Selasa, 7 Januari 2014

2 ALAM - Part 4

2 ALAM - Part 1
2 ALAM - Part 2
2 ALAM - Part 3


Aku perlu siasat bagaimana nak selesaikan masalah aku. Kenapa aku terperangkap di dua alam. Adakah betul semua ini ada kaitan dengan mahkluk halus? Tak logik akal aku tapi ia juga tak mustahil.

Aku perlu fokus dan bermimpi!

***************************************************
"Harris, saya nak balik kampung. Awak boleh hantarkan saya?", aku sedar yang aku semakin lemah. Adakah ini petanda aku semakin hampir dengan maut? Kerana jasad aku masih dalam keadaan koma. Aku tak berjaya lagi untuk sedar. Masih terperangkap dan hanya mampu melihat jasad sendiri didepan mata. Terlantar.

Harris menjemput aku dan kami ke kampung hari itu juga.

"Harris...awak sayang saya tak?", soalan aku memecah kesunyian didalam kereta.

"Awak, kenapa tanya soalan tu? Awak was-was dengan saya? Mestilah sayang. In sha Allah", jelas Harris dengan tenang.

"Kalau saya rasa ini mimpi macam mana? Awak dan saya hanya ilusi. Kalau saya mati macam mana? Awak masih sayangkan saya?", celaru aku makin parah. Serabut, perlu ke aku berterus-terang dengan Harris? Perlu ke? Apa akibat jika mereka betul-betul orang bunian?

"Ya Allah awak jangan merepek.. awak akan sihat. Saya akan pastikan awak sihat macam dulu", Harris menyedapkan hati aku sahaja.

Sampai kerumah, ibu ayah pelik. Harris pula tidak lama, kerana dia perlu bekerja esok hari. Kasihan dia. Bersusah payah untuk hantar aku. Semoga aku masih sempat berjumpa Harris. Jujur aku terlalu cintakan Harris. Aku juga terlalu sayangkan keluarga aku di alam ini.

"Ayah, ibu akak balik kerana ada perkara mahu dibincangkan", ayah ibu duduk menghadap aku. Mereka sedia mendengar. Reaksi mereka tenang.

"Ayah, ibu....ayah ibu tahu ke akak sekarang berada di dunia apa? Dunia mimpi kan? Ini melibatkan nyawa akak. Jika ayah ibu tahu sesuatu tolonglah beritahu akak. Akak merayu. Ayah ibu tahu.........akak sekarang dalam keadaan koma didunia nyata. Kalau akak tak bangun, akak akan mati. Akak tak nak mati lagi.......", mengalir laju air mata. Ayah ibu tidak terkejut dengan kenyataan aku.

Ayah ibu membisu. Mereka saling berpandangan.

"Demi Allah, akak tak pernah minta akak mempunyai ibu ayah yang sempurna sebelum ini. Jika 'disana' akak hanya dicemuh, dipukul, diabaikan seolah-olah akak ni seperti anak asing bagi mereka. Akak bersyukur berjumpa ibu ayah disini, di alam ini. Kasih sayang cukup berbeza dengan 'disana'. Allah sahaja yang tahu betapa syukurnya akak dengan peluang ini. Tolonglah...jika ayah ibu tahu... tolonglah akak untuk terus hidup", luahan hati aku tanpa selindung. Dari reaksi ibu ayah tadi seperti mereka tahu segalanya. Maka aku ceritakan segalanya. Tiada soalan yang timbul dari mereka.

"Sebenarnya...............", ayah bersuara.

"Kami, mahkluk Allah yang ghaib dialam lain. Ghaib dari pandangan manusia biasa. Hanya manusia terpilih sahaja dapat berhubung dan melihat dengan kami. Allayarham atuk kamu, iaitu ayah kepada ibu kandung kamu didunia sebenar merupakan tok guru silat ayah. Beliau telah menyelamatkan ayah dari satu kejadian buruk. Sebagai balasan ayah pula telah berjanji, ayah akan memberi kekayaan dan menjaga keluarganya. Memandangkan, Allahyarham atuk kamu mempunyai seorang anak sahaja iaitu ibu kamu. Maka ibu kamu mewarisi segala harta dengan syarat dia perlu berkahwin dengan ayah. Ibu kamu pula tidak rela tetapi demi harta dia setuju. Dia telah mengandungkan kamu sebelum dia berkahwin dengan ayah tiri kamu didunia. Kamu adalah hasil dari perkahwinan ghaib ibu sebenar kamu dengan ayah ini. Mungkin sebab itu juga ibu membenci kamu. Oleh sebab itu ayah menjemput kamu untuk berjumpa kami", Allah....terlalu berat untuk otak aku berfikir waras.

