Ahad, 24 April 2016

MUSIM ULAR

Sejak dua menjak Fenomina El nino ni, memang panas, sampai kering sungai-sungai. Bile banyak sungai kering, tempat perlindungan habitat seperti ular ini mencari kawasan yang sejuk. Maka mereka beramai-ramai berhijrah ke kawasan perumahan manusia. Satu kes ular akan berentetan kisah ular yang lain. 

So cerita aku adalah ini!

Ayah dan abang sedara memang tengah bersihkan kolam ikan sbb nak buat sangkar untuk anak ikan. Maka untuk kes pertama, terjumpa ular ni merayau baik punya kat pondok kebun. Tengok ekor positif die jantan. 
Hari seterusnya, abang bot sedang syok menebas rumpus tertebas pulak ular sawa lagi sekor dan lebih beso dar sebelumnya. Menggeletis beberapa ketika sebelom mati. Ayah sidai ular ni mcm ni. Tengok gaya mcm betina. Rindu pulak nak bela ular. Dulu aku bela ular sawa batik juga tapi besa 2 ibu jari la... pastu dilepaskan di hutan (rahsia) sebab ibu tak kasi bela masuk rumah. Mungkin sekarang sudah besar babyboy.
Pastu Sabtu lepas, jumpa ular juga!!! Tapi ni spesis manje!!!!
 LOL. Ular tedung sedar ni mainan punya. Aku beli dari Daiso Harajuku, Tokyo lagi. Sebab aku tak tahu nk beli hadiah ape kat ayah aku! HAHAHAAH so aku letak kt kebun sbb nak takutkan monyet2. Bila aku post ni kat FB ramai pulak kome kata aku berani main ular macam tu. PADAHAL!!!!!!!!! kalo aku jumpe ular ni pon aku dah mencanak lari. Gile ape
So kita bagi nama la katt dia.... BOYBOY la. Dia usha je lauk yang ibu tapau kami. 
Aku suap la skit! Dia maki aku sbb aku bagi dia sayur bronkoli WAKAKAK

Korang ingat aku main figure kamen rider je ke?? Adoiii

Khamis, 21 April 2016

Fesyen ‘COLORBLOCKING’

Ini tidak dapat dinafikan bahawa kita sering memadankan pakaian dan aksesori tambahan dengan warna yang sepadan. Tapi kini fesyen ‘colorblocking’ lebih menarik dan boleh diterima pakai bagi penggemar fesyen yang up-to-date. Dengan fesyen ‘colorblocking’, ia mampu menarik perhatian lebih-lebih lagi untuk menonjolkan pesonaliti seseorang.
Tidak kira sama ada ‘colorblocking’ itu adalah corak pada pakaian atau padanan warna pakaian seperti baju, seluar, dress, tudung dan juga aksesori. Terdapat beberapa jenis ‘colorblocking’ iaitu monotone(satu warna berbeza vibrant), campuran kontra pakaian(2-4 warna) dan kontra pakaian dengan aksesori.


Monotone (satu warna berbeza vibrant)
Campuran kontra  pakaian (2-4 warna)
Kontra pakaian dan aksesori

Colorblocking yang biasa kita lihat adalah hitam dan putih kerana kedua warna ini adalah warna asas dan mudah dipadankan dengan warna-warna yang lain. Penampilan kamu tidak akan kelihatan kekok walau dipadankan dengan warna apa sekalipun namun bagi pemilihan colorblocking yang ekstreme seperti merah kuning, merah hijau, biru ungu, kita harus berhati-hati agar tidak mencacatkan penampilan . Pastikan kamu memadankan warna-warna terang ini dengan betul. Selain itu, kombinasi colorblocking warna –warna pastel juga memberi impak yang menarik kepada penampilan kamu.

Kenakan warna hijab yang kontra kepada pakaian anda. Bagi wanita ‘hijabista’ pemadanan tudung adalah bahagian yang paling penting. Kamu boleh memilih untuk memadankan tudung dengan warna pada corak baju, dasar warna atau warna yang bertentangan.

Warna asas adalah merah, biru dan kuning, warna sekunder adalah ungu  (campuran warna biru/merah) hijau (kuning dan biru) dan oren (merah dan kuning). Warna juga memainkan peranan penting untuk setiap orang yang berbeza bentuk badan. Boleh jadi kombinasi warna yang sesuai membuatkan anda kelihatan lebih langsing dan menarik. Pilih kombinasi ‘colorblockinf’ yang betul mengikut kesesuaian tubuh dan rasa lebih yakin dengan penampilan anda.

