Sabtu, 13 September 2014

Deja Vu - Part 2 FINAL



Semua berlaku sebijik aturan dalam mimpi tadi. Kenapa? Aku sendiri cari punca sampai pening kepala fikir. Mimpi tadi serius jelas. Gila kau.... macam cerita FINAL DESTINATION.

Bunyi mesej,
“Hoi, bilik tu banyak nyamuk, tidur bawah kelambu ok…esok bangun awal hantar aku kursus ok!”, - Aizat.

Ok ni gila. Sama seperti mesej dalam mimpi! Kali ini aku reply,
‘Tak nak hantarrrrrrr…….uwekkk’.

Masej berbalas,
‘Nak aku masuk bilik pujuk kau ke? Dah tidur, aku penat ...tadi seronok sangat kau berdengkur mengigau-ngigau sebut nama aku’- Aizat.

Haha, betul ke aku mengigau sebut nama dia ke dia saja tipu aku? Aku tahu dia tak berani terjah bilik aku malam-malam macam ni, lagipun nanti Ibu tahu padan muka. Aku sangat yakin Aizat tak berani buat hal, dia kan anak kesayangan.

Aku bakar …
‘Mai la ke bilik kalau berani…by the way tadi aku mimpi kau tak pakai baju kihkihkihkih’.

Aku pantas matikan telefon, migrain aku tengok skrin cerah dalam gelap. Semuga esok tak jadi macam dalam mimpi tadi. Sesaat mata aku tertutup dan hampir roh aku terbang dari tubuh, pintu bilik diketuk. Allah malasnya nak bangun. Aizat la ni. Marah mungkin dicabar. Aku sarung tuala dikepala dan bukak pintu, baru nak mengeluh kerana Aizat mengganggu tidur tetiba…..

“Kau mimpi aku macam ni kan?”, Aizat hanya berseluar pendek menayang  perut ketak dia dan terus meluru masuk ke bilik, duduk di atas katil.

“Kau gila Aizat, keluar! Nanti ibu kau nampak macam mana? Gila ….kalau kau berbaju aku boleh terima lagi….…woi keluar lah”, makin panas bila lihat Aizat baring-baring atas katil. Serius aku cuak sebab pukul 3 pagi dan dirumah Aizat aku bimbang ibu ayah nampak anaknya dalam bilik aku! Aku rasa Aizat dah melampau dan aku rasa nak terajang badan Aizat dari katil. Aku tarik tangan Aizat sekuat hati.

“Mungkin kau rasa kau kuat Nadey? Hambik!”, Aizat tarik aku sekuat hati sehingga bahu aku mencium almari. Dung!

Gila kuat Aizat tolak aku ke almari, sakit yang amat. Aku diam dan tunduk mengerang kesakitan. Aizat mungkin terkejut, dia terdiam melihat aku. Aku menjeling tajam, benci dengan Aizat. Selama ini dia tak pernah pulak dia berkasar dengan aku. Mungkin dia rasa aku separa wanita gamaknya.

“Sorry, aku main-main je”, Aizat mendekati aku dan menggosok bahu yang sakit. Aizat ulangi perkataan sorry dan spontan dia menarik tangan aku dan cium.

WHAT? Apahal Aizat cium tangan aku ni??? Buang tabiat. Zassss …memori aku berbalik pada mimpi tadi.
“Kau nak kahwin dengan aku?”, ayat Aizat dalam mimpi buat aku gabra.

Aku pandang mata Aizat….
“Ermmm tak pe lah, sikit je ni kau masuk bilik kau, pergi tidur esok kursus nanti penat. Dah la tadi kau drive kan”, perlahan aku menolak badan Aizat menjauhi aku. Tangan Aizat masih mengenggam aku.

“Sorry ok, aku tak sangka kau .......perempuan, kihkihkihkih”, Bodoh Aizat, nasib baik dia buat lawak kalau tak janggal gila selepas aksi pandang dan cium tangan aku tadi.

“Bodo”, aku tersenyum lalu menutup pintu.

Baiklah aku tak boleh tidur. Sisa serapan cinta 40% dalam mimpi mungkin bertambah sekarang. Ya Allah.
Pikir punya pikir, berjam aku berangan sehingga bunyi bising alarm jam pukul 6 pagi dan aku bangun siapkan diri solat. Seperti dalam mimpi aku keluar ke dapur. Masih gelap, aku nampak baju Aizat atas papan gosok.

Aduh, baju dan seluar yang sama dalam mimpi!

Aku menunggu Aizat keluar bertembung dengan aku. Dia tidur di bilik tamu di dapur, sebab tandas biliknya rosak. Lama aku tunggu Aizat keluar, sebab aku takut kalau aku terperanjat, aku akan melatah dan keluarkan ayat tak sepatutnya. Tiba-tiba aku terkejut ada tangan mengusap bahu aku yang masih bersisa pedih.

“Macam mana bahu?Ok? Sorry la semalam…. Ermm terima kasih gosok baju aku, meh aku sambung gosok, kau pergi berehat”, Aizat berebut sterika dengan aku. Puas berebut sterika, aku takut sterika panas tu terkena kami, spontan aku peluk Aizat yang tidak berbaju tu. Kami berdua kaku…diam.

“Nadey………………, aku pergi solat dulu la kau sambung la kerja yang kau suka sangat ni”, gemersik suara Aizat berdesup masuk dalam lubang telinga dan aku melepaskan pelukan.

“Sorry, hahahaha”, gelak coverline.
Bodoh kau Nadirah, bodoh.
Aku tersenyum dan sambung menggosok.Tak sangka leretan senyuman itu diperhatikan Ibu Aizat.

“Ha….Nadey senyum sorang-sorang pagi-pagi ni kenapa, apa dah jadi? Jajat buat apa kat kamu?”, teguran tu buat aku melatah.

“Bodoh, Aizat bodoh!!”, aduh maki anak dia depan Ibu, apa reaksi Ibu? Adui …spoil.

“Hahahah kuat melatah kamu ni, ermm jom teman ibu masak. Semalam Jajat ada beritahu ibu kamu suka makan bihun goreng, dia kata Nadey mengidam. So esok saja kita makan nasi lemak Kak Leha”, Ibu sibuk keluarkan bahan masak dari peti.

Gila kau Aizat, masa bila aku mengidam bihun goreng? Tu kau yang mengidam , kuang asam. Tapi bihun goreng memang kegemaran aku.

Sekejap……….

JAJAT?Hahahahahahahahahahahahaha.
Kak Leha?? Bahahaha
Sah.Mimpi aku memang pelik.Aku tetiba tergelak.

“Kenapa gelak? Hahah, kamu ni suka gelak ye? Ok, biasa kamu suka bihun macam mana?”, Ibu tunjuk ayam dan kerang.

“Ibu boleh bagi peluang saya nak tunjukkan bakat tak?Haaa saya buat bihun goreng, ibu pergi mandi dan bersiap. Ok?”,bihun goreng .....kacang je.

“Serius? Ok!!! Ibu nak rasa. Ibu naik bersiap dulu ya?”, terbaik….Ibu Aizat memang memahami. Serius.

Mungkin dah biasa, pantas je aku siapkan bahan, bihun goreng ni aku yakin, aku yakin Ibu, Ayah dan Aizat boleh menangis sebab terlampau sedap. Hah!

Sejam kemudian, semua makanan terhidang, bihun goreng, telur goreng dan air kopi O kaw. Ibu tersenyum. Ayah Aizat menuruni tangga. Kacaknya ayah Aizat, seiras anak beranak.

“Kamu masak ni Nadey? Warghhhh mesti rasa kopinya dulu, pembuka selera”, Ayah Aizat menghirup kopi O kaw dengan cermat. Sumpah berdebar.

“Perghhhh kaw, macam kat kedai! Ok pass boleh jadi menantu!”, Ayah Aizat pandai bergurau.
  
“Apa menantu ayah????? Nadey??”, Aizat menyampuk dari mana tah. Semerbak harum bau perfume Aizat. Allah, kacaknya. Aizat duduk disebelah aku. Sekilas aku memandang Aizat. Malu menerjah, kenapa lah aku peluk dia ni tadi? Adui malu.

“Meh sini sayur, aku makan”, Aizat selamba ambil pingan aku dan makan sayur-sayur.Tergamam aku, begitu juga Ibu Ayah Aizat. Gila kau, kau lupa ni rumah kau.

“Manja Nadey ni, tak makan sayur.Tapi dia masak sayur untuk kita. Selama ni Jajat jadi DBKL dia je”, tanpa segan Aizat beritahu ibu ayahnya.

“Hahaha, biasalah dulu ibu pun tak makan sayur, ayah yang makan. Kamu kursus balik pukul berapa? Tinggal Nadey sorang?”, ayahnya tertanya-tanya.

“Hari ni Nadey ikut Ibu bukak butik dan shopping!!! Petang baru kami ambil Jajat. Boleh ye bang? “, Ibu terus memujuk suaminya.Comel .

Alhamdulillah, ngam-ngam aku masak untuk 4 orang. Habis, Aizat sampai bertambah pingan. Aku mengangkat pingan untuk dibasuh, dan Aizat membontoti aku. Ibu pula menghantar ayah ke muka pintu. Kerja sendiri, tiada erti cuti mingguan maka dia perlu ke officenya sebagai rutin harian.

“Sedap kau masak, macam selalu. Ibu ayah pun bagi respon positif. Power la kau!”, Aizat menyenggol bahunya ke bahu aku.

Aduh.

“Haish, sakit lagi ke weh??? Meh sini aku tengok lebam ke?”, selamba je Aizat selak tudung dan baju aku. Gila.