"Sekarang ini, ayah memang ayah kandung akak? Tapi ibu??? Ibu, Rahmah Hj Sulaiman adalah ibu tiri akak? Allah....Allah....kenapa.....kenapa ayah tidak beritahu akak hal ini. Kenapa akak perlu lalui dugaan ini? Apa perlu akak buat sekarang???", baru aku sedar kenapa keluarga aku disana begitu membenci aku dan kenapa ayah bagaikan pak turut, akur dengan segala keputusan ibu. Patutlah dia tidak kisah, Azrin yang menjaga aku yang koma ni. Jika aku anak kandungnya sudah pasti dia akan sayang aku dan sanggup berusaha untuk menjaga aku. Rupanya aku ini anak dari benih manusia dan makhluk halus?

"Ayah dan ibu disini terlalu sayangkan kamu, tetapi kamu perlu sedar dari koma. Jika tidak, kamu......", ayah tidak sanggup bertutur lagi. Ibu pula....yang merupakan ibu tiri aku menangis mendengar cerita ini. Dia sayangkan aku lebih dari ibu kandungku. Dia memeluk aku agar aku bersabar dan tenang.

"Ayah rasa kamu perlu sedar dahulu, kemudian kita akan bincang bagaimana. Jika kamu berkahwin dengan Harris, samada kamu perlu meninggalkan dunia nyata dan kekal didunia ini atau sebaliknya. Tetapi, masalah kerana jika kamu meninggal dunia didunia nyata, kamu juga akan meninggal dunia didunia ini!", mendatar suara ayah. Ayah risau jika dia tidak akan dapat berjumpa aku lagi. Ayah memeluk aku.

"Pergilah nak, yang penting kamu sedar dahulu. In sha Allah kita akan berjumpa dengan izin-Nya", pujuk ayah. Aku bersalam dengan ayah dan ibu.

Azrin..................

********************************************************
"Azrin...Azrin..", rintih aku. Aku memerlukan Azrin.

"Assalamualaikum, ye awak. Saya disini", aku melihat Azrin disuatu sudut tidak jelas dimana.

"Tolong, bawa saya pulang. Saya semakin lemah. Saya tidak mahu mati sekarang!!! Tolonglah saya", rayuan aku sekarang tidak kenal malu dan ego. Aku sudah lupakan makian, herdikan aku pada Azrin selama ini.

Azrin membaca beberapa potong ayat Al Quran, ayat ruqyah dan beberapa surah lazim. Kusyuk..

Aku hanya mampu berbaring lemah dihadapan Azrin. Mata aku semakin berpinar. Dada semakin sempit.

******************************************************

Aku dapat rasa badan aku dipegang. Aku juga dapat rasa sejuk kain basahan yang berada ditubuhku.

"Allahumma solli 'ala Muhammad....waala aalihi Muhammad", zikiran berulang kali kedengaran dari mulut seorang wanita.

Mata aku seperti di gam. Aku berusaha membuka mata namun tak berjaya.

"Nadirah, bangunlah. Saya tahu awak dengar.............", suara Azrin!

Setelah beberapa ketika, aku bergerak dan tangan aku dipegang oleh tangan yang jelas kedutan dikulitnya. Akhirnya, aku melihat seorang wanita tua tersenyum. Inilah ibu Azrin yang selama ini sabar menjaga aku. Inilah wanita yang sanggup menjaga aku walaupun aku tiada pertalian darah dengannya. Allahuakbar.....Allah sahaja dapat membalas semua jasanya.

Pandangan aku beralih pada Azrin. Azrin terus membuat sujud syukur.

"Alhamdulillah, dengan izin Allah awak sedar. Saya perlu beritahu ibu ayah awak", Azrin kelihatan tidak sabar untuk mencari telefon bimbitnya.

"Jangan!!!!!!!!! Jangan beritahu lagi. Tolonglah", pinta aku. Entah, mungkin aku sendiri akan berjumpa ibu ayah.

"Nadirah, cuba bangun ya nak....kita bersihkan diri, solat dan makan. Ibu akan masak lauk sedap harini. Ya Allah, dah lama kamu koma hanya minum air glukosa sahaja...sampai susut badan", ibu Azrin berusaha membantu memapah aku ke bilik air. Alhamdulillah, walaupun aku telah koma sebulan lebih. Aku dapat bergerak. Bukan seperti andaian doktor bahawa aku akan lumpuh seluruh badan. Ibu Azrin memandikan aku bagaikan aku anak kecil. Mengapa mereka begitu baik pada aku? Adakah kerana aku telah menyelamatkan Azrin dahulu? Teringat aku ketika Azrin menghulurkan gambar kami.

Rupa-rupanya kami pernah bertemu di hospital. Aku dimasukkan ke wad kanak-kanak ketika demam panas dahulu. Namun begitu aku tidak pernah lekang dikatil, aku merayau-rayau sehinggalah berjumpa Azrin. Dia keseorangan. Mesin berselirat dengan wayar melekat diwajah kecil Azrin. Lama aku merenung Azrin, tiba-tiba aku melihat salah satu tiub seperti sudah tercabut. Lagi takut, apabila mesin itu berbunyi kuat...tiit....titt. Aku terus menjerit memanggil nurse. Syukur, Azrin masih bernyawa. Sejak itu, hari-hari aku datang melawat Azrin yang terlantar itu. Aku mengurut badannya, bercerita dan tidur dikatil Azrin. Ibu Azrin pula kelihatan gembira dengan kehadiran aku. Tak sangka aku boleh lupakan Azrin dan wajah ibunya. Rupanya dalam koma itu juga, Azrin dapat melihat dunia lain dan dia juga dapat melihat dirinya terlantar koma. Azrin amat bersyukur kerana aku telah menemani dia dan ibunya dari sentiasa bersedih. Suatu hari, apabila dia sedar dari koma, Azrin tidak sempat berjumpa aku kerana aku telah keluar dari wad. Sehinggalah suatu hari, Azrin menjumpai aku semula dihospital ketika aku koma. Azrin sering ulang-alik ke hospital untuk perkhidmatan perubatan Islam.

Setelah seminggu sedar dari koma, aku bertambah runsing kerana setiap kali aku tidur aku tidak lagi dapat menembusi alam mimpi. Aku hanya tidur KOSONG! Ya Allah, aku ingin sangat berjumpa dengan ibu ayah dan Harris. Bergenang air mata aku melihat semua hantaran tunang dari Harris tersusun ditepi dinding. Sedihnya, semua itu tinggal harapan sahaja. Dalam diam, aku beberapa kali cuba menelan pil tidur tapi aku muntah dengan teruk. Aku sanggup buat apa sahaja asalkan aku dapat berjumpa Harris!!!

"Azrin, saya tak dapat bermimpi lagi. Bagaimana saya boleh berjumpa ayah ibu dan Harris?", soal aku pada Azrin. Aku semakin terdesak untuk tinggalkan dunia ni.

"Awak nak tinggalkan dunia ini dan hidup dialam itu? Ya Allah, tolonglah... saya rasa itu bukan jalan yang terbaik. Awak sudah membuat istikharah? Kembali pada jalan Allah. Apa sekalipun keputusan dibuat kita mesti ingat Maha Pencipta. Manusia yang bersahabat atau berkawan dengan bunian, menjatuhkan martabat mereka sebagai khalifah Allah.", kenapa Azrin mengatakan keputusan aku untuk tinggal didunia lain itu kelihatan seperti satu perbuatan yang salah?

"Manusia tidak digalakkan berkawan dengan bunian kerana sukar diketahui sama ada bunian itu benar-benar beriman atau kafir. Dalam al-Quran juga menyatakan manusia tidak dapat melihat makhluk ghaib seperti syaitan, jin dan bunian (kecuali dengan izin Allah SWT), kerana mereka tidak memiliki jasad. Manusia memiliki empat unsur iaitu air, api, tanah dan angin tetapi bunian menyamai jin hanya memiliki unsur api dan angin (menyebabkan mereka tidak berjasad)", lebar penerangan Azrin. 

"Habis tu jika Harris itu tidak wujud dunia ini kenapa dia berwatak seperti dialah Harris yang aku kenal sejak dahulu. Dia tahu segala memori kami dahulu. Dialah Zahid Harris. Adakah nasib dia seperti aku? Dapat memasuki alam mimpi??", aku tekad aku tidak mahu berpisah dunia dengan Harris. Aku perlu mencari Harris


Bersambung

Tiada ulasan: