dan membantu Abang Samat. "Aku tau menda tu ada pada kau. Masa Midah kena rasuk tu aku nampak la menda tu belakang kau", aku terus paling ke belakang. "Sekarang dia takde haha". Saiko sangat gelak macam tu. Malam tu kami rancak berborak cerita-cerita hantu ni. Aku beritahu mereka juga kisah penuh anjing jadian hitam besar tadi.

Borak punya borak tak sangka dah pukul 5 pagi. Kami pun beransur la pulang menaiki kereta Sam, sampai sahaja di simpang empat depan blok 10 dan EiMAS terus terpacul mulut aku beritahu mereka "Wehhh sinilah aku jumpa anjing hitam besar tu sinilah!". Terus aku kena marah dengan Abang Zam dan Sam "Woiii ko pehal tegur menda tu aduiiiiiii dia nampak kita dah!", Sam merengus. "Lantak ko la dia memang ikut ko.. lantak".

Aku rasakan Sam sengaja nak takutkan aku. Aku gelak-gelak awkward sebab baru tersedar kesilapan aku tadi. Memang masalah aku ni suka menegur. "Weh camne ni aku takut... Jihan balik kampung!" aku dah cuak. "Dah tu takkan ko nak tidur bilik kami? Dah pandai tegur pandai la hadap aku tak tau!", Sam gelak-gelak. Dengar dia gelak aku ingatkan diorang hanya bergurau. Dengan langkah yang berat, aku naik ke bilik. Dalam hati aku beberapa minit lagi nak azan takde dah hantu-hantu ni. Aku fikir hantu dah tak aktif waktu ni. Memandai je.

Sampai je kat bilik aku baru nak duduk cabut tudung bagai, tetiba pintu bilik aku diketuk kuat gila. Rasa macam nak pecah pintu kayu tu. "Dung dung dung dung....!!!" Aku terkejut, cuak gila nak buka, hantu apa lagi yang kacau aku sorang-sorang ni??! "Siapa?!". Tiada sahutan. "Dung dung dung!!" tapi kali ni tombol pintu pula bergegar seolah-olah ada sesuatu pulas tombol pintu untuk masuk. Masa ni aku terus jerit ya Allah, kuat gila aku baca ayat Qursi, tapi tak jalan. Aku nak buat apa ni. 

Ketukan berhenti...

Aku terus teringat dulu ketua Jaksa ada bagi kami ayat pelindung diri. Aku tampal kertas tu kat blueboard pada dinding.


A'uzubillah himinassyaitanirrajim
Tahasantu bihisni Laila ha illallah Muhammaddarasulullah. 
Maksudnya :
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.
Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad Rasulullah.

Aku hembus pada pintu dan sekeliling aku memusing ikut pusingan tawaf kaabah (ada cara lebih betul sila tanya ustaz) masa ni aku terdesak semua perlakuan aku ikut logik akal je. Aku ulang ayat tu lebih 3x dan ulang perlakuan yang sama. Ingatkan setakat itu saja gangguan. Tiba-tiba sekali lagi pintu itu diketuk kuat. Kali ini hanya dalam beberapa kali sahaja. Seingat aku ketukan terakhir tu cukup kuat berbanding sebelum ini. Macam berang yang amat. Mungkinkah yang mengetuk itu anjing hitam tadi? Betullah kata Sam yang dia sudah nampak kami sebaik sahaja aku menegur tadi.

Aku terus menelefon Abang Zam supaya dia datang ambil aku semula, aku takut gila masa ni. Setiba Abang Zam dan Sam dibawah blok, dia memaksa aku keluar saja dari bilik. Tiada pilihan. Memang aku takut, tapi dorang tak boleh naik blok perempuan. Aku jerit Allahuakbar buka pintu dan berlari ke bawah.

"Dari atas abang dengar ko lari, bergegor bangunan", nampak je muka aku terus kena bahan. Kaki aku terus lembik. "Mana kete ko?", aku tanya Sam. "Sumpah aku tak larat nak jalan sumpah! Kita kena keluar dari sini. Dia serang bilik aku tadi".

Mereka tak bawa kereta hanya berjalan kaki ke bawah. Serius aku lembik lutut nak berjalan. "Aku dah katakan mulut kau kena jaga. Memang aku tau tapi aku tak sangka dia betul-betul marahkan kau". Sepertinya Sam masih berlampik berbicara mungkin dia tahu menda tu masih berada dekat dengan kami. Mereka hanya mampu teman aku di cafe sehingga azan subuh. Tak berani naik ke bilik lagipun sudah sekian lama aku tidak solat di surau kolej. Cerah je langit, aku terus roger kawan aku Ecah dan sambung tidur dibiliknya (tak mandi sampai ke zohor). Dia juga menemani aku ke bilik ambil pakaian dan keperluan. Petang itu juga aku balik ke rumah, takutlah nak tinggal sorang-sorang tanpa Jihan.

Rentetan kisah pontianak malam tu, rupanya pada hari yang sama juga beberapa rakan teater yang lain mengadu yang mereka nampak benda putih terbang kat blok 14, iaitu blok hujung sekali. Malam tu pesta pontianak ke ape?  

4. Kisah jelmaan Jihan]

Kejadian ini berlaku waktu short sem sebelum kami pindah duduk Kolej Ungku Omar. Kolej hampir kosong, semua cuti sem. Bila usha, aras kami ada dalam dua bilik saja berpenghuni. Al kisah pelajar cemerlang biasanya tengahari baru nak bangun. Aku golek-golek atas katil layan kartun sebelum mandi tunggu Jihan bangun tidur. Tengok dia syok je selubung dalam comforter. Panas kot! Dengar je azan Zuhur, aku kejut Jihan sebab petang tu kami plan melawat rumah saudaranya di Gombak, alang-alang singgah rumah aku sekali. 


Tengok Jihan muka sememeh, terpisat-pisat mata aku bangun capai tuala dia. Kami berborak-borak macam biasa. Seingat aku, Jihan cari kunci bilik sebab kami nak mandi bersama kan, bahaya tinggal bodo je bilik ni, laptop semua ada. "Tak pe Jihan, aku ada ni ha... jom jom lewat lak kang", kunci tu aku campak dalam bakul mandian.

Kami berdua beriringan ke tandas sambil mulut tak henti berborak. Memula kami gosok gigi kat sinki dan baru mandi bersebelahan, kiranya Jihan berada di bahagian kiri aku. Kami berdua ni ada perangai pelik sejak kali pertama kami berjumpa. Kalau siapa siap mandi awal dia akan sorok tuala orang yang lambat, maka yang lambat tu terpaksa tak bertuala la ke bilik (haha korang bayang apa? Pakai baju busuk balik la ke bilik). Sebab kali ni kami berdua ada plan bersama maka acah-acah tak nak buat prank bodoh macam biasa la. Tapi aku tak pernah tertipu dengan lakonan Jihan, aku sidai tuala aku bahagian belah kanan aku. Tengah syok mandi, syampu habis. "Jihan nak syampu sikit". Jihan tak sambut pertanyaan aku tapi botol syampu dihulur. Pelik, Jihan mandi belah kiri aku...tapi yang bagi syampu belah kanan. Masa ni terus kiri kanan aku bunyi air hujan mencurah. Serius masa ni aku fikir, Jihan nak buat prank sebab tu dia kelirukan aku. Terus aku capai tuala yang disidai pada dinding kanan dan gantung pada tombol pemulas air.  Kini kiri kanan aku ada orang mandi. "Thanks, wangi doh syampu ni", Jihan masih tak respon pada aku mungkin ada orang lain mandi takut ditegur bising dalam tandas kan, maka aku masih bersangka baik. Aku hulur semula botol syampu dan disambut normal. 
Aku dah siap, tapi dengar kiri kanan aku air masih berpasang. Hehe ada peluang aku curi tuala Jihan. Aku keluar je, terus capai tuala Jihan dan berdesup berlari ke bilik. Adui, kunci dalam bakul ni susah pulak nak capai. Takut disergah Jihan maka aku kelam-kabut cari kunci nak buka pintu tiba-tiba...

"Woi noks!!! Baru bangun ke? Anak dara apa kau ni bangun lewat!", tu suara Jihan!! Aku paling muka tengok Jihan dengan helmet dikepala sambil hayun bungkusan ditangan berjalan ke arah aku.  

"Nah aku belikan ko makanan terus tak yah kuar dah", selamber je Jihan masa tu. Aku masih tercengang. Laju je tangan Jihan buka pintu bilik dan masuk. 

Tuala yang aku rembat ni siapa punya? Syampu siapa yang aku guna tadi? Siapa yang gosok gigi dengan aku tadi? Siapa yang berborak dengan aku tadi? Siapa yang tidur berselubung dalam bilik ni tadi? Gila! Ini memang GILA. 

"Kau pergi mana? Pukul berapa kau bangun?"
"Jihan nama pakwe kau apa", bertubi-tubi. Aku nak sahkan yang Jihan depan aku adalah yang original.

"Kau kenapa aku tadi setelkan pendaftaran bilik kita kat UO kau dah kenapa?", kering gila cara kau jawab.

"Nama pakwe kau apa...? Baik kau jawab", aku terus bangun buka pintu, kalau dia jawab nama lelaki lain aku memang akan lari. Pergi mati dengan bilik tu. Lantak!

"Sulaiman GILA!!!", betul tapi aku tak puas hati.

"Pakwe aku sekarang siapa?", haa soalan ni rare.

