Jumaat, 13 Mei 2016

REPLAY 2003 - Part 1

Petang ni tiada kelas, cuaca mendung sejuk saja. Bestnya tidur lagi-lagi meja tepi tingkap. Dengan angin mendung yang menyapu lembut ke muka membuatkan aku semakin mamai. Dengan beg sekolah aku alaskan sebagai bantal. Pejam mata untuk mengambil mood untuk bermimpi. 

Tiba-tiba kelas kecoh, terjerit-jerit suara perempuan-perempuan termasuk suara jantan pondan. Dah agak, ni mesti budak baru kelas sebelah lalu depan kelas ni. Adui... aku benci sungguh budak baru tu. Bukannya hensem sangat pun. Biasalah, kalau anak kacuk, muke macam mat salih sikit. Tapi tak bermakna dia hensem aku suka! Makin menyampah bila tengok ramai rakan-rakan kelas memuja dia. Lagi menyampah Yan yang duduk disebelah ini terlalu ekstrem sukakan budak baru tu. Serabut.

Dari dengar orang terjerit-jerit baik aku keluar lepak belakang stor bola tampar. Waktu pun baru pukul 3 petang. Cikgu pon tiada sampai ke petang. Guru ganti tak masuk-masuk. Maka aku ambil keputusan untuk mengambil beg dan keluar. Lepak dulu kalau line clear baru ponteng sekolah. Sedang elok belakang stor terdapat satu pelantar, terus campak beg dan baring sehingga terlena.

"Boleh saya duduk sini?", lembut saja suara lelaki yang menegur aku. Perlahan aku membuka mata, lihat seorang lelaki tapi samar-samar. Mimpikah aku? Disebabkan aku terlalu mengantuk, aku anggukkan kepala. Aku dengar lelaki itu bertanya pada aku tentang bilik stor itu, tapi aku tiada mood untuk menjawab. Aku diamkan aja dan terus terlelap.

********************************************

Selepas 13 tahun 

Aku rasa dia tak kenal aku. Dia memang tak akan kenal. Tak pernah lak aku tegur dia dulu kenapa aku perlu sebok-sebok nak tegur? Lelaki kacukan ini pernah satu sekolah dengan aku dulu. Tak silap aku nama dia Wafi. Kenapa sini juga kau nak kerja? Takde tempat lain ke?? Adui..... Melihat rakan-rakan ofis pun sibuk bangun dan tegur lelaki tu membuatkan aku lagi menyampah. Kejadian ini seperti mengulangi cerita 13 tahun lepas.

"Bos, bukan haritu saya tanya ada kerja kosong untuk kawan saya, bos kata full? Tiada kekosongan?", rasa nak marah pon ada tapi bos aku ni muka lembut sangat tak sampai hati nak naik suara. 

"Lin, dia bukan staff biasa tapi manager department. Alin, you akan dipindahkan bawah department dia but no need to move another office because you're going to use mine. Memandangkan saya akan cuti panjang dan mungkin I nak stay aja di UK terus, so hati-hati nanti scandalllllll hehehe", Puan Ros tersenyum-senyum. Aku malas nak layan terus menghadap laptop sambung kerja.

"Hey....dia handsome, you tak suka ke?", Puan Ros ni kerjanya mencucuk je. Setiap kali ada lelaki bujang tak kira staff mahupun client sekalipun dia akan mengenenkan aku. Penat. 

"Tak, dia tak handsome pun... dan bukan taste saya", Hampir terbabas dia nak beritahu yang dia kenal Wafi sejak sekolah. Walaupun tak rapat tetapi kami satu sekolah.

"By the way, he is my youngest brother, Mohammad Wafi. So take care of him and do report me if any..... ermm but I'd trusted my babyboy. No worries...", Puan Ros meleret tersenyum lalu keluar dari biliknya. Terus aku terkedu lama di dalam bilik bos. Baiklah Wafi adik dia!

"Oh crapppppppppppp", terkuat pula suara aku. Aku bangun dan keluar makan tengahari. Balik saja, Wafi sudah berada di dalam bilik. Perlahan supaya tidak mengganggu, kini aku sedang menghadap Wafi yang sedang menyusun mejanya. Erkkk awkward nya.... 

"Assalamualaikum, Encik Wafi saya........", tak berani nak tepat memandang muka Wafi. Tapi tak sempat habis ayat aku perkenalkan diri, Wafi menyampuk.

"Ya...saya tahu Azlin kan, duduklah kenapa tercegat depan meja saya?", bergetar sanubari mendengar suara garau dalam Wafi. Macho juga suaranya. 

"Macam mana Encik Wafi tahu nama saya", kini aku beranikan diri memandang tepat wajah Wafi. Dia hanya tersenyum dan menunjuk papan nama di muka pintu bilik kami. Ingatkan dia ingat yang kami pernah sekelas dulu. Cis........ Aku terus menyambung menaip kerja yang menimbun. Kini suasana bilik kecil kami sangat sunyi. Lama kemudian, aku tersengguk mengantuk.

"Encik Wafi boleh saya bukak radio? Mengantuk la. Tak tahan. Kalau tak boleh, tak apa saya keluar buat kopi dahulu", agak-agak Wafi memberi respon lambat tentang membuka radio, aku terus bangun ke pantry membuat kopi. 

"Make it two coffee okay", Wafi bersuara. 

Merengus-rengus aku membuat kopi sambil mengajuk-ajuk ayat Wafi tadi. "Bla bla bla...Make it two two .. where is your 'please'? Ermm sebab tu aku dari dulu benci orang bajet hensem ni. Berlagak. Heyyyy aku tak hadap la muke ko yang hancur tu. Nak bukak lagu tak boleh....kerek".

Aku kembali ke bilik tiba-tiba radio di meja aku berbunyi. Tapi ini bukan siaran langsung tapi..... Terpinga-pinga menunggu respon Wafi.

"Saya cucuk pendrive, saya yakin awak suka lagu ni Azlin", Wafi terus serius mengemas rak bukunya. Beberapa kali aku memandang Wafi yang tekun menyusun buku dan mejanya.

"No staring Azlin, saya tahu saya hensem", Wafi menegur. Terkejut aku. Kejadah dia perasan! Tapi lagu-lagu Oasis? Dah lama tak dengar lagu ni. Lagu ni lagu favourite zaman sekolah.

**************************************

Tahun 2004, 12 tahun lepas....

"Nadey!!!!! Wafi sekelas dengan kita doh!!!!!!!! Arghhhhhhhhhhhhhh", Yan melompat-lompat excited. Dalam hati aku kesian betul si Yan ni. Dok puja-puja si Wafi sampaikan berapa kali letak surat cinta dia bawah meja lelaki tu. Aku kesian betul dengan Wafi tu terpaksa layan perempuan sawan macam Yan ni. Dua-dua sadis....

Tingkatan 4 tahun yang paling rilek. Selepas peperiksaan PMR, pada awal tahun, ramai rakan telah diterima masuk ke asrama dan ramai juga dipindahkan ke kelas lain. Akibat dari permindahan itu, banyak kelas kosong dan banyak cikgu tak masuk kelas, kerana sibuk menanda kertas peperiksaan. Tempat wajib lepak adalah stor bola tampar. Stor ini jauh di hujung blok, maka tiada ramai bermain disini. Ramai kata kawasan itu keras tapi setahu aku, aku tak pernah dikacau lagi. Bukan aku ganggu mereka pun. 

Setiap kali terlelap aku mesti bermimpi lagi ditegur oleh lelaki yang sama. Betul kot tempat ni keras tapi lelaki ni tak kacau pun, dia just minta izin duduk sekali di pelantar yang aku tidur ni. Tidak lama kemudian aku terjaga, terdapat bekas polisterin. Aku buka, terdapat mee goreng. Tanpa fikir siapa bagi, aku makan je. Pelik, siapa bagi? Tapi bukan hari tu je, setiap hari mesti ada bekalan dan paling cikai mee goreng kantin. Ada satu hari tu, lain dari yang lain. Terdapat dua potong kek buah. 

"Kenapa kek? Birthday awak ke?? Hahaha .... Happy Birthday awak lelaki bunian. Terima kasih, ermmm sedap", aku kuatkan suara, jika dia sedang memerhatikan aku, sekurang-kurangnya dia tahu aku suka dengan kek tu. 

Secara logiknya, aku memang syak yang aku berkawan dengan orang bunian kat situ. Aku yakin lelaki yang selalu tegur aku dalam mimpi itu yang beri bekalan tu. Beberapa kali aku menulis surat dan meletakkan di dalam bekas bekalan itu. Tetapi surat aku tak pernah berbalas. Maka aku menganggap mungkin dia tak nak dedahkan identitinya pada orang ramai. 

Namun tak lama itu, aku tidak lagi mendapat bekalan free tu. Mungkin orang bunian tu tahu aku perlu fokus peperiksaan dan kelas tambahan untuk SPM tahun depan. Macam mana pun, aku tetap rindukan lelaki bunian tu. Mungkin bukan rindukan orang tetapi makanan free.

"Azlin, tukar tempat dengan Yan. Awak duduk sebelah Wafi. Tolong ajar dia matematik. Saya tak nak lagi result dia merah lagi untuk test akan datang. Siapa kata tahun ni awak boleh rehat? Awak ingat tahun depan, sempat ke study untuk SPM? No objection, Azlin move to Wafi right now", Yan muka hampa sangat, aku tahu dia terkilan aku dapat duduk sebelah Wafi kesayangan dia. 

"Sorry.....", Wafi rasa bersalah. Aku mampu tersenyum sahaja. Susah nak cakap, tapi aku tak suka. Sejak dari hari itu, aku dan Wafi gigih membuat latihan Matematik tambahan bersama. Kami akan membeli buku latihan yang berbeza dan buku tulis yang tebal untuk membuat semua latihan. Setiap hari kami akan periksa buku masing-masing dan semua ini dipantau oleh Cikgu Laili. 

"Terima kasih, awak la sebab result saya ok. Ermm saya nak beritahu, bulan depan saya terpaksa pindah ke UK. Ayah saya terpaksa kerja disana", Wafi bersungguh bercerita. Selama ni, kami hanya bercakap tentang matematik dan setiap kali perbincangan latihan. Itulah kenangan aku bersama seorang lelaki bernama Wafi selama setahun 6 bulan sahaja. Ramai juga antara rakan-rakan yang memaksa dapatkan nombor telefon lelaki yang paling kacak di sekolah ni tapi aku tak pernah berminat untuk bertanya mahupun bercakap tentang isu peribadi dengan dia.

Hari terakhir Wafi disekolah, dia memberi satu bungkusan yang besar di atas meja aku. Serabut gila aku didesak ramai untuk tahu isi kandungan tetapi aku tetap tidak mahu buka. Setelah pulang dari rumah, perlahan aku buka bungkusan, terdapat beberapa bekas bekalan yang familiar bagi aku. Seperti bekas bekalan yang aku selalu dapat di stor bola tampar. Dikeluarkan semua bekas, terdapat 10 buah bekas. Dua dari bekas itu mengandungi mee goreng dan buah strawberi. Dan 8 kotak selebihnya mengandungi surat-surat yang aku pernah hantar pada orang bunian selama ini. Rupa-rupanya orang bunian itu Wafi. Aku tak berani share cerita ini pada orang lain lagi-lagi Yan.

"Sampai hati awak kata saya orang bunian, btw keep in touch 019- XXXX"

Gila! Betul ke Wafi ni? Teringat kembali, bilik stor tu aku jadikan tempat lepak, tempat study, tempat tidur, tempat ponteng kelas, tempat aku meluahkan segalanya. Mesti dia dengar aku kutuk-kutuk dia. Aduh!!



-Bersambunng-

Tiada ulasan: