Seronok, esok kawan baik aku Aizat akan
menjalani kursus di kampung halamannya, Pekan Nenas Johor. Aizat dan Fariz mengajak aku ke rumah mereka. Janji mereka ingin bawa aku jalan-jalan area Johor. Kami bertolak selepas isyak.
Sampai di perhentian Ayer Keroh, Kami
bertukar driver. Aizat yang memandu. Keadaan jalan yang gelap, sudah beberapa kali aku menyedarkan Aizat supaya mengawal kelajuan pemanduannya. Setelah bising bertengkar, akhirnya Aizat mendengar nasihat. Terkejut aku tetiba Fariz pula minta singgah dirumah saudaranya di Segamat maka kami
berpisah. Keputusannya sekelip mata, maka aku seorang sahaja yang bertandang ke rumah
Aizat. Rasa pelik tapi aku diamkan saja.
Kami sampai selewat 3 pagi, namun ibu Aizat
masih tidak tidur menunggu kami selamat sampai. Dalam gelap dan mamai aku masih sempat memerhati keadaan rumah Aizat yang besar, banyak sangat aquarium besar kiri dan kanan sebelum menjumpai pintu masuk rumahnya. Gila kau Aizat, tak bagitau kau anak orang kaya! Aku ingat kau berlagak kaya selama ni.
Ibunya kecil sahaja, rasa diri raksasa bila menyalami tangan halus ibu Aizat. Selepas menyediakan bilik tempat aku tidur,
aku masuk kebilik untuk menyambung tidur sementara menunggu Subuh. Tetiba aku mendapat masej dari Aizat.
“Hoi, bilik tu banyak nyamuk, tidur bawah
kelambu ok…esok bangun awal hantar aku kursus ok!”, - Aizat
Aku terpikir, ya Allah, lepas hantar Aizat
aku buat ape sorang-sorang? Benci la dengan Fariz tinggalkan aku seorang, tetiba
je nak pergi rumah saudara pula.Tanpa membalas masej Aizat aku terus terlelap.
Dengar sahaja azan Subuh, aku terus
bangun. Baiklah, aku masih berada dirumah Aizat. Macam mana ni? Malunya nak
keluar.Tak pe better aku mandi awal. Selepas solat Subuh aku tak mungkin tidur
semula, ini rumah orang nanti terlajak tidur habis. Aku bangun ke dapur, aku
melihat baju kemeja dan seluar untuk kursus diatas papan sterika. Arghh tiada
kerja pagi ini, nak masak breakfast, segan pula nak guna barang dalam rumah
ini.Tunggu ibu Aizat masak la.
Laju tangan aku mengosok baju Aizat dengan
penuh cermat. Ye lah, Aizat ni suka barang branded, baju dia pon sehelai beratus…ceh!
Tetiba aku terkejut, Aizat bangun tidur menuju ke tandas dengan hanya berseluar
pendek sahaja, topless. Sumpah seumur hidup aku, aku segan melihat Aizat dalam keadaan
itu, aku terus menyibukan diri teruskan menggosok pakaian Aizat. Walaupun ini
bukan pertama kali melihat dia tanpa baju tapi bila situasi dirumahnya aku
merasa lain! Pelik, aku malu ke dengan Aizat?
“Weh…………terime kasih la gosok baju aku…aku
memang malas pon. Nanti aku belanja makan ok! Weh ko pon siap la, hantar aku
pastu kau jalan2 la kat Pekan Nenas ni, kalau kau nak ke JB pon ok…tapi better
tunggu aku bawak ok. Ko stay rumah, nanti aku roger kau ambil aku dari sekolah
ok”, Aizat masih tersengih dengan tak berbaju itu. Adoi paham tak aku segan
tengok badan kau tu? Mata aku hanya tertacap pada baju Aizat. Aku hanya mengangkat
jari respon OK! Sahaja.
Aizat tersenyum lalu terus ke bilik
air. Subuh pun sudah lewat.
Usai menggosok baju AIzat, ibu Aizat keluar
menyiapkan sarapan.