"Kau tu LONERANGER, nak cina je", Subhanallah.... nasib baik. Aku dah cuak, tuala siapa yang aku pegang ni. Adoi mesti mangsa keadaan tu tak boleh kuar jamban tuala kena rembat.

"Jihan teman aku pergi tandas jap, aku terembat tuala orang la", kami berdua ke tandas. Dalam 6 bahagian tempat mandian, hanya satu sahaja yang basah iaitu tempat aku mandi tadi.

"Tuala siapa kau ambik ni gila?", aku terus campak tuala tu pastu kami berdua lari serentak keluar. Jihan yang blur tu pun kelam-kabut lari tak memasal.

"Sumpah weh aku mandi dengan kau kita sama-sama pergi tandas tadi. Kita berborak kita share syampu...". Jihan yang berhati kering ni senyum je. 

"Ok malam ni kita balik Gombak. Aku takut owner tuala cari kau. Seriau aku tengok tuala tadi. Tah siapa-siapa punya tuala kau rembat. Sebab tu aku rasa kita kena stop aktiviti curi tuala ni. Aku syak kita galak sangat kat tandas tu sampaikan dia pun nak join", hanat betul seram gila ayat Jihan nak main sekali tu. Sejak tu kami insaf tak buat perangai camtu dah, tapi seperti aku cakap tadi aku tak pernah percayakan lakonan Jihan. 



5. Kisah surau Kolej Burhan (Kisah bonus dari pengalaman kolej lain)

Kami geng #kerarockclothing ni aktif jual baju-baju indie termasuklah hari kolej Burhan ni. Kami agak galak la kat sana, gelak-gelak memeriahkan event. Malam tu pulak ada konsert indie lupa retis indie band mana yang perform. Biasalah adat meniaga meja tak boleh tinggal kosong kang baju kena rembat. Kami tukar-tukar orang tapi galak sangat kan sampai melewatkan waktu solat. Aku turun bawah mencari surau untuk tunaikan Asar. Masa tu dah lewat lebih kurang 7 petang. Memang dah gelap. Masa nak ambil wudhuk tu aku lega sikit sebab ada orang juga. Sekali imbas dia langsing, tinggi, muda lebih kurang aku. Aku ni jenis tak menegur orang maka aku buat hal aku je. Aku sempat kerling tengok dia ambil wudhuk berulang lebih tiga kali. Mungkin dia saja nak lambat-lambat tunggu aku masuk sekali.

Aku cepat-cepat masuk surau kelam-kabut nak solat ni, sarung je telekung tiba-tiba ada jari sentuh bahu aku dan barulah ada suara "awak....". Mungkin perempuan tadi ni. Aku sarung cepat-cepat untuk respon orang yang sentuh aku tu, mungkin dia nak tanya sesuatu. Rapi sarungan telekung ke muka, aku tengok kiri kanan. Tak ada orang! Aik, siapa yang tegur aku tadi? Aku ni berkhayal ke? Masa ni suram je keadaan surau tu membuatkan aku bertambah takut. Mulanya aku berada di saf depan sebelum langsir pembahagi antara ruang solat lelaki dan perempuan. Tapi selepas apa yang berlaku tadi, aku bayangkan buatnya dia sergah aku dari belakang, lebih baik aku solat kat penjuru belakang. Aku bergerak ke belakang.

Tengok jam dah lewat sangat takut tak sempat aku terus solat. tak boleh kyusuk langsung tapi tak ada pilihan kena habiskan juga. Setiap kali aku sujud, takut sangat nak tengok kiri kanan maka aku pejamkan mata aja. Masa ni aku rasa seolah-olah ada sesuatu depan aku tengah tengok aku solat. Aku selalu ulang dalam kepala 'ni khayalan je Nadey, khayalan ok'. Rasanya nak masuk rakaat keempat. Aku bangun dari sujud aku nampak perempuan tadi duduk bersimpuh depan aku. Betul-betul mata aku bertentangan dengan mata dia. Aku terkejut sempat melatah, tak sempat takbiratulihram aku terus cabut berlari dengan telekung keluar dari surau.

Weh gila gila!!!!!!!! Tu zikir aku semasa berlari. Beberapa langkah selepas keluar dari surau ada lelaki tengok aku pelik. Dia tegur kenapa? Aku cakap, ada hantu. Dia agak terkejut dan mengajak aku masuk semula ke surau.

"Haha mana ada hantu, kitorang nak masuk ni nak azan maghrib dah", aku mengikut dia masuk semula. Yang peliknya masa aku masuk, surau terang-benderang. Ada beberapa jemaah sudah berada dihadapan saf. Keadaan berbeza yang amat masa aku mula masuk tadi, kosong dan suram. Bila masa ada jemaah yang lain ni? Padahal aku masuk tadi seorang sahaja, tak... berdua dengan hantu tadi.

Memang aku pulangkan kain telekung, aku qada' ganti je waktu Asar tu. Rempit motor ke Masjid Besar UKM lagi selamat. Maka kesimpulannya jangan lewatkan waktu solat ya.

Banyak lagi kisah yang berlaku tetapi hanya gangguan biasa, kalau gangguan kat Lab tu setakat kerusi gerak, terkunci dalam bilik sejuk beku pun pernah, kelibat jelmaan tu gangguan biasa, kena kejar babi besar hala ke rumah haiwan, babi besar depan Canselori dan banyak lagi. Kena hempap? Ermm aku hanya kena beberapa kali sahaja. Tips? Sebelum tidur 3 Qul dan ayat Qursi tiup ludah kiri kanan dan tiup sapu ke seluruh badan. Sebab tu je yang mudah diingat. Kalau aku uzur pon aku baca ayat tu je. Alhamdulillah, Allah permudahkan semua urusan aku di UKM tercinta sehingga hari graduasi. Cerita gangguan ini hanya sebagian dari memori indah aku, alhamdulillah.


Tamat Kisah UKM.

Aku akan terus menulis walaupun ada yang komen cerita aku hambar, terima kasih. Komen itu membuatkan aku lebih berkobar-kobar membaiki penulisan. Nak sampaikan cerita ini sebenarnya susah. Nak tarik pembaca berimaginasi agar jalan cerita difahami seperti pembaca itu sendiri mengalami dan menjadi seperti hero dalam sesuatu cerita itu amat payah. Saya tabik pada penulis-penulis hebat sehingga aku sendiri fanatik pada beberapa penulis.

Untuk spoiler cerita akan datang, aku akan menceritakan pengalaman yang aku alami baru-baru ni. Aku sebenarnya dah lama tak rasa pelik-pelik ni. Seperti yang beritahu di wall FB aku, mengenai Sihir Pengasih. Haha kelakar kan? Sebab aku bukan dalam kategori wanita cantik Malaysia tapi entahlah. Dugaan kan, alhamdulillah sebab tu jiwa aku terdesak nak berkongsi terutamanya pada orang yang senasib atau mangsa yang masih tidak sedar disihir (nauzubillah minta jauh). Zaman moden kita ini penuh orang yang minda kolot. Baru-baru ni juga bila aku baca satu post di FS tentang Sihir Pengasih aku terkejut. Ya Allah menangis aku, cerita aku lebih kurang tapi tak seteruk penulis tersebut. Hebat betul dugaan kau dik. Mesti ramai yang panas anggap cerita ni bersambung lagi. Maaf bukan bersambung ya tapi ini hanya SPOILER. Doakan aku sihat dan terus menulis. Jika panjang umur aku kongsikan ya, salam henshin!










Rabu, 17 Mei 2017

#kamenrider: Kolej UKM, Bangi - Kisah 4

Atas permintaan Mijan bagi letak gambar beliau sebagai intro wakakak



Salam semua, aku Nadey peminat #kamenrider (henshin!). Terima kasih admin siar cerita aku yang tak seberapa ni. Terima kasih juga kepada anda, anda dan anda kerana sudi baca kisah aku, kalau nak baca kisah sebelum ini boleh cari tajuk ini

1. BANGI BANDAR BERHANTU
2. #kamenrider BANGI BANDAR BERHANTU #PART 2
3. #kamenrider: Kolej UKM, Bangi – Kisah 1
4. #kamenrider: Kolej UKM, Bangi – Kisah 2
5. #kamenrider: Kolej UKM, Bangi - Kisah 3

Sedikit gosip mengenai misteri di UKM...

Tahun 2009 adalah tahun kemuncak kekecohan, gangguan demi gangguan misteri berlaku di sekitar kolej aku. Desas-desus mengatakan kolej kami mempunyai ikatan perjanjian setiap 11 tahun dengan pemilik asal kawasan iaitu merupakan sebuah penempatan perkampungan orang bunian dan tahun itu juga adalah ulangtahun perjanjian tamat! Kiranya habis perjanjian, 'pagar' sudah tiada. Maka dengan itu, meriahlah jin-jin ini menganggu penghuni-penghuni kolej. Amboi!

Menurut kenalan super duper senior, yang merupakan saksi (entah betul atau satu penipuan) kepada kejadian yang penuh kontroversi di UKM iaitu PINDAH JIN DENGAN BAS yang dilakukan oleh Allahyarham Dr Harun Din yang melibatkan beberapa buah bas yang membawa ribuan ekor jin itu kelihatan seolah-olah bas itu kosong tapi berat sangat muatannya sehingga tak boleh bergerak. Menurut beliau lagi, pemandu bas tersebut diarahkan menutup segala cermin pada bas itu bagi mengelakkan penampakan yang boleh membuatkan bas itu terbabas atau pemandu bas tersebut cabut lari keluar dengan tiba-tiba.

