“ Kenapa korang tak nak satu group dengan
aku ha?”, aku tak puas hati. Banyak kali aku kena pulau dengan budak perempuan
kelas aku. Sebenarnya dorang tak penting dalam hidup aku tapi assignment ini
perlukan kerjasama berkumpulan.
“ Sebab kami malulah kawan dengan
perempuan yang bajet "Hipster" macam kau. Baju kau … pelik, buruk, tak bersolek,
kasut? Urrghhhh hodoh. Mungkin kau gemuk susah dapat baju cantik kan…. Kalau
kau geng dengan kami, jatuhlah saham. Kami tak nak nasib kami macam kau.
L-O-S-E-R”, tempelak Katrina yang bagi aku dia yang hodoh sebenarnya. Sambil
bercakap kunyah chewing gum. Bodoh dan hodoh. Itu je gelaran yang layak untuk
kau.
"Katrina.. serius aku tak faham macam mana kau boleh masuk universiti ni... sebab alasan kau tak nak group dengan aku macam budak tadika. Tak logik... tak pe lah. Aku tak perlukan orang macam kau", ya.. aku tak perlukan orang bodoh macam Katrina dan yang lain.
Masalah ni. Seramai 9 orang pelajar
Malaysia di Birkbeck, University of London ni. 6 orang perempuan termasuk aku
dan 3 orang lelaki. Baik perempuan dan lelaki, semua abaikan aku. Dah dua task,
aku buat sendirian. Tiada kumpulan. Kumpulan lelaki? Aku malu. Itu masalahnya.
Tapi projek kali ni memang gila untuk buat seorang.
Setelah dimaki oleh Katrina dan gengnya.
Aku keluar dan ponteng kelas. Terus ke dewan latihan bola tampar. Aku tak reti
main tapi dari dulu aku suka tengok orang main bola tampar. Mungkin aku tidak
ada bakat itu. Cukuplah hanya mencuci mata untuk tenangkan hati.
“Adui… susah la assignment kali ni. Dah la
kena buat survey untuk 100 orang dan aku ada masa 3 hari. Aku tiada pilihan
lain, aku perlu juga tanya kumpulan lelaki. Sedihnya Nadirah….sabar ya”, bebel
aku sorang-sorang sambil mengeluarkan kertas-kertas dan tali earphone. Aku buka
lagu paling kuat. Sekali-sekala aku menjeling pada pemain-pemain bola tampar.
Hari ini kurang orang. Aku mengira jumlah pemain.
"Eh mana Qai....." DUSHHH!!
Tiba-tiba kepala aku berpinar. Aku terus
menunduk mengerang kesakitan. Blur.
“Aihhh malang betul harini, kena maki
dengan orang sekarang bola pon benci aku”. Aku terdengar gelak tawa dari pemain bola tampar, mereka tersalah sasaran ter‘spike’ bola terkena aku.
Seorang lelaki datang menyentuh bahu aku. Berang
aku sebab lelaki itu tak tanya pun aku okay atau tidak.
“Sakit tau!!!!!!!!!!”, naik suara pada
lelaki tersebut. Tiba-tiba aku terdiam.
Lelaki itu hanya membuat signal tangan ‘maaf’,
dia ambil bola dan terus sambung bermain. Lama kemudian, baru aku sedar lelaki
ini dari Malaysia. Nama dia Qairil. Dia satu batch dengan aku, tetapi dia tak
pernah tegur aku. Dua pelajar lelaki yang lain, Ben dan Zaki pernah jugalah menegur
aku. Tapi aku tak tahu nak borak apa. Aku malu, rasa pelik bila nak berborak lagi-lagi dengan lelaki. Mereka pun kelihatan tak selesa berborak dengan aku. Mungkin inilah masalah perangai aku. Perangai malu aku tak bertempat... aku tiada siapa nak kawan dengan aku. Bila aku bercakap dengan lelaki, tangan aku berpeluh, percakapan terus jadi gagap, pandangan aku hanya ke bawah. Berdebar bila bertentangan mata lagi-lagi lelaki yang sama umur dengan aku. Mungkin dengan perlakuan sebegitu mereka gelarkan aku skema,
weirdo!. Dalam hidup aku, aku tak pernah berkawan dengan lelaki. Kawan baik aku
pun Fifi di Malaysia. Disini aku sendirian.
Disebabkan aku tak berani bergaduh dengan
siapa pun, lagi-lagi dengan Qairil. Aku hanya diamkan diri walaupun kepala masih sakit. Aku kemas bag dan
bertukar tempat yang lebih tinggi supaya jauh dari gelanggang bola tampar.
