Isnin, 2 Disember 2013

TIPS TRAVEL SOLO

TIPS untuk Travel Solo 


1. Plan in advance
Buatlah research dulu. Macam aku study macam setahun gitu kihkihkih. Bagi aku bile kita ada plan a dan b akan membuatkan kita akan lebih prepared to expect something unexpected. Book la bilik, tapi survey jugak guesthouse yang berdekatan, manalah tahu kita datang-datang tetibe fulled!!! Padahal kita dah booked kot. So adalah destinasi lain untuk dituju untuk plan b.
2. Pack light
Untuk perempuan agak payah sebab nak pack tudung, bra, spenda, pad, kain, seluar dll. Bergantung pada tempat. Bawak 4-5 pasang baju, basuh dan ulang pakai. Minyak wangi, makeup semua, tak payah banyak. Buat penat badan je heret. Bawak beg dan plastik banyak2. 
3. Try to arrive during the day
Lagi-lagi perempuan, pastikan anda sampai siang. Kalau boleh malam jangan keluar seorang unless tempat tu ramai orang, macam pasar malam.
4. Mix with others
Beramah mesra la pada pelancong yang lain. Bila kita cari kawan baru boleh dapat ilmu baru. Tak salah cari ilmu lebih dari taiko-taiko backpacker. Manalah tahu, dorang boleh jadi penyelamat kita? Who knows?
5. Meet the locals
Berhubung dengan orang tempatan. Jangan jadi bodoh sombong ditempat orang. Jangan ingat info yang kita cari dari internet tu betul. Info dan gosip-gosip dari penduduk tempatan lebih jitu gitu. Mana tau dorang tahu banyak tempat yang menarik yang takde info dari internet.
Manalah tahu, dorang boleh jadi penyelamat kita? Who knows? LAGI. hehehe
6. Watch the world around you
Duduk makan minum sambil tengok gelagat orang. Pelancong ke ataupon penduduk tempatan. Budaya mereka mungkin lain dari budaya kita di Malaysia. Ambil feeling tulis dairy, kalau betul-betul diamati itu la betul-betul waktu berharga untuk rehat minda. Barulah rasa macam tourist LOL
7. Enjoy dinner alone.
Enjoy dinner alone. Tak payah kongsi, ko makan sampai lebam. Sambil tu, usha sesape makan seorang mana tau boleh join. Kihkihkih. Ini kes tamak ye.
8. Sign up for courses
Kalau kat korea ada kelas nak buat kraf tangan, buat kimchi dan lain-lain. Begitu juga tempat lain, try some new activity selain berjalan-jalan. Kalau kat Langkawi ada kilang buat batik, buat kristal, buat gamat....so ape lagi try semua. Sekali seumur hidup
9. Always have the essentials
Catat awal-awal embassy Malaysia di negara yang kita travel. Fotostat semua document contoh IC, Pasport, flight tiket, surat beranak, surat sakit dll. Jangan lupa scan semua dan attach dalam email. Insuran pun satu isu. Tapi ramai ambil tak kisah termasuk aku lah...padahal insuran ni lah penting bile kita susah nanti. Ada beberapa travel insuran kita boleh ambil contohnya AIG, Kurnia Insuran, Maybank dll. Wajib untuk hardcore backpacker ok!
10. Store important items in one place
Kalau travel solo tiada siapa boleh bantu or simpan barang kita. Biasanya kalau kat bandar kita boleh jumpa locker am kan? Boleh la kita simpan barang kita kat situ tapi kalau kita kat kampung atau pendalaman? Tawakal lah. Selain itu, pastikan barang penting semua dalam satu tempat. Contoh barang penting, kamere, pasport, dompet dll dalam beg galas janganlah simpan kat bagasi yang besar tu. Payah pulak nak cari nanti. Common sense.
11. Connect with friend and families, buy local sim card
Beli simcard atau sewa phone kat sana. Update status kita berada dimana, tetapi jangan terlalu detail. Takot ada orang tak bertanggungjawab buat dajjal cari kita.
18. Take advantage of other useful apps
Download useful apps to your phone such as a GPS, a translator, a currency converter and some travel guides. Ini sangatlah fenting. Ko tak perlulah install game dan main candy crush bila travel. Cube gune apps yang berguna korek ilmu. 
19. Avoid dark alleys
Perempuan ke lelaki ini penting. Kalau rasa tempat tu macam dalam movie. Tak payah lah lalu unless ramai orang lalu tempat tu. 
20. Trust your instinct
Allah Maha Adil. Dengan izin Dia kita akan dapat petunjuk dengan pelbagai cara. Sebab tu aku cakap, kalau kita travel solo, hubungan kita dengan Maha Pencipta lebih erat sebab kita memang bergantung penuh pada Dia. Baik atau buruk takdir kita, semua sudah diaturkan. Tak perlu takut. Kalau takut, tak payah travel solo.

21. Bank accounts.
Letak duit dalam account current bergantung pada bajet je (sikit2 transfer. sampai satu hostel or kat host courchsurfer, so that boleh guna debit card to pay expenses while travelling and the rest simpan kat saving account yg tak boleh keluarkan pakai kad (unless you letak kat current account).
22. Important number contact
Simpan semua nombor contact yang penting,  nombor polis,  nombor embassy dan emergency yang lain. Semua salinan fotostat letak dalam buku nota yang anda bawak travel.

23. Pocket DOREAMON
Simpan duit merata. Macam ni biasanya orang letak dalam poket jeans kan. Yes itu yang aku buat at least ada duit untuk backup. Letak dalam compartment beg kita. So dalam purse memang takde duit. Itu yang aku amalkan setiap kali travel. Letak kat dalam bra @ selit celah bontot pon boleh. Suke hati korang lahhhh.

24. Send report to Embassy
Emailkan itinerary pada Embassy negara yang kita travel tu. In case apa-apa jadi mereka tahu kita kat mana. Tujuan, dan semua detail. Email je walaupon dorang tak mintak.

25. Dont be too good to other 
Biasanya ramai kene tipu, suh pegang bag/ barang atau bungkusan. Kita tak tahu dorang letak ganja. Nauzubillah. Be selfish in good way. Be care to your bags.

26. Call Celcom etc and banks
Kita tak tahu bila kita susah kan. So macam aku, aku call Celcom dan standby untuk tuka plan data diluar negara. Dan bank pula, seperti Maybank. So boleh la kita keluar duit dari bank sana. Nasihat aku apply citibank sebab citibank world wide user.

27. Tourist agent
Bagi backpacker yang amatur macam aku, better jangan sendirian untuk pertama kali. Carilah member, tourist guide yang boleh dipercayai. Kalau blogger serubirusiti tu dia cari fren kat Padang Community Backpacker. So dapat kawan, dapat kenal famili sana dan ramai kenalan sana.

Itu je yang aku terfikir, mana tau aku ada idea aku leh tambah lagi. Yang penting nawaitu kita. Niat, kenapa dan apa tujuan kita pergi. Tawakal dan usaha. Biarlah perjalanan kita diredhai Allah. Jika perkara buruk berlaku pon, at least kita dalam iman dan dalam keredhaan Allah. Bila kita jumpe maksud keredhaan. In Sha Allah kita akan seronok travel solo.

Single is simple.

Sumber dari MBC group kat FB

Gambar dibawah, aku rase sesuai la untuk orang macam aku. Travel seluruh Malaysia. Save untuk transportation dan penginapan. Amacam??? Kalo hado aku beli LOL

1 ulasan:

anna hashim berkata...

menarik! thanks for thr info..sharing is caring :)