Serius menangis si pencerita mengiyakan bahawa kejadian itu betul-betul berlaku namun beberapa tahun selepas aku grad dari UKM, Allahyarham memberi penyataan media bahawa berita itu palsu. Bagi pendapat aku, cerita ini bukan disampaikan oleh satu dua orang malah berjuta penyampai , pendengar dan pelbagai versi pun ada. Logik tang pindah jin tapi kenapa guna bas? Bak kata salah seorang yang komen dari post Kisah 2, Putera Cool mengatakan teknologi jin 1000 tahun kedepan dari kita (jika jumpa hadis sohih kongsikan ya). Bak kata Allahyarham Dr Harun Din pula, kenapa guna bas sedangkan jin boleh bergerak dengan pantas kerana jin dijadikan dari api. Allayarham membuat pernyataan sebegini mungkin kerana tidak mahu golongan penyebar fitnah menyebarkan berita palsu yang menakut-nakutkan penghuni kolej.

Tahu kisah tentang gangguan dua pokok besar condong ke bangunan Canselori UKM? Kes rasuk melibatkan pelajar dan pekerja di UKM? Rasanya kolej mana berhampiran dengan bangunan Cancelori tu hehe? Ha, itu cerita betul! Ramai kontraktor cuba tebang pokok tu tapi tak berani walaupun dibayar mahal sekalipun. Jin pada pokok itu mengamuk kerana tempat tinggalnya diganggu akhirnya berjaya ditenteramkan oleh Allayarham dan beliau sendiri yang memotong, membakar pokok tersebut.

Kisah dari ayah aku pula, hebatnya ilmu Allahyarham ini beliau sering diminta untuk menolong menyelesaikan masalah gangguan dari dalam dan luar negara.  Contohnya jin-jin di puncak menara KLCC dan rumah perdana menteri kita di Putrajaya. Ramai ustaz, bomoh dan orang-orang hebat ilmu mistik dari dalam dan luar negara cuba menyelesaikan masalah ini  namun gagal sehinggalah Allahyarham datang membantu. Sebenarnya banyak sangat pengalaman hebat Allahyarham ini untuk diceritakan namun aku tak dapat berikan jaminan sejauh mana kesahihan cerita ayah aku itu. Al-Fatihah hadiah untuknya.

Kembali pada sambungan post sebelum ini

Bismillah..

Seperti yang dijanjikan, untuk kisah 4 ini adalah penutup kisah Midah dan pembukaan kisah Panglima Hitam. Untuk sekali imbas dari Kisah 3 yang merupakan kisah khas 'Rasukan Midah' kerana peristiwa itu masih jelas terpahat di kotak memori kami semua famili Teater Sanggar Mas. Dan aku tahu pasti diantara anda menantikan plot klimaks dalam kisah 4 ini namun awal aku katakan kisah Midah ini tidak panjang seperti yang dijangkakan (kecewa kan?).  Sejak dari peristiwa itu, berturut-turut kes gangguan dilaporkan oleh penghuni kolej seolah-olah banyak pula makhluk yang mengamuk. Kenapa banyak sangat kes dalam masa yang sama? Kebetulan atau kes sebegini memang perkara biasa berlaku setiap tahun di kolej ini?

Malam itu, selepas kejadian kemalangan motor aku di depan Danau niat untuk pulang terpaksa ditangguhkan. Tiada pilihan Hasif menyuruh aku naik ke bilik juga memandangkan lagi beberapa jam sahaja untuk masuk waktu subuh. Sampai sahaja dibilik aku terus diserbu oleh bebelan dari Jihan. Namun sedikit pun tak masuk ke rongga telinga. Apa yang aku runsingkan adalah bau kapur barus yang masih menusuk kuat ke deria hidung aku sejak dari Danau lagi. "Jihan teman aku pergi tandas". Sambil membebel itu Jihan mencuci luka dikaki aku. Mata aku meliar kiri kanan mencari punca bau yang kuat itu. Tidak mungkin khayalan aku kerana dari tadi Hasif juga terbau menda yang sama.

"Nasib baik luka tak teruk. Tunggu sini aku ambil tuala jap", tanpa menunggu respon aku Jihan terus berlari ke bilik. Kini aku sendirian di dalam tandas. Sudah aku katakan sebelum ini aku tidak suka melihat cermin tetapi mata gatal untuk mengalih juga pandangan. Dari mana datangnya keberanian, kali ini lama pula aku memandang cermin. Tiada sebarang tanda kelibat hitam pada aku, belakang, kiri kanan badan aku.. TIADA. Betulkah kelibat hitam itu pendamping aku?

"Fuhhh!!!!" dengan sekelip mata, ada sesuatu angin kuat meniup tepat ke telinga kiri aku. Kali ini merebak bau kapur barus bercampur bau tanah yang menusuk. Aku menjerit terkejut yang amat sehingga terduduk!! " Jihan!!!!!!!!!!!!!!!", masa ni betul-betul aku menangis. "Kenapa nox?", suara Jihan kelam-kabut berlari masuk tandas.

"Ada menda tiup kat telinga aku tadi!!!! Aku takut..", mata aku meliar takut gula-gula munculkan diri. Bau kapur barus tadi hilang serta-merta. Jihan mengarahkan aku supaya mengambil wudhu sebelum pulang ke bilik.

Jarang melihat aku menangis, Jihan terkedu. Dia tutupkan semua tingkap, turunkan langsir dan bacakan surah-surah pendinding agar aku tenang. Sisa malam itu aku langsung tidak dapat lelapkan mata, kami berdua berborak sambil menunggu subuh. Aku masih takut jika bau kapur barus itu datang lagi. Otak aku juga ligat memikirkan kesinambungan kisah aku dan Midah. Dalam ramai-ramai kenapa Midah marah sangat dengan aku? Betul ke aku ada pendamping? Kenapa teruk sangat aku kena ganggu sejak dari awal aku masuk ke kolej ini? Kalau benar dia pendamping, kenapa sampai aku hampir hilang nyawa depan Danau tadi? Apa yang kuat sangat jatuh pada seat belakang motor sehingga aku hilang kawalan?

Esoknya aku demam panas, aku hanya tidur seharian tanpa mimpi. Selepas usai maghrib, aku mendapat mesej dari junior, Ijat. "Semua datang ke bilik Jaksa sekarang". Ini mesti kes Midah meracau lagi. Kami sampai sahaja di bilik Jaksa sudah berkerumun ahli keluarga Sanggar Mas bersedia untuk bacaan Yaasin. Aku melihat Midah duduk kaku di kerusi sofa memeluk lutut sedang merenung tajam tepat ke arah Abang Samat. Renungan benci yang amat pada lelaki itu. Abang Samat pula seperti sengaja memberikan provokasi bertalu-talu.

Jihan yang lebih awal sampai di bilik Jaksa memberitahu, petang tadi Midah mencekik leher Abang Samat dan menjerit kerasukan seperti semalam. Kali ini lebih agresif, dia mencekik kuat sehingga Abang Samat terkejut dan berdiri untuk lepaskan diri. Namun cengkaman Midah terlalu kuat untuk dilepaskan sehingga dia tergantung pada Abang Samat yang tinggi itu beberapa saat sebelum Midah dihempas duduk semula. Mulalah adegan penambahan cerita dari Jihan, Midah bergayut pada leher Abang Samat sama seperti kipas helikopter yang berpusing. Sekilas aku melihat kuku panjang di jari Midah dan leher Abang Samat. Masih jelas berbekas kuku-kuku yang terbenam pada isi kulit leher yang nipis itu. Pasti pedih. Mungkin ia adalah hadiah dari tindakan provokasi yang dilakukan sejak malam semalam.

Semasa kami bacakan Yaasin, Midah hanya diam membisu. Ada juga diantara kami yang mengaji sayu seperti sedih melihat Midah sebegini, terutamanya Mun roommate si Midah. Sambil mengaji, sambil itu juga aku menjeling Midah. Dalam hati aku nak test pegang Midah lagi tengok reaksi dia takut atau tidak pada aku macam malam semalam. Aku berniat untuk cuba memegang Midah selepas habis kami mengaji. Sebelum sempat aku langkah datang mendekat, Midah yang dari tadi bagaikan tak berkelip merenung tajam Abang Samat kini sekali lagi mengamuk.

Dengan regusan kuat dia sekali lagi mencekik padu ke leher Abang Samat. Namun untuk kali kedua, tangan Abang Samat yang panjang itu lebih pantas menekan lutut Midah untuk tidak berdiri dan terus mencekik. Midah terduduk dan menggelupur berusaha berterusan untuk menyerang Abang Samat. Kini reaksi Midah tak ubah seperti hantu cina dengan tangan lurusnya ke depan yang menyasarkan leher mangsa. Kami semua tergamam, Mun bertindak untuk menarik tangan Midah. Melihat reaksi Mun, aku turut membantu memegang tangan Midah.

Pelik. Kali ini aku pegang tangannya, Midah tak mengamuk pada aku. Matanya hanya dijegilkan pada Abang Samat sahaja. Teori pendamping yang dikatakan oleh Ustaz itu mungkin tidak benar atau mungkin pendamping itu tidak ada pada aku waktu ini. Setelah penat bergelut, akhirnya Midah terduduk keletihan.

