Isnin, 18 September 2017

NASI KANGKANG SUAMI


Aku sebagai Safura Elisa.
##
Orang kata ‘Jodoh Tak Kemana’.
Aku tak percaya sehingga saat majlis akad nikah aku setahun yang lepas…
Lelaki yang menyebut lafaz akad nikah “Aku terima nikah Safura Elisa Binti Junaidi dengan mas kahwinnya tiga ribu ringgit tunai..” adalah orang yang pernah dibenci, meluat, rimas dalam sejarah hidupku. Sudah takdirku tertulis di luh mahfuz yang Qayyum Halim rupa-rupanya pemilik tulang rusuk ini.

Aturan Tuhan tak pernah silap. Dia suami penyejuk mata dan penenang jiwa. Setahun kami berkahwin, aku dilayan bagaikan puteri. Nyamuk gigit aku pun, habis satu rumah kena fogging. Begitu hebat cinta si Qayyum ini. Semuanya dia uruskan, rumah, makan minum, pakaian aku serba-serbi lengkap disediakan. Cumanya kami belum dikurniakan rezeki anak.

Bila teringatkan kisah tiga tahun aku menolak keras untuk berkawan dengan Qayyum. Lari ke hujung dunia pun akan berjumpa juga dengan roda takdir. Dia satu-satunya lelaki yang terima cacat cela diri ini. Aku menerima Qayyum sebagai suamiku kerana parut muka ini. Berjurai air mata melihat catatan diari tahun 2014.

Tahun 2014, tahun pertama aku di Universiti Malaya dan disitu juga detik pertemuan aku dengan Qayyum. Lelaki ini boleh diketegorikan cukup kacak bagi gadis-gadis melayu, tinggi, berkulit sawa matang, rambutnya paras bahu. Adakalanya rambutnya diikat rapi menampakkan jinjang lehernya. Cukup sempurna dan lebih lengkap lagi dengan gelaran ‘playboy’. Namun gelaran itu tidak adil kerana aku cukup mengenali Qayyum, dia jarang sekali melayan wanita yang bukan kena dengan hal urusannya. Mungkin dia dapat gelaran kerana wajahnya tak pernah lokek dengan senyuman dan sikapnya yang peramah.

Bukan setakat rakan wanita sekelas sahaja yang menggilai Qayyum malah hampir satu universiti mengenalinya. Namanya meniti di bibir para gadis dan juga golongan para kunyit. Disebabkan aku diantara rakan yang rapat dengan Qayyum, aku juga menjadi mangsa tempias oleh dengki peminat-peminatnya dan disebabkan itu juga aku mengambil keputusan untuk menjauhinya. Serik dikecam, trauma dibuli mental fizikal sehinggakan ada yang sanggup menyimbah asid ke muka aku. Nasib baik terkena pipi kanan namun bagi seorang wanita, habis musnah hidup dengan kecacatan wajah ini. Aku hampir membunuh diri.

Dengan tempoh jarak menjauhkan diri aku dari Qayyum, lelaki itu mula terasa dengan tindakan drastik aku. Tak sangka dalam diam Qayyum meminati aku. Bagai bulan jatuh ke riba, lelaki pujaan ramai ini menyukai aku. Namun aku sedar, siapalah aku untuk menerima lelaki seperti Qayyum dan aku teramat risau jika aku terus dibuli atau diugut bunuh oleh peminatnya sehingga terjejas pembelajaran aku disini. Aku membuat keputusan menolak cinta Qayyum. Berjuta usahanya meyakinkan aku untuk menerima cintanya, berjuta juga penolakkan aku. Sehingga sampai satu tahap aku cukup membenci Qayyum.

Akhirnya dengan pujukan ibu bapaku, aku menerima Qayyum sebagai suami dengan syarat perkahwinan kami hanya boleh diketahui oleh orang terdekat sahaja.

…………………………………………………………………….

“Eh Safura, tak cukup lagi ke dengan jajaan cerita cinta si Qayyum kau tu kat satu pejabat ni, sekarang kau nak menulis pula cerita cinta kat KRT (Kisah Rumah Tangga)? Cukuplah… bawak-bawak berzikir. Over sangat dah ni Safura. 24 jam tak lekang nama Qayyum dari mulut kau ni. Aku dah naik rimas”, tegur Nadey.

“Kecik hati aku kau tak suka dengar nama suami aku Qayyum. Kisah aku ni rare tau. Kau boleh sangka ke lelaki kacak macam Qayyum tu………….”.

“Dah diam, aku sumbat mulut kau dengan puncher ni kang. Aku nak muntah la dengan love story kau. Aku banyak kali bagitahu kau ni kena nasi kangkang laki kau! Tapi kau tak percaya aku, takpe teruskan…”, Nadey menjeling tajam sambil mulutnya laju membebel.

“Kau tu tak ada orang nak sebab tu kau dengki dengan aku, hati busuk. Celah mana nasi kangkang dia. Kau dah berapa lama kenal dia? Dia tak mungkin buat perkara sebegitu pada aku”. Getus aku. Inilah sikap perempuan dengki. Dengki tiada suami seperti Qayyum dalam hidup dia.

“Whatever bitch!!”. Walaupun dia ni kasar tapi dia tetap kawan susah senang aku. Aku kenal Nadey pun sejak di universiti lagi.

“Yela-yela Qayyum tu tak tinggal solat. Tak curang, tak curang, tak curang …tak ape lagi? haha”, hilaian tawa Nadey sampai pejabat jiran boleh tembus dengar.

“Mengarut kan? Aku kenal laki aku. Kau tu buruk sangka kat dia sebab kau ni DENGKI!”.

Regusan dingin aku mengakhiri perbualan sensitif kami. Aku tak faham sejak akhir-akhir ni orang sekeliling acap kali menasihatkan perihal rumah tangga pada aku. Semuanya pendengki! Dengki laki aku sempurna.

*********************************

Aku sebagai Nadey.
##
Kecoh satu pejabat lagi-lagi mulut Mail yang tak padan langsung dengan joyah dan perangai kunyitnya. Menyesal aku cerita kat dia, sekarang ni habis dia jaja aib si Safura dan Qayyum tu. Aku nak buat macam mana lagi? Safura kawan, Qayyum pun kawan. Aku runsing, keliru sampai bila aku nak diamkan hal ni.

“Nok, kau kena beritahu Safura. Kau tak jijik ke lagi-lagi bau bekalan harian dia tu. Aku ni kenangkan Safura tu baik gila. Aku tak sanggup tengok dia makan nasi kotor tu. Aku boleh mati…. Uwekk uwekk”, berlari anak Mail ke sinki muntah. Muntah angin, perangai over, pelakon terhebat Mail ni memang begini.

“Akak cadangkan kita jumpa ustaz dekat dengan rumah akak. Kita bagi air jampi sikit kat Safura moga-moga dia sedar. Akak tak sangka la Qayyum kacak tu berperangai iblis macam ni. Kalau akak tahu, akak tak akan jadi mata-mata dia pantau Safura. Serius akak pun mangsa pukau ke-kachak-kan Qayyum. Cemburu dia memang lain macam. Sampai Mail si kunyit tu pun dia risau, takut sangat orang goda Safura. Akak tak faham la…. “, Kak Siti meluahkan rupa-rupanya bukan dia seorang menjadi mata-mata kepada Safura. Termasuk aku, lebih kurang hampir populasi penghuni pejabat ini jadi ‘spy’ Safura.

“Hello…. Aku ni lagi cantik dari Safura. Takde nya orang nak kacau bini dia. Memang terbalik kan kak? Patutnya Safura tu tergugat berlakikan si Qayyum ni. Dunia ni memang gila. Aku doa aku tak mental macam laki bini ni”.

“Engko tu siapa yang hendak sebab tu kau tak laku-laku”.

“EH kau ni kang aku siku ko, sumbat nasi Safura kat mulut ko kang Mail”. Terus Mail menutup mulut.

Setiap hari aku berdoa agar apa yang aku lihat perbuatan Qayyum tempoh hari adalah mimpi ngeri aku sahaja. Tapi bila Safura buka sahaja bekalan makanannya pasti aku rasa kasihan pada Safura. Ini bukan mimpi tapi realiti. Siapa lagi nak tolong Safura kalau bukan aku? Kawan baik aku tu makan nasi kotor! Ya Allah sedihnya aku.

Semuanya berlaku sebab aku.
Kalau tak kerana kereta aku tak pancit hari itu, aku tak akan menumpang bermalam di rumah Safura. Dan tak mungkin juga aku akan nampak Qayyum membuat nasi kangkang malam itu.
Imbas kembali…. Kejadian tiga minggu lepas………

Kereta aku pancit di parkir kereta di perkarangan pejabat. Safura mengajak aku terus ke rumahnya, katanya Qayyum kerja jauh tak dapat pulang. Memikirkan rumah Safura 10 minit sahaja berbanding dengan aku 40 minit dari Shah Alam ni aku bersetuju menemani Safura malam itu.

Aku memasuki perkarangan rumahnya sudah cukup kagum apatah lagi bila menjejak masuk ke dalam rumah. Safura yang aku kenali ini bukannya seorang yang pembersih dan teratur. Ini semua hasil tangan Qayyum. Beruntung si Safura dapat lelaki yang jaga rapi baik dari segi kelengkapan harian, makan minum sehinggakan Safura setiap hari membawa bekal. Tak pernah aku jumpa laki macam Qayyum dalam dunia ni.

Malam itu aku dengar bunyi deruan kereta memasuki perkarangan rumah Safura. Aku mengintai dari cermin tingkap bilik tidur tetamu, lihat Qayyum pulang. Aku amat kagum dengan kegigihan dia sanggup balik tengah malam sebab sayangkan bini. Aku malas ambil peduli love story mereka lalu aku kembali ke katil dan cuba melelapkan mata. Puas aku menukar posisi tidur, kiri kanan tapi tak boleh tidur. Aku bangun dan cuba ke dapur mencari makanan. Lapar.

Qayyum tidak tahu yang aku berada di rumahnya. Aku plan kalau jumpa kat bawah nanti aku akan sergah dia! Berjingkit-jingkit aku berjalan seperti pencuri pecah masuk rumah, takut benar rancangan aku kantoi. Sehingga habis anak tangga aku turun, aku menyorok di balik sofa besar di ruang tamu. Kali ni aku lihat Qayyum sibuk di dapur. Memasak mungkin, memang rezeki sangat boleh aku tumpang makan sekali. Aku menunggu waktu sesuai untuk sergah si Qayyum ini. Seboleh-boleh aku mengecilkan diri dibalik sofa ini dan menunggu.

Bila tengok Qayyum buka periuk nasi dengan berkepul-kepul asap itu cukup membuatkan aku merana kelaparan. Menyesal pula aku merancang nak sergah Qayyum ni. Lapar dah ni. Aku membuat keputusan mematikan sahaja niat aku tadi.

Waktu aku nak berdiri, aku lihat Qayyum meletakkan periuk nasi kat atas lantai. Pelik juga si Qayyum ni, meja depan mata takkan nak makan kat bawah pula dah la dengan lampu dapur pun tak nak dibuka. Aku tak jadi berdiri dan aku terus baring mengintai dari ruang bawah sofa menunggu dengan sabar untuk melihat aksi Qayyum seterusnya memandangkan situasi kini amat pelik.

Mulanya Qayyum menanggalkan seluar jeansnya, masa ni aku hampir nak cabut lari. Kejadah aku usha laki orang nak bogel. Tapi takkan nak bogel kat dapur? Aku memaku badan dan mata untuk terus melihat perangai pelik dia ni.

Dalam suasana kelam dan suram itu aku melihat Qayyum mencangkung di tengah-tengah kepulan asap nasi panas yang baru dimasak itu dan kedengaran dia meneran.

“ Erkk... Aduh, susah pulak nak keluar”.

Masa ini aku sudah tercengang, otak terus tepu, kelu lidah, kelu anak tekak dan hampir pengsan aku lihat adegan gila ini. Kini Qayyum kembali menyarungkan seluar jeansnya dan mengangkat periuk nasi tadi ke atas meja. Dengan senyuman menyeramkan itu, dia asyik dengan perasaan seolah-olah sedang menjiwai watak orang gila menggaul penuh nafsu nasi itu bersama-sama dengan tinjanya. Ya AKU YAKIN ITU TAHI.

Disebabkan mental aku terkejut, aku terus kaku dibalik sofa besar itu. Aku menekup mulut agar nafasku tidak didengari oleh Qayyum. Rasanya jika dia tahu aku menyaksikan adegan kotor tadi pasti aku akan terbunuh. Aku berdoa sekuat hati agar dia tidak mengesan aku menyorok disitu.

Syukur Allah menyelamatkan aku malam itu. Walaupun hampir kantoi apabila Qayyum melalui ruang tamunya yang berhampiran dengan sofa tempat aku menyorok. Malam itu juga Qayyum keluar rumah, menurut Safura lakinya itu singgah sekejap ke rumah untuk mengambil barang tertinggal.

Sejak hari yang malang itu, aku banyak termenung. Aku tak faham dengan logik akal kenapa Qayyum sanggup buat perkara sejijik itu. Tak kena langsung dengan perangainya ibarat lelaki lindungan Kaabah yang cukup sempurna dimata kami rakan baiknya. Tak pernah sekelumit pun aku terfikir Qayyum sanggup menduakan Tuhan semata-mata kerana obsesnya pada Safura.

Bab cemburu butanya juga aku tak faham. Safura tu berparut muka, ramai lelaki tak berani rapat dengan Safura. Safura pun bukan jenis yang berkawan dengan lelaki sangat. Lainlah si Qayyum tu logik. Kemana aja peminatnya mengikut. Ini bukan perkara biasa, Qayyum sememangnya mental. Rasanya jika aku laporkan pada polis silap hari bulan aku yang merekot dalam penjara kerana atas perbuatan menghendap suami orang tengah berak.

Beberapa kali Safura menangis macam orang gila sebab aku buang bekalan dia. Mati akal aku nak tolong Safura dari terus disihir. Aku tak percaya ustaz-ustaz ni. Termasuk minggu ni, tiga orang ustaz dah tolong Safura. Tapi tengok gaya, makin berahi dia makan nasi taik tu ada lah. Aku tiada pilihan untuk terus berahsia daripada Mail, kerana Mail satu-satunya rakan baik kami berdua. Bila mengadu pada Mail, tak sangka pula hal ni kecoh satu pejabat.

Rasa bersalah, sebar aib orang. Nasib baik setakat ini respon positif dari rakan-rakan pejabat. Ada yang mencadangkan buat solat hajat dan bacaan yassin untuk Safura. Aku sebak. Aku berharap suatu hari nanti Safura lihat sendiri perbuatan khianat suaminya.

Sampai bila la aku nak sabar tiap kali dia buka bekalan nasi bertahi tu.

*************************
Epilog
Cerita 1
Tahun 2015 (Universiti Malaya)
“Bang, confirm ya cecair ni tak rosakkan kulit tapi hanya mengelupas je kan? Kalau rosak muka bakal isteri saya, abang akan saya bunuh”, senyuman Qayyum menyeringai itu cukup membuatkan pembantu makmal itu lemah lutut hingga ke tulang terasa. Ugutan Qayyum berjaya membuatkan dia mencuri barang makmal untuk menutup pekung rahsianya.

Cerita 2
Aku sebagai Safura Elisa.
##
Aku bukan bodoh, aku tahu nasi tu kotor. Tapi aku tak faham kenapa nasi itu buat aku ketagihan. Sedap dia bukan kemain lagi. Mungkin betullah orang berkata ‘Cinta itu membutakan segalanya’. Aku tak kisah jika itu dari Qayyum aku sanggup mati deminya. Nasi tahi pun aku sanggup telan. Semoga cinta kami berkekalan hingga akhir hayat.



Tiada ulasan: