Semua berlaku sebijik aturan dalam
mimpi tadi. Kenapa? Aku sendiri cari punca sampai pening kepala fikir. Mimpi tadi serius jelas. Gila kau.... macam
cerita FINAL DESTINATION.
Bunyi mesej,
“Hoi, bilik tu banyak nyamuk, tidur bawah
kelambu ok…esok bangun awal hantar aku kursus ok!”, - Aizat.
Ok ni gila. Sama seperti mesej dalam mimpi! Kali ini aku reply,
‘Tak nak hantarrrrrrr…….uwekkk’.
Masej berbalas,
‘Nak aku masuk bilik pujuk kau ke? Dah
tidur, aku penat ...tadi seronok sangat kau berdengkur mengigau-ngigau sebut nama
aku’- Aizat.
Haha, betul ke aku mengigau sebut nama dia
ke dia saja tipu aku? Aku tahu dia tak berani terjah bilik aku malam-malam
macam ni, lagipun nanti Ibu tahu padan muka. Aku sangat yakin Aizat tak berani
buat hal, dia kan anak kesayangan.
Aku bakar …
‘Mai la ke bilik kalau berani…by the way
tadi aku mimpi kau tak pakai baju kihkihkihkih’.
Aku pantas matikan telefon, migrain aku
tengok skrin cerah dalam gelap. Semuga esok tak jadi macam dalam mimpi tadi. Sesaat mata aku tertutup dan hampir roh aku
terbang dari tubuh, pintu bilik diketuk. Allah malasnya nak bangun. Aizat la
ni. Marah mungkin dicabar. Aku sarung tuala dikepala dan bukak pintu, baru nak
mengeluh kerana Aizat mengganggu tidur tetiba…..
“Kau mimpi aku macam ni kan?”, Aizat hanya
berseluar pendek menayang perut ketak
dia dan terus meluru masuk ke bilik, duduk di atas katil.
“Kau gila Aizat, keluar! Nanti ibu kau
nampak macam mana? Gila ….kalau kau berbaju aku boleh terima lagi….…woi keluar lah”, makin
panas bila lihat Aizat baring-baring atas katil. Serius aku cuak sebab pukul 3 pagi
dan dirumah Aizat aku bimbang ibu ayah nampak anaknya dalam bilik aku! Aku
rasa Aizat dah melampau dan aku rasa nak terajang badan Aizat dari katil. Aku
tarik tangan Aizat sekuat hati.
“Mungkin kau rasa kau kuat Nadey? Hambik!”,
Aizat tarik aku sekuat hati sehingga bahu aku mencium almari. Dung!
Gila kuat Aizat tolak aku ke almari, sakit
yang amat. Aku diam dan tunduk mengerang kesakitan. Aizat mungkin terkejut, dia
terdiam melihat aku. Aku menjeling tajam, benci dengan Aizat. Selama ini dia tak
pernah pulak dia berkasar dengan aku. Mungkin dia rasa aku separa wanita gamaknya.
“Sorry, aku main-main je”, Aizat
mendekati aku dan menggosok bahu yang sakit. Aizat ulangi perkataan sorry dan
spontan dia menarik tangan aku dan cium.
WHAT? Apahal Aizat cium tangan aku ni???
Buang tabiat. Zassss …memori aku berbalik pada mimpi tadi.
“Kau nak kahwin dengan aku?”, ayat Aizat
dalam mimpi buat aku gabra.
Aku pandang mata Aizat….
“Ermmm tak pe lah, sikit je ni kau masuk
bilik kau, pergi tidur esok kursus nanti penat. Dah la tadi kau drive kan”, perlahan
aku menolak badan Aizat menjauhi aku. Tangan Aizat masih mengenggam aku.
“Sorry ok, aku tak sangka kau .......perempuan, kihkihkihkih”, Bodoh Aizat, nasib baik dia buat lawak kalau tak janggal
gila selepas aksi pandang dan cium tangan aku tadi.
“Bodo”, aku tersenyum lalu menutup pintu.
Baiklah aku tak boleh tidur. Sisa serapan
cinta 40% dalam mimpi mungkin bertambah sekarang. Ya Allah.
Pikir punya pikir, berjam aku berangan sehingga bunyi bising alarm jam pukul 6
pagi dan aku bangun siapkan diri solat. Seperti dalam mimpi aku keluar ke
dapur. Masih gelap, aku nampak baju Aizat atas papan gosok.
Aduh, baju dan seluar yang sama dalam
mimpi!
Aku menunggu Aizat keluar bertembung dengan
aku. Dia tidur di bilik tamu di dapur, sebab tandas biliknya rosak. Lama aku tunggu Aizat keluar, sebab aku
takut kalau aku terperanjat, aku akan melatah dan keluarkan ayat tak
sepatutnya. Tiba-tiba aku terkejut ada tangan mengusap
bahu aku yang masih bersisa pedih.
“Macam mana bahu?Ok? Sorry la semalam…. Ermm terima
kasih gosok baju aku, meh aku sambung gosok, kau pergi berehat”, Aizat berebut
sterika dengan aku. Puas berebut sterika, aku takut
sterika panas tu terkena kami, spontan aku peluk Aizat yang tidak berbaju tu. Kami
berdua kaku…diam.
“Nadey………………, aku pergi solat dulu la kau
sambung la kerja yang kau suka sangat ni”, gemersik suara Aizat berdesup masuk
dalam lubang telinga dan aku melepaskan pelukan.
“Sorry, hahahaha”, gelak coverline.
Bodoh kau Nadirah, bodoh.
Aku tersenyum dan sambung menggosok.Tak
sangka leretan senyuman itu diperhatikan Ibu Aizat.
“Ha….Nadey senyum sorang-sorang pagi-pagi
ni kenapa, apa dah jadi? Jajat buat apa kat kamu?”, teguran tu buat aku
melatah.
“Bodoh, Aizat bodoh!!”, aduh maki anak dia
depan Ibu, apa reaksi Ibu? Adui …spoil.
“Hahahah kuat melatah kamu ni, ermm jom
teman ibu masak. Semalam Jajat ada beritahu ibu kamu suka makan bihun goreng,
dia kata Nadey mengidam. So esok saja kita makan nasi lemak Kak Leha”, Ibu sibuk
keluarkan bahan masak dari peti.
Gila kau Aizat, masa bila aku mengidam
bihun goreng? Tu kau yang mengidam , kuang asam. Tapi bihun goreng memang
kegemaran aku.
Sekejap……….
JAJAT?Hahahahahahahahahahahahaha.
Kak Leha?? Bahahaha
Sah.Mimpi aku memang pelik.Aku tetiba
tergelak.
“Kenapa gelak? Hahah, kamu ni suka gelak
ye? Ok, biasa kamu suka bihun macam mana?”, Ibu tunjuk ayam dan kerang.
“Ibu boleh bagi peluang saya nak tunjukkan
bakat tak?Haaa saya buat bihun goreng, ibu pergi mandi dan bersiap. Ok?”,bihun
goreng .....kacang je.
“Serius? Ok!!! Ibu nak rasa. Ibu naik bersiap dulu
ya?”, terbaik….Ibu Aizat memang memahami. Serius.
Mungkin dah biasa, pantas je aku siapkan bahan,
bihun goreng ni aku yakin, aku yakin Ibu, Ayah dan Aizat boleh menangis sebab
terlampau sedap. Hah!
Sejam kemudian, semua makanan terhidang,
bihun goreng, telur goreng dan air kopi O kaw. Ibu tersenyum. Ayah Aizat
menuruni tangga. Kacaknya ayah Aizat, seiras anak beranak.
“Kamu masak ni Nadey? Warghhhh mesti rasa
kopinya dulu, pembuka selera”, Ayah Aizat menghirup kopi O kaw dengan cermat.
Sumpah berdebar.
“Perghhhh kaw, macam kat kedai! Ok pass boleh
jadi menantu!”, Ayah Aizat pandai bergurau.
