Jumaat, 10 Jun 2016

REPLAY 2003 - Part 5


"Azlin.... Azlin... ok kan awak out station dengan Rahim next week? Ada boyfriend marah tak?", sudah 8 bulan aku lari ke Kuala Lumpur mencari kerja baru, azam baru dan hidup baru. Pedulikan hal status isteri ke pada Mohammad Wafi Bin Alias. Sejak dari kejadian hitam itu, aku terus lari tinggalkan semua termasuk mak. Aku hanya dapat meminta pertolongan Yan untuk melihat keadaan mak. 

"Boleh Encik Fakhri, saya mana ada boyfriend. Jangan risau", Fakhri merupakan boss yang paling sempoi pernah aku jumpa. Dia dan Rahim juga tahu kisah silam aku, tentang Wafi dan hal status aku. Mereka amat memahami dan tidak pernah bertanyakan isu itu. Aku hanya menipu yang aku merupakan mangsa dera pada suami. Dengan alasan itu cukup membuatkan mereka faham segala situasi aku. 

Seminggu aku akan bekerja di Jakarta membuatkan aku rasa lebih selamat. Kalau boleh aku mahu bekerja terus di luar negara kerana tidak mahu langsung bertembung dengan Wafi. Maklumlah, Kuala Lumpur dan Johor Bahru dekat sahaja.

"Lin, kau rehat dulu pukul 2 petang kita keluar cari makan. Esok baru ke kantor okay? Lin.......... bilik aku sebelah je, kalau ada apa-apa jerit nama aku", Rahim membuat isyarat seperti biasa. 

"Jangan risau, bunyi ni kuatkan", aku menunjukkan safety pin alarm bergantung pada beg tangan. Sebaik sahaja aku menutup daun pintu, terus aku membuka tudung dan terus baring ke katil. Setiap kali aku pejamkan mata, aku teringat wajah Wafi.

Sudah 8 bulan aku sah sebagai isteri Wafi dan yang peliknya Wafi tak pernah pula mencarinya. Jika dulu mak sangat sensitif menyebut nama Wafi, kini dia banyak pula bercerita perihal Wafi. Kata mak, Wafi kini sudah lain..... Mak berharap aku pulang dan berjumpa Wafi.


***************************************** 

"Wafi, macam mana keadaan kamu berdua ni. Kamu rela ke keadaan macam ni berlanjutan?" Roslina lembut memujuk Wafi. Peliknya Wafi berlagak seolah-olah tiada apa pernah berlaku pada keluarga mereka. 

"Kalau Azlin tu tak sayangkan saya mesti dia dah dari awal minta khuluk untuk berpisah dengan saya", selamba sahaja Wafi berkata. 

"Kau tak kisah lah?", Roslina bertanya semula. Wafi mati kata dan terus berdiam sahaja.

"Apa kata kamu cuba cari Azlin"


*******************************************

"Fakhri!!!!!!...... Azlin hilang kat site. Aku tak dapat cari dia. Merata budak-budak ni cari dia. Aku risau dia !!! ", Rahim kelam kabut memberitahu Fakhri tentang kemalangan di tempat pembinaan yang mereka lawati.

"Kren jatuh dari tingkat atas hempap kawasan rehat pekerja. Sekarang kelam kabut, kelibat Azlin pun aku tak nampak. Aku kena buat ape ni wehhh?!!!", bergetar suara Rahim di talian.

Keadaan menjadi rumit kerana sudah 30 minit tetapi ambulan dan pihak keselamatan tidak muncul tiba. Meracau Rahim mencari Azlin. Setelah pasukan penyelamat datang membantu, satu per satu mayat disusun. Rahim berdoa agar Azlin bukan salah seorang dari mayat yang tersusun. 

Kerja menyelamat berlangsung selama 5 jam sehinggalah salah seorang pasukan penyelamat menjerit nama Rahim. Rahim berlari sebaik sahaja melihat kelibat yang dipangku itu adalah Azlin. Pada waktu itu Azlin masih dalam keadaan tidak sedarkan diri. Rahim mengekori ambulan sehingga ke hospital. 

Lama juga Rahim menunggu di hadapan pintu bilik kecemasan. Berkali-kali Fakhri menghubungi Rahim. Disebabkan hal itu, Fakhri terpaksa memberitahu berita itu kepada mak Azlin. 


******************************************

"Mak..... mak..... ", kenapa aku kat hospital ni. Semuanya asing bagi aku. Perlahan aku hendak bangun tetapi kaki aku berbalut sehingga peha. Apa yang sudah terjadi?

Rahim yang duduk tidak jauh dari katil Azlin bangun menegur.

"Siapa encik, saya kat mana ni?", Rahim kelihatan blur.

"Lin, kau tak ingat ke? Ok setakat mana kau ingat?", Rahim tanya bertalu-talu.

"Wafi.........", itu sahaja yang aku ingat. Aku bermimpi aku berjumpa Wafi. Senyumannya yang aku nantikan setiap pagi sebelum kami ulang kaji bersama. Aku juga teringat yang Wafi duduk bersama-sama di stor bola tampar sambil menghadap padang yang hijau. Kami berborak macam-macam. Baru aku tau, sebenarnya aku sudah jatuh hati pada Wafi. Segalanya tentang Wafi aku ingat, baik dari tulisannya, suaranya, wajahnya dan renungannya. Tak sedar air mata mengalir apabila rindukan Wafi di saat ini. 

"Azlin, aku ni Rahim. Kita satu office, kau ingat sampai tu?", Rahim bertanya lagi dan sumpah aku tak ingat apa-apa selepas itu.

"Kerja? aku sudah kerja? Ya Allah...apa dah jadi dengan aku?", perlahan Rahim menceritakan apa yang terjadi. Aku tak percaya yang aku hilang ingatan macam itu sekali. 

Keesokkannya aku dipindahkan di hospital lain untuk penempatan sementara sebelum aku dibenarkan pulang ke Malaysia. Tetiba aku melihat satu kelibat yang aku amat kenali, 

"Wafi.................................", air mata terus berjujuran. Tak tahu kenapa aku tak dapat mengawal perasaan apabila melihat Wafi. 

Tanpa rasa segan aku terus memeluk badan Wafi yang berada tepi katil. Dia hanya tersenyum sebelum menyalami Rahim. Berterusan aku menangis sebaik sahaja mendengar suara Wafi. Kelihatan Rahim tak senang duduk. 

"Maafkan saya Wafi, boleh kita bercakap sebentar?", Rahim meminta izin. 

Ya Allah sebak rasanya, Wafi datang mencari aku disini. Mati-matian aku ingatkan mimpi. Ya Allah syukur padaMu Tuhan. Aku ingatkan aku tiada peluang berjumpa Wafi lagi. Teringat lagi apabila Wafi memberitahu yang dia terpaksa pulang ke UK mengikut ayahnya. Luluh hati aku mengingati kisah itu semula. 

*****************************************

"Maafkan saya Wafi. Saya Rahim rakan sekerja Azlin. Menurut Azlin, dia lari dari Wafi sebab .....", tak sempat Rahim meneruskan Wafi terus memotong.

"Saya tahu. Mungkin alasan yang awak dengar tu dari sebelah pihak Azlin sahaja. Mungkin juga apa yang diberitahu oleh Azlin tidak benar. Saya tahu dia beritahu saya dera dia bukan? Awak percaya ke? Saya rasa awak mesti tahu keluarga mana tidak bertikam lidah. Maafkan saya Rahim buat awak semua risau. Saya rasa saya berhak bawa pulang isteri saya pulang", lembut sahaja tutur Wafi membuatkan Rahim hilang kata. Automatik Rahim merasakan Wafi dipihak benar. 

Melihat Azlin seperti terlalu merindui Wafi. Apabila Wafi memberitahu mereka sudah berkahwin, lagi teruk tangisan Azlin. Disebabkan Rahim mengelak untuk menyaksikan babak drama Azlin dan Wafi, Rahim meminta izin pulang.

"Terima kasih Rahim, kami akan pulang ke Malaysia secepat mungkin. Hal kos perubatan semua saya akan uruskan. Awak boleh pulang dahulu", berulang kali Wafi mengucapkan terima kasih. Rahim bertambah yakin dengan Wafi sehingga dia betul-betul yakin lepas tangan pada Wafi. 


*******************************************

"Wafi, macam mana kita jumpa dan boleh berkahwin?", melihat wajah Wafi kini cukup membuatkan segala kesakitan aku hilang. Semuga Allah tidak tarik nikmat ini sekali lagi. Jangan hilangkan Wafi lagi ya Allahhhh.

-bersambung-

Tiada ulasan: