Sabtu, 12 April 2014

CINTA DALAM HATI

“Ok Didie…Yana…aku dah siap ciri-ciri calon suami aku! Aku nak print pastu lekat kat whiteboard info kat fakulti. Tekad. Aku kena cari suami sebelum terlambat!”, terasa bahang semangat Hajar untuk mencari cinta. Didie dan Yana hanya mampu tersenyum melayan karenah Hajar.
“Kenapa ye?? Aku dah bertahun meroyan nak cari suami ni masuk tahun ketiga tapi seorang pun tak berjaya malah semua reject cinta aku! Pelik gila. Aku ni disihir ke??? Buruk sangat ke aku ni?”, bertalu-talu soalan dihatinya yang tak pernah ada jawapan. Sedih.

“Mungkin aku tak cukup lagi berdoa ni…….hwaiting Hajar”, monolog dalaman diakhiri dengan kata-kata positif.

Hajar merupakan pelajar Master bahagian Zoologi di UKM. Tahun ni dia hanya perlu menghantar tesisnya sahaja selepas itu dia perlu bekerja untuk menyara dirinya yang sebatang kara. Tiada keluarga. Keluarganya hanya rakan-rakan namun dia mempunyai berpuluh keluarga angkat. Aktiviti rakan muda yang dia sertai memberi peluang pada hidupnya merasa kasih sayang keluarga walaupun mereka tidak sealiran darah.

Hajar merupakan seorang yang sangat aktif, setiap hujung minggunya dipenuhi aktiviti dan aktiviti hujung minggu di Tasik Banding, Gerik. Didie dan Yana juga dipaksa untuk menyertai kem dua hari satu malam ini. Tapi kali ni Didie dan Yana membawa seorang rakan sekelas mereka iaitu Zahid. Hajar mengenali Zahid sebagai junior kolejnya tetapi mereka tidak pernah bertegur sapa. 

Sebelum berkumpul untuk bergerak dengan bas, kami berempat bersarapan pagi di kedai mamak. Hajar yang sangat ramah, berborak tanpa segan silu dengan Zahid. Zahid juga selesa berborakseolah-olah telah lama kenal walaupun dia baru sahaja mengenali Hajar. Selesai makan, Hajar ralit melihat notanya di Tab. Tiba-tiba dia membuka nota ciri-ciri lelaki yang dia coretkan beberapa minggu lepas. Hatinya sekali lagi hatinya terusik…. “Poyo je buat list ciri-ciri lelaki idaman tapi aku ni layak ke dapat lelaki idaman macam ni…dah la ciri-ciri ni rare gila. Susah nak dapat lelaki macam ni zaman sekarang”. Sekali Hajar mengeluh. Keluhan dia menarik minat Zahid untuk melihat apa yang Hajar baca di Tabnya. Dia mengambil Tab Hajar dan Hajar merelakannya.

Zahid tekun membaca dan dia hanya mendiamkan diri. Lama kemudian dia memulangkan tab kepada Hajar. Hajar pula mengeluh “adui…..susahnya nak cari lelaki idaman macam ni, kalau ada pun …. sure tak nak kat aku”.

“In sha Allah…..ada”, pendek sahaja ulasan Zahid.

Tiba-tiba, kucing mengiow menghampiri mereka. Seperti biasa Hajar akan memberi sisa ayamnya kepada kucing. Tetapi pelik hari ini kucing itu tidak langsung melayan Hajar seperti selalu. Laju dia menuju ke kaki Zahid dan menyentuh tumit Zahid dengan penuh kelembutan, kesayuan merintih meminta makanan.  Pelik sungguh kerana kucing yang biasa manja dengan Hajar pelik sungguh kali ini dia tidak menghiraukan ayam dari Hajar.

Hajar hanya memerhati perbuatan Zahid kepada kucing tersebut. Penuh kelembutan, Zahid memberi sisa makanannya pada kucing itu. Kucing itu menyambut makanan dengan penuh syukur.

Semasa itu, Hajar tergamam. Terdiam. “Ya Allah, kenapa aku buta???? Ciri lelaki idaman aku depan mata aku!!!!”, pantas Hajar membuka kembali notanya. Perlahan dia mengira. Lebih kurang 7 daripada sepuluh, ciri-ciri lelaki idamannya ada pada Zahid. Tetiba Hajar berdebar……… 

“Arghhh tak mungkin…abaikan Hajar”.

Usai makan, kami berkumpul dan bergerak dengan bas. Didie dan Yana duduk bersebelahan. Tempat duduk semua sudah penuh, muka redha Hajar dan Zahid untuk duduk bersebelahan. Muka Hajar terserlah bahagia walaupun dia bising merungut. Benci tapi suka.

“Rejeki kau Hajar”.

Hajar dan Zahid rancak berborak. Masing-masing baru berkenalan tetapi seperti sudah lama kenal. Didie dan Yana hanya senyum memerhati Hajar dan Zahid yang rancak berborak tanpa menghiraukan mereka. Dalam masa beberapa jam mereka berkongsi dan sedar mereka mempunyai minat yang sama iaitu suka haiwan eksotik dan kartun anime, Gundam. Perjalanan ke Gerik terasa seperti sekejap sangat. Hati Hajar berputik. Setelah tiga tahun dia menunggu lelaki idamannya. Syukur pada Tuhan.

Mereka menaiki bot besar seperti kelong bermalam di atas tasik indah itu. Penuh aktiviti di atas bot membuatkan semua orang yang menyertai penuh dengan senyuman. Mereka balik dengan kenangan manis. Puas hati. Aktiviti kali ini berlalu begitu pantas. Sesak. Setiap saat terasa begitu berharga lebih-lebih lagi melihat senyuman Zahid. Kupu-kupu dalam perut.

Sejak dari hari itu semakin hari, perasaan Hajar semakin mekar berbunga. Dia tekad untuk berusaha untuk meraih cinta Zahid. Mengikut pengalaman Hajar, dia tidak lagi ingin kecewa seperti dulu. Maka dia membuat pendekatan melalui pelbagai cara halus, kerana dia seorang wanita yang tidak lagi ingin dikecewakan maka dia mengambill keputusan untuk PLAY SAVE!!! Pantas dia membuat catatan senarai cara-cara untuk memikat Zahid. Pertama, masak makanan kegemaran, kedua Gundam, haiwan eksotik, ketiga pikat hati maknya...........catatan itu berleretan sehingga senarai ke lima belas. Ralit. Dalam tak sedar, cinta di hati semakin mendalam.

 Hajar sememangnya panas punggung jika duduk dirumah maka dia akan sehabis sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti. Dia pasti mengajak Zahid. Semakin dia mengenali Zahid, semakin dia merasakan Zahid mempunyai banyak persamaan dengannya. Perasaan bahagia itu dikongsi dengan Allah serta Didie dan Yana. Didie dan Yana pula banyak membantu Hajar. Dengan pengalaman berkenalan dengan Zahid beberapa tahun sekelas bersama, semuanya dikongsi pada Hajar.

Sejak dari hari itu, Zahid menjadi keutamaan Hajar. Kini diam-diam tabnya penuh dengan gambar Zahid dan kini tabnya dibuat security password agar tidak kantoi pada Zahid. Kira-kira dengan calendar, sudah 5 bulan mereka berkenalan. Dari suka menjadi cinta … tapi cinta itu hanya dipendam. Tidak berani diluah, lebih takut akan kehilangan Zahid dari hidupnya. Cinta dalam hati. Terpendam sahaja.

Bulan May ini penuh aktiviti, minggu ini aktiviti mencandat sotong. Kali ini Didie dan Yana tidak dapat mengikuti kerana tidak mendapat keizinan famili mereka. Hanya Hajar dan Zahid, mereka terpaksa menyertai kumpulan lain. Sangat lain kerana ini kali pertama mereka berdua sahaja. Hajar merasa sungguh bahagia, terasa seperti dilindungi Zahid. Zahid pula sangat baik menjaga semua keperluan si Hajar.
Setelah beberapa jam di atas bot, rancat aktiviti mencandat sotong. Ramai terjerit-jerit teruja menangkap sotong, tiba-tiba Hajar pening. Pelik. Sudah beratus kali dia menaiki bot tak pernah sekali dia mengalami mabuk laut. Serius pelik mungkin badanya manja apabila bersama Zahid. Tetiba pandanganya gelap.

Perlahan, Hajar membuka mata dia berada dikatil hospital. Zahid tiada. Hanya doktor kelihatan dihadapannya. Doktor dan seorang nurse berusaha mengalih badan aku pada kerusi roda dan menolak masuk ke bilik konsultan.

“Maaf Hajar, saya terpaksa beritahu awak. Awak mempunyai tumor di otak sebesar ibu jari. Agak bahaya jika tidak dibuang. Sel kanser itu juga sangat aktif, mungkin juga dia akan membesar, nauzubillah. Memandangkan awak tiada keluarga, maka awak sahaja dapat membuat keputusan untuk pemedahan”, Hajar hanya mampu mengalirkan air matanya.

“Berapa peratus peluang untuk saya hidup doktor? Berapa kos untuk pemedahan?”, Sedihnya hanya Tuhan sahaja tahu.
“50-50 dan kos pemedahan boleh ditanggung oleh HUKM. Saya juga telah merekemen awak pada seorang doktor pakar di USM untuk meninjau kes tumor awak”, jelas doktor yang baik itu.
Perlahan, Hajar keluar dari bilik konsultan menuju entah kemana. Tiada tujuan, menangis dan menangis. 

Tiba-tiba nama Hajar dilaung kuat……

“Hajar………”, Zahid menjerit.

“Maaf aku pergi solat tadi. Kau dah boleh balik kan? Haish tu la degil tak nak makan ubat mabuk laut. Kan dah pengsan. Kalau ringan tak pe…ni berat aku nak angkat. Menyusahkan orang je”, gurau Zahid. Gurauan kasar tu biasa seperti sebelum ini tetapi waktu ini, isu menyusahkan itu  amat sensitif. Lalu Hajar berjalan tanpa menghiraukan Zahid. Didie dan Yana datang tepat pada waktu. Mereka membantu mengemas barang Hajar. Zahid hanya mendiamkan diri. Kesal dengan ketelanjuran katanya.

Zahid pulang dengan bas ke KL. Didie dan Yana membawa Hajar ke kereta mereka. Di dalam kereta Hajar memberitahu “ Aku ada kanser otak….peluang untuk hidup 50-50. Aku cintakan Zahid. Kalau aku mati, beritahu Zahid yang aku sayangkan dia. Motor dan koleksi anak-anak haiwan kesayangan aku dan koleksi anime figure Gundam berikan pada Zahid”, merepek. Ternyata repekan yang keluar dari mulut Hajar semua lebih kepada Zahid bukan pada sakitnya. Didie dan Yana hanya tergamam. Tak sangka berita sedih tu keluar dari mulutnya dan tak sangka dalamnya cinta Hajar pada Zahid. Mereka menitis air mata apabila mendengar berita mengejut itu. Didie dan Yana memberi janji mereka “ Kita sesame akan usaha sampai kau sihat. Kami janji kami tak akan tinggalkan kau”. Ini janji rakan sejati. Mereka bersama berderai air mata sepanjang perjalanan itu.

Sejak dari kes itu, Hajar menjauhi diri dari Zahid. Semua aktiviti tidak lagi disertainya. Mengejut! Hilang ceria tanpa Hajar yang seperti bintang memeriahkan kumpulan rakan muda UKM. Kini bintang itu sudah malap. Semua orang tertanya-tanya termasuk Zahid. Zahid terasa kehilangan rakan yang mempunyai banyak persamaan denganya. Ada juga Zahid bertanya pada Didie dan Yana tapi mereka hanya mengelak dan menafikan yang mereka tahu sesuatu tentang Hajar.

“Jika aku sihat pun, kasihan Zahid jika dia mendapat orang seperti aku. Yela, walaupun aku masih memendam cinta pada Zahid tapi Allah Maha mendengar segala rintihan aku. Maka aku perlukan lepaskan cinta dalam hati aku dan doakan Zahid mendapat jodoh yang terbaik. Mendapat wanita yang sihat dan boleh menjaga Zahid sebaik mungkin”, tanpa sedari rintihan hati Hajar membuatkan air matanya mengalir lagi. Dia tekad untuk melepaskan Zahid dari hatinya. Itu jalan terbaik. Alasanya takut Allah makbulkan doa cintanya itu. Dia lebih rela Zahid mendapat wanita yang lebih baik dari dia. Bukan konfiden yang dia akan mendapat cinta Zahid. Tetapi nama Zahid tidak pernah lekang dari doanya. Maka dia perlu ubah niat doanya agar Zahid mendapat jodoh yang lebih baik dari dirinya. Begitu tinggi nilai cintanya pada Zahid.




p/s: cerita ini mungkin bersambung jika Hajar berjaya dalam pemedahan. Jika tidak, cerita ini sampai ke syurga. Sekian.


1 ulasan:

REDS berkata...

Baru sekarang jumpa blog warna wani mcm ni...abes semua entry aku bce...kejap nangis kejap gelak kejap aku bfikir..hebat 5 bintang. ;-)