Selasa, 1 Oktober 2013

BEAUTY AND THE BEAST- VERSI NADEY

Ini kisah aku, nama aku Nadirah, nama glamer Nadey.

Ini aku!
Ada masa aku rase aku cun gile, tapi biasenya aku macam ni la...hee huduh
Ini boyfren aku, haaaaaaa sure jeles kan? sampai nak sihir aku. Dia, Halim. Lelaki HENSEM gila tetapi seorang yang buta. Dia mengalami kecederaan mata akibat kemalangan ngeri 3 tahun lepas apabila serpihan kaca cermin mata menusuk retina matanya.
Maaf die bagi gamba kat aku memang stok tak tutup aurat. Nakal abang Halim ni
 (Inilah rupa paras aku dalam imiginasi Abang Halim yang superb hensem ni)

Ditakdirkan Allah, kami berjumpa di LRT Gombak. Macam biasa, pagi-pagi aku sengaja bangun lewat untuk berkejar-kejar ke LRT. Satu hari yang indah, aku berlari anak membawak beban lemak sebanyak 30kg, menuju ke pintu LRT. Malang tak sempat, sesaat selepas itu, pintu terbuka. Rupaya si mamat handsome ni tekan butang merah pada pintu gerabak. 

Huh...huh...semput belum usai, aku terus cakap terima kasih abang handsome. Lelaki itu hanya tersenyum (MACHO GILE HOKEY). Memang sengaja aku berdiri sebelah dia, padahal orang tidaklah begitu ramai pagi itu. Sesekali lelaki itu menoleh, aku berbalas pandangan. Ish malu....

Bila sampai sahaja hentian Setiawangsa, sekali lagi aku terkejut. Perghhh lelaki handsome pon berhenti tempat sama. Masa itu, dia memegang tongkat sakti beliau, baru aku tahu dia buta.  Jodoh ni. Sampai di pondok menunggu bas, lelaki tersebut berhentikan teksi, aku berlari membuka pintu teksi. Beberapa minit kemudian, lelaki tu keluar. "kenapa bang?", sapa aku. "Teksi tu mahal, abang kan orang buta, dia ingat abang tak tahu harga tempat kerja abang" abang handsome bahasakan dirinya abang. WOOW

Aku mempelawanya naik teksi bersama selepas beberapa kali membuat cubaan tahan teksi di tepi jalan. Sebab abang tu handsome aku belanja. Bila sampai destinasi, lelaki itu turun. Demss..aku lupa nak tanya nama!!!!! CIS

Hari kedua, macam biasa aku berlari kali ni aku terserempak lelaki handsome tu. Kali ni dia menegur aku. " Awak lari, saya dapat rasa gegaran LRT ni". Ok down....dia sindir aku. Tapi aku layan je " tu la hari-hari saya lari tak pernah pulak turun berat badan".

Selepas 3 bulan kami berjumpa, berkenalan. Dari tahu nama, sampai ke alamat rumah. hihihi
SYUKURRRRRRRRR ada gak merasa nak boyfren ni kan. Dah lama tunggu. Bagi dia, aku muke macam bidadari. Macam Cinderella. Aku bekalkan makanan untuk dia setiap pagi, pastikan tali kasut tak terurai dan macam-macam. Bagi Halim, aku ni bagaikan mata untuk dia. Lagi-lagi kalau turun tangga curam, aku pernah angkat Halim. Alhamdulillah kami tak pernah bergaduh. Bagi aku....syukur sangat Halim buta, sebab buta lah dia dapat terima aku yang gemuk lagi hodoh ni. Syukur sangat Halim handsome...aku tak pernah curang HAH!

Suatu hari, Halim dapat call dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia mengatakan bahawa dia mempunyai penderma mata. Pembedahan akan dibuat dalam sebulan. Halim gembira sangat, berseri-seri muka dia. Tapi muke aku macam tenuk. Pening aku pikir, bila Halim dapat melihat mesti PASTI dia kecewa dengan rupa paras aku. 

Harini hari melihat dunia bagi Halim. Aku melawatnya di hospital tapi bila aku duduk di tepi Halim. Halim ingat aku pelawat untuk pesakit sebelah. Sah!! Halim takkan dapat rasa aku ni Nadey, gepren dia. Takpe lah, kesian dia dapat orang macam aku. Mesti dia tak percaya. Dari dulu lari, kalau berkenalan ke, bila jumpa aku sehari. Esok terus diam. Aku rasa Halim pon akan buat begitu.

Nangis...sedih....tapi demi masa depan Halim. Better dia jumpa perempuan yang lebih dia suka. Lagi terbakar bila kawan aku yang cun, Zahlia nurse kat HUKM ni. Bila tengok Halim senyum tengok nurse Zahlia aku rasa better aku blah cepat!. 

Sebulan berlalu, satu call dari Halim pon aku tak angkat. Biarlah dia dengan orang yang layak macam Zahlia. Zahlia pon pernah mintak izin aku untuk mengorat Halim. Huh....tak sangka kesudahan aku sama je macam dulu. Kene sedar diri lah kan. 

Ok sekarang korang nak ending best ke?? ending realiti?

Aku aku suka realiti...

Sudah 3 raya, sejak dari hari itu, aku tak pernah lagi berlari naik LRT dan sejak itu juga aku tak pernah melihat kelibat Halim di LRT. Mungkin sekarang dia sudah pakai kereta kot. Mungkin juga dia sudah bahagia dengan Zahlia. 

Suatu hari Zahlia beri kad jemputan kahwin pada aku. Menangis aku bila terima kad itu. Bila aku bukak kad tersebut, pengantin lelaki...." Suhaimi Yusof????" Aku terus call Zahlia, " Lia...Halim??? Mana Halim???"

"Nadey, ko tau tak Halim cari kau. Puas aku cuba ngorat dia. Tak pernah dia pandang aku yang cun ni. Halim sebulan je melihat dunia. Kemudian buta semula kerana jangkitan. Ko pergi mana??? Puas dia cari ko kat LRT, kat rumah. Sekarang dia bekerja di pusat tahfiz ajar budak buta mengaji, kat Selayang. Tapi aku tak tahu alamat dia....", sergah Zahlia tanpa henti.

Ya Allah...Aku tak tahu nak cari Halim kat celah mana. Aku cari laman web, pusat mengaji Selayang. Ya Allah banyak pulak. Aku pergi satu-satu tempat cari Halim. Aku sangka Halim suka dengan Zahlia. Ya Allah sedihnya. 

Allah Maha Besar, aku jumpa orang yang mengenali Halim. Tetapi aku dah terlambat. Halim kini pindah ke Singapura. Aku tekad pergi ke Singapura Deepavali ini. Bila aku hubungi Halim, talian tidak disambut. Mungkin Halim sudah benci aku. 

Halim....aku nak pergi Singapura cari kau. Jika aku tiada jodoh berjumpa....aku redha. Aku takut bila aku pergi Singapura aku dah habiskan masa aku main kat USS (Universal Studio Singpore) aku tak sempat cari ko. 

HAH! 

Sekian
*********************************************************************

Gambar dari Covert Affairs (Christopher Gorham hero aku tu) cite ni best gile namati

Hah cerita ni bersiri uolls...ko ingat cerita aku macam cerita TV3 pukul 7 tu???? HAHA

P/S: Sebenarnye aku memang cari Halim aku. Tapi di atas bukan cerita sebenar. Rekaan semata-mata. Halim (bukan nama sebenar) yang aku cari ni...sebenarnya orang yang tinggalkan aku. Selepas 3 raya aku belum dapat terime redha yang aku kene tinggal...kene REJECT. Aku ni hodoh, gemuk...bila aku nak sedar yang orang hensem macam Halim ni tak suke aku. Aku doa bila aku dapat pergi Singapore ni aku dapat jumpe dia dan awek dia. So aku doa sangat2 Tuhan tunjuk drama tersebut supaya aku boleh sedih dan benci Halim bukan nama sebenar dan cari lelaki hensem yang lain. LOL 

3 ulasan:

anna hashim berkata...

OMG nadiey........
ana ingat cerita real,nakal tau dia ni..hehehheheee
tapi kannnnnnn.........
kita sama...
huhuhuhuuu...
lebih kurang sama je cerita kita ni,
tapi..
versi yg berbeza sket..
ana faham sangat..
mgkin takdir
Foreveralone...
sobbssssss....
"kita bleh terima kelebihan n kekurangan org lain, tp belum tentu "org tu" bleh menerima kita seadanya....,adalah sgt tidak adil bila kita ni hanya sebagai "OPTION" bukanlah "PRIORITY" seperti yg diharapkan"...sekian
terima kasih...
sobbbssssss..........

Siti Nadey berkata...

jap.......
anna foreveralone???? mcm xcaye!!!!!!!
punye cun! mungkin lmbt sikit tapi terbaik kan!!!!!

xpe...enjoy puas2 dulu :)

anna hashim berkata...

betoiiiiiiii la........
cinta ni x mengenal paras rupaaaa...
heeeee..
kan tuhan da ciptakan manusia ni berpasang pasangan..
cuma cepat or lambat jerk..
sebelum jumpa ngan psgn rusuk kita yg sebenar2nya kita akan berjumpa ngan org yg pelik2 dulu..
klu tak jumpa kat dunia, kat akhirat nnt pasti..
lagi hemsem2 bidadara syurga..
heeeee positif jerk..
:) chilll....