"Weh ....lebam la....ya Allahhh....apa aku dah buat ni???", Aizat terkejut.

“Aizat, aku ni bukan isteri kau nak selak-selak sesuka hati. Haish”, aku masih terkejut dan cuba mengawal intonasi suara aku. 

“Sorry, tak sangka aku terkuat pulak tolak kau. Erm…nak jadi isteri aku? Boleh selak-selak. HAHAHAHHA”, bodoh Aizat. Kenapalah aku jadi mangsa buli ni. Penat la. Aku kemas dapur cepat-cepat dan panaskan enjin kereta. Dalam kereta, Aizat merapatkan mukanya dihadapan aircond.

“Kenapa aku berdebar sangat ni, padahal kursus 8 jam je… ke sebab teringat kau peluk aku pagi tadi?” mata Aizat melirik kearah aku, dia menarik senyuman gatal. Haish skrip mimpi yang serupa tapi Kak Leha tidak disebut malah kes pagi tadi pula yang disebut-sebut. Aku hilang kata sesaat.

“Larghh sapa suruh kau berebut sterika dengan aku? Bahaya ok! Kau ingat hingin sangat aku nak peluk kau yang busuk tu?”, coverline selagi boleh Nadey. Seperti mimpi, Ibu masuk dan kami terus menghantar Aizat ke tempat kursusnya. Tidak terkejut Aizat menghulur aku beberapa not RM50.

“Jom pergi klinik dulu”, Ibu senyum. Aku pikir, Ibu tak sihat kot. Aku hanya menurut arahan. Sampai diklinik Ibu minta IC aku.

“Ibu………kenapa?”, aku blur.

“Tadi Jajat cakap dia tolak kamu semalam, bahu kamu mungkin lebam. Dia memang macam tu tau, tapi rasanya dia tak sengaja. Kita cek ok!”, tak sangka Aizat beritahu Ibu perkara sebenar pula. Serba salah aku. Selepas dapat suntikan tahan sakit aku diberi ubat sapu untuk bahagian lebam. Bagi aku tak berapa serius sebab aku pernah kena lebih teruk dari ini. Lagipun aku tak nak la Aizat dan familinya serba salah.

“Ibu, jangan risau ni biasa je. Ok jom ke butik Ibu”, walaupun Ibu desak rehat dirumah tapi aku rasa rugi kalau buang masa macam tu saja. Aku pantang duduk diam lagi-lagi dirumah. Ibu menghadiahkan aku 3 pasang baju dan sebuah handbag kuning seperti dalam mimpi. Aku tahu aku akan berjumpa Puan Sri nanti.

Selepas solat, Ibu tanya…
“Malam ni kita ke majlis Hari Lahir Sabrina, kamu ok ke? Sebab Jajat beritahu kamu tak suka tempat ramai orang kan. Ibu serba salah heret kamu. Kes tadi pun, tetiba kamu nak bernikah dengan Jajat, nasib baik kamu pandai buat skirp on the spot, kamu boleh jadi drama queen la. Ibu dah cuak tadi HAHAHA”, iras Aizat dan ibunya. Perbincangan serius dan akhirinya dengan gelak barai. Cool.

Petang selepas mengambil Aizat dan pulang. Aku berehat dibuaian laman rumah mereka yang indah tu. Sambil main game ditelefon, aku tak sedar Aizat datang kacau keamanan aku.

“Bahu macam mana?”, Aizat duduk disebelah dan menyentuh bahu aku.

“Laaa sikit je ni...”, balas aku ringkas.

“Sorry la ye, janji tak buat kau sakit dah. Apa aku nak cakap dengan famili kau aku buat macam ni? Nak nangis la”, Aizat gelabah tapi dia kawal perasaan dengan membuat lawak.

“Jangan risau, masa aku seliuh main bola tampar dulu lagi teruk. Ni tak teruk la…serius jangan risau”, aku rimas dengan’sorry’ Aizat.

“Gila tak risau, kau tanggungjawab aku sekarang……maksud aku, kau kat rumah aku haaa aku nak cakap apa dengan famili kau kalau jadi ape-ape?”, tanggungjawab bah kau Aizat.

“Bagitau bapak aku kihkihkih”, gurau untuk selamatkan keadaan yang janggal disebabkan ayat ‘tanggungjawab’tu.

Spontan dengar perkataan bapak aku, terus Aizat peluk dan cium bahu aku.

“Aizat, tak elok la …….”, Aizat sudah tak terkawal. Sejak semalam, sejak Fariz keluar dari kereta Aizat berkelakuan pelik sangat, pelik dari biasa.Seperti sedang menggoda……………..aku?

“Sekejap, aku nak tanya something …bila aku sebut nama Sabrina tadi kau tak terkejut. Kau tahu ke tadi aku berjumpa dengan maknya? Dan malam ni majlis besday dia?”, aku pelik.

“Tahu, ermm ok aku cerita pasal Sabrina sebab kau pun tak secara langsung dah ada watak dalam lakonan ni. Maaf la bebankan kau. Aku tak de pilihan. Jangan risau nama Sabrina dah takde dalam kamus hidup aku. Gituw ayat sastera”, Aizat tak pernah 100% serius.

“Mungkin selepas aku tahu kisah kau dan Sabrina sebab tu aku simpati kat Ibu. Maka aku on je tolong kau. Tapi tu bukan kredit debit kau nak peluk cium aku. Kau gila? Haram ok…bak kata UIA, haram! macam pegang babi! Hahahahhaha”, perangai aku seperti Aizat sudah, tak pernah serius. Mungkin aku rasa ni bukan masalah besar. Tolong je.

Fariz tukar plan balik rumah saudara dia sebab plan kau ni ke? Kau memang keji kan. Sian Fariz jadi mangsa. Arghhh sian Fariz”, rasa aku diperbodohkan.

“Kau sian kat Fariz ke…sampai hati. Aku?”, Aizat menghayun laju buaian sehingga kecut perut aku. Gila kalau buaian ni tergolek buat malu je. Terjerit-jerit aku ketakutan.

Malam tu aku sengaja pakai perfume lebih sikit. Aku bersiap sambil tersenyum simpul. Teringat perangai pelik Aizat. Aku pegang bahu aku yang dicium Aizat tadi. Gila la Aizat ni…buat aku perasan sorang-sorang. Rasanya macam peratusan naik mendadak sejak petang tadi. Countless.

Semua aturan malam tu seperti dalam mimpi, aku naik kereta dengan Aizat sahaja, aku juga lihat koleksi kereta dan motor Aizat, dan aku juga diajak pulang awal dari majlis itu. Dalam kereta, aku tahu kami akan ke Danga Bay. Aku nak elak supaya Aizat tidak tanya soalan maut tu seperti dalam mimpi.

“Aizat…….kita pergi makan boleh, aku lapar lagi la”, lembut saja nada aku memujuk Aizat.

“Tadi kau tak makan ke? Ok anything for you tonight. Kau nak makan ape? JB ni berlambak makan best”, Aizat beri cadangan beberapa tempat suruh aku pilih, end up dia bawa aku ke restoran favourite dia.

“Tempat dating dengan Sabrina ke?”, test water Aizat.

“Kau kalau kau dok sebut lagi nama Sabrina aku cium kau, serius aku tak main-main. Aku takkan bawa kau pergi tempat yang aku pernah bawa Sabari…Sabariah tu lah!!”, marah sungguh sampai gelar Sabrina, Sabariah! Hahaha

“Sab…..Sabb….”, saja aku cabar Aizat.

Aizat terus tarik tangan aku, sehingga tersembam muka aku kat dagu Aizat yang tinggi tu. Aku berhempas pulas keluar dari kawanan.

“Aku dah kata kan……….jangan cabar aku”, Aizat beri ugutan dan kali ni serius seram.

“Sa….sakittttt”, terasa kuat gurauan Aizat ni.

“Oh sorry………..kau ni! Kau saja kan cabar aku! Haish!”, Aizat merajuk terus masuk ke restoran dan tinggalkan aku terkial-kial usap bahu yang sakit. Aku buat muka kasihan supaya amarahnya tidak berpanjangan. Aku buat-buat sakit nak angkat sudu, akhirnya Aizat terpaksa suap aku.

Cop!
Aku hahahahaha aku memang sengaja nak manja-manja, hati berbunga-bunga bila Aizat layan macam ….kihkihkih.

"Ermm pas ni ikut aku ke satu tempat ya....kau sure suka", Aizat dah rancang sesuatu, seram.

Aku tak nak Aizat marah aku lagi maka aku bersetuju ikut kemana pun malam ni. Kenapa sejak akhir-akhir ni Aizat pantang dicabar, kalau dulu ya aku tahu dia pantang dicabar tapi tak pernah pula dia tunjuk agresif dia pada aku. Macam hari ni, banyak sungguh adegan pelik-pelik. Mungkin aku saja yang perasan. 

Tenang Aizat memandu malam ni, dia tak berhenti bebel tentang tempat best di JB ni. Setelah lama mengira beberapa kilometer, sampai disebuah jeti dan kapal layar sedang menanti penumpang. Aku masih tergamam

"Ermm bapak saudara aku pemilik kapal ni, dia beri kita naik free pusing pulau dalam sejam. So aku nak culik kau sekejap ok? Jom...", hulur tangan Aizat untuk menarik aku naik atas kapal. Aku seperti dipukau, aku menyambut tangan Aizat. Kapal mewah itu lengkap dengan bilik tidur, dapur dan bilik mandi. Serius seperti dalam movie.