“Laa…Nadey kalau nak masak guna je bahan
dalam peti tu jangan segan-segan. Tapi hari ini kita tak payah masak, kita makan
sarapan diluar. Jajat tu suka makan nasi lemak kakak cantik tepi jalan tu. Ibu
siap kejap ya.”, Lembut je ibu JAJAT??? berborak dengan aku. Aku tergelak-gelak
sebab terdengar nama timangan Aizat JAJAT. Adui kelakar. Ni benda nak bahan setahun ni hehhehehe.
Bau harum perfume Aizat semerbak satu
rumah, Aizat keluar dengan segak. First time aku rasa Aizat hensem. Aku terus
keluar panaskan enjin kereta, tetiba Aizat masuk ke tempat penumpang
dihadapan. Dia masuk dan menghalakan muka ke aircond. Bahunya bersentuh dengan
bahu aku, tapi aku biarkan mungkin sudah biasa.
“Kenapa aku berdebar sangat ni, padahal kursus
8 jam je… ke sebab aku nak jumpe kak leha cun jual nasi lemak?” mata Aizat
melirik kearah aku, dia menarik senyuman gatal. Tapi dekat sangat muka Aizat ni.
“Aku bet aku lagi cantik dari kak leha
nasik lemak! Dan kau tak perlu nak dekat-dekat muka dengan aku dalam keadaan
peluh berbaldi ni, rimas”, perli sikit…nak tengok reaksi Aizat.
“Puih kau, kak leha tu pmpn cantik 1000x
ganda dari kau! Dan aku memang suka dekat-dekat macam ni kat kau…kasi kau bau
peluh aku….sure kau angau aku nanti!”, Aizat mengacah mendekati mukanya dengan lebih rapat, terasa hembusan nafas dan
aku berganjak kebelakang. Tetiba…….
“Kamu buat apa ni jajat??? Sian Nadey kene buli.
Nadey, hari ini teman ibu shopping? Tapi awal sangat kita lepak café dulu,
teman ibu bukak butik dan kita pergi shopping dan jalan-jalan kat JB”, terkejut kami ibu Aizat meluru
masuk dalam kereta. Ibunya lebih selesa dengan panggilan ibu untuk semua rakan
anaknya, sian JAJAT kena marah. Hahaha
“Tapi Ibu, Nadey tak suka shopping”, Aizat
kenal aku.
“Tak kire dia kena teman ibu shopping jugak”,
ibunya hanya gelak.
Sampai tempat yang dituju, aku mencari Kak
Leha yang cantik sangat tu. Terkejut, Kak Leha yang dipuja agak gempal dari aku
tetapi kulit mukanya polos, calitan gincu merah membuatkan mukanya terpancar
kemanisannya. Patotla Aizat suka. Nasi lemak Kak Leha memang mantap sampai
aku bertambah, Aizat hanya makan separuh, mungkin dia melihat aku teruja makan
nasi lemak yang sedap itu.
Selepas makan, aku teruskan pemanduan ke
tempat kursus Aizat.Tetiba Aizat memegang tangan aku senyap-senyap dari
pandangan ibunya, dan digenggam beberapa keping not RM50. Aku tak paham kenapa Aizat
beri duit? Muka aku penuh tanda tanya, bila Ibu berdeham cepat-cepat aku menyorok duit itu.
Aizat senyum dan keluar dengan pantas, “Bye!!!!!!!!!!!Ibu
jaga Nadey ok!” Ibu keluar dan duduk di bahagian penumpang
dihadapan.
“Ibu suka tengok Nadey memandu, nampak
cantik dan elegant”, puji Ibu.
“Aik….elegant dan cantik? Dengan
seluar kusam, tudung bawal berbau dan baju tshirt lusuh?”, serius aku pelik
dengan pujian tu.
“Heheheh, dah lama kenal JAJAT? Ibu selalu
dengar Jajat cerita pasal Nadey dalam telefon, dia kata Nadey salah seorang dari geng dia.