Atas nasihat ramai, Midah diarahkan untuk kembali ke bilik. Kami semua memandang Mun dengan simpati tapi apa yang kami lihat sebaliknya. Mun langsung tidak menunjukkan reaksi takut malah dialah orang yang paling risaukan Midah. Dia memimpin Midah bangun dan kami yang perempuan ini beramai-ramai mengiringi mereka sehingga sampai ke bilik. Malam itu, Intan dan Kak Mah menemani mereka. Menurut Kak Mah, Midah sudah sedar seperti biasa namun masih membisu. Dia hanya berdiam diri dan tidur. Mungkin kepenatan sejak semalam bertarung. Selepas dari peristiwa itu, Midah kembali normal seperti biasa. Dia makin ceria dan mudah tersenyum lagi-lagi melihat Edin. Apa cerita Edin? Dengar kata malam kejadian itu dia tidur sebelah Abang Zam, takut lemah semangat katanya. Susah jadi rebutan ramai ni. Kesimpulannya, aura kehenseman Edin ini bukan menjadi rebutan Midah sahaja malah makhluk halus juga. Untunglah kau!

Kisah aku pula, seperti biasa selepas tamat latihan teater aku kepingin untuk pulang ke rumah. Seminggu tertangguh disebabkan motor rosak. Sehari selepas kejadian itu aku hanya sempat menghubungi ibu.

"Ibu, sorry minggu ni akak tak dapat balik. Akak jatuh motor lagi tapi tak cedera pun. Motor pon dah hantar ke bengkel", susah nak menipu seorang ibu lagi-lagi dia mempunyai naluri yang kuat.

"Ibu dah agak.. sebab pelik kamu kata nak balik semalam. Akak, ibu nak beritahu kamu satu hal ni. Sejak dua menjak ini ibu selalu mimpi ada ular nak serang kita. Kamu ok ke kat sana, ada gangguan lagi?", aku pejamkan mata sejenak. Ya Allah apa petanda ini? Lindungilah keluarga kami.

"Ibu, semalam ada kawan teater kena rasuk. Ustaz DarulSyifa' datang berubat pastu dia tegur yang akak ada pendamping. Ibu famili kita ada membela ke?", lama ibu diam.

"Tok kamu dulu bidan, tapi rasanya saka tu pada orang lain. Selama ini ustaz 'scan' ibu bersih je, tapi belah ayah kamu ibu pernah dengar tentang Panglima Hitam". Ibu terdiam seketika dan aku masih menunggu. Terasa macam berat untuk 'claim' pendamping itu adalah Panglima Hitam. Ibu menyuruh aku balik dan bertanya sendiri pada ayah nanti.

Jujur sebenarnya ini bukan kali pertama aku mendengar tentang Panglima Hitam. Saudara belah ayah juga banyak bercerita tetapi tidak detail. Jika anda baca post pertama aku Bangi Bandar Berhantu, aku pernah beritahu bahawa pertama kali hijab aku terbuka sewaktu sekolah rendah. Setiap kali aku mengadu, pasti aku dimarahi. "Takde mendalah, kamu ni penakut sangat. Cuba jangan sebut atau seru-seru menda tu!! Ayah tak suka!!". Lagi-lagi bila aku bertanyakan tentang Panglima Hitam. Berang ayah tu boleh menempah getah paip di badan.

Kini, aku pulang dengan debaran. Takut sangat menyebut tentang Panglima Hitam ini pada ayah. Selepas makan malam, ayah berbaring rehat sambil melayan WWF. Aku memberi signal pada ibu.

"Abang Din, akak tu teruk kena gangguan kat kolej dia. Minggu lepas ada ustaz DarulSyifa' beritahu dia ada pendamping. Kami rasa Panglima Hitam awak tu. Awak ingat tak kisah sebelum kita kahwin dulu?", tetiba TV yang bingit itu dimatikan. Ah sudah!

"Ustaz mana cakap? Harun Din?", ayah duduk menoleh memandang aku. Aku dah besar untuk dimaki, janganlah ayah mengamuk. Aku beritahu setiap gangguan yang aku lalui sepanjang dua tahun di UKM.

(haki = atuk lelaki)

"Macam ni, dulu ayah mertua haki kamu adalah pawang diraja dan dia memang ada jin-jin belaan ni, salah satunya adalah Hulubalang Hitam. Hulubalang Hitam ini antara jin yang terkuat dan ia juga dikenali sebagai Panglima Hitam. Haki kamu ini meminta izin dari ayah mertuanya untuk memiliki Panglima Hitam. Haki kamu dulu adalah Pawang Tanah. Dulu zaman perang, Haki jaga kawasan-kawasan dia supaya tak dikesan oleh askar-askar jepun dan komunis. Pawang ini lain dari bomoh. Pawang tak boleh berubat, contohnya cari orang hilang, buka kawasan baru, kalau kawasan ada gangguan dia boleh halau dan lain-lain". Kenapa ayah tak marah? Mungkin dia risaukan aku. Mungkin juga dia tahu sesuatu. Pertama kali ayah seperti tenang saja menceritakan tentang Panglima Hitam.

"Panglima ini ada banyak, Panglima Hitam, Merah dan Kuning. Panglima Merah ni handal bersilat, Panglima Kuning ini handal berubat dan Panglima Hitam ini tak pasti handal apa tapi dia antara yang paling kuat, kira macam ketua lah", aku terkejut, sama pula dengan kenyataan salah seorang kawan baru aku, Nursyahidin.

"Dulu ayah ada belajar silat dengan Tok Guru ayah di Janda Baik. Kebetulan ada orang di Bentong sakit minta tolong Tok Guru ayah berubat ke dia. Tok Guru ayah ni demam teruk sebab tak minta kebenaran dari Haki nak berubat orang kawasan dia. Punya hebat ilmu Haki kamu dulu, walaupun Tok Guru ayah tu antara orang silat yang hebat bukan calang-calang orang. Ada juga satu bomoh di Janda Baik tu ajak ayah dan Haki jumpa hantu tinggi. Besar sangat, tinggi habis hantu tu, macam ada gergasi goncang pokok-pokok kat situ. Tapi dia tak keluar tunjuk muka, sebab segan dengan Panglima Hitam. Begitu kuat jin Panglima Hitam ni sampaikan jin-jin yang lain segan dan takut nak buat hal dalam kawasan Haki kamu ni". aku gigih merakam perbualan ayah ini di telefon.

"Sebelum ayah nak menikah dengan ibu dulu, ada seorang kawan ayah di Kemensah tu kononnya nak berubat ke ayah la takut orang khianat masa majlis nanti ke ada yang dengki hantar sihir ke, biasalah darah manis sebelum kahwin. Ayah pun pergilah berubat dengan dia, silang keris la semua tetiba gelap mata dia tak nampak apa-apa. Esoknya orang yang berubat tu demam. Malam tu dia bermimpi tok guru dia beri amaran, kenapa kau berani-berani berubat Khairudin tu? Kau tahu ayah dia siapa? Ayah dia lagi hebat, jangan buat pasal! Menunjukkan Panglima Hitam ini digeruni oleh jin-jinyang  lain dan dia ini sentiasa menjaga anak-anak dan cucu Haki kamu".

"Selepas Haki meninggal saka tu siapa yang dapat?", soal aku.

"Masa arwah Haki sakit dulu dia ada kata nanti dia turunkanlah kat salah seorang dari anak-anak dia tapi sampai sekarang semua tak tahu siapa yang dapat. Ada la adik beradik ayah pernah nampak kelibat Panglima Hitam ini menyerupai anjing hitam besar. Tapi serius ayah tak tahu, sebab ayah tak terima apa-apa pun. Mungkin Panglima Hitam tu hanya jaga anak cucu Haki ni, bukannya saka. Sebab tu mungkin Ustaz DarulSyifa' tu boleh perasan dia kat kamu".

Ayah memberi nasihat supaya tak tinggal solat. Sekuat mana pun pendamping, Allah tu melebihi segalanya. Percaya boleh tapi jangan taksub sehingga menyeru. Ayah berdoa agar keluarga kami bebas dari saka ini, sebab ayah tak mahu ada sebarang perjanjian dengan jin ni.

Walaupun sampai sekarang aku tidak pasti sepenuhnya tentang Panglima Hitam itu, namun aku tahu dia ada. Beberapa tahun yang lepas, seperti kisah yang aku post sebelum ini dalam kisah Bangi Bandar Berhantu part 1 dan 2 ada aku nyatakan beberapa pengamal perubatan memberitahu mengenai Panglima Hitam pada aku dan ayah. Ada pula mengatakan Tok belah ibu aku juga terlibat. Adui penatlah aku fikir. Haha... Tapi tok belah ibu pernah beritahu kalau dia meninggal nanti jemur tali pinggang dia kat atas tanah, lepas jenazahnya dikebumikan semua baru ambil semula. Sebenarnya aku ada terniat nak balik kampung dan interview tok aku, tapi takut dia menurun pula kat aku nanti.

Semalam aku berborak dengan adik bongsu, Amin. Kami bercerita kembali tentang pengalaman dia sewaktu berurut tangan terseliuh dengan Wak salah seorang kenalan dia semasa belajar di Kuala Selangor dulu. Wak ni guna Mbah untuk berurut, berubat. Mbah tu macam saka nenek moyang dia lah untuk berubat orang. Biasanya untuk berubat, Wak akan bertanya nama pesakit dan ber bin kan nama ibu. Tapi dia macam tak sedap hati, Wak ni bertanya pula nama ayah.

Terus Wak bertanya saka tu jatuh kat siapa? Dia kata kalau nak berurut Amin ni, kena minta izin dahulu dari bapa. Masa dia mengurut tu dia beritahu Amin yang dia yakin ayah sebenarnya penerima saka tu dan salah seorang dari adik-beradik memang ada. Siapa yang selalu sakit kat rumah kamu? Kakak kamu? Dia juga ada, dapat dari Tok belah mak.

