Rabu, 11 September 2013

PROTON: SERVIS JAHANAM!

Aku seorang rakyat sederhana, yang baru dapat kerja. Terpaksa kerja sebaik habis dari belajar di UKM dengan kos sara diri di Kuala Lumpur, nak bayar PTPTN, nak bayar KERETA, duit makan, duit keperluan diri, beri ibu bapa, duit makan haiwan kesayangan, duit simpanan kahwin dan lain-lain lagi...agak MEMBEBANKAN. Bila aku dapat kerja di TTDI kenalah pakai kereta sebab tiada kemudahan awam ke TTDI KL....maka ia sudah menjadi keperluan. Maka aku mendapatkan khidmat agen yang boleh dipercayai sebab bos dia kawan baik aku mase tingkatan satu duhulu. 

Bincang-bincang nak ambek VIVA tapi abang tu kata kalau tambah RM50 boleh dapat kereta SAGA FLX 1.3 FULL SPEC. So aku decide ambek PROTON JUGAK!!!!!! Walaupon ayah dan ibu aku pakai PROTON tapi aku TIADA PILIHAN yang lain kereana ini sahaja yang murah dan selesa. Syukur dapat alhamdulillah

Tidak sampai sebulan pakai, bila undur kereta, enjin mati. Aku ingat timing dia rendah. bawak pergi servis minyak 1000km dan baiki sekali....Tak lama selepas servis, enjin mati sewaktu aku tengah laju memandu. Alhamdulillah nyawa masih panjang, tiada kenderaan dari arah belakang atau kemalangan berlaku. Aku dengan pantas ambil cuti pergi PROTON Taman Maluri, Kepong. Ok dorang kata dah upload software baru. 

Masuk bulan ketiga, Sabtu lepas, 7 September 2013 aku ke Melaka. Tengah laju ni, enjin MATI lagi...ya Allah berdebarnya aku nasib baik kereta belakang masih jauh. Sempat aku ketepi dan hidupkan semual enjin! Bila jadi kes ni!!!!!!!!! AKU TAK BOLEH TUNGGU LAMA

Isnin, pukul 8 aku call PROTON TAMAN MALURI, KEPONG. Mereka beritahu, aku kene pergi ke HQ PROTON di Shah Alam sebab ini masalah enjin. Aku sampai sana, pelayan pelangan mencatat masalah aku dalam borang servis dan beri nombor giliran untuk menunggu. 

Dia beritahu, "Cik akan tunggu lama harini. Kes kecemasan macam Cik ini ada beberapa pelanggan sudah membuat appointment, jika Cik nak buat appointment pon dalam 3 minggu ini sudah penuh". Aku pikir, harini aku cuti la, at least petang dia boleh tengok masalah kereta aku takkan aku nak tunggu 3 minggu lagi??? 

Aku tunggu macam orang bodoh, lupe nak beli sarapan sampai ketar lutut bila jam dinding menunjukkan jam 3 petang. Aku nak keluar takut dia panggil nama. So aku tunggu lagi dalam pukul 5 petang aku dah tak tahan. Lagi2 nampak pekerja sana dok borak2, gelak2 siap boleh tengok website gosip lagi.

Aku cakap, cik PROTON tutup pukul 5.15 petang dan saya nak balik. Boleh cik tolong pertimbangkan kes kecemasan saya, kalau tak saya nak balik rumah macam mana? saya rushing juga nak pergi HKL mak saya masuk wad. Kalau saya balik macam tu je, sia2 la saya tunggu sini dari pagi. Saya nak balik ni bahaya, jam dan bila2 masa sy boleh kemalangan.

Bila aku cakap macam tu, barulah ada respon. Ada advisor nama Zamharif. Dia baru kerja sebulan kat PROTON tu, yang tak boleh bla dia macam BLUR gila. 

Dia cakap, maaf cik saya orang baru saya tak tahu apa2. 

Aku naik suara, kalau tak tahu, pergi tanya senior. Tadi senior awak sudah bagi cadangan untuk panggil mekanik cek kereta,...yang awak duduk main pen depan saya buat ape? Sekurang2 nya saya perlu khidmat nasihat awak sebagai advisor ...saya perlu ke branch lain ke...kene tinggal kereta ke...bagi saya cadangan, apa perlu saya lakukan sekarang!!!!!!!!

Dia bangun masuk satu bilik tak tahu buat ape...lame gila aku tunggu...last2 datang mekanik cek kereta...aku tunggu lagi dalam pukul 7 malam. Mekanik datang kata, kereta aku memang tak boleh upload VENO!!! Cik boleh datang esok tak? datang pukul 8 pagi tak payah ambil nombor sebab cik dah ade dalam appoimtment. 

Esok, Selasa 10 September. Mak aku buat minor surgery har itui. Aku bangun awal pergi ke SHAH ALAM. Breakfast di Petronas sebab aku pikir tengah hari aku balik la kot. UPLOAD VENO je...Bila sampai tepat 8 pagi, Zamharif ni tak muncul2.....nama orang yang ambil giliran semua dah dipanggil. 

Aku pergi ke kaunter, En Zamharif ni mana? Saya disuruh datang seawal 8 pagi sebab mekanik nak upload VENO kat kereta saya. Tak kan Zamharif datang lewat saya kene tunggu dia? Itu masalah dia...bukan masalah saya. 

Receptionist cakap, maaf cik En Zamharif masuk lambat sebab tayar die pancit. Dia seorang je boleh bukak ID dia dan boleh handle kes cik. Cik duduk dulu.

Aku melenting bila aku dengar perempuan tu cakap camtu. Dia datang lewat atau MC bukan masalah saya. Kenapa PROTON tak professional, pentingkan customer dahulu. Kalau dia MC????????? Saya datang sia2???? TOLONGLAH itu bukan masalah saya, saya banyak lagi hal nak buat! Saya dah cuti 2 hari untuk kereta ni! Kalau boleh saya nak balik awal dan pergi kerja!!!!!!!!!!!!! Sila pas kes saya pada advisor lain. Tolonglah

Lepas tu ada mekanik semalam datang ambil kunci aku dan advisor lain yang handle kes aku!. Lega...aku tunggu jap, kalau tengah hari tak setel aku blah g TTDI. 

Dalam pukul 11 pagi, advisor dan mekanik datang jumpe aku. Cik, kereta cik ni ade masalah wiring,boleh cik tunggu lagi? sejam je... Dan aku setuju sebab die kata sejam je.

Aku tertidur sebab penat menunggu, tengok jam pukul 1 tengah hari. Allah, tak pergi kerja la aku harini...Aku jumpe cik Zamharif tu tapi dia jalan cepat2 kata, sekejap ye cik...

Pastu ada customer servis buat pantauan komen dari customer...memang aku mengadu semua. 

Selang 2 jam, dalam pukul 3.30 petang, aku cek Shuttle Service last dalam pukul 4 petang. Aku tanya Zamharif tu lagi, sekejap ye cik...pastu aku tahan dia...aku cakap ....Saya nak balik ni dah lewat, shuttle servis pon last pukul 4 petang ni...saya dah lama sangat tunggu better saya balik.

Dia tahan aku, cik tunggu sekejap ye, Proton tak kasi simpan kereta. Better cik ambek kereta cik sekejap lagi. Kami detect kereta cik ada masalah wiring wayar tak match...barang kene order lagi 3 minggu...

Aku mengamok " Ya Allahhh....Sekejap lagi???????? dari semalam saya dengar mende yang sama..mula2 sejam....sekarang encik kata 3 minggu?????? Kenapa tak suh saya tinggal kereta pagi tadi??? Kenapa saya tak boleh balik kerja atau saya pergi buat keje lain??? Mak saya kat hospital harini! Encik ingat saya banyak sangat masa??? Encik nak bayar gaji saya cuti 2 harini??????? Encik sebagai advisor tolong lah beri jalan alternatif pada saya, kalau kereta tak boleh suruh la saya balik dulu....ni tunggu macam orang bodoh!!!!!!"

Ada dua orang macam manager kat tepi, dorang diam je...orang lain pon diam. Tak buat ape-apa tolong masalah kawan...semua hanya lihat dan diam. Serius aku tak pernah pergi tempat servis, bila customer mengamuk tiada orang yang tolong redakan masalah, takde!!!!!!!!!! Biasanya aku tengok, at least manager dia bawak customer masalah berbincang dalam bilik, tak elok orang lain tengok takut effect pada customer lain...TAPI SERVIS orang melayu yang tak professional memang tak tolong pekerja melayu dan customer melayu! Seyes aku kecewa sangat2

Zamharif tu boleh cakap, cik bagi saya masa 10 minit saya pergi tanya mekanik macam mana. Aku tunggu 10 minit takde...aku nampak shuttle van aku terus blah. Aku tak tahan aku menangis kat pakcik van tu, pakcik van tu hantar aku sampai KTM. Dalam pukul 5 macam tu PROTON call aku...Lantak aku tak nak angkat...ni aku dah kat KTM die suruh aku datang balik ambek kereta yang tak siap lagi??? 

Rabu, 11 September 2013, aku migrain sebab terlampau tension semalam, muke bengkak sebab aku menangis gila...aku menangis sebab bukan pasai kereta je...pasai semua...dan2 Allah beri ujian untuk aku serentak semua sekali! Bila aku dah tak tahu nak mintak pertolongan sesiapa, aku jadi lost....aku kecewa gila...so aku menangis tu je yang mampu. Sejak 3 minggu lagi aku dah ade masalah ...Allah beri ujian kali ni sampai aku rasa tak tertanggung. 

Aku ingat nak half day harini, aku bangun siap masak, aku dapat call dari PROTON suh ambek kereta. Kereta aku tak siap wiring sebab barang kene tempah. Kereta boleh pandu elok cuma kemungkinan mati enjin tu ada. 

Ya Allah........nyawa aku dalam bahaya la lagi 3 minggu???? Aku rase nak marah lagi. Petang tu aku ajak ayah aku teman, sebab takde sapa dah boleh tolong. Sampai sana, tak de orang layan lagi. 