“Apa menantu ayah????? Nadey??”, Aizat
menyampuk dari mana tah. Semerbak harum bau perfume Aizat. Allah, kacaknya. Aizat duduk disebelah aku. Sekilas aku
memandang Aizat. Malu menerjah, kenapa lah aku peluk dia ni tadi? Adui malu.
“Meh sini sayur, aku makan”, Aizat selamba
ambil pingan aku dan makan sayur-sayur.Tergamam aku, begitu juga Ibu Ayah
Aizat. Gila kau, kau lupa ni rumah kau.
“Manja Nadey ni, tak makan sayur.Tapi dia
masak sayur untuk kita. Selama ni Jajat jadi DBKL dia je”, tanpa segan Aizat
beritahu ibu ayahnya.
“Hahaha, biasalah dulu ibu pun tak makan
sayur, ayah yang makan. Kamu kursus balik pukul berapa? Tinggal Nadey sorang?”,
ayahnya tertanya-tanya.
“Hari ni Nadey ikut Ibu bukak butik dan
shopping!!! Petang baru kami ambil Jajat. Boleh ye bang? “, Ibu terus memujuk
suaminya.Comel .
Alhamdulillah, ngam-ngam aku masak untuk 4
orang. Habis, Aizat sampai bertambah pingan. Aku mengangkat pingan untuk dibasuh,
dan Aizat membontoti aku. Ibu pula menghantar ayah ke muka pintu. Kerja sendiri,
tiada erti cuti mingguan maka dia perlu ke officenya sebagai rutin harian.
“Sedap kau masak, macam selalu. Ibu ayah pun
bagi respon positif. Power la kau!”, Aizat menyenggol bahunya ke bahu aku.
Aduh.
“Haish, sakit lagi ke weh??? Meh sini aku
tengok lebam ke?”, selamba je Aizat selak tudung dan baju aku. Gila.
"Weh ....lebam la....ya Allahhh....apa aku dah buat ni???", Aizat terkejut.
“Aizat, aku ni bukan isteri kau nak
selak-selak sesuka hati. Haish”, aku masih terkejut dan cuba mengawal intonasi
suara aku.
“Sorry, tak sangka aku terkuat pulak tolak
kau. Erm…nak jadi isteri aku? Boleh selak-selak. HAHAHAHHA”, bodoh Aizat.
Kenapalah aku jadi mangsa buli ni. Penat la. Aku kemas dapur cepat-cepat dan panaskan
enjin kereta. Dalam kereta, Aizat merapatkan mukanya dihadapan aircond.
“Kenapa aku berdebar sangat ni, padahal kursus
8 jam je… ke sebab teringat kau peluk aku pagi tadi?” mata Aizat melirik kearah
aku, dia menarik senyuman gatal. Haish skrip mimpi yang serupa tapi Kak Leha tidak
disebut malah kes pagi tadi pula yang disebut-sebut. Aku hilang kata sesaat.
“Larghh sapa suruh kau berebut sterika dengan
aku? Bahaya ok! Kau ingat hingin sangat aku nak peluk kau yang busuk tu?”,
coverline selagi boleh Nadey. Seperti mimpi, Ibu masuk dan kami terus
menghantar Aizat ke tempat kursusnya. Tidak terkejut Aizat menghulur aku
beberapa not RM50.
“Jom pergi klinik dulu”, Ibu senyum. Aku
pikir, Ibu tak sihat kot. Aku hanya menurut arahan. Sampai diklinik Ibu minta IC aku.
“Ibu………kenapa?”, aku blur.
“Tadi Jajat cakap dia tolak kamu semalam, bahu kamu
mungkin lebam. Dia memang macam tu tau, tapi rasanya dia tak sengaja. Kita cek ok!”, tak
sangka Aizat beritahu Ibu perkara sebenar pula. Serba salah aku. Selepas dapat suntikan tahan sakit aku
diberi ubat sapu untuk bahagian lebam. Bagi aku tak berapa serius sebab aku
pernah kena lebih teruk dari ini. Lagipun aku tak nak la Aizat dan familinya
serba salah.