"Sebab tu kalau kau mengamuk mata kau bertukar jadi merah!", sergah Amin.

"Ah sudah lah kau! Banyak pula saka aku! Kau la dapat saka babi jadian!", penat aku fokus interview suka-suka dia kata aku ada saka.

"Kau tanya ibu dan angah, dorang pun nampak mata ko bertukar jadi merah masa kau mengamuk. Sebab tu setiap kali kau mengamuk kami keluar dari rumah, takut!", aku lempang juga si Amin ni. Betul ke mata aku merah? Ya kalau dulu-dulu, aku ni jenis panas baran pelik. Macam kalau marah tu marah sangat-sangat tak terkawal. Tapi aku tak pernah sedar masa aku mengamuk tu. Sedar-sedar aku penat dan luka-luka badan. Paling aku ingat sekali sewaktu darjah 4. Sebak nak buka aib sendiri tapi aku kongsikan untuk jadi teladan dan pengajaran.

Dulu masa sekolah rendah, aku merupakan mangsa buli. Ya, pelik kan? Mungkin sebab aku jenis yang pelik, aku suka main sorang-sorang. Masa sekolah dulu aku selalu disisih dan jadi mangsa ejekan. Budak sekolah aku dulu ejek aku gemuk, gajah, gergasi. Padahal masa sekolah dulu aku bukannya gemuk, aku kurus tinggi rangka besar (atlet bola tampar) kalau nak banding dengan average budak-budak sebaya dengan aku la. Aku bukan sahaja diejek malah dibaling batu, dicurah air, ditendang tanpa sebab dan macam-macam lagi.

Salah seorang pembuli tegar iaitu Farhan. Kami satu bas, dalam ramai-ramai tu dia paling teruk membuli aku. Kalau kena baling batu dengan dia tu adalah perkara biasa. Satu hari, aku ponteng sekolah awal dan terus naik bas sekolah yang sudah menunggu diluar perkarangan sekolah. Farhan juga ponteng dia naik ke dalam bas dan terus tersenyum penuh makna. "Gemuk... gemuk kau buat apa". Aku yang duduk di tengah-tengah bas mengeluh dan berbaring malas melayan ejekan tapi disebabkan provakasi Farhan tidak dilayan, dia bertambah berang. Dia mencurah air ke tudung dan mencampakkan botol kosong ke kepala aku.

Aku terus bangun menuju ke tempat memandu bas dan menekan punat automatik menutup pintu bas. Aku menoleh ke arah Farhan, aku berlari laju dan menendang padu ke perut Farhan. Budak itu tersungkur ke belakang, terkejut kerana tak sangka aku boleh menendang dia. Laju dia bangun dan terus kencang menyerang aku. Masa ni aku dah tak ingat apa yang berlaku. Sedar-sedar pemandu bas mengelap muka aku dengan air sepertinya sedang menenangkan aku. Masa ini kuat sangat Farhan menangis dengan mulutnya penuh berdarah. Aku tengok tangan aku juga penuh dengan darah, pedih. Baju kami masing-masing comot. Tudung aku dah terbang kemana entah.

"Kau sedar tak kau buat apa ni dik? Kau tumbuk muka dia berkali-kali sampai patah gigi dia. Dah rongak dah tu!", dengar sahaja pemandu bas itu gelak, Farhan terus melalak lagi kuat. Masa ini ramai budak sudah masuk ke dalam bas. Budak lain yang membuli aku masing-masing terdiam. Terkejut melihat kali pertama aku bertindak sebegini.

Sampai ke rumah Farhan, maknya terkejut melihat anaknya penuh darah dan menangis. Serius aku takut, aku diamkan sahaja dalam bas. Pemandu bas menolong aku, katanya Farhan bergaduh di sekolah dan cepat-cepat gerakkan bas dari rumah Farhan takut maknya naik bas menyerang aku. Sampai sekarang aku tak tahu cerita tentang Farhan, yang aku tahu tak lama setelah kejadian itu dia bertukar sekolah. Geng-geng buli aku dahulu sekarang jadi kawan sudah. Masuk sekolah menengah barulah aku jadi taiko. Eh, aku mulai aktif bersosial, mempunyai ramai kawan dan sangat-sangat aktif dalam bersukan.

Banyak lagi kes aku mengamuk tanpa aku sedar sebelum ini namun semakin meningkat umur ni, semakin kurang aku mengamuk. Ibu ayah juga selalu membawa aku berubat dan amalkan aku dengan air-air penyejuk hati supaya panas baran itu reda. Alhamdulillah, sampai sekarang aku jarang mengamuk. Cool je sambil merempit motor kriss. Susahlah aku nak marah orang sekarang, kalau marah tu maknanya teruk sangatlah kes tu. Sekarang ni aku jenis yang suka gelak, kadang-kadang aku gelak pun tanpa sedar. Haha

Mengenai saka tok dan Panglima Hitam itu, serius aku masih tiada jawapan. Minta jauhlah dari saka-saka ini, walaupun aku obses dengan cerita mistik ini. Biarlah aku mendengar cerita orang dari aku mengalaminya sendiri. Aku pernah berhubung dengan #carlitorocker berkongsi cerita tentang Panglima Hitam ini. Dia ada beri aku tips nak berhubung dengan Panglima Hitam tu, tapi tips dia tu mengundang bencana pada aku dan mungkin akan menyusahkan keluarga aku. Namun menurutnya, dengan tips itu sahaja aku akan dapat jawapan yang sahih bukan dari mulut ke mulut orang lain. Adakah Panglima Hitam saka ayah atau tidak? Atau sekadar pendamping anak cucu Haki?

Aku tak berharap pun dapat jawapan cumanya naluri ingin tahu tu sangat berkobar-kobar . Ya lah bukan seorang saja yang membuat kenyataan misteri itu pada ayah dan aku, sudah beberapa orang menegur. Kalau aku dapat jawapan pasti aku akan kongsikan di FS nanti, in sha Allah.

Tamat untuk segmen pengenalan Panglima Hitam ini. Untuk kisah selepas ini, aku akan menyambung cerita gangguan-gangguan yang berlaku di kolej sekitar tahun 2009. Ada yang menganjing aku, nak kumpul siri bersambung sehingga cukup 1 season ke? Sebenarnya, ada lagi dua peristiwa besar yang aku nak kongsikan mengenai gangguan di kolej UKM ini dan aku akan tamatkan cerita UKM pada Kisah 5 nanti, in sha Allah.

Salam Henshin!

Isnin, 1 Mei 2017

#kamenrider: Kolej UKM, Bangi - Kisah 3



Salam semua, aku Nadey peminat #kamenrider (vrromm vroom, henshin!). Terima kasih admin siar cerita aku yang kelima ini. Terima kasih juga kepada anda, anda dan anda kerana sudi baca kisah aku, kalau nak baca kisah sebelum ini boleh cari tajuk ini

1. BANGI BANDAR BERHANTU
2.  #kamenrider BANGI BANDAR BERHANTU #PART 2

Untuk lihat gambar-gambar, anda boleh terus ke blog Biawak Goweng Nadey. Sebenarnya aku malas nak tengok komen-komen kat link Facebook ni, tapi aku tertarik sebab ramai yang berkongsi pengalaman. Maknanya bukan aku sahaja yang diganggu di kolej kesayangan itu. Untuk post yang sebelum ini ramai yang mengharapkan gambar dari Danau tu, Kak Mah tak ada gambar tu, takut katanya dan dia cuba tanya geng-geng lain yang terbabit malam tu. Kalau anda perasan aku ada beritahu yang aku sempat email gambar tu ke Kru The Seekers. Namun pada tahun ketiga aku di UKM kecoh hacker hacked Facebook, email dan banyak lagi laman sosial. Email aku juga menjadi mangsa sehinggakan draft-draft tesis aku juga HANGUS. Sadis, dulu buta IT tak macam sekarang, banyak recovery software ada. Kalau ada, kami terjumpa gambar tu akan aku canang satu dunia ya.
Bismillah,
Untuk kisah ketiga ini penceritaan agak panjang maka harap anda bersabar baca perlahan-lahan. Untuk saksi-saksi kejadian aku memohon maaf jika watak anda tersabit dalam cerita ini. Ada yang perbualan yang direka untuk memudahkan percantuman puzzle-puzzle ingatan penceritaan aku. Sebabnya sudah bertahun kejadian ini berlaku, kadang-kadang ingatan aku samar-samar siapa yang terlibat dalam rakaman ingatan aku. Kisah ini berlaku sekitar tahun 2008-2009 iaitu tahun kedua aku di UKM dan masih setia dengan kolej kesayangan. Masa ini sudah menjadi senior dan kami sudah menerima junior-junior baru.
Kelab Teater Sanggar Mas juga sudah bertambah ahli keluarga, hidup aku dengan aktiviti SM sangat-sangat aktif semenjak bergelar senior. Sehinggakan waktu untuk ulangkaji pelajaran juga dikorbankan (salah diri sendiri tak pandai urus masa). Kami berkongsi bilik SM dengan budak Pawana Mas di aras satu bangunan kolej. Bilik seni ini hanya orang tertentu sahaja pegang kunci dan kebiasaanya Jaksa Kolej yang pegang. Masuk sahaja awal sem, banyak event di kolej. Kami buat latihan merata tempat. Jika budak Tarian Pawana Mas guna bilik seni itu, kami berlatih di Foyer. Foyer ini seperti balkoni luas belakang bangunan pejabat kolej menghadap hutan.
Sempena Hari Konvo, kami sertai pementasan teater bersama kolej-kolej lain berentap di Dataran Gemilang. Aku lupa tema pementasan teater melodrama kami (Kelestarian Alam? lebih kuranglah) tapi yang aku ingat aku jadi POKOK BALAK (gambar nanti aku masukkan dalam blog). Biasanya kami akan adakan latihan dua bulan sebelum tarikh festival. Maka berbulanlah kami terjerit-jerit buat latihan di Foyer.
Sape gelak memang nak kena lah!! sebak je kena jadi pokok balak!

