Hari ini aku masuk ke kelas hanya untuk
mengambil kedatangan dan keluar awal untuk membuat assignment. Soalan
penilaian untuk 100 orang pengguna ubat-ubatan generik dan herba. Semoga aku dapat selesaikan survey hari ini juga. Laporan boleh fokus esok. Disebabkan projek ini aku keseorangan lagi,
aku terpaksa 'work smart'.
Untuk peluang terakhir aku terpaksa cuba, aku sempat bertemu
Ben dan Zaki.
“Ben… boleh saya join projek ini dengan awak?
Sebab saya seorang je. Nak buat survey 100 orang untuk 100 soalan setiap satu,
mustahil bagi saya untuk siakan dalam masa 3 hari. Please….”, rayuan aku tak
dilayan. Ben dan Zaki menolak dengan alasan mereka sudah siapkan separuh daripada laporan. Tapi aku tahu, mereka tipu. Sengih macam kera. Abaikan.
Aku faham.
Keluar saja dari kawasan universiti, terus
aku menahan teksi. Syukur, tak lama aku menunggu. Suhu di London sangat-sangat
sejuk sehingga jari-jemari, kebas!!... Tiba-tiba ada seorang hamba Allah buka pintu teksi arah
bertentangan, lelaki ini masuk dengan selamba. Aku terus buat muka tak puas
hati.
“Excuse me sir, I'm taking it first!!!”.
Aku memandang lelaki yang mukanya berbungkus dengan mafla tebal.
Aku memandang lelaki yang mukanya berbungkus dengan mafla tebal.
Pelahan lelaki itu membuka balutan mafla.
Qairil!.
Tapi wajahnya tiada reaksi. Serius lelaki ini adalah masalah adab! Dia hanya diamkan diri padang ke hadapan. Apa masalah lelaki ini?
Qairil!.
Tapi wajahnya tiada reaksi. Serius lelaki ini adalah masalah adab! Dia hanya diamkan diri padang ke hadapan. Apa masalah lelaki ini?
“Qairil, tolong saya kejar masa ni!!”,
tidak ada masa untuk berlembut walaupun Qairil sangat kacak. Melihat Qairil
menaip sesuatu pada notepad.
-Saya buat projek ini dengan awak. So, awak nak pergi
mana sekarang?-
Aku tercengang
“Leadenhall Market please”, terus aku beri
arahan pada pemandu teksi. Aku masih blur.
-Kenapa pergi jauh-jauh? Saya suggest kita pergi
library atau hospital. Senang untuk siapkan 100 soalan dalam keadaan ada meja
dan selesa-
Idea Qairil bernas juga tapi aku dah ceraikan 100 soalan pada beberapa muka surat nak sebarkan. Tak perlu la
seorang buat 100 soalan. Jenuh! Itu yang aku rancangkan dari awal memandang aku
buat sendirian.
Sekejap! Aku masih tak percaya Qairil nak
tolong aku! Ini rezeki! Aku terangkan pada Qairil. Kami bersetuju ke Leadenhall
Market dahulu, kemudian teruskan perjalanan ke perpustakaan dan hospital berdekatan dengan
universiti sepertimana idea Qairil.
Walaupun Qairil bisu, tetapi dia amat cekap
membuat kerja. Disini orangnya sangat-sangat peramah, lagi-lagi pada warga OKU.
Mereka sanggup menolong Qairil siapkan 100 seorang. Mungkin mereka tertarik kerana
Qairil sangat kacak. Tak kisah asalkan kerja siap.
Tanpa membuang masa aku hanya mengikuti
rentak Qairil. Aku tak percaya, dalam masa beberapa jam, separuh dari kerja
selesai. Kami bergerak ke perpustakaan.
-Saya lapar, kita makan dulu-
Qairil menarik sedikit baju aku untuk
beritahu yang dia sangat-sangat lapar. Kami bergerak ke café bersebelahan
perpustakaan, barulah aku rasa perasaan lapar bila bau makanan. Kami mencari
meja dan duduk bersebelahan. Agak rapat memandangkan café sesak dengan manusia.
“Qairil…. Boleh saya tanya soalan?”, kini
aku sudah berani memandang tepat mata Qairil yang sangat cantik. Terkesima. Qairil ni orang Malaysia ke?
Qairil mengangguk. Dia keluarkan notepad
dan cara itu kami berborak.
“Kenapa awak nak tolong saya?”, asalnya aku
nak tanya kenapa dia bisu tapi takut terus tertukar
soalan.
-Sebab saya pun tak mampu buat seorang-
Aku dah pelik. Maknanya Ben dan Zaki pun
tidak mahu berkumpulan dengan Qairil. Mungkin masalah komunikasi. Kasihan
Qairil. Assignment sebelum ini dia juga terpinggir. Macam aku!!
-Actually saya lebih suka buat seorang tapi task kali
ni susah! Jangan risau next assignment saya buat seorang-
Aku terus pelik dengan Qairil ni. Dia rasa
orang OKU macam dia membebankan aku ke? No...No...
“Qairil, boleh tak jangan ego. Apa kata
next dan next assignment kita buat sama-sama. Kita boleh jadi kawan!! Saya suka…….”,
ayat aku terputus setakat itu. Rasanya aku sudah ter over excited.
Qairil hanya menunduk merenung notepadnya,
masih tidak respon pada tawaran aku. Apa yang dia pending ni???
“Qairil, jangan risau.. bagi saya … awak tidak membebankan
saya. Saya boleh belajar bahasa isyarat juga. Senang. Lagipun kita lama lagi disini. Kita je Melayu tersisih... Saya pun seorang je. Win-Win kan?????”, sengaja aku campak umpan pada
Qairil. Mana tahu, ayat beban tu sebenarnya yang membuatkan dia membisu.
Akhinya, Qairil membalas pandangan dan
tersenyum. Terus jantung aku terhenti. Tak pernah aku melihat senyuman seindah
ini daripada seorang lelaki. Qairil …. Aku sudah jatuh cinta.
-Terima kasih-
Itu saja balasan Qairil. Kalau ikut
kefahaman, Qairil memberi respon positif. Senyuman aku melebar. Terus aku
menjerit “Yeay!!!”.
"Ok... what should we do now? I'm done", sambil mengunyah roti.
-Sabarlah.... kopi pun belom habis-
Kali ni Qairil buat bahasa isyarat. Tercengang tapi rasanya aku perlu peka dengan bahasa tubuhnya. Lama kemudian, aku beri signal OK!
-Sabarlah.... kopi pun belom habis-
Kali ni Qairil buat bahasa isyarat. Tercengang tapi rasanya aku perlu peka dengan bahasa tubuhnya. Lama kemudian, aku beri signal OK!
-bersambung-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan