Selasa, 15 Oktober 2013

BEAUTY AND THE BEAST - VERSI NADEY PART 2

Part pertama boleh baca disini BEAUTY AND THE BEAST PART 1

Aku, aku tak pernah berputus asa mencari Halim. Sehingga aku ke Singapura mencari dia. Enam bulan pencarian aku tidak mendatangkan hasil. Sehinggalah satu hari, aku mendapat berita dari rakannya, yang Halim tidak mahu aku mencari dia lagi. Dengan alasan aku membebankan dirinya. Banyak kali aku cuba menghubungi tapi tak pernah berbalas panggilan mahupun masej. Ya Allah sedihnya. 

Sedar tak sedar, 2013 sudah tiga raya aku mencari Halim. Sudah tiga raya juga aku tak pernah lupakan Halim. Aku mencuba menerima lelaki lain tetapi setiap kali itu juga aku akan bermimpi Halim.

Aku ni dah penat berharap, maka aku mencuba pelbagai cara untuk lupakan Halim. Apesal susah sangat aku nak lupakan Halim sebab dia lelaki pertama yang buat aku rasa betul-betul sempurna. Cehh wah macam dalam lagu Liyana Jasmay.. LOL. Sebenarnya aku sendiri tak tahu. Bukan sengaja aku jadi begini. Kadang-kadang aku terpikir, si Halim ni dah sihir aku ke??? Haaaa pelbagai soalan yang tiada jawapan muncul satu per satu.

Suatu hari, aku mengenali seorang lelaki, tidak lama kemudian dia ingin merisik aku. Tiba-tiba aku pening. Ape dah jadi ni kenapa aku nampak muka Halim. Aku terus lelapkan mata. Malas pikir lah!!!!

 Esok harinya aku dapat berita dari rakan aku yang Halim pulang ke Gombak. Alhamdulillah, aku ingat dia buta semula. Jangkaan aku meleset, dia makin bertambah kacak dengan berpakaian jubah putih dan serban putih. Allahhhh seperti mimpi. Aku menangis kenapa dia pulang???? Kenapa dia pulang setelah dia kecewakan aku??? 

Kebetulan ada event sukan untuk warga Gombak. Aku dan famili juga mengambil bahagian. Acara sukaneka berlarutan sehingga tengah hari. Cuaca alhamdulillah, mendung berangin.
Sampailah acara yang paling syok, CARI JODOH. Dan calonnya adalah Halim. Perempuan di Gombak boleh sertai dengan membawa bekas untuk diisikan bubur jagung. Jika bubur jagung penuh diisi dalam bekas tersebut bermakna Halim akan merisik perempuan tersebut. Kawan aku paksa aku letak bekas. "Nadey, mungkin ini masanya untuk ko tahu, perasaan Halim kat ko selama ni.....jika bekas ko diabaikan Halim...terjawab semua persoalan ko selama ni. Maka boleh ko MOVE ON jangan harapkan dia lagi", jerkah kawan aku. Maka dengan air mata aku letakkan bekas di hadapan periuk bubur jagung.
Halim hanya tersenyum melihat aku letakkan bekas yang BESAR dihadapannya. Aku terus meleleh air mata bila melihat senyuman Halim itu. Ya Allah rasa berdebar tu hanya Allah SWT je tahu. Aku redha, betul-betul berserah. Acara bermula, satu per satu bekas diisi bubur kacang. Aku tetibe sebak melihat acara itu dan aku terus lari dari acara dan pulang ke rumah. Aku menangis macam nak gila. Dugaan Allah kali ni terasa berat sangat. 

Tiba-tiba, sedang ralit menangis aku mendapat mendapat masej bergambar dari Whatsup kawan aku. "Nadey, bekas jagung ko penuh gila nak banding dengan bekas yang lain....Halim terima ko Nadey!!!!! Halim terima ko Nadey!!!!!! Ya Allah". Aku pening gila, apa dah jadi??? Kenapa jadi macam ni??? Argh aku malas pikir, aku terus menutup mata dengan harapan aku dapat melupakan mimpi bodoh ni.