Suatu hari, beberapa hari sebelum festival kami semua rasakan sesuatu kelainan pada salah seorang pelakon junior kami. Aku gelarkan dia Midah. Midah ni cantik, average wanita-wanita cantik di Malaysia namun dia ni pelik sedikit. Mungkin dia agak pendiam tak ramah dan kepoh seperti junior yang lain. Dia ni macam suka berkhayal ada dunia dia sendiri. Pernah kami tengok dia tetiba menari tanpa sebab (out of blue kau kenapa weh?), mungkin hajat sebenar dia nak masuk Pawana Mas.
Untuk melodrama kali ini dia memegang watak penting, mungkin skripnya itu lebih banyak berbanding kami yang jadi POKOK BALAK ni. Yang pokok-pokok ni lebih banyak menyanyi (ya Allah kelakarnya bayang aku menyanyi masa tu). Kebelakangan ini kami perasan si Midah ni asyik menjauhi kami, prektis skrip seorang diri dalam gelap jauh-jauh dengan kami yang berkumpul ramai-ramai di Foyer.
Aku ni kan busy body, sambil ketuk-ketuk kayu, aku usha dia kat bawah, duduk di tangga seorang diri menghadap hutan. Mulanya aku lihat dia terkumat-kamit menghafal skrip berselang-seli mendongak kepala memandang tepat ke arah hutan. Sampai beberapa kali aku toleh, kepalanya masih memandang ke arah hutan dan senyum seorang diri. Senyuman dia ‘creepy’ gila. Macam sedang menggoda pun ada. Getus hati aku “Ketahian apa kau ni!! Mana ada skrip dia suruh menggoda dalam cerita ni. Berangankan si Edin la tu”.
Kenapa aku halus fitnah dia berangan? Sebabnya dia membawa watak menjadi pasangan kepada salah seorang hero junior kami ni. Hero ini dikenali sebagai Edin. Edin ni kacak, ramai gadis-gadis mengigaukan si Edin ni. Saham Edin ni naik mencanak lagi-lagi dia banyak menjadi hero pementasan teater dan dia juga hebat dalam bidang nyanyian. Edin merupakan Vokalis dalam band hebat yang banyak menaikkan nama kolej kami. Nasib baik aku bukan dalam golongan wanita yang gilakan Edin ni.
Ingatkan malam tu je Midah berkelakuan pelik. Al maklumlah wanita kan ada hari-hari rabak mereka. Tapi bila ia berlanjutan hari demi hari itu PELIK. Tiap kali ‘take 5’, Midah akan menjauhi kami dan melayan perasaan menghadap ke arah hutan yang gelap tu. Aku sendiri tak berani tengok lama-lama. Bukan sekali aku dan rakan-rakan terserempak dengan jelmaan mahkluk bukan-bukan dalam hutan tu, maka kami amat berhati-hati untuk tidak galak sangat apabila membuat latihan di Foyer. Kami dengan rasa penuh tanggungjawab, banyak kali berbuih mulut juga menegur Midah.
“Midah, kau prektis lah dengan Kak Mah, jangan prektis sorang-sorang hadap hutan tu bahaya”, namun teguran kami tak diendahkan. Dia hanya membalas dengan senyuman sumbing sahaja. Sampai satu tahap kami dah sakit hati nak tegur. Lantak kau lah Midah!
Nilah Foyer tu, tempat kami berlatih
Hari Kejadian, Festival Konvo.
Matahari terbit sahaja kami sudah sibuk angkut barang-barang ke Dataran Gemilang. Barang-barang props la berat, perlu sedia awal disana. Kami ramai-ramai angkat barang dan berjalan kaki dari Foyer melalui jalan belakang blok terbengkalai itu ke Dataran Gemilang. Kami juga sempat membuat latihan terakhir sebelum make up. Acara bermula pukul 9 malam, maka kami bercadang untuk solat Maghrib siap-siap baru bertolak. Dalam pukul 7.40 petang begitu kami mula bergerak beramai-ramai berjalan kaki. Keadaan masa tu belum betul-betul gelap lagi. Biasanya aku akan takut gila lalu situ walaupun siang hari, memang elak sangat-sangat tapi sebab ramai orang kan, tak rasa seram sangat. Semuanya gelak sakan dengan hilaian tawa seperti biasa, ya lah masa tu masing-masing siap siaga dengan kostum. Ada yang jadi monyet, jadi pokok balak, ada yang jadi orang asli, memang kelakar.
Out of blue, laju je mulut Midah “Aku teringin sangat masuk dalam blok ni”, terus dia memaling muka kearah kami dan tersenyum dengan senyuman yang menyeringai. Faham tak? Menyeringai dengan mata bulat. Seram sangat senyuman dia masa tu. Walaupun langit semakin menggelap, namun jelas kami semua adalah saksi pada senyuman yang menakutkan itu.
KENAPA KAU? Lari dari topik sangat dah. Ada salah seorang dari kami menegur dia “Eh kau! Mulut kau jangan lepas sangat”. Tapi Midah macam biasa acah-acah diva tak layan, dia masih tersenyum dan memandang ke arah satu per satu blok terbengkalai yang kami lalui. Masa ni bukan aku seorang je rasa tak sedap hati. Aku pandang Kak Mah (orang yang sama dalam Kisah 2) beri signal untuk bergosip telepati guna ‘sign language’
Bisu hanya tangan dan mata berhubung.
“Pehal si Midah tu Kak Mah?”, penat aku buat signal mata dan tangan pada Kak Mah.
“Entah dari hari tu lagi”, kali ni aku tengok Kak Mah buat signal sampai juling mata dia. Cukup, cukup Kak Mah. Aku tak tahan nak gosip mulut aku tarik Kak Mah ke belakang, menjarakkan perjalanan kami dengan yang lain.
“Kak Mah, rasanya Midah ni memang kena gangguan ke saje acah-acah attention seeker sebab dia ni pelik sangat laa”, lega kali ini aku dapat bersuara.
“Mun pon kata dalam bilik dia diam je. Macam tegur sepatah, sepatahlah dia menjawab”, Kak Mah awal lagi dah dapat gosip ini dari Mun iaitu roomate Midah. Maknanya, ramai perasan yang Midah sudah berkelakuan pelik sejak akhir-akhir ini.
“Stand by malam ni, mulut tak jaga ni memang makan diri”, amaran Kak Mah membuatkan aku rasa ada sesuatu bakal terjadi malam ini. Aku sempat menjeling Kak Mah.
“Yelah dia dok seru-seru mende tu dari hari tu lagi. Gelak-gelak senyum tengok hutan tu. Aku yang tengok ni sakit hati. Bukan apa, aku takut nanti ramai-ramai histeria sebab dia sorang”, akhirnya terhambur juga luahan hati Kak Mah.
Tiba giliran kami SM beraksi malam itu, malang tak berbau mikrofon kami tak berfungsi. Terpaksalah kami jerit macam orang gila atas pentas tu nak pastikan para hakim mendengar apa yang kami bebelkan. Memang kelakar. Habislah, masak kami macam ni. Sudahlah kalah, penat berganda terjerit-jerit sampai hilang suara. Kami agak kecewa malam tu dengan masalah teknikal, namun syukur kami masih mempunyai semangat yang waja. Kami berkumpul ramai-ramai pulihkan semangat bersama. Sempat aku menjeling Midah, dia sudah menitiskan air mata. Mungkin dia sedih kerana kami dah cuba terbaik kali ini, nasib tak menyebelahi kami lagi. Biasalah adat bertanding ni, emo sikit bab-bab kalah bodoh ni lagi-lagi masalah teknikal. Kami kan budak teater penuh emosi katakan.
Setelah aku dan senior yang lain brainwash supaya semua kembali gembira, kami buka kostum dan bersihkan make up. “Time for RUMAH HANTU!!!”, jerit Midah tetiba berubah ceria, tadi nangis huhuhu kau. Sudah aku katakan kami antara barisan pelakon yang terhebat, emosi boleh bertukar sekelip mata.
Bila ramai setuju untuk masuk rumah hantu, kami pon beramai-ramailah beratur menunggu giliran. Semua yang masuk mesti berpasangan termasuk aku (terima kasih Mijan). Tapi Midah…. Midah nak masuk berseorangan. Dia beratur selang tiga pasangan dari aku, belakang sekali. Pelik, kenapa nak masuk seorang-sorang ni? Dah orang rumah hantu suruh masuk berpasangan kau dah kenapa? Masa ni macam-macam aku fitnah si Midah. “Ni budak ni sengaja seru-seru ni, attention seeker la ni”. Rasa macam nak marah pun ada. Sebabnya dari perlakuan dia tu macam sengaja buat, macam rela dirasuk. Mulut aku ni dah la jahat. Macam-macamlah aku sebut. “Dia nak Edin tengok dia la… dia nak perhatian Edin la ni, dia nak kami semua ambil berat tentang dia la”. Tengok! Masa ni susah aku nak berlakon mulia depan dia.
“Midah kau masuk lah dengan Intan!”, walaupun Intan takut tapi rasanya dia faham je bila aku paksa untuk teman Midah. Tapi Midah macam buat tak dengar je cakap aku. Dia elak bertentang mata dengan aku.