"Best tak? Nah.....kau satu. Kau suka memancing kan? Jom try, kalau sapa dapat ikan kita kena tunaikan hajat orang tu...ok?", Haha aku bukan minat sangat memancing, tapi aku suka aktiviti tu bersama dengan orang yang aku suka. Seperti sekarang. 

"Kau tak rasa pakaian aku sekarang macam tak sesuai untuk memancing?", Dress ni buat aku tak selesa sebab nanti busuk kene umpan, kena hanyir ikan. 

"Ok cabut la baju tu, aku suka je kalau..............hehehehehe. Allla kita sekejap je atas bot ni, nanti kita balik kita mandi la....nak mandi bersama pun aku suka. Sejak bila kau kesah penampilan ni...kihkih dengan aku je pun, tak payah la wangi-wangi", sebab tu aku selesa dengan Aizat, jenis sempoi.

Sambil menunggu ikan, aku tak berhenti berborak dengan Aizat. Tiba-tiba aku terasa bodoh bila aku tanya soalan pelik pada Aizat...

"Jat, kau suka perempuan macam mana? Kenapa aku tak pernah tengok kau dating atau skandal? Padahal dari dulu ramai gila suka kau, sampai sekarang kat FB, IG ramai gila awek gilakan kau....kau gay ke?".

"Kalau aku gay, aku tak kan suka kau", Aizat jawab dengan tenang. Matanya pada joran. 

Terus dua-dua terdiam.

"Aku pun suka kau, best kawan dengan kau. Famili kau best, aku happy tak menyesal aku datang sini kenal famili kau", baik punya coverline.

"Maksud aku, aku betul-betul suka kau. Sejak semalam baru aku tau, yang aku dah lama suka kat kau. Sebenarnya, sejak dari satu mimpi pelik ni. Aku pernah mimpi dan mimpi tu betul-betul berlaku. Aku mimpi yang aku prank kau, ajak datang kampung aku dan hantar Fariz ke umah saudaranya, aku mimpi kau masak untuk famili aku, aku mimpi bawa kau jumpa nasi lemak Kak Leha, aku mimpi kau hantar aku tempat kursus, kau cium tangan aku, kau layan aku bagaikan isteri aku, kau teman ibu shopping, kau pakai cantik macam malam ni dan aku juga mimpi kau terima lamaran aku", Aizat fokus menghadap aku.

Aku terdiam. Ya Allah, kenapa Aizat dapat mimpi yang sama. Jika aku dapat mimpi harini, pada malam semalam. Aizat pula sudah lama dapat mimpi itu. Allah....

"Aku tak pernah tahu kau sukakan mana-mana lelaki, boleh beri peluang pada aku? Kita belajar suka each other sama-sama? Nak? ", Aizat melamar aku ke?

Aku rasa aku tak perlu selindung, yang aku juga sukakan Aizat, peratusan, countless

"Ehhhhhhhhh......ikan!!!", aku menjerit sebab joran aku disentap! Kelam-kabut kami menarik joran, terjerit-jerit sebab berat sangat joran ditarik. Aizat menolong aku tarik dengan kudarat jantannya.

Selepas ikan ditarik, kami tergelak tanpa sebab. Kelakar.

"Apa hasrat kau?, kau dah dapat ikan!!! ", Aizat menunggu jawapan aku sebenarnya.

"Jangan tinggalkan aku", aku jawab dan tersenyum.

Aizat masih blur menanti aku beri keterangan.

"Aku bukan perempuan cantik dan sempurna. Mungkin satu hari nanti kau akan tinggalkan aku dengan perempuan lebih cantik. Aku tahu, aku tak boleh tolak takdir Allah, kalau kau sudi, janji dengan aku jangan tinggalkan aku lepas selain Allah yang jemput kita ok???", cara aku beri keterangan seperti main-main tapi aku serius.

Aizat tersenyum. Dia mengangkat tangan seperti bersumpah.

"Kau nak kahwin dengan aku?", skrip terakhir seperti dalam mimpi. Aizat telah mengulang ayat maut tu.

"Bila?", rakus sangat aku tanya bila.

"Secepat mungkin, apply cuti dan kita jumpa famili kau", Aizat gelak......

"AHAHAHAHA skrip ini tak de dalam mimpi tapi kau setuju nak kahwin dengan aku. Alhamdulillah", Aizat menekup mukanya.

Alhamdulillah, Allah beri peluang kami dengan mimpi pelik dan aku tak sangka Aizat jodohku.

Kami berdua mimpi yang sama. Pelik...serius pelik tapi tiada mustahil didunia ni.

Dejavu~





-Tamat-

Khamis, 11 September 2014

Deja Vu - Part 1


Seronok, esok kawan baik aku Aizat akan menjalani kursus di kampung halamannya, Pekan Nenas Johor. Aizat dan Fariz mengajak aku ke rumah mereka. Janji mereka ingin bawa aku jalan-jalan area Johor. Kami bertolak selepas isyak.

Sampai di perhentian Ayer Keroh, Kami bertukar driver. Aizat yang memandu. Keadaan jalan yang gelap, sudah beberapa kali aku menyedarkan Aizat supaya mengawal kelajuan pemanduannya. Setelah bising bertengkar, akhirnya Aizat mendengar nasihat. Terkejut aku tetiba Fariz pula minta singgah dirumah saudaranya di Segamat maka kami berpisah. Keputusannya sekelip mata, maka aku seorang sahaja yang bertandang ke rumah Aizat. Rasa pelik tapi aku diamkan saja. 

Kami sampai selewat 3 pagi, namun ibu Aizat masih tidak tidur menunggu kami selamat sampai. Dalam gelap dan mamai aku masih sempat memerhati keadaan rumah Aizat yang besar, banyak sangat aquarium besar kiri dan kanan sebelum menjumpai pintu masuk rumahnya. Gila kau Aizat, tak bagitau kau anak orang kaya! Aku ingat kau berlagak kaya selama ni.

 Ibunya kecil sahaja, rasa diri raksasa bila menyalami tangan halus ibu Aizat. Selepas menyediakan bilik tempat aku tidur, aku masuk kebilik untuk menyambung tidur sementara menunggu Subuh. Tetiba aku mendapat masej dari Aizat.

“Hoi, bilik tu banyak nyamuk, tidur bawah kelambu ok…esok bangun awal hantar aku kursus ok!”, - Aizat

Aku terpikir, ya Allah, lepas hantar Aizat aku buat ape sorang-sorang? Benci la dengan Fariz tinggalkan aku seorang, tetiba je nak pergi rumah saudara pula.Tanpa membalas masej Aizat aku terus terlelap.

Dengar sahaja azan Subuh, aku terus bangun. Baiklah, aku masih berada dirumah Aizat. Macam mana ni? Malunya nak keluar.Tak pe better aku mandi awal. Selepas solat Subuh aku tak mungkin tidur semula, ini rumah orang nanti terlajak tidur habis. Aku bangun ke dapur, aku melihat baju kemeja dan seluar untuk kursus diatas papan sterika. Arghh tiada kerja pagi ini, nak masak breakfast, segan pula nak guna barang dalam rumah ini.Tunggu ibu Aizat masak la.

Laju tangan aku mengosok baju Aizat dengan penuh cermat. Ye lah, Aizat ni suka barang branded, baju dia pon sehelai beratus…ceh! Tetiba aku terkejut, Aizat bangun tidur menuju ke tandas dengan hanya berseluar pendek sahaja, topless. Sumpah seumur hidup aku, aku segan melihat Aizat dalam keadaan itu, aku terus menyibukan diri teruskan menggosok pakaian Aizat. Walaupun ini bukan pertama kali melihat dia tanpa baju tapi bila situasi dirumahnya aku merasa lain! Pelik, aku malu ke dengan Aizat?

“Weh…………terime kasih la gosok baju aku…aku memang malas pon. Nanti aku belanja makan ok! Weh ko pon siap la, hantar aku pastu kau jalan2 la kat Pekan Nenas ni, kalau kau nak ke JB pon ok…tapi better tunggu aku bawak ok. Ko stay rumah, nanti aku roger kau ambil aku dari sekolah ok”, Aizat masih tersengih dengan tak berbaju itu. Adoi paham tak aku segan tengok badan kau tu? Mata aku hanya tertacap pada baju Aizat. Aku hanya mengangkat jari respon OK! Sahaja.
Aizat tersenyum lalu terus ke bilik air. Subuh pun sudah lewat.
  
Usai menggosok baju AIzat, ibu Aizat keluar menyiapkan sarapan.
“Laa…Nadey kalau nak masak guna je bahan dalam peti tu jangan segan-segan. Tapi hari ini kita tak payah masak, kita makan sarapan diluar. Jajat tu suka makan nasi lemak kakak cantik tepi jalan tu. Ibu siap kejap ya.”, Lembut je ibu JAJAT??? berborak dengan aku. Aku tergelak-gelak sebab terdengar nama timangan Aizat JAJAT. Adui kelakar. Ni benda nak bahan setahun ni hehhehehe.

Bau harum perfume Aizat semerbak satu rumah, Aizat keluar dengan segak. First time aku rasa Aizat hensem. Aku terus keluar panaskan enjin kereta, tetiba Aizat masuk ke tempat penumpang dihadapan. Dia masuk dan menghalakan muka ke aircond. Bahunya bersentuh dengan bahu aku, tapi aku biarkan mungkin sudah biasa.

“Kenapa aku berdebar sangat ni, padahal kursus 8 jam je… ke sebab aku nak jumpe kak leha cun jual nasi lemak?” mata Aizat melirik kearah aku, dia menarik senyuman gatal. Tapi dekat sangat muka Aizat ni.

“Aku bet aku lagi cantik dari kak leha nasik lemak! Dan kau tak perlu nak dekat-dekat muka dengan aku dalam keadaan peluh berbaldi ni, rimas”, perli sikit…nak tengok reaksi Aizat.

“Puih kau, kak leha tu pmpn cantik 1000x ganda dari kau! Dan aku memang suka dekat-dekat macam ni kat kau…kasi kau bau peluh aku….sure kau angau aku nanti!”, Aizat mengacah mendekati mukanya dengan lebih rapat, terasa hembusan nafas dan aku berganjak kebelakang. Tetiba…….

“Kamu buat apa ni jajat??? Sian Nadey kene buli. Nadey, hari ini teman ibu shopping? Tapi awal sangat kita lepak café dulu, teman ibu bukak butik dan kita pergi shopping dan jalan-jalan kat JB”, terkejut kami ibu Aizat meluru masuk dalam kereta. Ibunya lebih selesa dengan panggilan ibu untuk semua rakan anaknya,  sian JAJAT kena marah. Hahaha

“Tapi Ibu, Nadey tak suka shopping”, Aizat kenal aku.

“Tak kire dia kena teman ibu shopping jugak”, ibunya hanya gelak.

Sampai tempat yang dituju, aku mencari Kak Leha yang cantik sangat tu. Terkejut, Kak Leha yang dipuja agak gempal dari aku tetapi kulit mukanya polos, calitan gincu merah membuatkan mukanya terpancar kemanisannya. Patotla Aizat suka. Nasi lemak Kak Leha memang mantap sampai aku bertambah, Aizat hanya makan separuh, mungkin dia melihat aku teruja makan nasi lemak yang sedap itu.

Selepas makan, aku teruskan pemanduan ke tempat kursus Aizat.Tetiba Aizat memegang tangan aku senyap-senyap dari pandangan ibunya, dan digenggam beberapa keping not RM50. Aku tak paham kenapa Aizat beri duit? Muka aku penuh tanda tanya, bila Ibu berdeham cepat-cepat aku menyorok duit itu.
Aizat senyum dan keluar dengan pantas, “Bye!!!!!!!!!!!Ibu jaga Nadey ok!” Ibu keluar dan duduk di bahagian penumpang dihadapan.

“Ibu suka tengok Nadey memandu, nampak cantik dan elegant”, puji Ibu.

“Aik….elegant dan cantik? Dengan seluar kusam, tudung bawal berbau dan baju tshirt lusuh?”, serius aku pelik dengan pujian tu.

“Heheheh, dah lama kenal JAJAT? Ibu selalu dengar Jajat cerita pasal Nadey dalam telefon, dia kata Nadey salah seorang dari geng dia. Dia kata Nadey ni sekejap macam lelaki, sekejap macam perempuan dan sekejap macam budak-budak. Jajat pun minat kartun, tapi dia kata Nadey lagi hebat”, ulasan ibu buat aku malu.Kuang asamnya Aizat. Ibu Aizat ini ada membuka sebuah butik pakaian muslimah, setelah membuka kedai dia terus mengambil beberapa helai baju dan tudung.

“Jom kita main try and match!”, Ibu menghulur aku pakaian untuk dicuba.

“Eh, Ibu..untuk apa ni?????”, tempelak aku. Habislah….mungkin aku paham kenapa Aizat menghulur duit tadi. Redha.

Dah tahu badan aku besar, aku memang susah nak cari baju yang sesuai tapi butik Ibu, terdapat baju plus size yang cantik. Baju labuh lycra ini sejuk dan berat. Aku nampak cantik bila sarung beberapa helai baju dibutik Ibu. Aduh, first time rasa suka nak beli baju untuk diri sendiri.

“Ibu, Nadey nak beli yang ini la. Cantik…tapi boleh pergi kenduri je lah baju ni!”, gila cantik aku mesti beli!
“Ibu hadiahkan kamu 3 pasang ini. Dan 3 hari ini kamu pakai baju ini ok jangan pakai jean dan t-shirt dirumah Ibu. Sekarang fesyen muslimah la sayang, nak pergi pasar pakai baju ni pun orang rasa sesuai. Ok!” aku rasa pelik sebab blouse labuh dengan kain tu macam nak pergi kenduri je. Tapi kenapa sampai 3 pasang Ibu hadiahkan kat aku?

“Terima kasih ibu, tapi yang ini saya bayar. Jangan risau, saya ada duit ni. Memang khas untuk beli baju pun”, aku menunjuk Ibu dua pasang kemeja dan 2 helai tudung bawal. Guna duit Aizat beri tadi. Ibu suruh aku terus memakai blouse labuh dan kain hadiahnya itu.

Setelah pekerja butik sampai, kami ke Johor Bahru. Aku memang tak suka shopping sebab aku bukan berduit pon. Mungkin Aizat paham, sebab tu dia beri duit tadi. Sayang lebih la kat Aizat sebab memahami.

Agak jenuh meneman Ibu shopping, 3 jam bagi aku dan 30 minit bagi Ibu. Setiap kedai disinggah, tangan aku penuh dengan beg hasil shopping Ibu. Agak mewah cara Ibu bershopping.

“Nadey, cantik tak beg ni, hijau ke kuning?", Ibu menunjukkan beg Michael Kors. Baiklah beribu. Tetiba lancang je mulut aku ………..

“Ibu, kuning cantik tapi ibu dah beli handbag Bonia tadi. Tak mau la, Ibu beli mende lain”, terkedu Ibu mendengar komen aku. MAMPOS!!!!!!!!!!!!!!!! aku lupa ke dia ni bukan Ibu kau! Alamak

“Ni Ibu sayang Nadey ni, ok dik tolong bungkus yang kuning ni. Beri bungkusan paling cantik, ini hadiah untuk gadis cantik ini!”, teruja ibu.

“Ibu………………………….saya takde duit untuk bag mahal tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu”, mampos, beribu, dalam dompet hanya ada RM200 itupun Aizat beri dan aku perlu ganti duit itu.

“Ibu suka sangat dengan Nadey, please terima hadiah ibu ni. Kesian Ibu takde anak perempuan”, Ibu merayu tapi aku hilang kata. Kepala aku ligat, ada yang tak kena dengan Ibu Aizat ni.

Penat aku melayan nafsu shopping akhirnya kami masuk ke sebuah restoran. Ibu booking untuk 4 orang. Sah lagi dua orang kawan dia.

Kelihatan 2 wanita pertengahan usia dari jauh tersenyum ke arah kami. Sah, mereka kawan Ibu.
“Ooooo ini la tetamu dari KL?Cantik walaupun bambam sikit. Nama apa? Sampai bila disini?”, tegur wanita yang dipanggil Puan Sri itu.

“Ermmm Nadirah tapi Puan …..Sri boleh panggil saya Nadey je. Sampai bila? Baru sampai pagi tadi dan esok Ahad kami pulang la. Isnin KL kerja, kalau di Johor Ahad sudah kerja kan”, aku hanya berbasi mulut untuk ramah mesra dengan ‘Puan Sri’ itu. Nampak kerek.

“Nadey buat apa sekarang? Kerja apa”, wanita sebelah Puan Sri kelihatan seperti peramah dan lebih ikhlas berbanding Puan Sri itu.

“Saya sekarang kerja di KL, sebagai Marketing Exec dalam ubat-ubatan Haiwan. Kampeni swasta, kuli je tapi syukur gaji boleh bayar hutang belajar dulu dan ibu ayah kat rumah. Nak beli rumah sendiri tak mampu lagi”, ulas aku sambil sekilas memandang wajah Ibu.

Tetiba Ibu genggam tangan aku.
“Mereka berdua plan kahwin hujung tahun ni”, Ibu lancang berkata. Kenapa aku jadi mangsa ni? Mungkin ibu hanya ingin berlakon depan kawan-kawannya yang berlagak seperti diva itu. Aku layankan aja.Aku mengangguk tanda paham.

“Ha??? Begitu cepat? Nak sorok apa-apa ke sampai nak kahwin tiba-tiba?”, sindir Puan Sri.

“Sunnah Puan Sri mempercepatkan pasangan yang sudah bersedia untuk dirikan masjid. Elak maksiat. Lagipun, saya sudah tua dan saya rasa Aizat seorang sahaja yang boleh terima saya macam ni sebab tak pernah ada orang yang suka saya sebelum ni. Bila Allah dah temukan Aizat,  saya terima tanpa ragu”, skrip mana aku cipta sehingga lantang dan lancar aku berbicara depan Puan Sri.

“Pelik, sebab Sabrina saya tak pernah cerita tentang Nadey.Tiba-tiba sahaja muncul dan kata nak kahwin. Sabrina lagi kenal Jajat dari awak.Taka da pula dia cerita tentang perancangannya nak berkahwin”, Puan Sri tak puas hati.

Kawan Puan Sri mencelah “ Eh..Nadey ni apa kurangnya, cantik, bijak……..” katanya mati setelah melihat jelingan maut Puan Sri.

“Ermmm saya ada hal, tak boleh lama. Saya beransur dahulu, jangan lupa majlis malam ni”, Puan Sri seolah-olah menyampah dengan kenyataan rakannya. Pantas dia bergegas untuk keluar dari restoran. Rakannya membontoti Puan Sri, masih sempat bersalaman dengan aku dan Ibu.

“Sabrina itu kawan rapat Jajat sejak sekolah. Puan Sri tu berangan nak kahwinkan mereka tapi kantoi Sabrina sudah berbadan dua dengan lelaki pilihannya. Puan Sri memaksa Sabrina gugurkan kandungan dan teruskan perkahwinan. Jajat seperti patah hati dengan berita itu. Mungkin sebab itu Jajat tak pernah ada perempuan lain. Maafkan Ibu gunakan Nadey ya. Dari dulu Ibu tahu Sabrina bukan gadis yang baik untuk Jajat. Sudah berapa kali Ibu terserempak dia bermesra dengan beberapa lelaki di JB ni”, panjang ulasan Ibu. Memang benar Ibu hanya gunakan aku untuk menaikkan amarah Puan Sri.

Aku hanya senyum dan mengangguk tanda paham.
"Haha, rasa macam dalam drama melayu la Ibu, ermm saya pun tak pernah dengar nama Sabrina, dan so far saya tak pernah nampak Jajat ada awek. Eh Ibu dah lewat jom solat".

Usai solat Zohor, kami duduk menunggu azan Asar, tadi sudah sipi tertinggal Zohor kerana temujanji Puan Sri. Ibu asyik menggenggam jari aku. Akhirnya kepalanya dilentukkan dibahu aku.

“Selesanya, kan best kalau Nadey jadi anak ibu juga. Ibu pun tak ada anak perempuan”, aku rela je Ibu sandar pada bahu. Simpati menggunung.

Kami menunggu jam 5 petang di pagar bangunan tempat kursus Aizat. Kami berborak sambil menunggu. Banyak juga aku bongkar tentang personal life aku pada Ibu. Dia seperti Ibu kandung dan ibu-ibu yang lain. Pendengar setia.Nasihatnya juga sebijik nasihat ibu kandung aku. So sama je rasa. Tiada kekok.

Kelihatan Aizat tersenyum lebar melihat kami menunggunya.

“Hey, adik manis berdua puas shopping?”, jari Aizat pantas mencuit pipi aku. Ini macam tak reti malu berkelakuan sebegitu depan ibunya.
“Cop…………………..cop……………………cop…….aku tahu la aku dah agak Ibu akan beli baju kau tapi kenapa muslinyah sangat ni??????? OMG cantiknya Nadey….rasa nak peluk nak cium….uishhh”, Aizat mengacah perbuatan menunggu reaksi ibunya.

Tiba-tiba………..

“Korang kahwin la dulu baru nak cium peluk depan ibu”, Ibu akhiri ayatnya dengan gelak tawa.

“Ibu nak ke Nadey jadi menantu ni? Kau dah buat ape ngan Ibu aku 8 jam weh………..kau sihir Ibu ek sampai dia suka ko??!”, Aizat bergurau.

“Ibu suka Nadey, Ibu sure la Nadey dah kene pancing…Ibu dah rasuah die dengan handbag, baju cantik dan blanja makan best tadi. Nadey tak suke ke Jajat yang ensem lagi taff ni? Anak Ibu ni, cuba tengok betul-betul. Tak mungkin la gadis melayu tak suka”, Ibu macam terlebih gembira hari ini mungkin puas kenakan Puan Sri tadi.

“Ermmm Jajat ibu ni tak pernah suka saya, saya ni kan gemuk gendut tak berduit dan rupa paras kurang cantik dari Sabrina……….”, alamak aku terlepas cakap!

Aizat diam seketika……………..

Aku cuak untuk dengar dan lihat muka marah Aizat. Cuak untuk dengar apa yang keluar dari mulut Aizat.

“Serius kau pernah suka aku ke? Kenapa tak bagitau??? Aku dah lama suka ko.... Ok jom kahwin. Aku on! By the way.....cantik sangat la ko hari ni, Ibu belikan dia beg?? Nak tengok....nak tengok....”, kegilaan apakah Aizat bergurau kasar macam ni.

HAHAHAHAHA , aku gelak paksa. Sedikit gementar dengan gurauan Aizat. Berdebar pula Aizat cakap begitu. Kalaulah betul, Aizat? Aku tak pernah sejenak pun berangan future dengan Aizat. Tapi kalau jodoh, best jugak!!! Eh gila kau Nadey, kau suka Aizat ke? Monolog ni buat aku tersentak.

“Eh jom, nak pergi mana lagi ni?”, aku ubah topik.

“Ermmm Ibu laparrrrrr”, Aizat merengek. Damn manja Aizat. Nak muntah hijau aku.

“Jajat lupa malam ni ada majlis Puan Sri….so petang ni makan pisang goring dulu ok! Tahan”, hulur ibu pisang goring yang kami beli tadi. Sekarang aku paham kenapa Ibu belikan aku baju dan handbag mahal tu, sebab ibu bersalah heret aku dalam drama dan majlis malam ni.

Sampai je rumah, Ibu turut masuk ke bilik dengan aku. Dia senyum, dan keluarkan baju dan tudung yang kami try and matching tadi. “Pakai baju ni untuk malam ni ok. Makeup ada? Nanti Ibu makeup kan”, macam satu arahan dan kenapa aku tak menentang. Selalunya aku akan suarakan apa sahaja yang aku rasa. Mungkin aku simpati?
  
Hati aku berdebar-debar. Adakah aku ambil kisah dari gurauan Aizat tadi? Aku suka kat Aizat ke sebenarnya? Gila………tapi betul ke? Pertama kali aku rasa debar semacam bersiap malam ni. Ibu beriya sangat untuk conteng muka dan aku redha sahaja.

Pelik, pelik sangat. Aizat seperti mesra sangat dengan aku malam ni. Depan Ibu tak segan langsung. Malam ni Aizat seperti biasa jeans lusuh dan kemeja ungu. Serius kacak.Wangi sangat rasa nak peluk. Aik? Aku rasa aku dah suka dengan Aizat. Yes, aku akui.

Ibu sengaja naik kereta lain dengan ayah Aizat. Dan kami berdua dengan kereta Aizat, rupanya Aizat ada dua buah kereta dan sebuah motosikal Ninja miliknya. Pandai dia berlakon, selama ni hanya guna motor LC kat KL.

“Cantiknya Nadey malam ni….tak caya doh kau boleh dapat make over dari Ibu. Curlas kau jah.Untung la siapa dapat kau. Cantik rupanya Nadirah ni. Tak puas mata aku pandang”, Aizat puji melambung, mata Aizat merenung aku seketika sebelum dia memandu. Saja perli aku la tu.

Rasa serapan perasaan cinta.Kalau tadi 15% sekarang 30%. Aizat memang suka berlawak, mana mungkin dia serius dengan apa yang keluar dari mulutnya. Dengar boleh, percaya jangan.

“ Nadey, malam ni kau diam dan ikut aku je. Soalan, biar aku je jawab. Ko jangan risau nanti aku upah kau, aku belanja pizza dua large ok!”, Aizat serius.
“Ok! Plus sushi octopus!”, aku pantang dengar upah makan.
“Deal, sayang”, jari Aizat laju mencuit dagu aku.

Aik malu aku…naik lagi 32% cinta.

Sampai di restoran mewah tu, terus Aizat menarik tangan aku, rapat.Aku relakan saja demi pizza dan sushi.

“Hi………….Aizattttttt, ni Nadirah kan bakal wife u?”, Puan Sri seolah-olah meminta kebenaran dari mulut Aizat.

“Aah, kan sayang. Tak sabar nak kahwin kalau boleh esok kita nikah cepat-cepat. Puan Sri sihat?”, Aizat senyum terpaksa.

“Sabrina…………mari jumpa dengan bakal isteri Aizat”, Puan Sri menarik anaknya. Cantik, tinggi, kurus macam model. Gila Aizat. Gila Aizat tolak Sabrina.

Aizat tolak ke bernikah Sabrina? Aku sebenarnya samar-samar dengan lakonan tetibe ni. Haish, tetibe datang rumah Aizat ingat niat melawat JB dan jumpa family saja, tapi sekarang aku termasuk bidang lakonan pulakkkk.

Sabrina hanya bersalam dan meninggalkan kami tanpa sebarang kata. Rupanya, majlis ini majlis Hari Lahir Sabrina. Aku tak berapa paham kenapa nak buat besar-besaran padahal kau dah tua kot. Membazir. Tetiba emo, jeles apa?

Aizat arah aku mencari tempat duduk dan makan sendiri. Dia mahu berjumpa kawan-kawan. Sebelum itu, Aizat mengambil makanan dan minuman untuk aku. Rasa bersalah tetiba mengheret aku dalam lakonan dan majlis macam ni. Dia tahu, aku tidak suka tempat yang ramai orang seperti shopping mall.
Aku hanya perhatikan Aizat dari jauh, serius aku sudah suka Aizat. Kenapa baru sekarang aku rasa dia sangat hensem? Walaupun Aizat tak sepenuhnya menepati citarasa aku, tapi dia lelaki baik dan sangat baik. Speechless terus. Terkenang sejak aku kenal Aizat di Asasi Penang, kami terus rapat sehingga sekarang. Masing-masing 26 tahun dan sudah bekerjaya sendiri.

Mungkin aku akan simpan je rasa ni. Aku tak nak hilang kawan sebab mende bodoh. Haish, untung la siapa dapat Aizat. Mesti best, asyik gelakkk je dengan dia. Aizat juga hardcore traveller, sebab tu kami ngam, dia gentle kat perempuan, mungkin aku separa wanita bagi dia. Aizat kawan susah senang. Aizat minat haiwan, banyak haiwan dia perlihara. Di rumah dia sahaja, ada ular sawa, cicak tokek, tarantula dan macam-macam. Ibunya juga berkongsi minat yang sama. BEST GILA ok!

Jap, cinta terserap lagi….40%. Ah sudah, kenapa kau pergi buat list tentang Aizat?

Tak lama kemudian, Aizat kembali ke meja aku.
“Jom balik, aku dah bagitau Ibu, lagipun aku tahu kau tak suka tempat ramai orang.”, Aizat memang memahami. Dia memegang tangan aku sehingga ke kereta. Perlahan aku menarik tangan.

“Dah, takde orang kat sini. Mana ada orang dalam kereta nak pegang-pegang. Ni kene tambah ais cream Tuttu Fruti ni”, paham tak berdebar. Jangan bagi aku berangan lagi.

“Tak nak…………..uwekkkkkk”, Aizat terus memandu sebelah tangan. Gila. Aku malas layan dan biarkan saja. Malas layan la sangat, dalam hati berpeluh-peluh. Aku tak paham kenapa dia mesra mengada-ngada sangat malam ni. Tetiba aku rasa syukur Faris balik rumah saudaranya. Haha nampak tak permainan aku? Celaka

Setelah kereta berhenti, Aizat melepaskan tangan aku dan keluar. Hah, Danga Bay, kuat betul angin malam ni. Kami hanya duduk di bonet kereta. Payah aku nak naik sebab pakai kain, Aizat dengan payah menarik juga aku ke atas.Pastu kami gelak-gelak tanpa sebab. Aizat tenung aku tetiba.

“Kenapa aku tak pernah nampak kau secantik malam ni ha? Napa aku tak prasan slame ni? Damn, cantik sangat mata ni serius aku tergoda”, Aizat merapatkan mukanya ke pipi aku.

"Sure kau sawan tengok aku bersolek kan? Tak pe, malam ni aku bagi kau tengok puas-puas, esok make-up tak de!", ego aku macam lelaki, aku balas pandangan Aizat. Berani pulak.

"Ala.....kau tak makeup esok pon aku akan rasa kau cantik jugak. Serius, kenapa aku tak pernah prasan aku ada kawan cantik macam kau. Kau pernah suka aku ke weh? Ermmm petang tadi kau cakap depan ibu...Serius, kau pernah suka aku?", Aizat tanya soalan pelik.

"Kalau aku cakap pernah kau nak buat ape?", aku balas nak tengok reaksi Aizat.

"Kau nak kahwin dengan aku?", Aizat menarik tangan aku dan digenggam.

************************************************************

"Hoiiiiii..............Hoiiiiiiiii, bangun gajah. Kita dah sampai rumah aku! HOI....", terasa gegaran. Ada orang goncang badan aku!!!! Aku buka mata. Aku nampak Aizat mengejut aku.

"Allah, kita kat mana", gila aku mimpi ke tadi?

"Dah sampai rumah aku, bangun.... tu Ibu aku. Pergi salam", arah Aizat. Aku toleh tempat duduk belakang, Fariz tak ada. Aku dan Aizat sahaja. Aku keluar dan melihat.........

Allah, ni rumah besar Aizat..............dan perempuan ini Ibu Aizat. Sebijik macam dalam mimpi aku! Wehhhhh aku tak pernah jumpa famili Aizat. Apa yang berlaku ni? Mimpi sebijik ni!!!

Aku blur. 



- bersambung-


Sabtu, 12 April 2014

CINTA DALAM HATI

“Ok Didie…Yana…aku dah siap ciri-ciri calon suami aku! Aku nak print pastu lekat kat whiteboard info kat fakulti. Tekad. Aku kena cari suami sebelum terlambat!”, terasa bahang semangat Hajar untuk mencari cinta. Didie dan Yana hanya mampu tersenyum melayan karenah Hajar.
“Kenapa ye?? Aku dah bertahun meroyan nak cari suami ni masuk tahun ketiga tapi seorang pun tak berjaya malah semua reject cinta aku! Pelik gila. Aku ni disihir ke??? Buruk sangat ke aku ni?”, bertalu-talu soalan dihatinya yang tak pernah ada jawapan. Sedih.

“Mungkin aku tak cukup lagi berdoa ni…….hwaiting Hajar”, monolog dalaman diakhiri dengan kata-kata positif.

Hajar merupakan pelajar Master bahagian Zoologi di UKM. Tahun ni dia hanya perlu menghantar tesisnya sahaja selepas itu dia perlu bekerja untuk menyara dirinya yang sebatang kara. Tiada keluarga. Keluarganya hanya rakan-rakan namun dia mempunyai berpuluh keluarga angkat. Aktiviti rakan muda yang dia sertai memberi peluang pada hidupnya merasa kasih sayang keluarga walaupun mereka tidak sealiran darah.

Hajar merupakan seorang yang sangat aktif, setiap hujung minggunya dipenuhi aktiviti dan aktiviti hujung minggu di Tasik Banding, Gerik. Didie dan Yana juga dipaksa untuk menyertai kem dua hari satu malam ini. Tapi kali ni Didie dan Yana membawa seorang rakan sekelas mereka iaitu Zahid. Hajar mengenali Zahid sebagai junior kolejnya tetapi mereka tidak pernah bertegur sapa. 

Sebelum berkumpul untuk bergerak dengan bas, kami berempat bersarapan pagi di kedai mamak. Hajar yang sangat ramah, berborak tanpa segan silu dengan Zahid. Zahid juga selesa berborakseolah-olah telah lama kenal walaupun dia baru sahaja mengenali Hajar. Selesai makan, Hajar ralit melihat notanya di Tab. Tiba-tiba dia membuka nota ciri-ciri lelaki yang dia coretkan beberapa minggu lepas. Hatinya sekali lagi hatinya terusik…. “Poyo je buat list ciri-ciri lelaki idaman tapi aku ni layak ke dapat lelaki idaman macam ni…dah la ciri-ciri ni rare gila. Susah nak dapat lelaki macam ni zaman sekarang”. Sekali Hajar mengeluh. Keluhan dia menarik minat Zahid untuk melihat apa yang Hajar baca di Tabnya. Dia mengambil Tab Hajar dan Hajar merelakannya.

Zahid tekun membaca dan dia hanya mendiamkan diri. Lama kemudian dia memulangkan tab kepada Hajar. Hajar pula mengeluh “adui…..susahnya nak cari lelaki idaman macam ni, kalau ada pun …. sure tak nak kat aku”.

“In sha Allah…..ada”, pendek sahaja ulasan Zahid.

Tiba-tiba, kucing mengiow menghampiri mereka. Seperti biasa Hajar akan memberi sisa ayamnya kepada kucing. Tetapi pelik hari ini kucing itu tidak langsung melayan Hajar seperti selalu. Laju dia menuju ke kaki Zahid dan menyentuh tumit Zahid dengan penuh kelembutan, kesayuan merintih meminta makanan.  Pelik sungguh kerana kucing yang biasa manja dengan Hajar pelik sungguh kali ini dia tidak menghiraukan ayam dari Hajar.

Hajar hanya memerhati perbuatan Zahid kepada kucing tersebut. Penuh kelembutan, Zahid memberi sisa makanannya pada kucing itu. Kucing itu menyambut makanan dengan penuh syukur.

Semasa itu, Hajar tergamam. Terdiam. “Ya Allah, kenapa aku buta???? Ciri lelaki idaman aku depan mata aku!!!!”, pantas Hajar membuka kembali notanya. Perlahan dia mengira. Lebih kurang 7 daripada sepuluh, ciri-ciri lelaki idamannya ada pada Zahid. Tetiba Hajar berdebar……… 

“Arghhh tak mungkin…abaikan Hajar”.

Usai makan, kami berkumpul dan bergerak dengan bas. Didie dan Yana duduk bersebelahan. Tempat duduk semua sudah penuh, muka redha Hajar dan Zahid untuk duduk bersebelahan. Muka Hajar terserlah bahagia walaupun dia bising merungut. Benci tapi suka.

“Rejeki kau Hajar”.

Hajar dan Zahid rancak berborak. Masing-masing baru berkenalan tetapi seperti sudah lama kenal. Didie dan Yana hanya senyum memerhati Hajar dan Zahid yang rancak berborak tanpa menghiraukan mereka. Dalam masa beberapa jam mereka berkongsi dan sedar mereka mempunyai minat yang sama iaitu suka haiwan eksotik dan kartun anime, Gundam. Perjalanan ke Gerik terasa seperti sekejap sangat. Hati Hajar berputik. Setelah tiga tahun dia menunggu lelaki idamannya. Syukur pada Tuhan.

Mereka menaiki bot besar seperti kelong bermalam di atas tasik indah itu. Penuh aktiviti di atas bot membuatkan semua orang yang menyertai penuh dengan senyuman. Mereka balik dengan kenangan manis. Puas hati. Aktiviti kali ini berlalu begitu pantas. Sesak. Setiap saat terasa begitu berharga lebih-lebih lagi melihat senyuman Zahid. Kupu-kupu dalam perut.

Sejak dari hari itu semakin hari, perasaan Hajar semakin mekar berbunga. Dia tekad untuk berusaha untuk meraih cinta Zahid. Mengikut pengalaman Hajar, dia tidak lagi ingin kecewa seperti dulu. Maka dia membuat pendekatan melalui pelbagai cara halus, kerana dia seorang wanita yang tidak lagi ingin dikecewakan maka dia mengambill keputusan untuk PLAY SAVE!!! Pantas dia membuat catatan senarai cara-cara untuk memikat Zahid. Pertama, masak makanan kegemaran, kedua Gundam, haiwan eksotik, ketiga pikat hati maknya...........catatan itu berleretan sehingga senarai ke lima belas. Ralit. Dalam tak sedar, cinta di hati semakin mendalam.

 Hajar sememangnya panas punggung jika duduk dirumah maka dia akan sehabis sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti. Dia pasti mengajak Zahid. Semakin dia mengenali Zahid, semakin dia merasakan Zahid mempunyai banyak persamaan dengannya. Perasaan bahagia itu dikongsi dengan Allah serta Didie dan Yana. Didie dan Yana pula banyak membantu Hajar. Dengan pengalaman berkenalan dengan Zahid beberapa tahun sekelas bersama, semuanya dikongsi pada Hajar.

Sejak dari hari itu, Zahid menjadi keutamaan Hajar. Kini diam-diam tabnya penuh dengan gambar Zahid dan kini tabnya dibuat security password agar tidak kantoi pada Zahid. Kira-kira dengan calendar, sudah 5 bulan mereka berkenalan. Dari suka menjadi cinta … tapi cinta itu hanya dipendam. Tidak berani diluah, lebih takut akan kehilangan Zahid dari hidupnya. Cinta dalam hati. Terpendam sahaja.

Bulan May ini penuh aktiviti, minggu ini aktiviti mencandat sotong. Kali ini Didie dan Yana tidak dapat mengikuti kerana tidak mendapat keizinan famili mereka. Hanya Hajar dan Zahid, mereka terpaksa menyertai kumpulan lain. Sangat lain kerana ini kali pertama mereka berdua sahaja. Hajar merasa sungguh bahagia, terasa seperti dilindungi Zahid. Zahid pula sangat baik menjaga semua keperluan si Hajar.
Setelah beberapa jam di atas bot, rancat aktiviti mencandat sotong. Ramai terjerit-jerit teruja menangkap sotong, tiba-tiba Hajar pening. Pelik. Sudah beratus kali dia menaiki bot tak pernah sekali dia mengalami mabuk laut. Serius pelik mungkin badanya manja apabila bersama Zahid. Tetiba pandanganya gelap.

Perlahan, Hajar membuka mata dia berada dikatil hospital. Zahid tiada. Hanya doktor kelihatan dihadapannya. Doktor dan seorang nurse berusaha mengalih badan aku pada kerusi roda dan menolak masuk ke bilik konsultan.

“Maaf Hajar, saya terpaksa beritahu awak. Awak mempunyai tumor di otak sebesar ibu jari. Agak bahaya jika tidak dibuang. Sel kanser itu juga sangat aktif, mungkin juga dia akan membesar, nauzubillah. Memandangkan awak tiada keluarga, maka awak sahaja dapat membuat keputusan untuk pemedahan”, Hajar hanya mampu mengalirkan air matanya.

“Berapa peratus peluang untuk saya hidup doktor? Berapa kos untuk pemedahan?”, Sedihnya hanya Tuhan sahaja tahu.
“50-50 dan kos pemedahan boleh ditanggung oleh HUKM. Saya juga telah merekemen awak pada seorang doktor pakar di USM untuk meninjau kes tumor awak”, jelas doktor yang baik itu.
Perlahan, Hajar keluar dari bilik konsultan menuju entah kemana. Tiada tujuan, menangis dan menangis. 

Tiba-tiba nama Hajar dilaung kuat……

“Hajar………”, Zahid menjerit.

“Maaf aku pergi solat tadi. Kau dah boleh balik kan? Haish tu la degil tak nak makan ubat mabuk laut. Kan dah pengsan. Kalau ringan tak pe…ni berat aku nak angkat. Menyusahkan orang je”, gurau Zahid. Gurauan kasar tu biasa seperti sebelum ini tetapi waktu ini, isu menyusahkan itu  amat sensitif. Lalu Hajar berjalan tanpa menghiraukan Zahid. Didie dan Yana datang tepat pada waktu. Mereka membantu mengemas barang Hajar. Zahid hanya mendiamkan diri. Kesal dengan ketelanjuran katanya.

Zahid pulang dengan bas ke KL. Didie dan Yana membawa Hajar ke kereta mereka. Di dalam kereta Hajar memberitahu “ Aku ada kanser otak….peluang untuk hidup 50-50. Aku cintakan Zahid. Kalau aku mati, beritahu Zahid yang aku sayangkan dia. Motor dan koleksi anak-anak haiwan kesayangan aku dan koleksi anime figure Gundam berikan pada Zahid”, merepek. Ternyata repekan yang keluar dari mulut Hajar semua lebih kepada Zahid bukan pada sakitnya. Didie dan Yana hanya tergamam. Tak sangka berita sedih tu keluar dari mulutnya dan tak sangka dalamnya cinta Hajar pada Zahid. Mereka menitis air mata apabila mendengar berita mengejut itu. Didie dan Yana memberi janji mereka “ Kita sesame akan usaha sampai kau sihat. Kami janji kami tak akan tinggalkan kau”. Ini janji rakan sejati. Mereka bersama berderai air mata sepanjang perjalanan itu.

Sejak dari kes itu, Hajar menjauhi diri dari Zahid. Semua aktiviti tidak lagi disertainya. Mengejut! Hilang ceria tanpa Hajar yang seperti bintang memeriahkan kumpulan rakan muda UKM. Kini bintang itu sudah malap. Semua orang tertanya-tanya termasuk Zahid. Zahid terasa kehilangan rakan yang mempunyai banyak persamaan denganya. Ada juga Zahid bertanya pada Didie dan Yana tapi mereka hanya mengelak dan menafikan yang mereka tahu sesuatu tentang Hajar.

“Jika aku sihat pun, kasihan Zahid jika dia mendapat orang seperti aku. Yela, walaupun aku masih memendam cinta pada Zahid tapi Allah Maha mendengar segala rintihan aku. Maka aku perlukan lepaskan cinta dalam hati aku dan doakan Zahid mendapat jodoh yang terbaik. Mendapat wanita yang sihat dan boleh menjaga Zahid sebaik mungkin”, tanpa sedari rintihan hati Hajar membuatkan air matanya mengalir lagi. Dia tekad untuk melepaskan Zahid dari hatinya. Itu jalan terbaik. Alasanya takut Allah makbulkan doa cintanya itu. Dia lebih rela Zahid mendapat wanita yang lebih baik dari dia. Bukan konfiden yang dia akan mendapat cinta Zahid. Tetapi nama Zahid tidak pernah lekang dari doanya. Maka dia perlu ubah niat doanya agar Zahid mendapat jodoh yang lebih baik dari dirinya. Begitu tinggi nilai cintanya pada Zahid.




p/s: cerita ini mungkin bersambung jika Hajar berjaya dalam pemedahan. Jika tidak, cerita ini sampai ke syurga. Sekian.


Rabu, 2 April 2014

PANGLIMA HITAM - FINAL





Kes Gekko selesai!!!! Bukan selesai, tutup kes lagi. Tapi akhirnya punca dalang semua ini telah dihapuskan. Semua pengikut seolah-olah mati kutu bila mengetahui Gekko mati kecoh di media massa.
Aku tersenyum lega, rasa bersyukur. Aku memandang Faizal yang redup matanya membalas pandangan.

“Irah, kahwin dengan saya?”, pertanyaan Faizal buat aku terkesima. Perlahan, tersisip satu perasaan halus sayu pada pertanyaan Faizal. Aku senyum tanda setuju. Rasanya tiada alasan untuk menolak, lagipun aku merasa yang aku juga sayangkan Faizal. Sejak bila? Entah, mungkin sudah lama tetapi aku selalu menafikan.

“Hujung minggu ni kita jumpa family saya ya”, Faizal meneruskan kata. Riak wajahnya tidak terbendung perasaan gembira. Masa ini aku nampak Faizal sangat-sangat kacak. Cinta itu buta. Mungkin agak lambat aku merasakan perasaan itu, tetapi syukur. Ini hadiah Allah untuk aku.
Setelah berjumpa dengan famili Faizal, dan berbincang dengan ibu, kami mempercepatkan majlis perkahwinan. Semua persiapan dalam masa dua minggu menggunakan wedding planner. Seperti tidak percaya, selama ini kami lakukan penyamaran sebagai suami isteri kini kami betul-betul akan jadi suami isteri.

Majlis akad nikah di dalam surau berdekatan dengan kampung aku. Pagi itu, tanpa make up yang berat, aku hanya menyolek mukaku sendiri. Calitan eye-liner, bedak asas dan lipstick. Aku menyarungkan veil dengan bantuan ibu. Perlahan aku melihat cermin, “jika Ayah masih hidup, ayahlah orang paling gembira melihat aku kahwin”, bergenang air mata aku. Tanpa aku sedari ibu terdengar ayat yang terkeluar dari mulutku. Ibu juga sebak tetapi cepat-cepat dia senyum. Kami merasakan perasaan yang sama.

Perlahan aku melangkah masuk ke dalam surau, kelihatan famili Faizal sedang menunggu dengan penuh senyuman yang penuh bermakna. Mata aku meliar mencari Faizal, kelihatan Faizal membelakagi aku dan siap sedia duduk di hadapan tok imam dan bapa saudaraku sebagai wali. Aku duduk bersimpuh beberapa jarak di belakang Faizal. Bau minyak wangi kesukaan aku……… pasti itu bau Faizal.

Teringat bila pertama kali Faizal menaiki kereta baru aku. Dia bertanya wangian kereta aku….” Irah, bau apa ni??? Wangi………”. Aku tersenyum, “Vanilla Bouquet beli kat uptown kajang je”.

“Saya pernah bau perfume seakan-akan ini tapi saya lupa…..wangi…..saya suka”, lantas Faizal mengesat minyak wangi kereta ke bajunya.  

Sejak dari itu, baik kereta polis dan kereta Faizal sendiri, dia meletak wangian yang sama. Persamaan itu menyebabkan aku suka dengan bau badan Faizal. Curi-curi bau hikhikhik. Mungkin masa ni aku tak sedar aku dah suka pada Faizal. Hanya sebab bau badan dia.

Angan-anganku tersentak apabila aku terkejut mendengar suara tok imam berborak dengan Faizal tanda untuk memulakan majlis. Akad nikah diucapkan ..........

“………………….Aku terima nikahnya Siti Nadirah Binti Khairudin dengan mas kahwin seutas rantai emas…..” tegas dan mendatar suara Faizal.

“ Sah…..Sah…..Sah!!!!!”, Alhamdulillahh………. Sebak terus, rasa bersyukur tu hanya Allah sahaja yang tahu.

Perlahan, aku melihat Faizal bangun dan mendekati aku. Senyuman Faizal tidak lekang dari bibir. Perlahan dia duduk mendekati aku, sambil menghulur rantai emas. Aku tunduk, Faizal mendekati aku dan mengikat rantai emas. Kedengaran nafas Faizal di telinga buat aku rasa berdebar. Selesai berjaya rantai diikat, dia mencium dahiku tanpa disogok oleh makcik-makcik yang galak mengusik kami. Perbuatan spontan Faizal itu membuatkan suasana riuh. Usai bersalaman dengan saudara semua, kami bergerak ke rumah untuk majlis makan beradab pula. 

Kami masuk ke dalam kereta, aku menarik tangan Faizal perlahan-lahan dan mencium tangan Faizal, “Faizal, terima kasih sangat-sangat sebab awak sudi kahwin dengan saya yang tak berapa nak sempurna ni”. Bergenang air mata. Perlahan, tangan Faizal mengusap kepalaku. “Abang pun, terima kasih sebab terima abang yang muka macam Bront Palarea yang tak sempurna ni…..kihkihkih”. Lawak Faizal membuatkan aku tergelak tak jadi nak menangis. Perlahan dan lambat aku sedar, Faizal sudah bahasakan dirinya abang. Erat pegangan tangan kami. Selama ini, kami pegang tangan bila terpaksa dalam penyamaran itupun tidak selesa. Kini perasaan lega, dapat pegang tangan secara HALAL.

Tidak lama kemudian, Faizal bersuara, “Aik, cium tangan je?? Sini???”, Faizal menghulur mukanya kearah aku. Berdebar tu memang nak tercabut nyawa, aku terus bukak pintu kereta memandangkan kami sudah sampai dirumah dan aku terus meninggalkan Faizal dalam keadaan terpinga-pinga.

Selesai majlis makan beradab dan bersalaman dengan tetamu sudah lewat petang. Penat yang amat, kami meluru ke bilik, untuk menukar baju. Selepas menukar baju, aku rebahkan badan di atas katil. Faizal pula menuruti.

"Alhamdulillah......selesai semua. Irah nak honeymoon mana? Tapi kes Gekko belum selesai....kita pergi sini-sini dah la ye", ralit Faizal membelek tab untuk mencari tempat untuk honeymoon. 

"Tak perlu risau la...tak honeymoon pun takpe....setelkan kerja dahulu....." tak sempat aku teruskan ayat, Faizal menyampuk.

"Tak payah arahkan abang suruh setel kerja sekarang, kata bila awak dah kahwin awak nak fokus keluarga kan...lupakan yang awak tu bakal berhenti kerja kan...workaholic betul....cuba tukar kepada Faizalholic...haa tu abang suka", Faizal gelak sendiri. Lupa...kami sudah berbincang, yang aku akan berhenti kerja dan fokus keluarga sahaja. Faizal tidak mahu aku risau hal Gekko lagi. Mungkin dia ingat aku akan trauma daripada kes dia terjumpa aku tersadai di tepi van bersama bangkai kepala Gekko. Walhal, bukan aku yang mencantas kepala Gekko tetapi Panglima Hitam.

Sedar tak sedar 10 tahun selepas kes Gekko berlalu, kes itu masih menjadi misteri walaupun pembunuh Gekko telah terbunuh. Masih menjadi tanda tanya siapa yang membunuh manusia yang selama ini licik, bertahun menjadi buruan polis di beberapa buah negara. Kes kejatuhan Gekko telah mengejutkan dunia, masyarakat menarik nafas lega. Dendam terbalas walaupun tidak mengetahui apa puncanya dia terbunuh. Selepas itu, satu per satu kes konspirasi dari rentetan kes Gekko keluar masuk mahkamah. Rupanya ramai orang politik keji yang menggunakan Gekko sebagai medium untuk kepentingan peribadi akhirnya tumpas seorang demi seorang. Fail-fail lama yang kami siasat secara rahsia dibuka semula. Faizal mengambil risiko dengan membuka fail lama dengan jaminan apa yang akan berlaku dia akan bertanggungjawab. Syukur ketua Jabatan tidak mengambil sebarang tindakan malah memuji dengan keberanian Faizal kerana merisikokan kerjayanya demi keadilan. Semua fail dan kes dibuka dan dikaji semula. Allah telah permudahkan usaha kami menegak keadilan.  

Aku kini mempunyai 2 orang anak lelaki. Panglima Hitam? Dia masih menjaga keluarga kami tetapi hanya aku sahaja yang mampu melihat dia. Walaupun dia punyai pilihan untuk tidak terikat dengan keluarga kami tetapi oleh kerana hutang budinya pada Haji Daud membuat dia rela hati untuk menjaga kami. Sulaiman, bapa saudara aku iaitu pengikut Pawang Hadi yang obses dengan Panglima Hitam dengan tiba-tiba diserang sakit jantung selepas beberapa tahun selepas Gekko terbunuh. Panglima Hitam memberitahu bahawa Pawang Hadi adalah dalang semua yang berlaku. Kerana taksub dan dendam pada Haji Daud. Untuk meningkatkan ilmunya dia membuat perjanjian dengan makhluk jelmaan Gekko. Kononnya kuasa hanya boleh meningkat dengan pemujaan mayat dalam bilangan dikehendakinya.


Tak masuk akal jika melihat mangsa yang terbunuh. Kejam. Tanpa belas kasihan. Sejak berita berkenaan kematian Gekko, ramai yang menyatakan perasaan lega tidak terkira. Banyak isu menjadi tanda tanya, tetapi jawapan seperti menemui jalan buntu. Ahli politik yang terlibat, termakan dengan kehebatan Pawang Hadi yang menjanjikan kemewahan berterusan dalam hidup mereka. Sebut sahaja musuh, pasti ia akan terkorban. Duit rasuah melampau-lampau ditarik. Malang nafsu mereka membuatkan mereka terjerat dengan perangkap sendiri. Allah menunjuk semua kebenaran. Alhamdulillah, proses pembersihan kes Gekko berjalan dengan lancar. Kes itu kini menjadi sejarah hitam tercatit pada sejarah negara kita.

*************************************************

" Kamal........Syakir........masuk!!!! Dah maghrib tak payah galak sangat main", jerit aku dari dapur. Azan maghrib sudah kedengaran. Faizal sedang bersiap untuk ke surau.

"Kamu ni main je kerja...kerja sekolah tak usik", bebel aku 

"Along suka tengok pakcik tu bersilat", tunjuk Kamal ke arah luar. Aku menjenguk melihat Panglima Hitam sedang ralit membelek kerisnya. Ya Allahh...........anak aku dapat melihat Panglima Hitam. Aku hanya mendiamkan diri....menunggu reaksi Faizal.

"Ish kamu ni, nampak hantu, mana ada orang bersilat. Irah bawak dia mandi, mungkin dia nampak benda halus galak main tadi", arah Faizal dan aku terus menarik lengan Kamal ke bilik mandi. Faizal terus keluar tergesa-gesa ke surau.

"Along...kamu dah lama nampak pakcik tu???", sergah aku dengan pertanyaan pelik pada Kamal.

"Along nampak dia masa Along berkhatan dulu. Dia senyum dan selalu berborak pada Along tentang Yang Daud dan Tokki Din. Along tak takut dia sebab dia baik. Along nak belajar silat la ibu. Along nak jadi macam Yang Daud dan Tokki Din", sambil membuka langkah seperti orang bersilat.

Aku terkejut sehingga bisu, lupa nak respon. Tak sangka anak aku sangat-sangat tenang. Aku izinkan dia bersilat. Aku sangat percayakan Panglima Hitam. In Sha Allahh..

"Ibu kasi kamu belajar....tapi dengar syarat!!! Kamu belajar sorok-sorok dari ayah. Nanti ibu beritahu ayah kamu belajar dari ko-korikulum sekolah. Okay??????? Sayang, kamu tahu tak pakcik tu siapa?????", tenang aku memberi penjelasan agar Kamal memahami. Dengan umurnya 8 tahun aku pasti dia boleh pikir dengan tenang. Sifat tenang ayah mewarisi pada Kamal. Alhamdulillah, walaupun baru berumur 8 tahun tetapi gaya Kamal matang tidak seperti kanak seumurnya.

Kami menghentikan perbualan setelah Syakir merengek ingin mandi bersama Kamal. Bising dua beradik mandi sekali sehingga aku menjerit berhenti barulah mereka berhenti.

"Aku izinkan kau mengajar Kamal bersilat tetapi janji dengan diriku, kau akan jaga dia seperti Haji Daud. Didiklah dia dengan ajaran Islam. Jangan kau pesongkan dia. Semoga Allah merahmati kau", tegur aku pada Panglima Hitam yang memerhatikan Kamal. 


-Tamat-