Khamis, 16 Jun 2016

REPLAY 2003 - Part 7


"Pergi aku benci tengok muka kau!!! Keluar", mak maki hamun Wafi. Pelik, sebaik sahaja akad dilafazkan, Wafi hanya tunduk mendiamkan diri. Sepatah kata pun tidak terluah. Penat sudah menangis, aku terus masuk bilik dan tidur. Aku sudah tidak kisah apa yang akan berlaku. 

Pagi itu aku terjaga terkejut bila pintu bilik diketuk. Aku pantas bangun ingatkan mak menunggu di pintu. Rupanya Wafi. 

"Awak dah subuh? Boleh kita berbincang?", Wafi kelihatan kusut dengan matanya yang merah. Dia tidak tidur semalaman gamaknya. Tanpa menjawab soalannya, aku menutup semula pintu. Rasa takut nak menhadap orang saiko seperti Wafi. Terngiang-ngiang video di surau tu. Macam mana ada CCTV dalam surau itu? Sudah 3 tahun kerja disana, memang CCTV hanya di luar surau. Semuanya dah dirancang. Bergenang air mata sekali lagi teringat kejadian semalam. Hancur tanggapan baik aku pada Wafi 13 tahun lepas. Wafi yang lembut tuturnya dan sangat gentleman. Wafi yang sentiasa tersenyum dan innocent. 

"Azlin, buka pintu I nak cakap sekejap", nada Wafi berubah. Jika tadi seperti lembut sangat bersaya awak. Bila nama penuh aku disebut jelas, seperti tegasnya dia di pejabat. Aku takut tapi masih membatu.

"Azlin, buka pintu kalau tak I pecahkan", agak tinggi nada berbanding tadi terus membuatkan aku seram sejuk dan berlari membuka pintu. Wafi dengan muka ketat terus masuk dan duduk di kerusi meja solek menghadap aku duduk di katil,

"I tak nak paksa you buat apa-apa. I just minta maaf semua yang terjadi. I nak you beri peluang pada I. Memang... I tahu makan masa. Kalau you beri peluang pada I, kita boleh hidup macam suami isteri yang lain. I janji berubah", tanpa rasa segan Wafi meminta maaf dengan nada yang agak bersungguh.

"Senangnya awak lafaz akad nikah tanpa kerelaan saya semalam.. kini senangnya awak lafaz maaf dan beri peluang pada awak??", bergetar suara aku menahan dari menangis lagi.

"I'm really mean it. Sorry....sorrry.....sorrryy!!!" tetiba sahaja menjerit dan menangis. 

"But, I betul-betul sayangkan you Azlin. Sejak dulu lagi. Tapi sebab ayah..........", Wafi menangis teresak-esak. 

"Saya rasa awak ni gila Wafi. Saya sebenarnya takut dengan perangai pelik awak ni. Berubah-ubah! What? Semalam awak cakap nak balas dendam tapi sekarang confess sayang pulak?", memang betul sangkaan aku Wafi tak betul. 

"Betul..... I swear Azlin.... Maafkanlah I. I janji jadi suami yang baik and no eyes for another woman. I bukan macam ayah... Azlin. Kalau I pandang perempuan lain, I kena sambar petir Azlin. I swear!!!", Wafi merayu-rayu. Jika tadi dari marah, menangis kini dia merayu seperti dalam drama swasta pon ada. Berubah-ubah wataknya dalam masa yang singkat. Ada sesuatu yang pelik pada Wafi ni. 

"Saya nak solat, awak keluar! Buat la apa-apa pun kat luar tu. Mak tahu awak masuk bilik saya, dia akan mengamuk nanti", puas berpujuk macam anak kecil baru Wafi keluar dari bilik. Kenapa Wafi berperangai pelik macam ni sekali. Goyah juga jiwa melihat dia menangis tadi seperti betul-betul rasa bersalah. 