“Ibu, jangan risau ni biasa je. Ok jom ke
butik Ibu”, walaupun Ibu desak rehat dirumah tapi aku rasa rugi kalau buang
masa macam tu saja. Aku pantang duduk diam lagi-lagi dirumah. Ibu menghadiahkan aku 3 pasang baju dan
sebuah handbag kuning seperti dalam mimpi. Aku tahu aku akan berjumpa Puan Sri
nanti.
Selepas solat, Ibu tanya…
“Malam ni kita ke majlis Hari Lahir
Sabrina, kamu ok ke? Sebab Jajat beritahu kamu tak suka tempat ramai orang kan.
Ibu serba salah heret kamu. Kes tadi pun, tetiba kamu nak bernikah dengan Jajat,
nasib baik kamu pandai buat skirp on the spot, kamu boleh jadi drama queen la. Ibu dah cuak tadi HAHAHA”,
iras Aizat dan ibunya. Perbincangan serius dan akhirinya dengan gelak barai.
Cool.
Petang selepas mengambil Aizat dan pulang.
Aku berehat dibuaian laman rumah mereka yang indah tu. Sambil main game ditelefon, aku
tak sedar Aizat datang kacau keamanan aku.
“Bahu macam mana?”, Aizat duduk disebelah
dan menyentuh bahu aku.
“Laaa sikit je ni...”, balas aku ringkas.
“Sorry la ye, janji tak buat kau sakit dah. Apa
aku nak cakap dengan famili kau aku buat macam ni? Nak nangis la”, Aizat
gelabah tapi dia kawal perasaan dengan membuat lawak.
“Jangan risau, masa aku seliuh main bola
tampar dulu lagi teruk. Ni tak teruk la…serius jangan risau”, aku rimas dengan’sorry’
Aizat.
“Gila tak risau, kau tanggungjawab aku
sekarang……maksud aku, kau kat rumah aku haaa aku nak cakap apa dengan famili kau kalau jadi ape-ape?”, tanggungjawab bah kau Aizat.
“Bagitau bapak aku kihkihkih”, gurau untuk
selamatkan keadaan yang janggal disebabkan ayat ‘tanggungjawab’tu.
Spontan dengar perkataan bapak aku, terus
Aizat peluk dan cium bahu aku.
“Aizat, tak elok la …….”, Aizat sudah tak
terkawal. Sejak semalam, sejak Fariz keluar dari kereta Aizat berkelakuan pelik
sangat, pelik dari biasa.Seperti sedang menggoda……………..aku?
“Sekejap, aku nak tanya something …bila aku
sebut nama Sabrina tadi kau tak terkejut. Kau tahu ke tadi aku berjumpa dengan
maknya? Dan malam ni majlis besday dia?”, aku pelik.
“Tahu, ermm ok aku cerita pasal Sabrina
sebab kau pun tak secara langsung dah ada watak dalam lakonan ni. Maaf la bebankan kau. Aku tak de
pilihan. Jangan risau nama Sabrina dah takde dalam kamus hidup aku. Gituw ayat
sastera”, Aizat tak pernah 100% serius.
“Mungkin selepas aku tahu kisah kau dan
Sabrina sebab tu aku simpati kat Ibu. Maka aku on je tolong kau. Tapi tu bukan
kredit debit kau nak peluk cium aku. Kau gila? Haram ok…bak kata UIA, haram! macam pegang babi! Hahahahhaha”,
perangai aku seperti Aizat sudah, tak pernah serius. Mungkin aku rasa ni bukan
masalah besar. Tolong je.
“Fariz tukar plan balik rumah saudara dia
sebab plan kau ni ke? Kau memang keji kan. Sian Fariz jadi mangsa. Arghhh sian
Fariz”, rasa aku diperbodohkan.
“Kau sian kat Fariz ke…sampai hati. Aku?”,
Aizat menghayun laju buaian sehingga kecut perut aku. Gila kalau buaian ni tergolek
buat malu je. Terjerit-jerit aku ketakutan.
Malam tu aku sengaja pakai perfume lebih
sikit. Aku bersiap sambil tersenyum simpul. Teringat perangai pelik Aizat. Aku
pegang bahu aku yang dicium Aizat tadi. Gila la Aizat ni…buat aku perasan
sorang-sorang. Rasanya macam peratusan naik mendadak sejak petang tadi. Countless.
Semua aturan malam tu seperti dalam mimpi,
aku naik kereta dengan Aizat sahaja, aku juga lihat koleksi kereta dan motor
Aizat, dan aku juga diajak pulang awal dari majlis itu. Dalam kereta, aku tahu kami akan ke
Danga Bay. Aku nak elak supaya Aizat tidak tanya soalan maut tu seperti dalam
mimpi.
“Aizat…….kita pergi makan boleh, aku lapar lagi la”, lembut saja nada aku memujuk Aizat.
“Tadi kau tak makan ke? Ok anything for you
tonight. Kau nak makan ape? JB ni berlambak makan best”, Aizat beri cadangan
beberapa tempat suruh aku pilih, end up dia bawa aku ke restoran favourite dia.
“Tempat dating dengan Sabrina ke?”, test
water Aizat.
“Kau kalau kau dok sebut lagi nama Sabrina aku
cium kau, serius aku tak main-main. Aku takkan bawa kau pergi tempat yang aku
pernah bawa Sabari…Sabariah tu lah!!”, marah sungguh sampai gelar Sabrina,
Sabariah! Hahaha
“Sab…..Sabb….”, saja aku cabar Aizat.
Aizat terus tarik tangan aku, sehingga tersembam
muka aku kat dagu Aizat yang tinggi tu. Aku berhempas pulas keluar dari
kawanan.
“Aku dah kata kan……….jangan cabar aku”,
Aizat beri ugutan dan kali ni serius seram.
“Sa….sakittttt”, terasa kuat gurauan Aizat
ni.
“Oh sorry………..kau ni! Kau saja kan cabar
aku! Haish!”, Aizat merajuk terus masuk ke restoran dan tinggalkan aku
terkial-kial usap bahu yang sakit. Aku buat muka kasihan supaya amarahnya tidak berpanjangan. Aku buat-buat sakit nak angkat sudu, akhirnya
Aizat terpaksa suap aku.
Cop!
Aku hahahahaha aku memang sengaja nak
manja-manja, hati berbunga-bunga bila Aizat layan macam ….kihkihkih.
"Ermm pas ni ikut aku ke satu tempat ya....kau sure suka", Aizat dah rancang sesuatu, seram.
Aku tak nak Aizat marah aku lagi maka aku bersetuju ikut kemana pun malam ni. Kenapa sejak akhir-akhir ni Aizat pantang dicabar, kalau dulu ya aku tahu dia pantang dicabar tapi tak pernah pula dia tunjuk agresif dia pada aku. Macam hari ni, banyak sungguh adegan pelik-pelik. Mungkin aku saja yang perasan.
Tenang Aizat memandu malam ni, dia tak berhenti bebel tentang tempat best di JB ni. Setelah lama mengira beberapa kilometer, sampai disebuah jeti dan kapal layar sedang menanti penumpang. Aku masih tergamam
"Ermm bapak saudara aku pemilik kapal ni, dia beri kita naik free pusing pulau dalam sejam. So aku nak culik kau sekejap ok? Jom...", hulur tangan Aizat untuk menarik aku naik atas kapal. Aku seperti dipukau, aku menyambut tangan Aizat. Kapal mewah itu lengkap dengan bilik tidur, dapur dan bilik mandi. Serius seperti dalam movie.
"Best tak? Nah.....kau satu. Kau suka memancing kan? Jom try, kalau sapa dapat ikan kita kena tunaikan hajat orang tu...ok?", Haha aku bukan minat sangat memancing, tapi aku suka aktiviti tu bersama dengan orang yang aku suka. Seperti sekarang.
"Kau tak rasa pakaian aku sekarang macam tak sesuai untuk memancing?", Dress ni buat aku tak selesa sebab nanti busuk kene umpan, kena hanyir ikan.
"Ok cabut la baju tu, aku suka je kalau..............hehehehehe. Allla kita sekejap je atas bot ni, nanti kita balik kita mandi la....nak mandi bersama pun aku suka. Sejak bila kau kesah penampilan ni...kihkih dengan aku je pun, tak payah la wangi-wangi", sebab tu aku selesa dengan Aizat, jenis sempoi.
Sambil menunggu ikan, aku tak berhenti berborak dengan Aizat. Tiba-tiba aku terasa bodoh bila aku tanya soalan pelik pada Aizat...
"Jat, kau suka perempuan macam mana? Kenapa aku tak pernah tengok kau dating atau skandal? Padahal dari dulu ramai gila suka kau, sampai sekarang kat FB, IG ramai gila awek gilakan kau....kau gay ke?".
"Kalau aku gay, aku tak kan suka kau", Aizat jawab dengan tenang. Matanya pada joran.
Terus dua-dua terdiam.
"Aku pun suka kau, best kawan dengan kau. Famili kau best, aku happy tak menyesal aku datang sini kenal famili kau", baik punya coverline.
"Maksud aku, aku betul-betul suka kau. Sejak semalam baru aku tau, yang aku dah lama suka kat kau. Sebenarnya, sejak dari satu mimpi pelik ni. Aku pernah mimpi dan mimpi tu betul-betul berlaku. Aku mimpi yang aku prank kau, ajak datang kampung aku dan hantar Fariz ke umah saudaranya, aku mimpi kau masak untuk famili aku, aku mimpi bawa kau jumpa nasi lemak Kak Leha, aku mimpi kau hantar aku tempat kursus, kau cium tangan aku, kau layan aku bagaikan isteri aku, kau teman ibu shopping, kau pakai cantik macam malam ni dan aku juga mimpi kau terima lamaran aku", Aizat fokus menghadap aku.
Aku terdiam. Ya Allah, kenapa Aizat dapat mimpi yang sama. Jika aku dapat mimpi harini, pada malam semalam. Aizat pula sudah lama dapat mimpi itu. Allah....
"Aku tak pernah tahu kau sukakan mana-mana lelaki, boleh beri peluang pada aku? Kita belajar suka each other sama-sama? Nak? ", Aizat melamar aku ke?
Aku rasa aku tak perlu selindung, yang aku juga sukakan Aizat, peratusan, countless
"Ehhhhhhhhh......ikan!!!", aku menjerit sebab joran aku disentap! Kelam-kabut kami menarik joran, terjerit-jerit sebab berat sangat joran ditarik. Aizat menolong aku tarik dengan kudarat jantannya.
Selepas ikan ditarik, kami tergelak tanpa sebab. Kelakar.
"Apa hasrat kau?, kau dah dapat ikan!!! ", Aizat menunggu jawapan aku sebenarnya.
"Jangan tinggalkan aku", aku jawab dan tersenyum.
Aizat masih blur menanti aku beri keterangan.
"Aku bukan perempuan cantik dan sempurna. Mungkin satu hari nanti kau akan tinggalkan aku dengan perempuan lebih cantik. Aku tahu, aku tak boleh tolak takdir Allah, kalau kau sudi, janji dengan aku jangan tinggalkan aku lepas selain Allah yang jemput kita ok???", cara aku beri keterangan seperti main-main tapi aku serius.
Aizat tersenyum. Dia mengangkat tangan seperti bersumpah.
"Kau nak kahwin dengan aku?", skrip terakhir seperti dalam mimpi. Aizat telah mengulang ayat maut tu.
"Bila?", rakus sangat aku tanya bila.
"Secepat mungkin, apply cuti dan kita jumpa famili kau", Aizat gelak......
"AHAHAHAHA skrip ini tak de dalam mimpi tapi kau setuju nak kahwin dengan aku. Alhamdulillah", Aizat menekup mukanya.
Alhamdulillah, Allah beri peluang kami dengan mimpi pelik dan aku tak sangka Aizat jodohku.
Kami berdua mimpi yang sama. Pelik...serius pelik tapi tiada mustahil didunia ni.
Dejavu~
-Tamat-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan