Khamis, 21 November 2013

BUKAN BAJET TRAVEL : SINGAPORE Day 1

Salam semua. 

Sebab aku busy gile kerja sampai tak tengok blog biawak. Kesian orang macam aku, dah tua baru nak pergi Singapore. Apa yang aku boleh rumuskan adalah pergi Singapore adalah suatu yang BIASA kecuali USS (Universal Studio Singpore). Pertama, harga barang sama tetapi currency lain. Contoh air kat starbuck, biasenye ais blended RM16.90 kan...so sama dengan Singapore $16.90...PE KES??? Barang memang mahal terasa sangat rugi berbanding shopping di Korea. Selain dari itu, suasana sama seperti KL. LOL

OK cukup rumusan aku!

Hari pertama, pukul 4.50 pagi, Yan call aku suh ambek dorang (Zaira dan Kak Mia) kat stesen bas berhampiran rumah aku. So rehat sekejap, siap2 pukul 6.15 pagi semua dah siap dan kami bertolak ke rumah Flora. Tepat pukul 6.30 pagi kami bergerak melalui highway Sg. Besi tu terussssssssssssss ke Johor. Kami singgah di R&R Seremban untuk tunggu geng kedua (Ai & Ben).

Minyak : RM50 (Nadey)
Touch n Go: RM50 (Flora)

Kami bergerak setelah cukup segalanya, pecut kereta ke Johor, nak pergi JPO (Johor Premium Outlet) susur keluar ke SENAI UTARA. Susur je keluar memang nampak terus JPO. Semua sawan. Sampai dalam pukul 11 pagi kami beri masa shopping sampai pukul 1 petang. 

Aku memang selekeh dah sampai Johor aku baru perasan aku lupe bawak sandal dan kasut. Nasib badan la heret seliper jamban.
OK gile...aku sebenarnye takde minat barang Vincci sangat tapi ade jumpe beg lawo dari harga RM129 jadi RM38.90. Besa gile bag boleh buat beg sirih (beg yang letak segala mende). Pastu tengok purse aku sampai kene stapler aku menuju ke kedai FOSSIL, aku memang minat gile design FOSSIL ala2 old school dan yang penting kulit. Purse kesayangan aku sekarang aku tak pakai yang branded pon takde la mahal sangat...tapi tahan lama jenama CHEVY pon dari kulit Bison tahan lama nak dekat 4 tahun la (sepatotnye berpuluh tahun tapi aku ni sampai mandi sungai pon bawak bersama LOL). Aku jenis tak suka shopping sebab tu aku suke beli barang yang boleh tahan lama. Tak kesah ade jenama ke tak. Sambung pasai FOSSIL, cari punya cari takde design yang aku suka macam tengok kat blog2. So aku terus masuk kedai Victoria Secret. Aku baru je pakai VS bulan December 2012. Beli body mist "SUCH A FLIRT" perghhhhhhhhh sampai sekarang baru nak habis. SO ngam2 setahun la kot. Padahal aku dok sembur tiap2 hari pagi malam. Haaa jimat kan...sebab tu aku rase berbaloi beli VS berbanding yang lain. Wangi pon tahan lama. Harga promosi buy 3 RM 130 ( jatuh harga rm 43 sebotol berbanding harga biasa RM 59.00). Tibe2 retail kedai tu tunjuk sample perfume pulak SEDUCTION aku terus digoda sampai aku beli 50% discount. SO berbaloi GILE. 

Nampak tak abang belakang tu buat muke annoying. Zaira pulak segar mata tengok barang murah gila.

Parkin kereta : RM3 

Pukul 1.30 petang berkumpul. Kami ke pasar Larkin beli nasi. Bile tengok ramai sangat orang kami decide bungkus dan makan di Hotel. Daripada tak kenal, yang kenal pon Aku, Zaira dan Yan sahaja. Tapi aku bawak Flora, Yan pula bawak Kak Mia dan Zaira bawak Ai dan Ben. Kami makan bersama gelak macam syaitan, bebel sampai lewat petang. Alhamdulillah best dapat kawan baru.

Parkin kereta : RM3

Aku pelik ada aku baca blog kata nak parking kereta kat Pasar Stesen Bas Larkin la murah sehari RM5 tapi aku rasa tu dulu. Sebab aku parkin kereta tak sampai sejam RM3 pe kes...emm tiada yang percuma di Malaysia. Kami terus ke TUNE HOTEL DANGA BAY check in dan makan bersama. Bila tengok cuaca macam nak hujan, kami decide untuk tidak masuk ke Singapore harini. Maka rehat-rehat gelak2 dan malam baru keluar makan. 

Flora nak pose gambar yang dia pakai spek mate joyah dari Comot.

Kenapa aku pilih Tune Hotel? Sebab aku cari yang memudahkan aku, iaitu nak pergi USS bas dia berada dalam bangunan Tune Hotel itu sendiri. Walaupon bagi aku Tune Hotel adalah hotel yang mahal sebab segalanya kene add on tapi aku tegar untuk ambil yang basic. Namun begitu aku masih terasa mahal untuk satu bilik yang sangat basic. Yela, tuala sabun aircond tv itu semua kene add on. SO tak payah. Sebab aku tak perlu semua tu. Yang penting boleh tidur, mandi dan solat. 
Tune Hotel - RM80 seorang untuk 2 malam. 
Bilik basic 2 orang 3H2M 
Parkin kereta : FREE

Malam kami keluar ke KSL Mall. Bantuan WAZE amat membantu. Kat KSL Mall ni macam Times Square gak. Banyak barang China. So aku shopping sikit.


Ben excited gila try wide lense ni harga Rm60 tak silap aku. Tak tahan nafsu, Ben rembat.

Soket + Wayar USB = RM15
Cover Tab = RM20
Roti + Kaya + Mineral + Biskut untuk aku dan Flora = RM14
Parkin kereta = RM2

Selepas shopping perut lapo, so terus gune WAZE ke Restoran Singah Selalu. Semua order ikut nafsu SEYES banyak giler order sebab kongsi 7 orang kan.
Baru berapa jam kenal, kami boleh gelak. Best dapat geng sekepala
Mewah gila makan.
Siakap masak limau, butter prawn, sotong goreng tepong, ayam lemon goreng, kerabu mangga, taufu bakar dan tomyam (cancel sebab lambat).
Makan sekepala : RM28

Total = RM208 (tidak termasuk shopping JPO itu lari dari bajet aku)

Bersambung


3 ulasan:

anna hashim berkata...

yeayyyyyyy...finally...berjanggut tunggu entry sinngapooooooorreeeee ni keluar...:)

bspotgurl berkata...

oiitt. trip ke Spore ke? Tak ajak pun I ni.... hehehhe

Siti Nadey berkata...

@anna
hahahhaha sg boring skit tu yg lambat nk buat

@yani
hehehehhe sg buat ape....hahahha