Selasa, 21 Februari 2012

K.E.S.A.B.A.R.A.N

 
COMEL TAK ANAK AKU TUNGGU MAMA DIA???
OK AKU TIPU!

Kesabaran
Apakah maksud dari perkataan di atas? Ini perkataan yang amat sinonim dengan kita lagi-lagi Melayu yang beragama Islam. Tetapi ini Malaysia, orang Cina India semua pon gunakan ayat ini. (SAYA BANGGA DENGAN RAKYAT MALAYSIA).

Kenapa aku tulis dengan skema kali ini? -_-"

Tajuk post kali ini memang sesuai dengan aku kerana aku seorang yang panas baran. Maka aku, family dan kawan-kawan sentiasa mengingatkan aku cara-cara untuk menenangkan hati. Bila aku panas baran aku suke mengamuk dan LARI!!!!!!! fine....kalau dah kerja macam sekarang (alhamdulillah sudah mempunyai kerjaya sekarang dan bertekad dengan serius) aku nak lari ke mana?? HAHAHAHA

So, sebaik sahaja aku menerima tawaran bekerja di syarikat yang agak besar (aku tipu lagi...nak berlagak jek) maka Bos aku awal-awal warning aku supaya aku dapat bersabar kerana company besa MASALAH PON BESARRRRRRRRRRR...... Biaselah selama ini aku lebih banyak berurusan dengan haiwan. Kali ini, berurusan dengan haiwan hanya apabila aku balik rumah....weeeee. Dan apabila berurusan dengan manusia yang mempunyai akal, kurang hati, dan bekerja keras maka tekanan itu wujud tetibe.

Maka, aku hendaklah memantapkan diri untuk menempuhi masa depan yang penuh pancaroba. Cita-cita aku sekarang berlainan dari cita-cita di zaman Universiti. Sekarang, sudah bekerjaya haruslah bersyukur dan menanam cita-cita untuk mengumpul harta........ya !!!!!!! aku suka HARTA aku suka DUITTTTTT

Maka demi cita-cita yang amat beremosi itu mari kita amalkan doa-doa (makanan untuk HATI KITA)


DOA 1
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
(Al-Baqarah : 250)

**************************************************
DOA 2
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ


Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)"
(Al-A'raf : 126)








Nota Biawak : Emmm sibuk mencari jodoh! demsssssss