Aku pergi jumpe receptionist, Saya nak jumpa manager...saya nak ambil kereta dan balik!, Malang dia bagitau manager meeting. Last2 aku cakap, takde siapa dah ke boleh handle kes sy ni? Pastu die suh aku rujuk Workshop Manager. Alhamdulilah, dia bagi servis bagus, dia ajak aku test kereta dan cerita masalah aku dari awal. Dia sendiri terkejut kenapa Advisor Zamharif tak kasi aku balik. Sebab masalah enjin biasenya tak boleh settle sehari. 

Aku cakap, salah management la sebab Zamharif budak baru dia tak boleh handle emergency case!!! kene bagi senior yang handle. Itu SALAH MANAGEMENT!!!!!!

Selesai cek, dia kata... saya kompiden kereta cik ok....kalau ada masalah call saya. Saya akan reply secepat mungkin kes cik. Tapi cik kene datang lagi 3 minggu untuk tukar barang wiring. 

Aku lega, at least dia bagi jaminan! Takde la aku rase aku sia2 beli kereta ni. Walaupon kereta aku yang paling murah, tapi tak boleh beri layanan MURAHAN!!!!!! aku ada hak sebagai pengguna.  Aku beli buat loan dengan bank bukan RM300 tapi RM39,000. Aku baru pakai 3 bulan bukan 3 TAHUN!!!!!!! Pastu tingkap dah rosak...enjin mati...pe kess

Aku jumpa dengan Encik Zamhariff, aku mintak maaf atas kesalahan aku memarahi dia di khalayak ramai. Aku tahu tu salah aku memalukan dia tetapi apekan daya aku untuk mengawal kemarahan waktu itu.

Ya Allah, begini sikap PROTON lagi2 HQ kot...layan customer macam tu! Rasanya, dorang tak akan pernah kesah dengan masalah pengguna sebab dorang tahu, MESTI ADA ORANG BELI JUGAK WALAUPON BANYAK KOMPLEN...SEBAB RAKYAT TIADA PILIHAN sebab kereta proton je mampu DIMILIK!!!!!!!!!!!!

Aku sebagai rakyat Malaysia yang guna produk Malaysia aku berhak bersuara. Aku kesal, aku malu dengan orang CINA, orang INDIA di Malaysia ni lagi2 nampak pekerja MELAYU layan customer macam tu. MEMALUKAN....

Aku akan berusaha agar pihak ATASAN ambil kesah hal ni!

Aku nak jual proton, tapi aku akan kerugian lebih dalam RM10 ribu. Tiada pilihan. Aku kecewa sangat2. Aku ni nak bayar PTPTN lagi...sampai mati hutang tak setel2 bayar..

KESIMPULAN

JANGAN BELI KERETA PROTON.....

Mungkin dalam ramai2, aku dapat batch kereta yang tak berapa baik! Jika anda bernasib baik...syukur lah...jika anda macam saya....haaaa tolong kemukan, pertahankan HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA. Aku tak nak dengar kes kawan atau orang terdekat mengalami kemalangan akibat kes enjin mati semasa pemanduan. Bila aku pergi forum atau luah perasaan di FB, ramai kes seperti aku. Ada yang kes enjin mati semasa turun bukit nasib baik ada dia langgar pokok...kalau tak...

Bila kes macam ni, bila PROTON tak pernah dengar suara pembeli, hanya ingin untung laris hasil penjualan...maka hak kami sebagai pengguna tiada. Kami tiada pilihan lain. Sampai bila PROTON nak tipu pembeli? Jika kes TM orang boleh bising, takkan kes PROTON orang tak boleh bising.

YA bukan salah PROTON sepenuhnya, tetapi salah aku ke untuk memohon agar aku dapat jaminan untuk kereta ini? Disebabkan jaminan 3 tahun selepas pembelian aku tidak dilayan? Merugikan company jika ada kes pemohonan jaminan kereta yang mereka jual ni?

Nyawa kami? Warga PROTON sendiri menggunakan kereta PROTON kan??? Mereka tak takut ke jadi macam aku, atau ahli keluarga mereka? 

PIKIRLAH



3 ulasan:

AYuNG berkata...

bukan nak meng'iya' kan apa yg u tulis kat sini...but majoriti semua kereta proton camnih..

selalu sgt rosak!!

Siti Nadey berkata...

Yup2

tak kesah la selalu rosak pon sebab ni kereta murah tapi jangan servis pon murahan

dah la harga kereta proton sepatotnya tak lebih 20k.,....tapi knapa dorang jual mahal gile???

itu namanya politik kotor.

Dah la makan duit haram orang....tanggung la

Cahaya Princess berkata...

PROTON memang teruk gila .... Konon nk jaga hak pembuatan kereta di negara sendiri...

TAPI CEKIK DARAH RAKYAT SENDIRI ....

kenakan cukai kereta teruk camtu sampai 300%...

Ini ke namanya menjaga hak pengguna ... Akhirnya menyusahkan pengguna tu sendiri....

BOIKOT PROTON!!!!