Aku tertidur sehingga terlepas waktu magrib, aku bangun terdengar suara ayah sedang rancak berbual. Rupanya Halim datang ke rumah berjumpa dengan ayah. Ya Allah ni mimpi ke? Aku menangis. Teriak aku makin kuat bila ibu datang ke bilik, " Akak, Halim ni datang merisik. Kamu terima ke tidak". Waddehell is going on????????? Aku terima walaupon aku tengah pening tapi dalam hati aku happy gila...rasa nak lompat-lompat.

Aku keluar bilik dengan berseluar sukan, baju lusuh aku melulu menjerkah Halim. 

" Kenapa sekarang baru ko cari aku? Kenapa dulu ko kata aku membebankan ko, dan ko lari diri dari aku???? Aku cari ko 3 tahun Halim...3 tahun. Kenapa sekarang ko datang tanpa angin tanpa ribut tiba-tiba merisik aku???"

"Sebab aku pergi belajar agama Nadey, masa aku kenal ko aku belum lagi masuk Islam. Dan aku tak pernah balas panggilan ko sebab ko tak penah pujuk aku. Sekali masej sahaja. Aku rasa ko seperti tidak endah bila aku hilang. Bila aku dapat melihat dunia aku ingat aku boleh jumpa ko, tapi ko pulak lari dari berjumpa aku yang hina ni" ujar Halim.

"Alasan ko bodoh nak mampos!!!!! seyes aku benci ko tapi aku tak boleh tolak risikan ko sebab aku memang tak boleh terime lelaki lain selain ko" jerkah aku lalu di akhir kata aku tersenyum. Bodoh aku tak dapat sembunyikan betapa gembira aku dapat berjumpa Halim semula. 

" Ayah....emm untung la ayah dapat menantu cina mualaf akhirnya", ujar aku seakan menganjing Halim di hadapan ayah. Dan selang beberapa minggu, Halim lengkap berpakaian jubah putih dan serban putih untuk majlis pernikahan kami di Surau Al Husna. Dengan sekali lafaz aku milik dia. Semasa majlis pembatalan air sembahyang, aku terus memegang tangan Halim tanpa ingin melepaskan dia sekali lagi. Ya Allahhh indahnya. 

Tetibe "AKAK!!!!!!! bangun, ni ibu nak pergi surau tolong orang masak!! esok raya!!, atuk tak de orang nak jaga kat luar sorang-sorang. Kamu tolong dia kalau dia nak pergi tandas takut jatuh pulak" suara ibu nyaring di telinga. Pada masa itu baru aku sedar aku telah bermimpi. Air mata basah masih terasa. Aku bangun, dan aku nak sambung semula mimpi aku. Malang sejam berlalu aku masih terjaga. Ya Allah sedihnya. aku menangis lalu aku berputus asa untuk mimpi semula. 

Walaupon mimpi tapi aku rasa macam real gila aku pegang tangan Halim....suara dia...sebijik. Kenapa syaitan permainkan aku? Ya Allah kenapa....dan risikan kawan aku tu. Aku tolak dengan alasan aku belum bersedia. Bullshit, bukan impian ko....nak ada orang merisik ko dan bercinta selepas kahwin???

Yes, itu memang impian aku tapi bila terjadi betul-betul pada aku. Aku gelabah dan rasa tak selamat. Masa itu jugak wajah Halim muncul dan aku rasa ini bukan jodoh aku lagi. Itu juga mungkin petunjuk Allah yang lelaki itu bukan jodoh aku. Mungkin belum tiba masanya. Ya Allah....berikan aku hikmah disebalik semua ini terjadi. Aku berdoa satu hari nanti, aku dapat kad jemputan kawin Halim. Semuga waktu itu aku terus berhenti berharap. 

Yes, please Halim kecewakan hati aku cepat-cepat agar aku boleh terima lelaki lain dalam hidup aku. Ya Allah kabulkan doa hambaMU ini. Amin

2 ulasan:

anna hashim berkata...

dan aku baca kisah halim ni sambil tersipu sipu malu..hehehehehehehe
iolls blushing uolls..tak tau kenapa....:)

Siti Nadey berkata...

haaaaa mesti ade org masuk merisik ni!!!!! haaaaa