“Macam ni lah, kau masuk dengan akak Midah!”, aku cuba memahami dia. Tapi dia menjauhi aku dan tetap nak masuk berseorangan.
OK. Baiklah. Lantak kau.
Masa masuk rumah hantu tu memang aku penat melatah (memaki sebenarnya) siap tertendang hantu jadian tu lagi. Kasihanlah siapa yang jadi mangsa tu. Sampai satu part ni, ada pontianak jadian duduk dilantai rumput sambil memegang patung bayi ditengah-tengah laluan. Kitorang masa ni dengan suara pondan terjerit-jerit, tapi apa yang paling mengejutkan kami nampak Midah yang asalnya belakang kami terus melulu kat pontianak jadian tu dan pegang patung bayi sambil berkata… (serius aku tak berapa pasti patung bayi atau batu nisan).
“Kasihannya awak….. kasihannya awak”, sambil usap kepala patung tu dengan penuh emosi.
Masa ni aku dan Mijan berbalas pandangan, seram gila tapi untuk tidak layan perasaan ‘real’ itu kami sambung menjerit pondan sambil tergelak-gelak. Aku lajukan langkah untuk keluar cepat tak nak beriringan dengan Midah. Takut. Bodoh apa kau tegur patung bayi tu?. Acah-acah kau bawa watak lakonan lagi? Ke kau saja nak takutkan kami? Rasanya seingat aku, pontianak jadian itu sendiri terkejut Midah ambil patung bayi dalam dakapan dia tadi. Suka-suka kau je.
Kami semua dah keluar. Kami menunggu kelibat Midah keluar pula. “Weh dia duduk belai patung tadi weh sebelah pontianak tu, semua nampak kan? Ke dia join jadi pontianak kedua?”, seloroh salah seorang dari kami. Tiba-tiba geng Kak Mah dan senior panggil kami angkat barang balik ke kolej. Midah kami tinggalkan.
Sedang sibuk mengemas tu barulah kami nampak Midah. Tapi masa ni dia betul-betul dah lain. Dia hanya tunduk bawah. Tak balas pandangan mata dengan kami. Kami yang lain seperti faham apa yang sudah berlaku tapi kami diamkan aja dan cepat-cepat kemas barang. Sudahnya, Midah tak angkat barang satu pun. Dia hanya diam dan mengikut kami. Senior-senior yang lain menjeling tapi semua seakan-akan faham. Malas layan mungkin juga.
Sekali lagi kami melalui laluan belakang bangunan terbengkalai dan masa ni tiba-tiba Midah meluru keluar dari barisan kami berjalan dan ke kiri, ke arah bangunan itu. Nasib baik Intan dan yang lain pegang tangan si Midah ni kalau tak dia jatuh kebawah cerun bawah bangunan seram itu. Masa ni dah kecoh, bising kenapa dengan Midah. Tadi semua senyap acah-acah tak nak ambil tahu.
Masa ni Midah dah mula menangis, dia merengek nak balik semula ke rumah hantu tadi. Aku macam ok dia ni bukan Midah lagi. Aku beranikan diri mendekati Midah tapi dia meraung tak nak aku pegang dia. Dia terduduk atas jalan tar sebab nak elak bersentuhan dengan aku. Aku try pegang dia juga, angkat supaya dia berdiri semula tapi makin menjadi-jadi dia menangis. “Jangan pegang aku, jangannnn”. Aku lepaskan. Baiklah, kawan-kawan yang lain pegang walaupun masing-masing ketakutan.
“Nadey, sudah! Dia tak nak kau pegang dia. Biar Intan pegang dia”, Kak Mah sudah beraksi mengawal situasi kecoh. Kami masih separuh jalan ni. Ya Allah, takutnya masa ini dengan bersaksikan bangunan seram dan gelap itu, kami gigih teruskan perjalanan. Kak Mah pegang tangan Midah yang lagi satu dan heret paksa berjalan sehingga ke tempat kami berkumpul di Foyer.
Masa ni aku panas, bebel sorang-sorang. “Eh kau ni kenapa ? Dari petang tadi cari pasal dengan aku. Aku cakap kau buat bodoh, sekarang ni aku nak tolong ko tak nak aku pegang kau pulak. Kau nak Edin je kan pegang tangan kau ni”, lancar je aku menghakimi Midah masa ni. Berang sebab aku berangapan Midah ni sengaja gedik-gedik mencari perhatian padahal aku tahu hakikat itu bukan Midah sebenarnya.
Setelah semua berkumpul di Foyer, kami membuat bulatan. ‘Bulatan’ adalah sesi penting setiap kali habis latihan dan pementasan. Masa inilah kami akan membuat kritikan membina untuk prestasi masing-masing baik dari segi lakonan dan pembaiki kelemahan teknikal seperti props dan audio. Barisan senior dan wakil Jaksa akan memberi komen pada kami semua. Waktu tu wakil Jaksa adalah ketua Jaksa kolej sendiri, Abang Samat. Kami paksa buat sesi bulatan seolah mengendahkan atau masih menafikan keadaan Midah. Dalam bulatan masa ini Midah tak berhenti menangis, tunduk dan “heeee heeeee” menangis merengek. Dalam keadaan merengek tu kami teruskan seperti Midah tak wujud disana. Tetapi hakikatnya masing-masing tak lepas memandang sikap pelik Midah. Gamaknya stand by kalau Midah ‘bertukar’ kami alert siap siaga untuk lari.
“Arghhhhhhhh…….. argghhhh” akhirnya Midah menjerit masa ni barulah kelam-kabut kami bangun dan menghampiri Midah. Sah dia dirasuk! Aku kan wanita kuat dan gagah berbanding rakan wanita yang lain. Maka aku automatik memegang kedua belah kaki Midah yang meronta-ronta kerana masa ini beberapa rakan lain sudah memegang badannya. Masa inilah Midah menjerit sekuat hati dan menendang aku. Matanya menjegil marahkan aku!
“Jangan pegang aku laaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh!!!!”
Berani dia tendang Nadey?! Makin panas lah aku dibuatnya, aku kembali kumpul tenaga yang ada pegang kaki dia sekuat hati aku. Masa ni Midah menggelupur macam orang sawan babi. Matanya merah jegilkan aku. Aku apa lagi, mulut aku laju membaca Al-Fatihah dan ayatul Qursi, 3 Qul jari aku menekan kuat ibu jari kaki Midah. (memandai je aku buat macam ni, tiru aksi pengamal perubat kononnya). Masa ni makin kuat Midah menjerit dan menarik kakinya. Kakinya lolos dari pegangan aku dan menendang dada aku. Auch!
Dalam hati aku “Demss, aku nak baca ayat apa lagi ni?? Aku salah baca ke tadi?”, nampak tak aku hanya acah-acah pandai. Inilah contoh tak baik, jangan buat hal pandai-pandai ya. Mati akal aku nak baca ayat apa, aku ulang je bacaan ayat Qursi sehingga saat ulangan ketiga habis aku baca Midah menendang aku sekali lagi dan kali ini aku terdorong ke belakang.
“Ahh lantak kau lah!!”, aku rasa macam marah semacam namun aku tak jarakkan diri jauh dari Midah lagi. Meronta-rontalah kaki Midah macam sotong kurita itu menghentak-hentak ke lantai. Masa ini si Abang Samat pula beraksi, dia menghampiri Midah sambil mulut terkumat-kamit dan menyoal sesuatu padanya. “Siapa kau?”
“Aku nak EDIN!!! Aku nak dia…..” Ah sudah!
“Aku suka dia!”, jari telunjuk meluru pada Edin yang masih bingung dengan apa yang berlaku sehingga tetiba menyabitkan dia dalam hal rasukan ini! Edin menjauhi Midah dan mendekati salah seorang senior taiko kami, Abang Zam.
Masa ni aku menjauhi Midah yang masih meronta. Mata Midah masih merah menjegil dan berulang-ulang tengking pada aku. “Pergiiiiiiii aku tak suka kau!!!!!!!!!!”. Selepas tengkingan itu, aku macam acah-acah cool angkat kedua belah tangan “Fine, lantak kau lah Midah”. Padahal masa ni aku blah sebab aku tak tahu nak buat ape dah! Takkan aku nak baca ayat Qursi je? Dah yang tu je aku tahu. Haha memandai lagi.
Lama menjadi saksi pergelutan antara Midah dengan Abang Samat tu akhirnya ada seseorang dari Darul Syifa’ Bangi datang, rupanya ada yang menghubungi orang sana terus. Memandangkan banyak kes, orang-orang dari DarulSyifa’ sudah biasa ulang-alik masuk UKM. Namun yang datang hari itu anak saudara ke anak didik Allahyarham Harun Din, maaf aku lupa. Aku hanya panggil dia Ustaz walaupun rupa paras masih muda.
Dia hanya berdiri berdekatan dengan aku, automatik aku mengadu apa yang berlaku. Abang Zam, Edin dan yang lain turut serta.
“Dia sejak akhir-akhir ni sengaja pandang hutan gelak-gelak senyum… eiii takutlah”, Edin menyampuk sekali membuat aduan.
Lama begitu, mungkin Midah sudah penat. Dia berhenti meracau. Abang Samat menghampiri kami sebaik sahaja dia sedar kehadiran orang yang ditunggu-tunggunya. Ustaz mengarahkan Abang Samat menghantar Midah ke pusat pejabat sekarang, mungkin Allahyarham Harun Din disana. Maka, rakan kami Epi terpaksa rela korbankan keretanya menghantar Midah. Oleh kerana Epi takut, Mijan dan beberapa rakan lain menemani. Kami yang lain diarahkan pulang.
Dalam kereta tersebut, Midah masih seperti berada di dalam dunianya sendiri. Setelah semua masuk kereta, Midah memandang Mijan dengan tenungan tajam.
“Kau pakai perfume apa? WANGI….”, tanpa perasaan dia menegur Mijan dan alihkan pandangan tunduk kebawah. Mijan beritahu kami, perasaan dia masa ni nak terkucir dan nak aja dia keluar dari kereta. Tapi sebab kasihan Epi dia tahan dan buat-buat gelak je.
Setelah ramai bersurai, sesi bulatan terpaksa ditangguh lain hari. Masing-masing sudah siap untuk pulang ke kediaman masing-masing. Aku bergegas ke motor Kriss kesayangan nak hidupkan enjin, tetiba Ustaz datang menghampiri aku. Seingat aku senior Kak Mah atau senior Abang Zam ada bersama aku (saksi, yang penting aku tak berseorangan waktu itu). Ustaz dengan tenang bertanya pada aku.
“Awak cuba balik rumah nanti, tenang-tenang tanya famili siapa pendamping awak ni? Tanya elok-elok ya, takut marah ibu ayah awak. Sebab saya rasa awak pun tak tahu hal ni. Pendamping awak ni bukan saka, dia ni mungkin hanya jaga famili awak je”, terbuntang mata aku mendengar penjelasan Ustaz ni. Dah la mata dia macam asyik tengok arah belakang aku je.
“SAYA ADA PENDAMPING???”, siapa yang tak kenal Nadey yang suka menggelabah??? Cuak gila masa ni. Asal aku pula yang tersabit ni?
“Jangan risau, dia bukan hantu ke apa. Dia kawan awak. Mende yang pada kawan awak yang kena rasuk tu nak tembus badan awak tak dapat, sebab tu dia marah sangat kat awak masa pegang kaki dia tadi. Pendamping awak kuat, menda tu tak berani sentuh awak pun tadi kan?”, aku macam ternganga dan paksa hadam apa yang Ustaz ni cakap.
“Kiranya menda tu asalnya nak rasuk saya? Tapi pendamping ni halang?”, Ustaz tu beri jawapan dengan senyuman buat aku tak keruan. Bukan aku angaukjan kat Ustaz tu tapi aku masih tak boleh terima dengan ayat tergantung dia.
Gila! Kenapa dengan aku? Sejak bila aku ada pendamping ni? Aku memang selalu sangat nampak kelibat hitam tapi tak pernah pula tengok kat diri aku sendiri, tak pernah rasa pun! Zaaasss… tetiba aku teringat masa sekolah rendah dulu aku pernah nampak ada kelibat hitam besar belakang aku sewaktu aku bersolek. Masa tu aku di kem ibadah di Batang Kali, Selangor. Sejak dari hari itu aku tak suka tengok cermin. Aku boleh pakai tudung tanpa lihat cermin. “Oh shit Nadey, dia ke pendamping ko selama ni?”.
Aku gelupur nak balik malam tu juga. Masa tu jam sudah lewat pukul 2 pagi. “Nox, esok-esok je lah balik! Bahaya la malam-malam ni!”, Jihan beri nasihat tapi aku tak endahkan. Yang aku tahu, aku nak balik TAK KIRA! Degil ikut perangai Midah lah ni.
Aku naik bilik, ambil baju semua start motor. Jihan malas nak tegur dengan perangai degil aku lagi. Menggelabah kan nak balik tak menyempat- nyempat esok. Sebenarnya aku fikir esok aku ada study group dengan budak Zaaba dan ahad aku ada join ape tah. Memang aku biasa pun balik sekejap-sekejap ni. Biasanya lepas habis teater aku balik rumah sekejap makan masakan ibu, rehat sekejap dan merempit semula untuk terus ke kelas. Gila kan? Tapi itu rutin biasa aku. Rumah kat Gombak dekat je. Kalau naik moto tanpa break 15 minit sampai.
Alamak, dah lewat kan pintu belakang dah tutup. Hanya pintu utama UKM sahaja dibuka. Laluan terdekat adalah laluan belakang bangunan terbengkalai dan melalui stadium. Tapi selepas apa yang berlaku, memang seram la nak lalu situ. Maka terpaksa aku lalu DANAU yang angker tu. Sedap turun bukit merempit laju agak-agak hampir 180km/j (menipu Kriss tak mampu pun sampai laju sebegitu) semakin menghampiri Danau dalam beberapa saat lagi tetiba…..
“BUKKKKK!!!”, ada sesuatu jatuh pada seat belakang berhenjut motor aku sehingga hilang kawalan dan………. aku dah tak sedar apa yang berlaku. Berpinar mata aku, tengok motor tersadai betul-betul kat signboard DANAU tu. Aku pula terbaring kat pohon besar hampir dengan bangunan Puri Pujangga. Aku cuba bangun tapi aku tak boleh bernafas, senak dada. Lama aku tahan sakit tak boleh nafas tu sambil mengucap. “Ya Allahhh tolong aku ya Allah…”
Mungkin disebabkan aku jatuh motor tadi berbunyi dentuman kuat, ada orang dari Danau tolong aku(sebenarnya aku tak tahu siapa orang tu tak sedar). Dia tarik aku dari cerun pokok besar tu dan sandarkan aku posisi duduk supaya aku boleh bernafas normal. Aku perasan telefon bimbit ada di poket, aku sempat call Abang Zam memandangkan dia carian terawal dalam contact. Tapi tak berangkat, aku menelefon senior lelaki aku seorang lagi, Hasif. Dia datang setelah beberapa minit selepas aku cakap “sif, aku kat Danau tolong”. Reaksi pertama dia melihat aku, dia tergamam! Tengok aku dan tengok motor. Dia tolong angkat motor parkir ditepi pokok berhampiran aku dan memapah untuk aku berdiri. Sempat aku melihat tayar motor aku lunyai macam meletop.
“Laju sangat ni kau bawak, kau kan suka sangat rempit depan Danau ni. Aku dah kata!!” masin mulut Hasif kali ni.
“Aku steady je bawa tadi, laju tapi masih mantap mengawal. Tapi tadi ada menda jatuh berhenjut kat belakang aku, berat! Aku terus aku eh eh eh dushh!!!!”, masa ni barulah aku terfikir apa menda yang berat sangat tiba-tiba jatuh atas motor aku tadi. Tidak semena-mena kami berdua terhidu bau kapur barus. Tahu tak bau kapur barus macam mana? Aku ni mulut lepas tapi Hasif lagi tak boleh bla… “Wehhh wehhhh Nadey jom balik, aku rasa gula-gula yang henjut motor ko ni… Jom-jom bangun cepat! Sebelum kita nampak mende tu!”. Dalam hati aku jilake punya Hasif slumber je tegur.
Tanpa fikir aku boleh bernafas ke tak Hasif terus tarik tangan aku bangun naik motor dia. Tinggalkan motor aku yang lunyai tu tepi pokok tu katanya esok pagi dia tolong hantar kedai Apek macam biasa. Kami sempat lagi tergelak-gelak cerita macam manalah aku boleh tergolek. “Kau nak ke DarulSyifa’ tak ni? Aku hantar”.
Jap! Siapalah yang tolong tarik aku ke pokok tu? Apa-apa pun terima kasih. Allah je balas jasa encik.
Sekian untuk kisah panjang ini. Maaf Midah, akak terlalu bersangka buruk dengan kau dulu. Tak sangka Allah balas serta merta malam itu juga. Itulah hutang cerita aku mengenai Danau merujuk post sebelum ini.
Siapa pendamping aku tu? Sabar, tunggu aku repair tayar motor guna duit PTPTN untuk balik rumah dan tanya ayah aku pada Kisah 4 nanti. Banyak aku laburkan duit PTPTN aku untuk repair motor KRISS power tu. Terima kasih nox, susah senang bersama aku. Sekarang ni sebak nak bayar hutang PTPTN. Tragis kan kisah aku di UKM? Serius macam drama tapi aku anggap semua adalah pengalaman manis. Seronok bila teringat semula. Jika kita berjodoh lagi, aku akan lengkapkan Kisah 4 secepat mungkin.
Apa nasib Midah seterusnya? Midah cekik leher Abang Samat sampai berputar macam helicopter? Apa pula cerita ayah aku tentang pendamping aku ini? Disini permulaan kisah Panglima Hitam. Siapa dia? Tunggu ya Senah dan Leman. Salam Henshin!
Tengoklah betapa bersepah bilik teater kami ni...azab! 

Ni hasil dia... tak payah berseni pon xpe sbb jadi SAMPAH adoii laa
omeynya teddy bear ni! Skrg dh jd bapak org
 Meriah gila okay festival konvo katakan
 Rindu korang
 Selepas sesi brainwash sbb performance macam taik
 Nilah nasib pelajar cemerlang, tak cukup tidur demi karya (rolling eyes!!)
Sesi bulatan
#kamenrider: Kolej UKM, Bangi - Kisah 3
#kamenrider: Kolej UKM, Bangi - Kisah 3
#kamenrider: Kolej UKM, Bangi - Kisah 3