Isnin, 14 Januari 2013

PERASAAN KENE REJECT, BAGAIMANA RASANYA? APA AKU PERLU BUAT



Post kali berkenaan dengan aku, kawan dan mungkin orang-orang yang tak berapa bernasib baik dalam bab-bab jodoh ni. Dalam Islam, jodoh juga antara salah satu rahsia Allah dan banyak persoalan yang tiada jawapan, yang mengetahui ialah Maha Mengetahui iaitu Allah SWT.

Jika aku bercakap soal jodoh dalam perspektif Islam ianya sangat luas dan aku bukan pengkaji seperti Dr. Muhaya atau sesiapa pun. Aku tak layak. Tetapi aku akan bercakap mengenai perasaan aku dan kawan-kawan yang pernah berkongsi cerita.

Kenapa aku boleh terpikir nak luah untuk post ini, kerana pengaruh mukabuku (Facebook) yang mempamerkan pelbagai ragam, sedih, gembira, benci dikongsi di laman soSIAL itu. Maka terbit rasa cemburu melihat kebahagian 24jam oleh seorang manusia ni, membandingkan perbezaan hidup mereka yang bahagia dengan aku yang serba kurang bahagia ini.


Bersyukurlah jika anda tidak pernah mengalami perasaan disingkir/direject/ditolak dan sebagainya. Jika anda pernah mengalami perasaan sayang ditolak, janganlah terlampau bersedih sehingga melupakan agama, family dan orang yang tersayang. Disini aku berkongsi ape yang aku rasa dan antara perkara selepas kejadian sedih berlaku aku akan:- 

1) TIDAK DAPAT TIDUR
Sedih yang terlampau...tapi kita manusia, boleh kawal ke? Kadang-kadang tak terkawal juga sebab manusia punyai hati yang rapuh mudah dikawal oleh syaitan. Menangis, meraung, setiap saat akan terbayang semua kenangan manis dan setiap perkataan yang pernah si dia ucapkan terngiang-ngiang. Mata akan sentiasa basah sehingga hati rasa berat seperti sukar nak bernafas. Rasa malu dengan diri, pada keluarga dan sentiase menyalahkan diri dengan kebodohan telah dilakukan. Mengikut pengalaman, baru-baru ini aku telah menelan ubat selsema sepapan (ubat tidur). Setelah penat menangis dan setiap masa teringat perkara sedih, aku tak dapat lelapkan mata, maka itu adalah jalan mudah untuk aku rehat....tapi syukur Allah masih sayang aku hanya seharian aku tidur mati tanpa mimpi. Ini contoh yang berdose mintak jangan ikut! 

2) TIDAK ADA SELERA MAKAN
Ini berlainan dengan aku, kerana selepas seharian tidak menjamah sebutir nasi, keesokan hari aku bantai berpingan nasi dan minum air sampai muntah. Kalau makan nasi pun boleh teringat segalanya2, memang perit. Bila rase sedih dan asyik menangis membuatkan kita lupa nak makan dan kemungkinan kenyang sebab minum air mate sebaldi. Tapi syukur aku jenis yang makan walaupon tengah sedih. Makan beger megamac McD sambil mencarut. LOL

3) BADAN ASYIK NAK DEMAM
Bila kita tengah sedih, kita akan membuatkan satu perkara yang dapat menarik perhatian dengan kata erti lain (ingin menagih simpati) lagi-lagi berharap si dia akan menghubungi bertanya dan mengambil berat tentang diri kita semula. Biasanya aku akan MC sehari dan aku akan pergi tengok wayang ataupun makan sushi sampai beratus bil seorang makan. LOL 

4) MENCARI TEMAN UNTU LUAHAN HATI
Biasanya orang cakap, kawan waktu senang bersepah tapi kawan waktu susah???? Syukur aku mempunyai ramai kawan-kawan waktu susah. Aku malu untuk berjumpa, segan kerana aku ni berperangai seperti perempuan kuat selama ini. Segan menangis depan kawan-kawan. Maka aku akan hanya hubungi mereka yang bertuah dan aku akan cerita supaya aku dapat waras, apa yang patut aku buat selepas ini. Syukur jika rakan anda suruh anda bersolat tenangkan diri, Kalau tidak mungkin mereka akan tenangkan dengan ayat-ayat biase orang cakap, "sabarlah, Allah senang uji kamu...mungkin ini hanya ujian kesabaran. Mungkin juga dia bukan jodoh kamu dan inshaAllah terbaik selepas ini" dan banyak lagi ayat yang sangat2 biase "cliche". Walaupun ayat itu selalu didengar tetapi jika kita sedang bersedih kita akan terima nasihat yang berulang dan inshaAllah selepas beberapa minit menangis kita akan tenang. Ini kerana komunikasi banyak membantu melepaskan tekanan.

5) BUANG SEGALA PEMBERIAN
Segala pemberian mempunyai kenangan yang manis. Pasti bila ternampak akan menangis semula. Bagi kes aku, aku pernah terbakar sehelai baju raya yang orang kasi. Pastu aku menyesal, seb baik bagi 2 helai LOLOL. Maka aku kumpulkan semua barang pemberian dan aku letakkan di dalam kotak bawah katil. Kenapa? kerana SEKURANG-KURANGNYA DIA PERNAH BAHAGIAKAN AKU LAGIPUN dia bukan lelaki jahat ....maka aku akan simpan sehingga hati betul-betul bersedia lupakan atau kita sudah berjumpa dengan jodoh yang benar. 

6) LAYAN KOREA (VARIETY SHOW)
Jangan lah layan cerita drama, kang menangis tanpa henti pastu bunuh diri macam orang korea. Maka carilah penawar yang betul. Contoh, Running Man. Aku sangat2 bersyukur dengan cerita ni sebab aku akan ketawa dan ubat ni boleh membuatkan aku lupa yang aku tengah bersedih, ketawa itu pun penawar segala penyakit. Gembirakan hati bukan musnahkan hati. Tak kisahlah mana-mana yang anti-korea boleh tengok maharaja lawak. Aku juga telah mempengaruhi kawan-kawan yang sedang sedih untuk layan RM. Hasilnya, tak sampai seminggu kawan aku sihat dan ceria semula.

7) DEACTIVATE LAMAN SOSIAL
Ini bergantung pada masing-masing. Kalau aku, aku tak buat, tetapi lama jugak aku menyepi. Blog juga aku kurang berminat nak terjah2. Tetapi apa yang positifnya di sini, kita akan tidak bertambah sedih jika terbaca post wall kawan-kawan kita yang sangat bahagia 24jam tu kan. Tak payah musnahkan diri dengan membuat perbezaan kebahagian orang lain. Kita tak tahu apa dugaan Allah beri pada orang yang bahagia 24 jam itu. Maka janganlah tiru perangai buruk tu. Jangan buat dose kering dan jangan membuat  orang agar membenci kita.

8) AKTIFKAN DIRI DENGAN AKTIVITI SOSIAL
Jumpe lah kawan-kawan, sibukan diri. Contoh aku, kalau duduk sorang2 dalam bilik mesti akan teringat maka aku akan layan movie korea tak pun ajak geng2 single aku keluar lepak. Tak pun, join aktiviti amal. Dulu aku selalu juga balik kampung tolong ayah di kebun. Daftar keahlian baru mana2 group. Jangan pergi clubbing sudah. Ingat bagi yang Islam, selangkah kita ke sana, Allah akan gelapkan hati kita. 

9) MENCARI PENGGANTI SECEPAT MUNGKIN
Dulu, jika aku frust je, aku akan cari pengganti dengan cepat. Maka aku akan cepat recover dan ceria kembali. Tetapi kes baru-baru ni, dah setahun aku cube lupekan tapi masih aku tak dapat terime mane-mane orang. Kalau ade pon, susah.

10) ALLAH S.W.T
Tiada cinta yang hebat selain cinta kepada Maha Pencipta. Banyak cerita berlaku, akhirnya aku sedar...aku menyesal sebab menangis sebab orang reject aku tapi aku tak pernah menangis membayangkan Allah akan reject aku. Jujur aku cakap, sejak aku tersedar kekdah itu, aku dapat perlahan mulakan hidup baru dengan hati yang sedikit tenang. Sekarang aku lebih suka bahagiakan diri aku lebih dari sebelum ni. Dan azam tahun baru aku adalah AKU INGIN BAHAGIA. Memang susah nak lupakan, sehingga sekarang aku masih sakit tapi sekarang aku dapat terima dan redha dengan segalanya. Setiap kejadian ada hikmahnya dan mungkin 10 tahun akan datang aku bersyukur kerana hikmah dari ujian Allah ni. 

Maka elaklah berjumpa dengan si dia agar akan tak senyum kambing.

Perasaan yang paling sadis adalah orang itu sangat baik melayan anda sehinggalah anda tahu yang dia baik sebagai kawan biasa sahaja.

Yes, don't ever risk your heart flatter again.

Malu sebab direject??? Kenapa nak malu, perasaan itu bukan kita yang kawal. Ia datang kerana Allah sudah takdirkan ujian untuk kita. Don't ever shame your past life been rejected but its make u more strong rite?

Maka kepada orang yang bahagia 24jam, Dun FUCKING look at me like that, im strong enough that u.

2 ulasan:

Unknown berkata...

beza sungguh pendekatan kita...
once ak broke-up...

*bile mak ak tepon, mak ak akn tye..."ko dah mkn ke?? then akn dgr bunyi gelak d hujung nya..."
sb nye, mak ak tawu, even ak frust tahap gile babun pun, timing mkn ak xpernah TERSKIP atau lari.

tido??? pun xde efek, sb nya, bila ak frust, ak akn nanges bagai nk rak, sampai hidung tersumbat, n sumtimes mcm semput pun ade, taw2 dah tertido...hikhikhik...

cri pengganti dgn cepat tu mcm kena gak, tp xde la niat nk cri pganti pun, cum axpenah dtutup pintu hati ni, just accept mereka yg nk bkenalan, n kalo ko nk tawu, kalau once start with frenship, adalah sgt susah nk turn to intimates relation, ak pun xtaw knape, thatz y, kisah ak, semua terus mintak kapel je, kalo kenal pun just seminggu dua je, pastu trus declare kapel..hahahah...gile!!!

agreed with ur saying, XPERLU MALU DIRI DIREJECT!!! sb ad yg lgi baik menanti... n for time being, yes...i'm with sum1 even better than b4..n ak doa relation ni bole d upgrade lgi, ak doakn untuk ko jugak nadey!!!!

be strong!!!!!!!!!!

Unknown berkata...

wawah...........ni kes lame dh ahahhaha

move on...tu je aku kene buat

hah!

aku pon doa yg terbaik tok ko

tq kawan