Rabu, 4 Disember 2013

UNSOLVED MYSTERIOUS CASES

Ok fakta tentang diri aku, iaitu suka baca, tengok cerita hantu pastu aku yang takut sendiri.
Sekian

Antara yang paling best baca UNSOLVED CASES iaitu dalam bahasa melayu Kes Yang Tak Selesai. Rasanya kalau aku jadi wartawan, aku korek unsolved kat Bukit Aman sure banyak kes misteri kan. Mungkin pas ni aku baca kes unsolved Malaysia pulak. Tapi biasanya kes Malaysia banyak pembunuh je. 

1. Bermuda Triangle
Segi Tiga Bermuda, juga dikenali sebagai Segi Tiga Syaitan ("Devil"), merupakan kawasan di barat laut Lautan Atlantik di mana sejumlah kapal terbang dan kapal telah hilang. Pastu ada yang aku tengok artikel ada mengatakan Segitiga Bermuda ni pintu Dajjal, ada yang buat kajian medan magnet yang terlalu tinggi, ada yang kata pusaran pusat bumi tu yang ada tersedut tu. Banyak saintis buat kajian tapi takde kajian yang berjaya setakat ini.

2. Rumah Hantu The Amityville

Penah tengok filem horror Amityville House? Dalam catatan lama aku DISINI banyak kes rumah berhantu atau real story dijadikan movie. Kisah rumah berhantu itu berlaku pada tahun 1975 ketika pasangan suami isteri pindah ke sebuah rumah di Amityville, New York. Pasangan baru pindah ini tidak tahu bahawa rumah itu pada 13 tahun sebelumnya pernah terjadi peristiwa mengerikan. Anak lelaki pemilik rumah telah menembak mati semua keluarganya yang berjumlah enam orang. Semasa ditangkap, dia mengaku, membunuh kerana arahan suara yang bermain-main di kepalanya.

Tapi anehnya, keenam korban di temui di tempat tidur mereka. Mereka nampak tidur seperti biasa, tidak ada tanda bahawa mereka sebelumnya minum ubat penenang. Ini memang menjadi misteri yang aneh. Sementara pelaku Ronald DeFeo disumbatkan ke penjara di New York dan terpenjara di sana sehingga mati. 


Berbalik kepada keluarga baru pindah ke rumah horror itu. Selama 28 hari di sana, banyak kejadian misteri dan mengerikan dialami pasangan ini. Bukan hanya bau busuk yg tiba-tiba datang, atau suara ketukan yang bising, tapi juga serangan fizikal yang tidak diketahui siapa pelakunya.
Tapi bukan rumah ni je berhantu dan misteri, ada banyak lagi tapi rumah ni femes sebab difilemkan. Tu je. Belum aku bukak pasai pembunuh misteri. Sampai sekarang polis tak jumpe suspek. Haaa lagi misteri

3. Misteri Kematian Mary Reeser

Ok ni banyak version yang aku baca, ada yang kata ini upcara voodoo, mungkin bomoh tu kene serangan jantung mase buat voodoo tu yang separuh jalan tu. Ini kejadian luar biasa yang sehingga kini tidak boleh dijelaskan oleh akal normal. Mary Reeser, ditemui hampir seluruh badannya hangus dijilat api di rumahnya di Florida pada 1951. Tapi anehnya, walaupun seluruh tubuhnya rentung, kaki kirinya tidak dijilat api dan normal tanpa cacat sedikitpun. Ini tentu sangat mustahil. Lebih aneh lagi, seolah-olah api hanya mensasarkan tubuh Mary Reseer saja. Kerana ruangan di sekitarnya tempat dia ditemui, sama sekali tidak terbakar. Padahal dianggarkan suhu api begitu tinggi sama dengan kremasi mayat, dan sepatutnya menyambar ke seluruh ruangan bukan hanya tubuh wanita itu.

