Ahad, 27 Oktober 2013

BEAUTY AND THE BEAST - VERSI NADEY PART 3

Rentetan dari kisah
BEAUTY & THE BEAST - PART 1
BEAUTY & THE BEAST - PART 2
Terasa badan terhentak dari suatu inersia yang agak kuat....rupanya ada satu beg backpacked 20L menghempap muka sewaktu aku sedang lena dalam kereta. Di tempat penumpang, Perlahan aku mengalih beg tersebut aku melihat samar-samar lelaki bert-shirt putih sambil tersenyum memandu kereta. Lama benar mata aku nak mengecam bayangan lelaki kacak yang sedang memandu itu.

"Nadey,,,,nadey, tidur je tak teman abang memandu pon" , sapa lelaki tersebut. ZAPPPPPPPPPPPPPPPPSsss......Allah ini suara Halim. Ya Allah aku bermimpi lagi ni!!!!! Bangun nadey bangun!!!!!!!

"Awak, kita nak pergi mana??" aku nak try tampar muka aku tapi malang aku tak sedar-sedar dari mimpi ni!. Hati rasa tak sedap, kenapa aku kerap sangat bermimpi tentang Halim sejak kebelakangan ini.

"Nadey, kita nak pergi honeymoon la", senyum Halim buat aku rasa nak titis air mata. Damn punya syaitan kau memang laknat mempermainkan perasaan aku! Aku cuba membaca ayat kursi, dada aku semakin ditekan. Maka aku hentikan pembacaan.

Sesudah sampai di satu kampung yang indah, hanya rumah usang, tetapi isi rumah lengkap, kipas di syiling, mesin basuh dan dapur yang serba-serbi lengkap. "Tok imam depan, hadiahkan abang rumah ni selepas anak lelakinya meninggal dunia kemalangan setahun lepas. Bila abang belajar agama dengannya, dia dah pun menganggap abang sebagai anaknya. Mungkin ini rejeki kita. Nanti awak masak, kita jumpa imam masa solat zuhur nanti?" lebar ulasan Halim. What???? ABANG??? Berderau darah aku..........sumpah. Ini memang mimpi, aku benci ko syaitan! bisik hatiku selindung perasaan gusar daripada Halim.

Sumpah macam real, aku masak tomyam sebab barang dapur yang ada lengkap serba-serbi Halim pula mengemas di atas. Ya Allah, ini kehidupan yang aku idam. Tetapi ini semua mimpi, nanti bila sedar aku akan rabak menangis. Sambil itu tangan aku pantas membungkus bekalan untuk tok imam. Tepat pukul 1 petang, Halim sudah siap mandi dan wangi minyak tar menusuk hidung. Ya Allah handsome sangat laki aku. Haaaa tengok, aku dah terlalu mendalami watak dalam mimpi ni. Bodoh!

Setelah usai solat jemaah di surau yang terletak depan rumah kami, tok imam mengajak kami ke rumahnya. Tok imam memberi nasihat rumah tangga, mencontohi Rasulullah...bla bla bla....aku tidak kyusuk. Yang aku pikir, sambil melihat wajah Halim. Aku sebak, mimpi ini indah sangat.

Pulang sahaja kami ke rumah, aku terus ke dapur membasuh pinggan dan semua barang dapur kerana sudah ditinggal lama, sudah berhabuk. Siap ada telur lipas...waddehell aku benci lipas!! Tiba-tiba Halim menarik tangan aku. "La.....dah kedut tangan isteri abang, dah.....tak payah rajin sangat jom teman abang makan. Lapar..........". Darah seperti naik ke muka. Berderau darah. Melihat Halim menambah dua pinggan cukup buat aku bahagia. Teringat dulu waktu aku baru saja kenal Halim. Aku beritahunya, jika nak makan tomyam sedap datang rumah. Ibu ayah terkejut tetiba aku masak tomyam banyak gila. Aku menunggu Halim di ruang tamu. Lambat sangat dah ni....dah nak pukul 11 malam. Bila dihubungi, talian tak bersambut. Ni nak merajuk ni, getus aku!!!

Lagi beberapa minit pukul 12 tengah malam, Halim muncul depan rumah pakai spek hitam, muka lebam. Terkejut sampai nak gugur jantung. Rupanya sewaktu dia menumpang motor kawannya untuk ke rumah aku, tak semena-mena motor itu hilang kawalan. Tercampaklah si buta Halim ini. Ibu mengajak Halim masuk ke rumah. Halim menyelak bajunya dan menunjukkan tempat di mana dia berasa amat pedih. Bodoh aku, terlihat SIX PACK Halim....WOOWOWOOWOW homai...........pandangan aku kembali fokus apabila Halim menunjuk kesan calar pada belakangnya. Malam itu, aku membatalkan niat aku untuk merajuk sebab melihat lebam-lebam badan Halim, datang jugak rumah aku makan tomyam. Heee

"Awak, awak Halim ke?" tanya soklan bodoh ko ni nadey........haaa aku benci ko ni mulut lagi laju dari otak bahalul ko. "La....awak awak awak, cuba panggil abang. Saya dah jadi suami awak ni." Betul la ni Halim" SAH!!!!!! SAH gaya cakap, suara dan mimik muke depan aku SAH HALIM. Aku pantas bangun nak peluk Halim...........................

Tiba-tiba aku dengar lagu G Dragon, I'm missing you. Ok aku dah sedar dari mimpi.
Seyes aku kecewa. Kenapa aku bangun? Kenapa aku mimpi macam REAL gila?? Kenapa aku mimpi Halim kerap sangat? Sabtu ni aku ke Singapura. Nak pergi USS ke nak cari Halim? LOL

Bodoh sangat aku ni....bodoh. Bila la aku dapat bebas dari gangguan syaitan ni rrojim ni!!!

2 ulasan:

anna hashim berkata...

hahahhaa tak tahan nak gelak da ni....
gambar yg last tu memang tauuuuuuuuuuu..terkejut tgk :) hahahahahaaa

Siti Nadey berkata...

@anna
baru ade klimaks di hujung cerita