Adakah anda penggemar ‘colorblocking’? Kongsikan penampilan ‘colorblocking’ kegemaran anda dengan kami di ruangan komen di bawah. 

Target Hidup Sebelum Mencapai Umur 30-an


Setiap orang mempunyai cita-cita dan tujuan target dalam hidup. Namun dengan ekonomi yang tidak stabil, kita perlu realistik dengan keperluan dan masa hadapan setara dengan peringkat umur kita. Rata-rata fasa umur yang mula bekerja adalah seawal 17 tahun iaitu selepas tamat SPM, jika rezeki untuk menyambung pelajaran, maka biasanya umur 23 atau 25 tahun. Pada waktu ini ramai yang gigih mengumpul duit untuk tujuan berkahwin ataupun kemajuan diri sendiri. Di sini saya akan kongsikan target yang perlu dicapai sebelum anda mencapai fasa umur 30-an.

1.    Aset (rumah, kereta)

Pada saat kita mula bekerja adalah waktu untuk mengumpulkan duit deposit bagi pengumpulan aset. Ramai biasanya membuat pelaburan emas, pelaburan ASB dan sebagainya. Di zaman muda, rumah dan kereta adalah satu target yang membawa manfaat. Perbezaan aset kereta dan rumah adalah dimanda pembelian rumah adalah perlaburan menguntungkan pada jangka masa panjang kerana harga rumah semakin meningkat manakala aset kereta lebih kepada kemudahan ‘keperluan’ untuk bergerak. Tetapi ketahui bahawa nilai kereta akan turun dari semasa ke semasa.

2.    Peminjaman Pembelajaran

Kini peminjaman pembelajaran boleh dilangsai dengan akaun kedua KWSP. Ada juga yang membuat pembayaran secara bulanan. Bagi sesetengah individu, pembayaran secara ‘langsam’ lebih menguntungkan kerana ada pengurangan peratusan dari jumlah bayaran yang sebenar. Maka sebelum umur 30 tahun, kamu mampu melangsaikan hutang sewaktu belajar dahulu.

3.    Simpanan bank

Di usia muda inilah masa untuk mula membuat simpanan. Sama ada kamu mempunyai komitmen atau tidak, pastikan kamu membahagikan sedikit simpanan pendapatan kamu setiap bulan.

4.    Insuran

Insuran adalah salah satu perancangan yang wajib bagi setiap orang. Ia amat berguna sebagai kegunaan sewaktu kecelakaan belaku, samada sakit, kemalangan dan sebagainya di mana memakan kos perbelanjaan yang tinggi. Terdapat banyak pelan insuran yang ditawarkan jadi pilih pakej insuran mengikut kemampuan kerana ia amat membantu ketika anda memerlukannya satu hari nanti.

5.    Melancong

Melancong bukan sahaja ‘self-reward’ tetapi satu pencapaian peribadi. Pastikan anda membuat satu senarai beberapa negara yang anda ingin lawati serta lingkungan bajet yang anda mampu kumpulkan. Elakkan berhutang , biarlah anda pergi melancong dengan hasil titik peluh sendiri. Setiap perjalanan membuatkan anda lebih bersemangat untuk mengumpul simpanan dan anda akan lebih menghargai setiap hasil titik peluh anda.

Menjelang umur 30 anda sudah ada beberapa asset, langsai hutang lama seperti hutang belajar, mempunyai simpanan, insuran serta masih boleh menikmati kehidupan dengan melancong. Masih tidak terlewat untuk set target ini walaupun anda sudah melewati 30 tahun.

Apa target-target hidup yang anda ingin capai sebelum fasa 30an? Kongsikannya bersama kami di ruangan komen di bawah.


Rabu, 13 April 2016

CANDAT SOTONG 2016

Alhamdulillah, alhamdulillah... Tahun 2016 tahun aku 'start fresh' life aku balik. Yela hampir 3 bulan menganggur, pastu pergi Jepun. Semua simpanan zero LOL. Jujur aku memang tak pandai urus duit aku hahahaha.

Tahun ni tahun mengumpul duit dan tiada travel-travel obersea. Aku bukan orang kaya, gaji pon ciput nak mengumpul tu ambik masa sikit, Tapi tak bermaksud aku tak boleh happy2 buat apa yang aku suka kan. Serius kalau dengan geng aku ni, aku boleh pergi Terengganu ni dengan kos yang rendah tapi still heaven. 