FBI telah datang untuk melakukan penyelidikan, forensik pun ikut ambil bahagian dalam siasatan itu, tapi tidak boleh memberi jawapan kenapa boleh terjadi demikian. “Saya merasa sukar percaya hal ini. Tubuh manusia yang terbakar dengan suhu tinggi, boleh hanya tinggal kaki yang normal tak terbakar sedikitpun". Memula aku ingat artis weh kene bunuh macam ni tapi aku lupe aku baca kat mana. Mungkin aku tersilap dengan kes Black Dahlia. Haaaa


4. Misteri Pembunuhan Black Dahlia

 Aku censored apa yang patot maaf la kalau gambar ni 32 SX

Nama sebenar dia ialah Elizabeth Short lahir tanggal 29 Juli 1924 di Hydepark, Massachusetts. Beth yang masih muda kemudian pindah ke Hollywod untuk mengejar karir di bidang perfilman. Hollywood ni kalau nak pofuler kene la jadi macam jalang. Dengan kecantikan Beth ramai yang tergode sampai dia digelar Black Dahlia sebab die suka pakai baju hitam. Rasanya bile pakai baju hitam dia nampak lebih anggun gituw. So bile cantik, ramai peminat dan dia jugak melayan semua. Mestilah ada orang jeles, dengki maka Dahlia dibunuh kejam. Mulut die macam kene toreh sampai ke pipi 5cm macam Joker. Pastu badan berpisah dengan kaki. Pastu dia susun mayat tu kat tepi jalan, elok terkangkang, pada peha ada kesan torehan abjad "BD". FBI gagal temui sebarang bukti sebab mayat ni dah dicuci sebelum dibuang. Mungkin pembunuh tu pon dah mati.


FBI juga temui surat berupa ugutan. Soram den

5. Misteri Zana ‘Manusia Purba’
Kwitt anak bongsu Zana 
Kejadian aneh ini terjadi pada abad pertengahan, sekitar abad 18. Ochamchir, seorang pemburu di wilayah Georgia ketika itu masih berada dalam Kesatuan Soviet. Pemburu ini menangkap seorang perempuan liar di mana lengan, kaki dan jari ditutupi rambut tebal. Perempuan aneh ini diberi nama Zana. Memandangkan liarnya, untuk menenangkannya pada awalnya dia terpaksa dikurung selama bertahun-tahun dengan makanan yang dilemparkan kepadanya. Setelah ia tenang, barulah Zana dibebaskan dan diajar mengerjakan perkara-perkara ringan. Seperti menggiling jagung, dll. So dikahwinkan Zana dengan lelaki biasa, bukan seorang je suami dia...ramai. Beranak uolls

Uniknya, Zana memiliki daya tahan tubuh yang tinggi lebih dari manusia biasa. Dia tahan pada cuaca sejuk luar biasa, namun dia tidak tahan pada udara panas dalam ruangan. Dia sangat suka makan buah anggur dan tanaman menjalar. Dia banyak minum dan boleh tidur berjam-jam. Yang anehnya, dia boleh memiliki banyak anak dengan ayah yang berbeza-beza. Tapi kebanyakan anak-anaknya mati kerana Zana memandikan mereka di sungai sejuk yang hampir beku. Penduduk kampung khuatir dengan sifat aneh Zana, dan mereka pun mengambil anak-anaknya menjauhi ibunya. Anak bongsu Zana 

Anak-anak Zana tidak seperti ibunya, mereka membesar seperti manusia biasa dan mereka juga telah dijadikan anak angkat oleh beberapa penduduk desa. Zana meninggal dunia di kampung itu tahun 1890 dan anak bungsunya meninggal 1954. Kisah ini merupakan hasil pengkajian Professor Porchnev yang menemuramah orang-orang tua di kampung itu. Zana juga memiliki banyak cucu. Mereka berkulit gelap.

Salah seorangnya adalah Shalikula, ia memiliki gigi yang kuat sehingga ia dapat mengangkat sebuah kursi dengan seorang lelaki duduk di atasnya. Pengkajian tentang Zana menghasilkan dugaan bahawa wanita aneh itu merupakan bentuk evolusi manusia yang belum sepenuhnya berubah menjadi manusia moden.


So kesimpulan aku rasa orang salah anggap Zana ni lah BIGFOOT
Silap daaaa

6. Misteri Wanita Penyebar Gas


The Mad Gasser dari Mattoon adalah nama yang diberikan kepada orang berada di balik serangkaian serangan gas yang terjadi di Botetourt County, Virginia, pada awal tahun 1930an, dan di Mattoon, Illinois, pada pertengahan tahun 1940-an. Kejadian pertama terjadi di rumah Cal Huffman, di Haymakertown, Botetourt County, di mana terdapat tiga serangan dilaporkan selama satu malam. Sekitar 10:00 pada 22 Desember 1933, Ibu Huffman melaporkan bau bau yang tidak biasa, dan dengan menyebabkan rasa mual. Bau yang mual dan kembali lagi sekitar 10:30, Cal Huffman kemudian menghubungi polis.

Ketiga serangan terjadi sekitar 1:00, pada masa itu serangan gas memenuhi seluruh rumah. Lapan anggota keluarga Huffman telah mati bersama dengan Ashby Henderson, seorang tetamu yang juga tinggal di rumah itu. Berikutnya yang tercatat di Cloverdale insiden terjadi pada 24 Desember. Clarence Hall, isterinya, dan dua anak-anak mereka baru pulang dari gereja 9:00 Mereka pun lemas. Polis menyiasat kawasan ini, menemui paku yang diambil dari belakang jendela, di mana bau gas sangat kuat. Diduga, lubang itu digunakan untuk memasukkan gas ke dalam rumah itu.

Kejadian ketiga pada 27 Desember, di mana penduduk Troutville, A. Kelly dan ibunya dilaporkan mengalami keadaan yang sama seperti tempat Huffman dan Hall. Insiden keempat dan kelima terjadi pada 10 Januari, ketika Mrs Moore, seorang tetamu di rumah penduduk Haymakertown Homer Hylton melaporkan mendengar suara di luar, sebelum gas dimasukkan ke rumah mereka melalui jendela yang rosak. Kedua serangan malam yang dilaporkan dalam Troutville, di rumah Kinzie G.

Terdapat juga 10 tempat lain yang dilaporkan di Botetourt dan dalam 10 tahun kemudian, lebih dari 20 tempat baru dilaporkan di Mattoon. Salah seorang saksi mengatakan, dia melihat pelaku penyebar gas itu adalah seperti seorang wanita bertubuh tinggi kurus, berpakaian seperti seorang lelaki namun tapak kakinya milik seorang perempuan. Ok ni memang saiko

7. Misteri Lampu Hantu di Bridgewater Triangle

Tadi Bermuda Triangle lain...ni Bridgewater Triangle merupakan wilayah sekitar 200 mil persegi (520 km2) di tenggara Massachusetts, Amerika Serikat. Sejak masa penjajah, daerah itu dikenali sebagai daerah yang mempunyai banyak misteri yang sukar dijelaskan. Berbagai laporan tentang daerah itu sempat dicatat di antaranya tentang fenomena Poltergeists dan orbs, bola api yang tiba tiba jatuh di sana dan juga fenomena hantu. Berita yang beredar tentang nampaknya ‘bigfoot’, ular raksasa, burung raksasa, serta ditemui banyak sisa sisa binatang ternak, dll. Polis dan wartawan telah berusaha mengungkap kejadian-kejadian aneh di sana.

Kawasan itu menjadi sangat misteri dan tak didekati sehingga dipanggil Hockomock Swamp, yang berarti ” jiwa dwell”, atau penduduk setempat menyebutnya sebagai “The Devil’s Swamp”. Salah satu fenomena yang terkenal terjadi di daerah itu adalah munculnya cahaya berkelap-kelip dari rawa-rawa di sekitar situ. Orang menyebut kelip kelip itu sebagai lampu hantu yang biasanya terlihat di daerah berawa. Fenomena lampu hantu itu terus muncul di sekitar Bridgewater Triangle. Lampu aneh itu juga muncul setiap Januari di sekitar rel keretapi yang melintasi daerah itu.

8. The Clapham Wood Mystery

The Clapham Wood Mystery adalah nama yang diberikan terkait dengan peristiwa-peristiwa aneh yang terjadi di Clapham Wood, West Sussex, Inggeris. Peristiwa-peristiwa itu merupakan laporan dari warga setempat yang mengalami fenomena aneh itu. Misalnya, binatang peliharaan keluarga yang hilang secara tiba-tiba atau orang yang tiba-tiba meninggal tanpa sebab. Sejak 1960 dilaporkan di kawasan itu sempat terlihat adanya benda terbang aneh (UFO?), juga masyarakat yang tiba tiba merasa suatu yang aneh dan ghaib.

