Selasa, 21 Mei 2013

CTOS tu HAPE??? NAMA BLACKLIST DARI BANK???


Ini info penting bagi rakan-rakan seumur saya. Seharam kejadah aku tak pernah tahu CTOS ni hape, ko habis je belajar, pergi cari kerja dan berniat untuk beli rumah atau kereta.

Tibe-tibe dapat call dari dealer, "Nadirah, nama awak disenarai hitam dalam CTOS. Awak ada buat pinjaman dari mana2 bank, kad credit ke....ataupon ada pembelian kereta family menggunakan nama awak?"

CUAK GILA BABI WEHHHH, sebab sebelum ni aku hanya berhutang dengan PTPTN itupon aku tak pernah tak bayar. Aku dah risau sampai kerja kat opis aku abaikan. Aku tepon semua kawan-kawan dan ada juga tanya di Facebook. Ramai kawan mengatakan PTPTN takde kene mengena hal ni.Nasib baik pihak bank dan dealer sudah beritahu mereka akan tolong aku bersihkan nama aku daripada disenarai hitam dari CTOS....tapi dealer tu tak terangkan aku dapat CTOS tu dari mane...just dia kata tunggu loan settle je.

Sampai sekarang aku blur, CTOS mane kan....aku pikir, saman AES yang aku tak bayar tu ke??? HAHHHAHAH 

ok CTOS atau organisasi seumpamanya adalah....
satu badan organisasi yang mengumpul maklumat senarai peminjam yang gagal melunaskan hutang dari bank peminjam, dengan kata lain senarai hitam orang yang dibenci oleh bank sebab tak reti2 nak bayar hutang berturut2 12 bulan selamat berapa tahun mereka janji untuk membayar. Maka bila orang yang dibenci oleh bank A, tidak akan boleh pinjam duit dari mana2 bank di Malaysia ni....OVERSEA aku tak tahu.

Biasanya, bank akan memberitahu dahulu kepada peminjam jika dia tidak berjaya membayar hutang dalam masa yang dijanjikan, namanya akan terus diserap dalam CTOS atau sebagainya. Biasanya pemilik kad kredit tahu berkenaan CTOS, jika mereka lewat membayar mereka akan terus disenarai hitam....Jika nak bersihkan nama, sila rujuk 

Yang aku baca dari forum-forum mereka hendaklah pergi ke pejabat CTOS dan bersihkan nama dengan membayar semua hutang dan proses pembersihan lebih kurang 3 hari namun itu ia boleh lanjut selama 6 bulan untuk kita boleh membuat pinjaman baru pada bank2 di Malaysia.

Kepada kawan2, sila cek dengan detail jangan jadi macam aku blur dan dealer aku tolong uruskan. Kadang-kadang ada orang berniat jahat boleh tipu kite dengan banyak cara. Zaman sekarang kan.....semua bijak pandai maka kita kene jadi rakyat yang pandai agar tidak ditipu mana2 pihak yang tidak bertanggungjawab. Sila cek dengan detail maklumat sebegini sebelum membayar apa-apa statement. Jika betul salah kita tidak membayar wang maka bersihkan nama cepat2 agar kita mati bukan dalam keadaan berhutang. Tenang malam2 nak tidur kan..... 

Sebab tu dari aku lahir ayah aku didik aku supaya jangan berhutang. Alhamdulillah, ayah aku kata dengan bangga....kamu semua ayah bela tanpa hutang bank....kad kredit..... Maka aku akan dengar cakap ayah aku.....aku tak kan pakai kad kredit...hutang dengan ayah je lah hahahahhah..in shaa Allah.... kerja keras dan setelkan hutang secepat mungkin....

Tapi bagi aku bergantung juga, ada orang pandai manage hidup dia.....dia tak boros macam aku...maka die boleh pakai kad kredit. Aku memang sah tak boleh BAHAYA!!!!!!!


13 ulasan:

ain zulkarnaind berkata...

hehehe rilekssss jgn gelabah

Unknown berkata...

baik yong!

Unknown berkata...

kalau ada hutna gn wifi p1 nama bole blaclist juga x?

Unknown berkata...

as salam.. kalau ada hutang gn wifi p1 nama bole blacklist juga x?

Unknown berkata...

@nara zehra

Saya tak pasti tu, tp kawan saya bagitau, even mende kecik pon boleh disenarai hitamkan oleh bank.

Contoh pembelian barangan Hap Seng...barang elektronik tu, kalau kita tak bayar ataupun pulangkan barangan tupon boleh disenarai hitam.

Tapi setahu saya, kwn sy yang kene tipu untuk wifi celcom ke maxis ke....dia hanya disenaraihitam oleh celcom/maxis je...kene byr denda untuk certain amount dlm agreement

Tanpa Nama berkata...

Mcmna nak tau yg kita tu blist

Unknown berkata...

boleh call bank atau call memane agent CTOS. Masalahnye bukan CTOS je jenis yg boleh blacklist kita. Ade beberapa company lg. Nak cepat boleh call bank la. Sebab haritu dan2 sy nk apply loan kereta kan.

sorry not much info for u. hee

Tanpa Nama berkata...

Salam. Nma sya blaclist tpi loan semua sya dah clear but still blaclist lagi. Mcm mna nak kasi clear sbb sya nak buat loan kereta tak lepas sbb nma blaclist.

Unknown berkata...

salam

macam haritu sy call pihak bank, nama sy di blacklist oleh syarikat ape...tapi pihak bank sendiri dah clearkan nama sy tu.

Kawan sy pula ada yang pergi ke syarikat tertentu dan membuat pembayaran

CTOS DATA SYSTEMS SDN BHD (247651H)
Unit A-8-4, 8th floor Megan Avenue 1,
No.189 Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
Call Us
Tel: 03-2770 8833 Fax: 03-2770 8664


Read more: http://agendasemasa.com/semakan-ctos-online#ixzz2l3t1m8tN

Masa sy nk beli kereta haritu, CIMB bank sendiri bantu sy clearkan nama.

Unknown berkata...

Salam,
Saya sekadar nak berkongsi pengalaman dan pengetahuan... saya pernah sangkut bayar kad kredit beberapa tahun lepas tapi alhamdulillah dah buat full settlement sebanyak RM4K.. asalnya saya kena bayar hampir RM12K tapi bank bersetuju untuk kurangkan bayaran kepada RM7K, tapi saya cuba memohon untuk mengurangkan bayaran kepada RM4K dengan menghantar surat untuk pengurangan bayaran penuh.. Alhamdulillah pihak bank bersetuju... so sy bayar secara lump sum RM4K pada April 2013... tapi bila buat self-checking dekat application CTOS kat hp Android ni masih lagi ada rekod hutang dengan bank tu.. so baru tadi je saya call terus pihak CTOS untuk update maklumat yg mengesahkan saya dah buat full settlement... so kena tunggu dalam 3-4 hari bekerja utk clear nama di CTOS... kalau nak harapkan bank tu clearkan nama dekat CTOS mmg tidak la sebab CTOS akan kenakan charge utk keluarkan nama org yg meminjam dengan bank tu dari rekod... sebab tu better kita sendiri yang clear kan nama... utk clear nama pihak CTOS nak 4 maklumat iaitu NAMA PENUH, NOMBOR I/C, ALAMAT TERKINI dan NOMBOR TELEFON...

lagi satu saya dengar kalau kita dah buat full settlement dan nak buat loan baru, boleh serahkan sekali surat pelepasan tu walaupun nama masih ada di CTOS... tapi depends pada bank juga utk luluskan permohonan kita tu...

Unknown berkata...

@azuan

Salam...
Wahhhhh.....dapat diskaun bayar lump sum tu terbaik....seyes ni??? Encik ade dapat surat sokongan ke nak setel full loan tu? macam pelik je dpt diskaun sebanyak 5k

Betul, kita kene update sendiri dengan CTOS. Sebab kalau nak tunggu dorg clear nama kite memang plg lewat 6 bulan. Sebab kemaskini data...kalau nk cepat kita call CTOS atau call bank mintak die cek untuk kita

Thanks encik sbb kongsi pengalaman

Unknown berkata...

P1 mmg akan senaraikan nama pehutang yg dah di blacklist ke dalam CTOS.
Sy pun dah terkena, ingat akaun P1 dah tutup, rupa-rupanya masih berjalan walaupun dah lama tak pakai.

jeffmack berkata...

Maklumat berguna...#Tq sharing