Dia kata Nadey ni sekejap macam lelaki, sekejap macam perempuan dan sekejap
macam budak-budak. Jajat pun minat kartun, tapi dia kata Nadey lagi hebat”,
ulasan ibu buat aku malu.Kuang asamnya Aizat. Ibu Aizat ini ada membuka sebuah butik
pakaian muslimah, setelah membuka kedai dia terus mengambil beberapa helai baju dan
tudung.
“Jom kita main try and match!”, Ibu
menghulur aku pakaian untuk dicuba.
“Eh, Ibu..untuk apa ni?????”, tempelak aku.
Habislah….mungkin aku paham kenapa Aizat menghulur duit tadi. Redha.
Dah tahu badan aku besar, aku memang susah
nak cari baju yang sesuai tapi butik Ibu, terdapat baju plus size yang cantik.
Baju labuh lycra ini sejuk dan berat. Aku nampak cantik bila sarung beberapa
helai baju dibutik Ibu. Aduh, first time rasa suka nak beli baju untuk diri sendiri.
“Ibu, Nadey nak beli yang ini la. Cantik…tapi
boleh pergi kenduri je lah baju ni!”, gila cantik aku mesti beli!
“Ibu hadiahkan kamu 3 pasang ini. Dan 3 hari
ini kamu pakai baju ini ok jangan pakai jean dan t-shirt dirumah Ibu. Sekarang fesyen muslimah la sayang, nak pergi pasar
pakai baju ni pun orang rasa sesuai. Ok!” aku rasa pelik sebab blouse labuh
dengan kain tu macam nak pergi kenduri je. Tapi kenapa sampai 3 pasang Ibu
hadiahkan kat aku?
“Terima kasih ibu, tapi yang ini saya
bayar. Jangan risau, saya ada duit ni. Memang khas untuk beli baju pun”, aku
menunjuk Ibu dua pasang kemeja dan 2 helai tudung bawal. Guna duit Aizat beri
tadi. Ibu suruh aku terus memakai blouse labuh dan kain hadiahnya itu.
Setelah pekerja butik sampai, kami ke Johor
Bahru. Aku memang tak suka shopping sebab aku bukan berduit pon. Mungkin Aizat
paham, sebab tu dia beri duit tadi. Sayang lebih la kat Aizat sebab memahami.
Agak jenuh meneman Ibu shopping, 3 jam bagi
aku dan 30 minit bagi Ibu. Setiap kedai disinggah, tangan aku penuh dengan beg
hasil shopping Ibu. Agak mewah cara Ibu bershopping.
“Nadey, cantik tak beg ni, hijau ke
kuning?", Ibu menunjukkan beg Michael Kors. Baiklah beribu. Tetiba lancang je mulut
aku ………..
“Ibu, kuning cantik tapi ibu dah beli
handbag Bonia tadi. Tak mau la, Ibu beli mende lain”, terkedu Ibu mendengar
komen aku. MAMPOS!!!!!!!!!!!!!!!! aku lupa ke dia ni bukan Ibu kau! Alamak
“Ni Ibu sayang Nadey ni, ok dik tolong
bungkus yang kuning ni. Beri bungkusan paling cantik, ini hadiah untuk gadis
cantik ini!”, teruja ibu.
“Ibu………………………….saya takde duit untuk bag
mahal tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu”, mampos, beribu, dalam dompet hanya ada RM200
itupun Aizat beri dan aku perlu ganti duit itu.
“Ibu suka sangat dengan Nadey, please
terima hadiah ibu ni. Kesian Ibu takde anak perempuan”, Ibu merayu tapi aku
hilang kata. Kepala aku ligat, ada yang tak kena dengan Ibu Aizat ni.
Penat aku melayan nafsu shopping akhirnya kami masuk ke sebuah restoran. Ibu booking untuk 4 orang. Sah lagi dua orang kawan dia.
Kelihatan 2 wanita pertengahan usia dari
jauh tersenyum ke arah kami. Sah, mereka kawan Ibu.
“Ooooo ini la tetamu dari KL?Cantik
walaupun bambam sikit. Nama apa? Sampai bila disini?”, tegur wanita yang
dipanggil Puan Sri itu.