Jalur yang dilaporkan misteri adalah jalur menuju hutan. Dari hasil kajian diperoleh bahawa daerah itu memiliki tahap radiasi tinggi. Laporan ini mengejutkan, kerana daerah tersebut merupakan daerah batu kapur yang biasanya rendah radiasi. Dalam foto, pada awalnya masih kelihatan pokok-pokok tinggi dan besar. Namun akibat ‘depresi’ pokok-pokok itu mati. Kini sangat sukar mencari pokok pohon besar di sana. Dilaporkan ada empat kematian misteri berhampiran hutan. Pertama Jun 1972 dimana seorang polis, Peter Goldsmith hilang semasa hiking di daerah itu. Mayatnya telah ditemui 6 bulan kemudian.

Kematian yang kedua adalah dari Leon Foster, mayat yang telah ditemui pada Ogos 1975, setelah 3 bulan hilang. Yang ketiga adalah kematian dari Reverend Harry Neil Snelling, mantan wakil dari Clapham. Dia menghilang pada Oktober 1978 dan mayatnya tidak ditemui sehingga 3 tahun kemudian. Kejadian di Clapham ini hingga kini tak dapat dijelaskan. 

9. Misteri Rumah Hantu Summerwind

Summerwind Mansion, sebelumnya dikenali sebagai Lamont Mansion, merupakan gudang di pantai Barat Teluk Vilas di Lake County, North East Wisconsin. Daerah itu merupakan salah satu daerah paling keras di Wisconsin. Keadaan gudang ini kini sepi dan terbiar. Keadaan ini berlaku kerana pernah terjadi kebakaran besar di daerah itu yang nyaris memusnahkan semua gudang di sana. Summerwind pada awalnya dibangun pada awal abad ke-20 untuk kegunaan para nelayan. Pada 1916 telah dibeli oleh Robert P. Lamont, yang bekerja sebagai arkitek di perusahaan Tallmadge and Watson.

Kemudian dia mengubahsuai gedung itu dan tinggal di sana. Namun sebelumnya ia sudah diperingatkan bahawa gedung itu keras. Tapi dia tidak percaya sehingga akhirnya dia sendiri bertemu dengan ‘penunggu’ rumah itu. Kejadian itu terjadi era 1930, Lamont melihat hantu di dapur rumahnya, membuat dia tergesa-gesa meninggalkan rumahnya itu.

Setelah kepergian Lamont, rumah itu dibiarkan kosong dan terbengkalai. Tahun 1970-an, pasangan suami isteri, Arnold dan Ginger Hinshaw membeli rumah itu dan tinggal bersama empat anaknya. Sejak mula tinggal, keluarga ini kerap diganggu berbagai kejadian aneh. Hinshaws melaporkan sejumlah kejadian aneh, mulai dari bayangan yang bergerak dari bawah ke atas dengan suara perlahan dan berhenti ketika mereka masuk ke bilik, atau jendela yang tiba-tiba terbuka sendiri. Mereka melaporkan beberapa kali melihat hantu wanita di sekitar ruang makan.

Mungkin kerana tidak tahan tekanan, dalam waktu enam bulan setelah pindah ke Summerwind, Arnold jatuh sakit dan Ginger , isterinya, cuba bunuh diri. Akhirnya Arnold masuk ke hospital, sedang Ginger pindah dengan orang tuanya di Granton, Wisconsin. Pada bulan Jun 1988, Summerwind beberapa kali terkena petir yang menyebabkan munculnya api dan membakar rumah. Sehingga banyak bahagian gedung itu rosak teruk. Yang anehnya, petir menyambar berkali-kali, padahal di sekitarnya banyak pokok tinggi melebihi gedung itu tapi sama sekali tidak disambar petir. Pada masa ini gedung itu tak wujud lagi hanya sisa tinggalan rumah yang tak dijaga.

10. Hopkinsville Goblins: Munculnya Makhluk Aneh Bercahaya

Kejadian Hopkinsville Goblins dikenali sebagai kawasan teraneh dalam sejarah benda-benda terbang yang pernah ada. Kejadian ini terdokumentasi dengan baik. Kejadian ini berlaku berhampian bandar antara Kelly dan Hopkinsville, Kentucky, pada 21 Ogos 1955 malam hingga pagi. Munculnya benda terbang aneh dalam tempoh yang lama, ada banyak saksi yang melihatnya. ” Beberapa saksi mengatakan, benda-benda itu terbang terlihat beberapa jam, memanjang sepanjang malam hingga pagi.

Mereka melihat nampak makhluk-makhluk bercahaya yang tingginya tiga kaki. Saksi melihat lengannya mengeluarkan api yang ditembakkan ke atas. Pada malam 21 Ogos, 1955, Billy Ray Taylor mengundang teman-temannya gi untuk makan malam. Ketika menengok ke atas, mereka melihat ada cahaya aneh di langit sebelah barat. Kumpulan ini juga melihat makhluk terang tingginya setengah kaki berkepala besar, telinga lebar dan mata bercahaya. Tangannya mengeluarkan api.

Makhluk itu mendekati rumah Taylor sampai berjarak 20 kaki. Orang-orang yang melihat mengambil kamera dan bersiap-siap menggunakannya. Namun makhluk itu kemudian melarikan diri ke arah kegelapan malam. Setelah itu, semua anggota keluarga berulang kali melihat nampak makhluk itu yang sepertinya bergerak menuju rumah mereka. Ini memang cerita aneh. Untuk lebih jelas korang boleh membaca artikel lengkapnya di Wikipedia. Aku syak inilah tempat penghasilan Toyol. 

11. Manusia Biawak dari Scape Ore Swamp

Sebab nama blog aku biawak aku baca tentang kes ni gak. Kejadian ini terjadi di kawasan lembah di daerah Lee Country, Carolina Selatan. Makhluk aneh yang digambarkan memiliki tinggi 7 kaki atau lebih dari 2 meter, berbadan tegap dengan kulit yang bersisik berwarna hijau muncul di sana. Matanya menyeramkan sebesar buah epal bercahaya. Makhluk itu memiliki tiga jari pada tangan dan kakinya. Orang menyebutnya makhluk biawak dari lembah.

Laporan pertama tentang kewujudan makhluk itu disampaikan oleh Christopher Davis, 17 tahun, penduduk setempat. Ia mengatakan, makhluk yang ditemui pada masa membawa kenderaan melalui perbatasan Scape Ore Swamp. Kebetulan pada masa itu keretanya mengalami masalah sehingga ia terpaksa berhenti untuk dibaiki. Ketika kereta selesai dibaiki, dia mendengar suara di belakangnya.

Semasa berpaling, betapa terkejutnya dia melihat makhluk aneh sedang berjalan menuju dirinya. Davis mengaku, makhluk itu cuba menyerang keretanya, dengan melompat di atas bumbung kereta. David berusaha lari . Sampai di rumah, di lihatnya kaca cermin keretanya telah hancur, kerosakan juga pada bumbung kereta. Beberapa bulan yang sama, muncul laporan hampir sama dengan kejadian dialami David. Dilaporkan, mahluk itu mirip kadal raksasa berada di dekat rawa. Sebahagian besar laporan mengatakan kejadiannya sekitar 3 mil atau 5 km dari Bishopville atau di sekitar dari rawa-rawa.

Dua bulan kejadian, beberapa polis melakukan siasatan dan ditemui jejak tapak kaki berukuran 14 inci panjangnya. Lalu polis menghantar laporan itu kepada FBI untuk siasatanlebih lanjut. Namun analisa FBI menemui jalan buntu, hingga sekarang tak jelas, makhluk apakah yang berupa biawak itu. 
Kalau hantu jepun, yang berupa kura-kura orang panggil " Kappa" hantu air.


Cukuplah 11 isu dahulu, sebab banyak lagi kes unsolved ni, dari misteri ke kes bunuh. Harap aku dapat buat sambungan. Sumber yang aku baca sejak bertahun lalu dari banyak website, novel, dan english blogger. 

K daaa

2 ulasan:

anna hashim berkata...

menarik utk dibaca..tp yg plg seram pasal si Black Dahlia ni..pembunuh dia tu mmg berhati kentallllll...huhuhuuhuu

Siti Nadey berkata...

anna

sy tulis sikit je baru pasai kes black dahlia tu sebenarn ye byk je motif pembunuhan die

dia dulu mmg hotzzzzzzzz

dan banyak skandel dengan ahli politik...

so motif tu banyak