Dari pagi sehingga lewat petang. Aku tak
sedar masa berlalu, fokus siapkan assignment. Tiba-tiba lampu dewan di tutup.
Gelap! Menggelabah aku kemaskan barang dan berbekalkan lampu dari telefon
bimbit aku mencari pintu keluar.
Kunci pula!!!
Terjerit-jerit aku panggil orang bukakan pintu. Akhirnya aku terduduk dan menangis. Sadis. Lagi kuat tangisan aku bila
dengar macam-macam. Dah la dewan ni terkenal dengan macam-macam cerita hantu.
Bergema dewan dengan tangisan aku.
Tidak lama aku menangis dan meraung,
tiba-tiba pintu dewan dibuka. Aku terus bangun dan meluru keluar. Gedebuk aku
jatuh. Tetiba rasa suam dan selesa. Rupanya aku
rempuh manusia. Malanglah orang yang kena hempap dengan gajah macam aku. Sempat
lagi aku menghidu bau badan mangsa rempuhan. Wanginya…. Terkejut apabila aku
ditolak kasar. Baru aku sedar. Mangsa rempuhan itu adalah Qairil. Mukanya
mencuka, menahan sakit gamaknya.
“Awak ok?? “, aku tanya beberapa kali tapi
tiada respon. Tak berani bertentang mata. Malu. Aku dah tersentuh lelaki!!!
Malunya! Mana nak sorok muka. Tapi rasa bersalah yang amat. Aku beranikan diri
bertentangan mata dengan Qairil. Dia mengurut dadanya, kelihatan seperti senak akibat
dihempap tadi. Apa perlu aku lakukan sekarang?
“Awak ok??, saya minta maaf. Awak boleh
bangun? Saya papah!”, aku beranikan diri untuk menarik tangan Qairil untuk bangun.
Tetapi dengan pantas tangan aku ditepis.
“Awak ok ke? Awak ni bisu ke? Jawab la
soalan saya. Ye!!! Saya minta maaf saya dah langgar awak. Tak boleh ke beri
respon? Tak ada adab? Kita je orang Melayu kat sini...”, aku tak sangka ayat-ayat tu
keluar dari mulut aku. Serius. Ini betul-betul kesilapan besar. Tak lama
kemudian, Qairil menjeling dan meninggalkan aku. Aku tak puas hati. Aku
membontoti Qairil.
“Awak….. awak….. tunggu!!!!”, aku berlari dan menarik lengan Qairil.
Qairil berhenti membuat isyarat tangan yang
aku tak faham maksud dia. Kenapa dia tak bersuara ni? Dia bisu? Sekali lagi
Qairil merengus malas untuk terangkan pada aku yang masih blur. Qairil teruskan
berjalan hiraukan aku. Sekali lagi aku mengejar ……
Dan …. Aku terpeluk Qairil.
Tiba-tiba, dua-dua kaku. Aku lepaskan
pelukan. Tangan aku masih memegang baju Qairil. Aku perlu terangkan pada dia. Aku bersalah.
“Saya tak tahu awak ….bisu. Maafkan saya”,
lembut.
Qairil membuka zip bag aku dan keluarkan
buku dan pen.
-Saya maafkan. Boleh lepaskan saya?-
Terus aku lepaskan baju Qairil, Terkebil-kebil aku, Qairil meninggalkan aku. Qairil seperti lelaki yang dingin. Sukar
bawa berbincang. Mungkin sebab dia bisu, sukar untuk dia berkomunikasi?. Tak
sangka dia salah seorang pelajar OKU di universiti ini.
Lama aku perhatikan Qairil. Kacak, tinggi, kening lebat macam kacukan
pula. Tersentak berangan apabila aku terdengar bunyi kuat dari arah dewan. Berderau darah terus membontoti Qairil sehingga keluar
dari kawasan dewan. Sempat aku memerhati badan Qairil dari belakang seperti model. Kacaknya!!!!
“Qairil!!!!! Terima kasih!!!”, aku jerit
dan melambai-lambai. Qairil menoleh dan berlalu. Tak sangka aku seberani ini. Aku tak pernah berbual-bual dengan lelaki, apatah lagi
sentuh lelaki? Mungkin kerana dalam famili hanya ayah sahaja lelaki dalam
keluarga itupun arwah meninggal semasa aku berumur 5 tahun. Tindakan aku hari
ini, bercakap, menyentuh dan bertentangan mata dengan lelaki seperti Qairil
adalah perkara yang sangat luar biasa. Mana datang keberanian aku tadi? Mungkin aku
disampuk. Senyuman meleret.
2 ulasan:
Lama tak update. How's ur life sis? :)
@sabirah
alhamdulillahh
biaselah makin tua makin bz... kihkih
Catat Ulasan