“Ermmm Nadirah tapi Puan …..Sri boleh panggil
saya Nadey je. Sampai bila? Baru sampai pagi tadi dan esok Ahad kami pulang la.
Isnin KL kerja, kalau di Johor Ahad sudah kerja kan”, aku hanya berbasi mulut
untuk ramah mesra dengan ‘Puan Sri’ itu. Nampak kerek.
“Nadey buat apa sekarang? Kerja apa”, wanita
sebelah Puan Sri kelihatan seperti peramah dan lebih ikhlas berbanding Puan Sri
itu.
“Saya sekarang kerja di KL, sebagai
Marketing Exec dalam ubat-ubatan Haiwan. Kampeni swasta, kuli je tapi syukur
gaji boleh bayar hutang belajar dulu dan ibu ayah kat rumah. Nak beli rumah
sendiri tak mampu lagi”, ulas aku sambil sekilas memandang wajah Ibu.
Tetiba Ibu genggam tangan aku.
“Mereka berdua plan kahwin hujung tahun ni”, Ibu lancang berkata. Kenapa
aku jadi mangsa ni? Mungkin ibu hanya ingin berlakon depan kawan-kawannya yang
berlagak seperti diva itu. Aku layankan aja.Aku mengangguk tanda paham.
“Ha??? Begitu cepat? Nak sorok apa-apa ke
sampai nak kahwin tiba-tiba?”, sindir Puan Sri.
“Sunnah Puan Sri mempercepatkan pasangan
yang sudah bersedia untuk dirikan masjid. Elak maksiat. Lagipun, saya sudah tua dan saya rasa Aizat seorang sahaja yang boleh terima saya macam ni sebab tak pernah
ada orang yang suka saya sebelum ni. Bila Allah dah temukan Aizat, saya terima tanpa ragu”, skrip
mana aku cipta sehingga lantang dan lancar aku berbicara depan Puan Sri.
“Pelik, sebab Sabrina saya tak pernah
cerita tentang Nadey.Tiba-tiba sahaja muncul dan kata nak kahwin. Sabrina lagi
kenal Jajat dari awak.Taka da pula dia cerita tentang perancangannya nak
berkahwin”, Puan Sri tak puas hati.
Kawan Puan Sri mencelah “ Eh..Nadey ni apa
kurangnya, cantik, bijak……..” katanya mati setelah melihat jelingan maut Puan
Sri.
“Ermmm saya ada hal, tak boleh lama. Saya
beransur dahulu, jangan lupa majlis malam ni”, Puan Sri seolah-olah menyampah dengan kenyataan rakannya. Pantas
dia bergegas untuk keluar dari restoran. Rakannya membontoti Puan Sri, masih
sempat bersalaman dengan aku dan Ibu.
“Sabrina itu kawan rapat Jajat sejak
sekolah. Puan Sri tu berangan nak kahwinkan mereka tapi kantoi Sabrina sudah
berbadan dua dengan lelaki pilihannya. Puan Sri memaksa Sabrina gugurkan
kandungan dan teruskan perkahwinan. Jajat seperti patah hati dengan berita itu.
Mungkin sebab itu Jajat tak pernah ada perempuan lain. Maafkan Ibu gunakan
Nadey ya. Dari dulu Ibu tahu Sabrina bukan gadis yang baik untuk Jajat. Sudah
berapa kali Ibu terserempak dia bermesra dengan beberapa lelaki di JB ni”, panjang
ulasan Ibu. Memang benar Ibu hanya gunakan aku untuk menaikkan amarah Puan Sri.
Aku hanya senyum dan mengangguk tanda
paham.
"Haha, rasa macam dalam drama melayu la Ibu, ermm saya pun tak pernah dengar nama Sabrina, dan so far saya tak pernah nampak Jajat ada awek. Eh Ibu dah lewat jom solat".
Usai solat Zohor, kami duduk menunggu azan
Asar, tadi sudah sipi tertinggal Zohor kerana temujanji Puan Sri. Ibu asyik menggenggam jari aku. Akhirnya
kepalanya dilentukkan dibahu aku.
“Selesanya, kan best kalau Nadey jadi anak
ibu juga. Ibu pun tak ada anak perempuan”, aku rela je Ibu sandar pada bahu. Simpati
menggunung.
Kami menunggu jam 5 petang di pagar
bangunan tempat kursus Aizat. Kami berborak sambil menunggu. Banyak juga aku
bongkar tentang personal life aku pada Ibu. Dia seperti Ibu kandung dan ibu-ibu
yang lain. Pendengar setia.Nasihatnya juga sebijik nasihat ibu kandung aku. So
sama je rasa. Tiada kekok.
Kelihatan Aizat tersenyum lebar melihat
kami menunggunya.
“Hey, adik manis berdua puas shopping?”, jari
Aizat pantas mencuit pipi aku. Ini macam tak reti malu berkelakuan sebegitu
depan ibunya.
“Cop…………………..cop……………………cop…….aku tahu la
aku dah agak Ibu akan beli baju kau tapi kenapa muslinyah sangat ni??????? OMG
cantiknya Nadey….rasa nak peluk nak cium….uishhh”, Aizat mengacah perbuatan
menunggu reaksi ibunya.
Tiba-tiba………..
“Korang kahwin la dulu baru nak cium peluk
depan ibu”, Ibu akhiri ayatnya dengan gelak tawa.
“Ibu nak ke Nadey jadi menantu ni? Kau dah
buat ape ngan Ibu aku 8 jam weh………..kau sihir Ibu ek sampai dia suka ko??!”, Aizat bergurau.
“Ibu suka Nadey, Ibu sure la Nadey dah kene
pancing…Ibu dah rasuah die dengan handbag, baju cantik dan blanja makan best
tadi. Nadey tak suke ke Jajat yang ensem lagi taff ni? Anak Ibu ni, cuba tengok
betul-betul. Tak mungkin la gadis melayu tak suka”, Ibu macam terlebih gembira
hari ini mungkin puas kenakan Puan Sri tadi.
“Ermmm Jajat ibu ni tak pernah suka saya,
saya ni kan gemuk gendut tak berduit dan rupa paras kurang cantik dari Sabrina……….”,
alamak aku terlepas cakap!
Aizat diam seketika……………..
Aku cuak untuk dengar dan lihat muka marah
Aizat. Cuak untuk dengar apa yang keluar dari mulut Aizat.
“Serius kau pernah suka aku ke? Kenapa tak
bagitau??? Aku dah lama suka ko.... Ok jom kahwin. Aku on! By the way.....cantik sangat la ko hari ni, Ibu belikan dia beg?? Nak tengok....nak tengok....”, kegilaan apakah Aizat bergurau kasar macam
ni.
HAHAHAHAHA , aku gelak paksa. Sedikit
gementar dengan gurauan Aizat. Berdebar pula Aizat cakap begitu. Kalaulah
betul, Aizat? Aku tak pernah sejenak pun berangan future dengan Aizat. Tapi
kalau jodoh, best jugak!!! Eh gila kau Nadey, kau suka Aizat ke? Monolog ni
buat aku tersentak.
“Eh jom, nak pergi mana lagi ni?”, aku ubah topik.
“Ermmm Ibu laparrrrrr”, Aizat merengek.
Damn manja Aizat. Nak muntah hijau aku.
“Jajat lupa malam ni ada majlis Puan Sri….so petang ni makan pisang goring dulu ok! Tahan”, hulur ibu pisang goring
yang kami beli tadi. Sekarang aku paham kenapa Ibu belikan aku baju dan handbag mahal tu, sebab ibu bersalah heret aku dalam drama dan majlis malam ni.
Sampai je rumah, Ibu turut masuk ke bilik
dengan aku. Dia senyum, dan keluarkan baju dan tudung yang kami try and
matching tadi. “Pakai baju ni untuk malam ni ok. Makeup ada? Nanti Ibu makeup
kan”, macam satu arahan dan kenapa aku tak menentang. Selalunya aku akan
suarakan apa sahaja yang aku rasa. Mungkin aku simpati?
Hati aku berdebar-debar. Adakah aku ambil
kisah dari gurauan Aizat tadi? Aku suka kat Aizat ke sebenarnya? Gila………tapi
betul ke? Pertama kali aku rasa debar semacam bersiap
malam ni. Ibu beriya sangat untuk conteng muka dan aku redha sahaja.
Pelik, pelik sangat. Aizat seperti mesra
sangat dengan aku malam ni. Depan Ibu tak segan langsung. Malam ni Aizat
seperti biasa jeans lusuh dan kemeja ungu. Serius kacak.Wangi sangat rasa nak
peluk. Aik? Aku rasa aku dah suka dengan Aizat. Yes, aku akui.
Ibu sengaja naik kereta lain dengan ayah
Aizat. Dan kami berdua dengan kereta Aizat, rupanya Aizat ada dua buah kereta dan sebuah motosikal Ninja miliknya. Pandai dia berlakon, selama ni hanya guna motor LC kat KL.
“Cantiknya Nadey malam ni….tak caya doh kau
boleh dapat make over dari Ibu. Curlas kau jah.Untung la siapa dapat
kau. Cantik rupanya Nadirah ni. Tak puas mata aku pandang”, Aizat puji melambung, mata Aizat merenung aku seketika sebelum dia memandu. Saja perli aku
la tu.
Rasa serapan perasaan cinta.Kalau tadi 15%
sekarang 30%. Aizat memang suka berlawak, mana mungkin
dia serius dengan apa yang keluar dari mulutnya. Dengar boleh, percaya jangan.
“ Nadey, malam ni kau diam dan ikut aku je.
Soalan, biar aku je jawab. Ko jangan risau nanti aku upah kau, aku belanja
pizza dua large ok!”, Aizat serius.
“Ok! Plus sushi octopus!”, aku pantang
dengar upah makan.
“Deal, sayang”, jari Aizat laju mencuit
dagu aku.
Aik malu aku…naik lagi 32% cinta.
Sampai di restoran mewah tu, terus Aizat
menarik tangan aku, rapat.Aku relakan saja demi pizza dan sushi.
“Hi………….Aizattttttt, ni Nadirah kan bakal
wife u?”, Puan Sri seolah-olah meminta kebenaran dari mulut Aizat.
“Aah, kan sayang. Tak sabar nak kahwin
kalau boleh esok kita nikah cepat-cepat. Puan Sri sihat?”, Aizat senyum
terpaksa.
“Sabrina…………mari jumpa dengan bakal isteri
Aizat”, Puan Sri menarik anaknya. Cantik, tinggi, kurus macam model. Gila
Aizat. Gila Aizat tolak Sabrina.
Aizat tolak ke bernikah Sabrina? Aku
sebenarnya samar-samar dengan lakonan tetibe ni. Haish, tetibe datang rumah
Aizat ingat niat melawat JB dan jumpa family saja, tapi sekarang aku termasuk
bidang lakonan pulakkkk.
Sabrina hanya bersalam dan meninggalkan
kami tanpa sebarang kata. Rupanya, majlis ini majlis Hari Lahir Sabrina. Aku tak berapa
paham kenapa nak buat besar-besaran padahal kau dah tua kot. Membazir. Tetiba emo, jeles apa?
Aizat arah aku mencari tempat duduk dan
makan sendiri. Dia mahu berjumpa kawan-kawan. Sebelum itu, Aizat mengambil makanan dan
minuman untuk aku. Rasa bersalah tetiba mengheret aku dalam lakonan dan majlis
macam ni. Dia tahu, aku tidak suka tempat yang ramai orang seperti shopping
mall.
Aku hanya perhatikan Aizat dari jauh,
serius aku sudah suka Aizat. Kenapa baru sekarang aku rasa dia sangat
hensem? Walaupun Aizat tak sepenuhnya menepati citarasa aku, tapi dia lelaki
baik dan sangat baik. Speechless terus. Terkenang sejak aku kenal Aizat di Asasi
Penang, kami terus rapat sehingga sekarang. Masing-masing 26 tahun dan sudah
bekerjaya sendiri.