Pagi itu aku keluar dan mencari mak. Kelihatan mak juga sedih yang amat dengan hal semalam. Dia terbaring di sejadah membuatkan aku bertambah sebak. Aku memeluk mak sambil memujuknya bertenang. Aku persiapkan mak dan bercadang untuk menghantarnya semula ke rumah. Tanpa menunggu Wafi, aku terus memecut kereta meninggalkan Wafi di rumah aku. Pandai-pandailah dia. 

Setibanya aku di halaman rumah mak, kelihatan Pakcik Alias menunggu di kaki tangga. Kami bertentang muka namun dua-dua membisu. Dia terus memapah mak masuk ke rumah. 

"Kamu balik.... pergilah pada Wafi.... mak kamu ni pakcik boleh jagakan. Jangan risau", ayat Pakcik Alias membuatkan aku rasa menyampah.

"Tak payah susah-susah. Ni mak saya. Pakcik pergi balik tak payah datang lagi. Pakcik yang perlu jaga Wafi tu. Dia tu gila. Mental. Pergi berubat dengan dia dengan pakcik sekali pergi berubat. Saya betul-betul kecewa dengan Pakcik, Sampai hati buat saya macam ni", tanpa memandang Pakcik Alias aku terus menutup pintu rumah. 

***********************************************

"Azlin, saya minta maaf bagi pihak famili saya dan dengan apa yang dah jadi. Akak merayu pada Azlin untuk jumpa dengan Wafi. Seminggu dia tak nak makan, menangis-nangis dia nak jumpa Azlin", Roslina yang merupakan boss aku kini menjadi kakak ipar aku. Roslina menceritakan dari awal kenapa Wafi bertindak sebegitu. Dia menceritakan, Wafi mungkin trauma akibat dari kes penderaan ibunya dahulu. Sejak dari itu Wafi jarang bercakap, tiada kawan dan sering dibuli di sekolah dahulu. Pernah beberapa kali Wafi dimasukkan ke hospital dan menjalani rawatan kaunseling psikologi. Ingatkan Wafi semakin sihat setelah memasuki kolej kerana tiada langsung simptom stress yang teramat ditunjukkan oleh Wafi. Ternyata setelah ibu meninggal Wafi kembali sihat, Kini sentiasa senyum dan dia mempunyai ramai kawan. 

"Akak betul-betul tak sangka Wafi begitu. Tak sangka sungguh dia bertindak agresif malam itu. Akak mati-mati percaya dengan cerita dia. Sebabnya dia pernah tunjuk gambar kamu berganbar dengannya waktu sekolah dahulu. Akak izinkan dia ambil alih tugasan akak dengan harapan dapat satukan kamu berdua", setelah dipujuk oleh Kak Ros, aku pulang ke rumah. Kak Ros sudah menunggu di hadapan pintu. Berat langkah aku menuju ke rumah aku sendiri. Kenapa Wafi tak pulang rumahnya? Kenapa dia masih di sini. 

"Azlin...................", sebaik sahaja aku membuka pintu Wafi dengan lemah bangun memeluk aku. Aku terus menepis dan mengelak dari dekat dengan Wafi.

"Awak kenapa? Awak ingat awak mogok macam ni saya termakan pujuk? Awak ingat kalau awak ugut nak bunuh diri saya boleh termakan dengan ugutan awak ni. Jangan tambah benci saya pada awak Wafi. Better awak keluar dari rumah ni atau saya keluar".

"Saya datang ambil barang saya", Wafi kelihatan tidak bermaya untuk berbalah dengan aku. Secepat mungkin aku mengemas pakaian dan tergesa-gesa mencari Kak Ros.

"Akak, saya minta maaf tapi saya tak boleh tengok Wafi macam ni. Bagilah saya masa", Kak Ros juga terkedu melihat aku pergi tanpa menunggu Wafi.

*******************************************

Dengan bantuan Yan, aku dapat kerja di Kuala Lumpur dan mempunyai boss, rakan sekerja yang sangat memahami. Sejak dari hari itu, aku tidak berani untuk balik ke Johor. Hanya mak dan Pakcik Alias ulang alik melawat aku. Kalau ikutkan hati aku memang tidak suka dengan kehadiran Pakcik Alias namun apa daya aku untuk memutuskan pertalian antara mak dan Pakcik Alias. Kini mereka berbesan dan makin lama mak pun sudah selesa menyebut nama Wafi tapi bukan aku. Aku masih tidak bersedia buka hati untuk Wafi.

Pernah sekali aku ditemani Yan ke pejabat agama untuk permohonan tuntutan fasakh kerana aku memang tekad tidak mahu bersama Wafi lagi namun keadaan bertukar menjadi tragedi Wafi mengugut untuk membunuh diri. Ulang-alik juga aku ke hospital melawat Wafi yang koma beberapa hari. Roslina dan Pakcik Alias merayu-rayu agar aku mempertimbangkan tuntutan fasakh sehingga Wafi benar-benar sihat. Atas dasar timbang rasa, aku menarik balik permohonan tersebut.

Aku tak pernah sangka Wafi terlalu tekanan sampai begitu sekali. Nasib baik dia tak pernah ganggu aku di KL. Dia hanya beberapa kali menghubungi aku untuk berjumpa.

"Saya masih suami awak Azlin, lembutkanlah hati awak sikit untuk saya. Berilah saya peluang Azlin. Saya betul-betul merayu pada awak", begitulah rayuan Wafi. Susah aku nak pujuk hati bila teringat peristiwa memalukan itu. Teringat tentang rakaman CCTV, teringat tengkingan Wafi bergaduh dengan Pakcik Alias di balai. Ya Allah malunya Tuhan sahaja tahu.

Roslina juga tidak putus memujuk agar aku beri peluang. Dia memujuk agar aku dapat bantu agar Wafi sihat seperti dahulu.

"Azlin kena faham, dia dulu ada masalah dengan ibu. Akak sendiri saksi dia penuh tersiksa masa itu. Akak akan salahkan diri akak seumur hidup kalau Wafi terus begini. Akak merayu sungguh pada Azlin tolonglah beri peluang".

Kadang-kadang saat hati aku ingin memberi peluang pada Wafi, tiap kali itu juga Wafi menunjukkan perangai yang bukan-bukan. Menurut Roslina, Wafi pernah berjumpa dengan pakar psikologi namun doktor menyatakan Wafi hanya stress biasa. Keadaan ini membuatkan aku bertambah was-was pada Wafi. Aku yakin dia sakit!

*************************************************

Sudah beberapa malam aku kerap mimpi Wafi datang dengan wajahnya yang tenang. Dalam mimpi itu dia beberapa kali memujuk aku kembali padanya. Esoknya aku akan berangkat ke Jakarta. Paksa punya paksa untuk tidur semula akhinya melihat jam sudah pukul 4.30 pagi. Bangun dan solat tahajud. Dalam sujud itu tidak semena-mena aku terkenangkan Wafi dan menangis. Jauh sudut hati aku ingin berjumpa dengan Wafi. Kini aku terasa amat kejam membiarkan Wafi sendirian menanggung sakit dan tertekan. Kejamnya aku......

Waktu untuk berlepas pukul 11 pagi, namun aku sengaja gerak awal ke KLIA. Aku bergerak sendirian tanpa menunggu Rahim. Berjalan punya berjalan tetiba aku melihat satu susuk tubuh kelihatan seperti Wafi. Aku menafikan. Mungkin aku merindui Wafi. Tidak semena-mena dadaku rasa sebak mengenang Wafi. Aku berniat untuk berjumpa Wafi selepas pulang dari Jakarta.

Aku akui, memang tiada lelaki lain selain Wafi. Puas sudah aku membenci, namun aku tak dapat elak rasa yang masih berbaki sejak 14 tahun lepas. 

-bersambung-

3 ulasan:

amie falah berkata...

Tergantung ke citer....uwaaa

Siti Nadey berkata...

alamak sorry

Tanpa Nama berkata...

xde sambungan dah ke? T_T