Kos mencandat RM80
Homestay : RM150/ 5 orang
Makan: Guna baki duit dari Trip Jepun tahun lepas
Minyak dan Tol: RM200 / 5

So roughly bajet : RM150 
Trip kali kita bawak skali Kamen Rider Agito. Dia drive ok!! Syukur selamat sampai dan kami singgah makan di Marang. Milo tabur satu!!!
Baju kami sama!!! Baju ni adek aku la buat pastu paksa aku beli. Sebab sokong bisnes adek #D'jump aku ni sponsor la baju event kali ni LOL. 
Istimewanya kali bukan geng aku join Trip Candat tahun ni tapi ibu aku pon join. Memang kami satu family memang minat memancing. Walaupun sudah kali ke 2 kali candat aku pergi sorang-sorang dari KL tapi kali ni heaven sebab Ibu dan geng pergi kan.... so meriah gileeeeeeeeeeeeee.
Jeti Marang ni Subhanallah cantik. Mula la terasa macam model.
Trip kali geng candat sotong , GCS berpecah 2 hari berbeza. Kerana ramai pula nak join kali ni. 
Kami memang sewa bot Abang Mi je.....heee
Otak-otak Tangkang belanje, memang lain la kalau beli kt KL. 
Antara orang yang terpenting dalam hidup, 
chiaaa chiaa ayat tahhi
Aku memang suka laut, lom lagi aku berscuba aku rase macam aku selesa betei dalam air. Boleh verangan jadi duyung. DUYUNG je ok
Verangan sat jadi model Bot Abang Mi
Mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi. Ibu..........hiks sebak nak cerita
Ayat biasa diungkap bila tiba gamba Flora, Gambar canditnya lebih cantik,
Terima kasih tak terhingga kat Kak Aina dan Tangkang bagi pinjam joran kt kami sbb joran Abang Mi banyak rosak. 
Sekarang ni yang banyak menolong Abang Mi adalah Kamen Rider Agito. Nampak riaknya begitu seronok, dia macam tahu tugas dia. Tolong Abang Mi tarik sauh semua. hahahahahah
Credit to Zati. Gamba ni cantik gile
Kak Aina pon jadi model sat
Macam biasa taiko bawak naik sekor untuk permulaan
Pastu amatur Shiwa dapat, terus buat umpan tarik. Hahahah Shiwa nye sotong ade ONG. Kegembiraan terserlah ok!!!
Asyik shiwa je dapat, Flora terus nanges tepi bot. Menyalahkan diri sebab SUEY, maki diri, pukul diri, siksa diri sebab tak dapat sotong. Setelah bape kali berkhurafat, kami tampar muke dia baru die mengucap.

Bape minit pas mengucap terus dapat sotong. Gumbire gile muke die hahahaha
Pastu macam biase la, aku la yang kene buat semua. Aku ambek sotong, aku lempar candat jauh-jauh. Boleh pulak die request aku lempar candat jauh2 sampai bot orang lain???
Aku dan memancing sejiwa gitu. Berseri-seri wajah aku.
Abang Mi ni taiko, die boleh jampi joran aku tarik sotong. 
Gigih semua kan! ahahahah
Memang lumrah model, macam mana posing pon cantik je. Tak faham aku!
Malam tu bukan dapat sotong je dapat ikan pelik2. Ikan ni nama die ikan kasut, Sebab kepala die macam tapak kasut. Pelik gile...
Malam tu Abang Mi masak sambal sotong. Memang mantap tapi aku biasenye kurang makan takut sebu mabuk laut pulak. Bergelodak perut nanti.
Payung skit, i bawak fisherman G-shock naik kapal. See bulan mengambang, waktu sesuai mencandat. Tapi rejeki kami tahun ni kurang berbanding tahun-tahun lepas. 
Ni tak pasti ikan ape... macam ikan todak pun ade tapi bukan LOL aku malas nak ID spesis
Malam tu banyaknya sotong jarum. Aku ngan Dd dapat teknik baru, iaitu teknik 'luring' attract sotong jarum dengan candat di permukaan. Maka kawan kami Din dan Azrie tukang sauk je sotong yang dapat ditarik oleh candat. Kami buat teknik tu berterusan dari pukul 12 tengah malam sehingga pukul 5 pagi. Awalnya ramai la tolong, tapi semua flat. Tinggal aku, Din dan Azrie je gigih cari rejeki walaupon hanya sotong jarum. Sotong jarum pon besa-besa ok la kan. 

Bila semua dah penat, pukul 5 pagi kami stop. Kami basuh muka dan baring jap sebab ombak semakin kuat. Rasanya bot tu ada la bergerak macam 40 darjah dari permukaan. Bape kali Ibu tergolek-golek. Sian je aku tengok tapi aku bebel suh tidur atas pelantar tak nak. Biar la dia terkapai-kapai. 

Saat waktu azan subuh berkumandang, tetiba Dd kejut aku terus speechless tunjuk laut. Aku bangun terkejut ingatkan bapak dia jatuh dalam laut. "Allahhh" aku jerit sampai satu bot bangun ingatkan orang jatuh dalam laut juga. Rupanya Paus Yu atau Whale Shark main-main keliling bot kami. Bukan seekor tapi banyak. Patut sotong xde, die tukang sodot. Whale shark ni tak makan ikan besa, orang kata dia ni sea filter. Dia mkn ikan kecik dan plankton. 
Sesudah subuh, kami bergerak ke darat semula
Ni la gaya orang penat, mabuk laut semua ada. Flora lepas je tengok paus Yu tu terus muntah 2 kali. Sengaja je die bagi paus tu makan muntah die. Eueewwwww
Walaupun hasil tahun ni sikit yang amat, tapi kami syukur masih diberi rejeki sotong jarum plus dapat jumpe Paus Yu. Pengalaman setiap kali mencandat mesti berbeza-beza.
Kamen Rider Aqito mabuk lauut sat, so die tido pas menyorok-nyorok.
Ini hasil sotong 2 tahun lepas. Aku bawak balik se tong sotong kot! puas gile makan.
Haruan Tasik 
Lepas sampai darat, kami check in homestay Kak Aina. Ini kali kedua duduk homestay Kak Aina. Lepas tu, aku dan ibu terus beli breakfast. Aku decide beli breakfast terus sebab aku tak boleh rehat dan duduk aje. Mabuk darat. Atas laut jarang sangat aku mabuk laut, tapi aku mabuk darat. Bila di darat, aku nampak semua bergoyang macam air laut. Sumpah pening. Ubatnya tidur dan rehat secukupnya. Tapi still sebab hyper sangat kot, aku susah nak tidur. Jeles je tengok semua tidur nyenyak.

Petang tu, dalam pukul 2 petang kami bersiap dan terus ke Warung Pok Nong. Walaupun bukak kedai pukul 3.30 petang kami datang awal untuk rebut nombor giliran 1-10 sahaja. Maka yang datang awal boleh ambek nombor dan dapat sotong dahulu. Sotong besau-besau.
Ikut rejeki juga, aku no 8 tapi sotong comey je. No 10 dapat sotong besau. xpe la syukur rejeki makan sotong sedap, Memang puas gile, lain sangat la dengan tempat lain.

Malam tu kami ke NR Cafe Tok Jembal, nak order coconut shake dan tomyam dalam kelapa tapi semua xde stok. Musim panas kan, stok kelapa habis. Sadis. Tapi ya Allahhhh, makanan deme sedak blake,
Esoknya kami nak balik. Sebelum kemas baju dan check out kami keluar pergi makan sat kat gerai berdekatan. Kami rasa macam-macam, dengan nasi lemak, nasi minyak, nasi kerabu, laksang, batang keramat, kuih muih dan semua total RM24?????????????????

Gile kenot brain murah. Nak duduk terengganu!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Sebelum balik KL kami singgah ke Kuala Terengganu aim China Town tapi kami sebak gile tempat macam ni tarikan pelancong tapi tak dijaga bersih. Suram. Payung rosak penuh najis, sampah sarap dan bau hancing. Ohmai sedih
Shiwa buat-buat bahagia la konon bawah payung taik tu
Berapa kali aku nak ulang, Flora kata gambanya cantik jika diambil candid
Allahhhhh
Lupe nak cerita kueh akok sebelum masjid besar Marang tu sedap gile. Setiap kali datang Ganu, memang aku rembat akok ni... menangis... sebab sedap sangat.

Tamat, tu je la cerita aku boleh kongsi. Aku syukur geng dan ibu aku ikut trip kali ni. Best sangat. Kami gelak, berborak non stop, makan macam-macam. Allahhhh heavennya la. 

Bila aku tanye...."Nak pergi lagi???" hanya Shiwa je bagi respon positif..... hahahaha Flora dan Zati speechless. Tapi aku percaya dengan kuasa paksaan aku mampu membuatkan dorang kene pergi gak... ahahahaha

Ok sayang korang dunia akhirat. Semuga panjang umur, murah rejeki boleh pergi travel lagi.