Mungkin aku akan simpan je rasa ni. Aku tak
nak hilang kawan sebab mende bodoh. Haish, untung la siapa dapat Aizat. Mesti
best, asyik gelakkk je dengan dia. Aizat juga hardcore traveller, sebab tu kami
ngam, dia gentle kat perempuan, mungkin aku separa wanita bagi dia. Aizat kawan
susah senang. Aizat minat haiwan, banyak haiwan dia perlihara. Di rumah dia
sahaja, ada ular sawa, cicak tokek, tarantula dan macam-macam. Ibunya juga
berkongsi minat yang sama. BEST GILA ok!
Jap, cinta terserap lagi….40%. Ah sudah,
kenapa kau pergi buat list tentang Aizat?
Tak lama kemudian, Aizat kembali ke meja
aku.
“Jom balik, aku dah bagitau Ibu, lagipun
aku tahu kau tak suka tempat ramai orang.”, Aizat memang memahami. Dia memegang tangan aku sehingga ke
kereta. Perlahan aku menarik tangan.
“Dah, takde orang kat sini. Mana ada orang
dalam kereta nak pegang-pegang. Ni kene tambah ais cream Tuttu Fruti ni”, paham
tak berdebar. Jangan bagi aku berangan lagi.
“Tak nak…………..uwekkkkkk”, Aizat terus
memandu sebelah tangan. Gila. Aku malas layan dan biarkan saja. Malas layan la
sangat, dalam hati berpeluh-peluh. Aku tak paham kenapa dia mesra mengada-ngada
sangat malam ni. Tetiba aku rasa syukur Faris balik rumah saudaranya. Haha nampak tak permainan aku? Celaka
Setelah kereta berhenti, Aizat melepaskan
tangan aku dan keluar. Hah, Danga Bay, kuat betul angin malam ni. Kami hanya
duduk di bonet kereta. Payah aku nak naik sebab pakai kain, Aizat
dengan payah menarik juga aku ke atas.Pastu kami gelak-gelak tanpa sebab. Aizat tenung aku tetiba.
“Kenapa aku tak pernah nampak kau secantik
malam ni ha? Napa aku tak prasan slame ni? Damn, cantik sangat mata ni serius
aku tergoda”, Aizat merapatkan mukanya ke pipi aku.
"Sure kau sawan tengok aku bersolek kan? Tak pe, malam ni aku bagi kau tengok puas-puas, esok make-up tak de!", ego aku macam lelaki, aku balas pandangan Aizat. Berani pulak.
"Ala.....kau tak makeup esok pon aku akan rasa kau cantik jugak. Serius, kenapa aku tak pernah prasan aku ada kawan cantik macam kau. Kau pernah suka aku ke weh? Ermmm petang tadi kau cakap depan ibu...Serius, kau pernah suka aku?", Aizat tanya soalan pelik.
"Kalau aku cakap pernah kau nak buat ape?", aku balas nak tengok reaksi Aizat.
"Kau nak kahwin dengan aku?", Aizat menarik tangan aku dan digenggam.
************************************************************
"Hoiiiiii..............Hoiiiiiiiii, bangun gajah. Kita dah sampai rumah aku! HOI....", terasa gegaran. Ada orang goncang badan aku!!!! Aku buka mata. Aku nampak Aizat mengejut aku.
"Allah, kita kat mana", gila aku mimpi ke tadi?
"Dah sampai rumah aku, bangun.... tu Ibu aku. Pergi salam", arah Aizat. Aku toleh tempat duduk belakang, Fariz tak ada. Aku dan Aizat sahaja. Aku keluar dan melihat.........
Allah, ni rumah besar Aizat..............dan perempuan ini Ibu Aizat. Sebijik macam dalam mimpi aku! Wehhhhh aku tak pernah jumpa famili Aizat. Apa yang berlaku ni? Mimpi sebijik ni!!!
Aku blur.
- bersambung-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan