Sabtu, 21 Februari 2015

SI BISU I LOVE U. PART 1


“ Kenapa korang tak nak satu group dengan aku ha?”, aku tak puas hati. Banyak kali aku kena pulau dengan budak perempuan kelas aku. Sebenarnya dorang tak penting dalam hidup aku tapi assignment ini perlukan kerjasama berkumpulan. 

“ Sebab kami malulah kawan dengan perempuan yang bajet "Hipster" macam kau. Baju kau … pelik, buruk, tak bersolek, kasut? Urrghhhh hodoh. Mungkin kau gemuk susah dapat baju cantik kan…. Kalau kau geng dengan kami, jatuhlah saham. Kami tak nak nasib kami macam kau. L-O-S-E-R”, tempelak Katrina yang bagi aku dia yang hodoh sebenarnya. Sambil bercakap kunyah chewing gum. Bodoh dan hodoh. Itu je gelaran yang layak untuk kau.

"Katrina.. serius aku tak faham macam mana kau boleh masuk universiti ni... sebab alasan kau tak nak group dengan aku macam budak tadika. Tak logik... tak pe lah. Aku tak perlukan orang macam kau", ya.. aku tak perlukan orang bodoh macam Katrina dan yang lain. 

Masalah ni. Seramai 9 orang pelajar Malaysia di Birkbeck, University of London ni. 6 orang perempuan termasuk aku dan 3 orang lelaki. Baik perempuan dan lelaki, semua abaikan aku. Dah dua task, aku buat sendirian. Tiada kumpulan. Kumpulan lelaki? Aku malu. Itu masalahnya. Tapi projek kali ni memang gila untuk buat seorang.

Setelah dimaki oleh Katrina dan gengnya. Aku keluar dan ponteng kelas. Terus ke dewan latihan bola tampar. Aku tak reti main tapi dari dulu aku suka tengok orang main bola tampar. Mungkin aku tidak ada bakat itu. Cukuplah hanya mencuci mata untuk tenangkan hati.  

“Adui… susah la assignment kali ni. Dah la kena buat survey untuk 100 orang dan aku ada masa 3 hari. Aku tiada pilihan lain, aku perlu juga tanya kumpulan lelaki. Sedihnya Nadirah….sabar ya”, bebel aku sorang-sorang sambil mengeluarkan kertas-kertas dan tali earphone. Aku buka lagu paling kuat. Sekali-sekala aku menjeling pada pemain-pemain bola tampar. Hari ini kurang orang. Aku mengira jumlah pemain. 

"Eh mana Qai....." DUSHHH!!

Tiba-tiba kepala aku berpinar. Aku terus menunduk mengerang kesakitan. Blur.
“Aihhh malang betul harini, kena maki dengan orang sekarang bola pon benci aku”. Aku terdengar gelak tawa dari pemain bola tampar, mereka tersalah sasaran ter‘spike’ bola terkena aku.
Seorang lelaki datang menyentuh bahu aku. Berang aku sebab lelaki itu tak tanya pun aku okay atau tidak.

“Sakit tau!!!!!!!!!!”, naik suara pada lelaki tersebut. Tiba-tiba aku terdiam.
Lelaki itu hanya membuat signal tangan ‘maaf’, dia ambil bola dan terus sambung bermain. Lama kemudian, baru aku sedar lelaki ini dari Malaysia. Nama dia Qairil. Dia satu batch dengan aku, tetapi dia tak pernah tegur aku. Dua pelajar lelaki yang lain, Ben dan Zaki pernah jugalah menegur aku. Tapi aku tak tahu nak borak apa. Aku malu, rasa pelik bila nak berborak lagi-lagi dengan lelaki. Mereka pun kelihatan tak selesa berborak dengan aku. Mungkin inilah masalah perangai aku. Perangai malu aku tak bertempat... aku tiada siapa nak kawan dengan aku. Bila aku bercakap dengan lelaki, tangan aku berpeluh, percakapan terus jadi gagap, pandangan aku hanya ke bawah. Berdebar bila bertentangan mata lagi-lagi lelaki yang sama umur dengan aku. Mungkin dengan perlakuan sebegitu mereka gelarkan aku skema, weirdo!. Dalam hidup aku, aku tak pernah berkawan dengan lelaki. Kawan baik aku pun Fifi di Malaysia. Disini aku sendirian.

Disebabkan aku tak berani bergaduh dengan siapa pun, lagi-lagi dengan Qairil. Aku hanya diamkan diri walaupun kepala masih sakit. Aku kemas bag dan bertukar tempat yang lebih tinggi supaya jauh dari gelanggang bola tampar.

Dari pagi sehingga lewat petang. Aku tak sedar masa berlalu, fokus siapkan assignment. Tiba-tiba lampu dewan di tutup. Gelap! Menggelabah aku kemaskan barang dan berbekalkan lampu dari telefon bimbit aku mencari pintu keluar.
Kunci pula!!!

 Terjerit-jerit aku panggil orang bukakan pintu. Akhirnya aku terduduk dan menangis. Sadis. Lagi kuat tangisan aku bila dengar macam-macam. Dah la dewan ni terkenal dengan macam-macam cerita hantu. Bergema dewan dengan tangisan aku.

Tidak lama aku menangis dan meraung, tiba-tiba pintu dewan dibuka. Aku terus bangun dan meluru keluar. Gedebuk aku jatuh. Tetiba rasa suam dan selesa. Rupanya aku rempuh manusia. Malanglah orang yang kena hempap dengan gajah macam aku. Sempat lagi aku menghidu bau badan mangsa rempuhan. Wanginya…. Terkejut apabila aku ditolak kasar. Baru aku sedar. Mangsa rempuhan itu adalah Qairil. Mukanya mencuka, menahan sakit gamaknya.

“Awak ok?? “, aku tanya beberapa kali tapi tiada respon. Tak berani bertentang mata. Malu. Aku dah tersentuh lelaki!!! Malunya! Mana nak sorok muka. Tapi rasa bersalah yang amat. Aku beranikan diri bertentangan mata dengan Qairil. Dia mengurut dadanya, kelihatan seperti senak akibat dihempap tadi. Apa perlu aku lakukan sekarang?

“Awak ok??, saya minta maaf. Awak boleh bangun? Saya papah!”, aku beranikan diri untuk menarik tangan Qairil untuk bangun. Tetapi dengan pantas tangan aku ditepis.

“Awak ok ke? Awak ni bisu ke? Jawab la soalan saya. Ye!!! Saya minta maaf saya dah langgar awak. Tak boleh ke beri respon? Tak ada adab? Kita je orang Melayu kat sini...”, aku tak sangka ayat-ayat tu keluar dari mulut aku. Serius. Ini betul-betul kesilapan besar. Tak lama kemudian, Qairil menjeling dan meninggalkan aku. Aku tak puas hati. Aku membontoti Qairil.

“Awak….. awak…..  tunggu!!!!”, aku berlari dan menarik lengan Qairil.
Qairil berhenti membuat isyarat tangan yang aku tak faham maksud dia. Kenapa dia tak bersuara ni? Dia bisu? Sekali lagi Qairil merengus malas untuk terangkan pada aku yang masih blur. Qairil teruskan berjalan hiraukan aku. Sekali lagi aku mengejar ……

Dan …. Aku terpeluk Qairil.

Tiba-tiba, dua-dua kaku. Aku lepaskan pelukan. Tangan aku masih memegang baju Qairil. Aku perlu terangkan pada dia. Aku bersalah.

“Saya tak tahu awak ….bisu. Maafkan saya”, lembut.
Qairil membuka zip bag aku dan keluarkan buku dan pen.

-Saya maafkan. Boleh lepaskan saya?-

Terus aku lepaskan baju Qairil, Terkebil-kebil aku, Qairil meninggalkan aku. Qairil seperti lelaki yang dingin. Sukar bawa berbincang. Mungkin sebab dia bisu, sukar untuk dia berkomunikasi?. Tak sangka dia salah seorang pelajar OKU di universiti ini. 

Lama aku perhatikan Qairil. Kacak, tinggi, kening lebat macam kacukan pula. Tersentak berangan apabila aku terdengar bunyi kuat dari arah dewan. Berderau darah terus membontoti Qairil sehingga keluar dari kawasan dewan. Sempat aku memerhati badan Qairil dari belakang seperti model. Kacaknya!!!!

“Qairil!!!!! Terima kasih!!!”, aku jerit dan melambai-lambai. Qairil menoleh dan berlalu. Tak sangka aku seberani ini. Aku tak pernah berbual-bual dengan lelaki, apatah lagi sentuh lelaki? Mungkin kerana dalam famili hanya ayah sahaja lelaki dalam keluarga itupun arwah meninggal semasa aku berumur 5 tahun. Tindakan aku hari ini, bercakap, menyentuh dan bertentangan mata dengan lelaki seperti Qairil adalah perkara yang sangat luar biasa. Mana datang keberanian aku tadi? Mungkin aku disampuk. Senyuman meleret.


“Qairil handsome!!!!”, aku sebut dan gelak seorang diri. 



-Bersambung-

2 ulasan:

Sab Buenoo berkata...

Lama tak update. How's ur life sis? :)

Unknown berkata...

@sabirah

alhamdulillahh

biaselah makin tua makin bz... kihkih